Sedapnya rambutan dimakan sejuk-sejuk, berjus dan manis! Tapi tahukah anda, rambutan turut memberi pelbagai khasiat kesihatan?

Ketahuinya dengan terus membaca artikel ini.

Pengenalan

Rambutan atau nama saintifiknya Niphelium lappaceum kaya dengan vitamin A, C, protein, karbohidrat, dan serat. Mineral yang terkandung dalam buah rambutan pula adalah seperti kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosfor, magnesium, dan zink.

Rambutan ialah sejenis buah tropikal yang datang dari keluarga Sapindaceae. Menariknya, terdapat lebih 2000 spesis rambutan di dunia ini!

Tumbuhan ini natif atau banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara dan sudah mula diusahakan untuk ditanam di kawasan seperti Australia, India, Syria, Congo dan Afrika Selatan.

Terdapat pelbagai warna buah rambutan seperti merah jambu ke merah, kuning ke oren, merah terang ke maroon atau merah kekuningan. Semakin banyak produk berasaskan buah rambutan dihasilkan disebabkan rasanya yang digemari ramai, antaranya jus, marmalade, jem dan jeli.

Imej via Bidadari

Apakah khasiat rambutan?

1. Merawat kencing manis

Buah rambutan boleh digunakan secara tradisional untuk merawat kencing manis. Caranya:

  • Ambil lima biji buah rambutan yang telah masak, kupas dan keluarkan bijinya.
  • Kemudian, biji tersebut dipotong dalam bentuk dadu dan digoreng sehingga kekuning-kuningan.
  • Biji ini kemudiannya ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas.
  • Setelah air tersebut sejuk, minum air tadi.
  • Minum sebanyak tiga kali sehari sebelum makan.

Secara saintifiknya, sebagaimana yang dikaji oleh Muhtadi dan rakan-rakan pada tahun 2016, sebatian flavonoid dan fenolik membantu rangsangan penghasilan insulin dalam sel beta di pankreas.

Hal ini seterusnya dibuktikan mereka ke atas tikus diabetik yang diberi makan ekstrak isi buah rambutan selama 11 hari. Kesannya, penurunan gula dalam darah direkodkan dengan peratus penurunan sebanyak 62%.

2. Menurunkan suhu badan yang panas akibat demam

Imej via Bidadari

Kulit buah rambutan juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu panas akibat demam. Caranya:

  • Ambil 15 gram kulit buah yang sudah kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih.
  • Setelah sejuk, tapislah air tersebut dan diminum.
  • Minum tiga kali sehari.

Malah, terdapat kajian yang melaporkan keberkesanan rambutan dalam melawan demam denggi bagi strain jenis 2. Sebatian geraniin dalam isi buah rambutan dikatakan berperanan melawan virus Denggi yang menyebabkan demam.

3. Mengurangkan uban

Secara tradisional, rambutan juga boleh digunakan untuk mengurangkan uban di rambut. Anda hanya perlu sediakan daunnya sahaja. Caranya:

  • Mula-mula, daun rambutan ditumbuk hingga halus.
  • Kemudian, tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata.
  • Tapiskan.
  • Basuh rambut dengan air tadi seperti syampu.
  • Lakukan sehingga warna rambut kembali normal.

4. Mengubati ulser mulut

Rambutan juga boleh digunakan untuk mengubati ulser mulut. Caranya:

  • Ambil kulit kayu rambutan, bersihkan dan rebus dengan dua gelas air bersih.
  • Apabila  sudah sejuk,  gunakan untuk berkumur.

Penyelidik Indonesia dari Fakulti Farmasi Universiti Sam Ratulangi, Manado pada tahun 2012 berjaya melaporkan keberkesanan kulit kayu pokok rambutan yang digunakan untuk merawat ulser yang berpunca daripada Candida albicans.

5. Rawatan tradisional untuk pelbagai penyakit

Buah ini adalah ubat tradisional di Malaysia dan Indonesia yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun.

