Rambut adalah mahkota untuk wanita. Walaupun berhijab namun kesihatan rambut tetap perlu dijaga. Memiliki rambut yang cantik bersinar lembut menawan adalah impian namun sedihnya tak semua orang ada masa untuk ke salon. Habis tu, bolehkah dapatkan rambut lurus, sihat, dan bersinar tanpa ke salon? InshaAllah boleh.

cara lembutkan rambut
image via : Pamper

Ada cara nak melembutkan rambut. Tak kisahlah kasar, mengerbang, kerinting, pendek ataupun panjang, kena rajinkan diri. Bila dah okay, tak adalah nanti akan jadi stress bila pegang rambut sendiri yang kasar macam dawai. Mungkin ada yang berpendapat untuk amalkan cara melembutkan rambut ini agak leceh. Hmmm kalau dah nak cantik kenalah sabar dan usahakan.

10 Tips / Cara Lembutkan Rambut Yang Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Punya rambut kasar hingga susah nak sikat? Mahu tahu cara untuk mendapat rambut lembut? Dah tak sabar nak cuba cara melembutkan rambut yang kasar ini?

Di bawah ini ada 10 cara lembutkan rambut (petua rambut lembut) yang boleh di cuba tanpa perlu pergi ke saloon. Semoga ianya bermanfaat. Jom cuba cara melembutkan rambut kasar dan mengembang dengan bahan-bahan alami.

Cara #1 : Jangan Selalu Basuh Rambut Dengan Shampoo

Kalau nak rambut yang lembut dan bersinar, jangan shampoo rambut terlalu kerap. Amalkan shampoo rambut bila rambut sudah betul-betul kotor. Paling bagus amalkan penggunaan shampoo beberapa kali seminggu dan janganlah terlalu kerap hingga 2 hari sekali.

Sebab mengapa tidak boleh obses cuci rambut dengan shampoo ni kerana bila selalu cuci rambut minyak asli pada rambut akan hilang, sedangkan minyak asli yang ada pada rambut sangat berguna untuk melembutkan rambut.

Cara #2 : Gunakan Minyak Zaitun

Cara lembutkan rambut yang kedua adalah dengan mengunakan minyak zaitun. Minyak zaitun memang sangat terkenal dengan perbagai mafaat untuk kecantikkan dan kesihatan. Malah minyak zaitun jugak sangat bagus untuk melembutkan rambut.

Minyak zaitun memiliki kandungan mineral dan vitamin E. Vitamin E adalah nutrisi yang baik untuk rambut supaya kekal sihat dan segar. Minyak zaitun juga boleh mencegah kerosakkan rambut serta melembutkan. 

Sapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dari pangkal rambut hingga ke hujungnya, biarkan selama 10 minit selepas itu bilas mengunakan shampoo hingga bersih  lakukan seminggu sekali untuk lihat hasilnya.

Cara #3 : Sapu Minyak Kelapa Pada Rambut

Selain minyak zaitun cara lembutkan rambut yang seterusnya adalah dengan mengunakan minyak kelapa. Minyak kelapa memang dah biasa kita dengar baik untuk rambut dan selalu digunakan oleh kaum india.

Minyak kelapa mengandung banyak nutrisi yang diperlukan rambut di antaranya vitamin E dan K. Terdapat juga lemak penting dan asid laktik yang bermafaat untuk melembutkan dan melebatkan rambut. 

Sapukan  minyak kelapa dari pangkal hingga hujung rambut. Urutkan secara perlahan dalam 10 minit dan bilas dengan shampoo. 

Cara #4 : Melembutkan Rambut Dengan Lidah Buaya

Daun Lidah buaya juga dipercayai berkesan untuk menyuburkan rambut dan melembutkan. Gunakan daun lidah buaya secara teratur juga dapat menjadikan rambut lebih lebat sihat dan cantik. 

Caranya mudah saja. Ambil daun lidah buaya yang sudah tua, buang kulit dan ambil isinya yang berlendir. Sapukan pada rambut 30 minit atau semalaman dan basuh rambut mengunakan shampoo.

Cara #5 : Buah Pisang

Eh eh, pisang?! Ya pisang! Pisang juga sesuai digunakan sebagai cara lembutkan rambut kerana buah pisang sangat kaya dengan nutrisi yang boleh nengatasi masalah kekeringan rambut. 

Ambil sebiji buah pisang hancurkan isinya dan lumurkan pada rambut 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air bersih boleh dicampurkan juga dengan sedikit madu. Unik bukan?

cara lembutkan rambut
image via : Youtube

Cara #6 : Limau  Nipis atau Lemon

Limau nipis atau lemon boleh juga melembutkan rambut. Limau nipis dan lemon kaya dengan vitamin C dan sifatnya yang ‘tajam’ bagus untuk hilangkan kelimumur. 

Potongkan limau nipis ke dalam air dan ramas, kemudian bilas pada rambut selepas shampoo. Setelah itu bilas pula dengan air bersih.

Untuk masalah kelimumur yang serius, belahkan limau nipis dan tonyohkan pada kulit kepala selama 10 minit kemudian bilas dengan air bersih. Mungkin sedikit pedih tapi ramai cakap berkesan.

Cara #7 : Basuhan Teh Hijau

Cara lembutkan rambut yang ketujuh adalah dengan menggunakan teh hijau. Teh hijau juga bermafaat untuk rambut lembut dan bersinar. Bancuh teh hijau dengan air panas tunggu air menjadi suam kemudian tuangkan pada kulit kepala dan rambut.

Ramas dengan lembut selama 2 ke 3 minit kemudian bungkus rambut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk hingga bersih.

Cara #8 : Cuci Rambut Dengan Air Sejuk

Cara lembutkan rambut  yang seterusnya adalah dengan menggunakan air  sejuk. Cuci rambut dengan air sejuk sangat bagus kerana jika selalu cuci rambut dengar air panas akan menyebabkan rambut terasa  kasar.

Cara #9 : Pakai Conditioner (Perapi) Setiap Kali Selepas Shampoo

Jangan remehkan pengunaan conditioner (perapi). Ramai yang hanya gunakan shampoo sedangkan wajib pakai conditioner setiap kali selepas shampoo rambut. Ini kerana conditioner dapat menjaga rambut dari kering dan rosak.

Cara untuk guna juga mudah. Hanya sapukan conditioner pada hujung rambut dan biarkan 2 ke 3 minit kemudian bilaslah dengan air sehingga bersih.

Cara #10 : Gunakan Vitamin Rambut Yang Sesuai

Vitamin untuk rambut juga sangat penting. Selain mengunakan barang-barang semulajadi vitamin rambut yang dijual di pasaran juga bagus untuk menjaga dan melembutkan rambut.

Untuk anda yang terlampau sibuk dan tak cukup masa, vitamin adalah jalan yang paling mudah. Ingat! Shampoo saja takkan mampu melembutkan rambut.

Beli vitamin rambut dan pakai kerana ia bagus untuk melembutkan rambut dan menjaganya dari cepat rosak. Vitamin juga perlu terutama untuk yang selalu menggayakan rambut setiap hari dengan pelbagai produk.

Jom Dapatkan Rambut Lembut Dan Berkilat

Itulah dia 10 cara melembutkan rambut baik yang mengerbang mahupun yang kerinting untuk di cuba. Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman.

cara lembutkan rambut
image via : Healthline

Rambut yang kering juga pasti membuatkan ramai yang kurang selesa kerana kulit kepala yang kering akan menjadikan rambut kering. Tak perlu pergi saloon pun tak apa, yang penting kena luangkan sedikit masa untuk kesihatan rambut sendiri.

Teknik penjagaan rambut untuk mendapatkan rambut yang lembut dan lurus memang banyak dan cubalah ikut cara mana yang sesuai dan dirasakan mudah! Yang pasti tahap kejayaan tak sama bergantung pada tekstur rambut masing-masing.

Sumber :

Klinik Kecantikan

Her Inspirasi

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.