Ulasan daripada penyelidik Universiti Sains Malaysia pada tahun 2017 menyatakan bahawa rambutan telah digunakan secara tradisional dalam beberapa rawatan untuk penyakit seperti alahan, demam, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.

6. Meningkatkan tenaga 

Karbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan kembung perut. Rambutan juga kaya dengan air yang membantu untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang dan menghilangkan dahaga.

Analisis komposisi kimia buah rambutan menunjukkan kandungan nutrien utama seperti karbohidrat (23.8%), protein (2%), lipid (0.23%), serat (0.7%) dan kandungan air yang paling banyak (72%).

7. Membantu penyerapan mikro nutrien

Vitamin C dalam rambutan membantu tubuh anda dalam proses penyerapan mineral, besi dan tembaga. Ia juga melindungi tubuh daripada rosak akibat dari radikal bebas.

8. Menyingkirkan radikal bebas 

Salah satu daripada nutrien utama rambutan adalah asid gallik. Sebatian ini berfungsi sebagai pemusnah radikal bebas dan melindungi badan kita daripada kerosakan oksidatif dan amat membantu untuk melawan kanser.

9. Menyingkirkan kotoran dari buah pinggang

Fosforus dalam rambutan membantu menyingkirkan bahan buangan dalam buah pinggang dan adalah penting untuk pertumbuhan, pembaikan dan penyelenggaraan tisu dan sel-sel badan.

Rambutan juga mengandungi sejumlah besar kalsium yang bekerja bersama-sama dengan fosforus untuk menguatkan gigi dan menguatkan tulang.

10. Sumber zat besi

Rambutan adalah sumber zat besi yang sangat baik membantu untuk kawalan jumlah oksigen di dalam badan yang dapat mengawal pening dan keletihan akibat anemia, penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

11. Kaya dengan serat dan rendah kalori  

Rambutan mempunyai kandungan serat yang baik dan rendah kalori. Buah menghalang kita penuh untuk masa yang lama kerana serat yang tinggi dan kandungan air dan kawalan rasa lapar yang tidak teratur itu.

Ini juga membantu dalam pengurangan berat badan.

12. Meningkatkan imuniti melawan jangkitan

Imej via Bidadari

Manfaat kesihatan lain rambutan adalah meningkatkan imuniti. Ia membantu untuk melawan jangkitan badan yang menyerang badan kita.

Selain itu, kandungan karotena, thiamine, riboflavin, niacin dan asid askorbik (vitamin C) ternyata membantu menjadikan rambutan lengkap dengan mikronutrien penting yang menyihatkan tubuh badan.

13. Membunuh parasit

Selain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi terapeutik. Pengambilan buah-buahan yang boleh membantu untuk membunuh parasit usus dan membantu melegakan gejala-gejala cirit-birit dan demam.

14. Melembabkan kulit

Rambutan menjadikan kulit anda lembut dan gebu. Kandungan airnya yang tinggi dapat menghidratkan kulit anda, dengan itu menjadikan ia lembut, licin dan lembut.

Oleh kerana keupayaannya untuk menyingkirkan radikal bebas rambutan dapat melindungi badan anda daripada kerosakan oksidatif. Antioksidan hadir dalam rambutan untuk menghapuskan kanser.

15. Mencantikkan dan melebatkan rambut 

Rambutan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan rambut anda.

Pes daun rambutan menyuburkan rambut anda jauh ke dalam. Ambil sedikit daun rambutan dan campurkan ia sehingga menjadi halus. Tambah sedikit air dan perah ekstraknya. Sapukan campuran pada rambut dan kulit kepala anda.

176Memulihkan sel yang rosak

Buah rambutan juga mengandungi protein yang dapat memulihkan sel-sel yang rosak dan mengantikan sel yang mati dengan sel yang baru.

17. Mengatasi masalah sembelit

Buah rambutan turut mengandungi serat yang membantu melawaskan pembuangan air besar sekaligus membantu mengurangkan masalah sembelit.

18. Menyihatkan mata

Imej via Bidadari

Buah rambutan juga mengandungi Vitamin A yang membantu menyihatkan mata serta membantu menyembuhkan penyakit akibat kekurangan Vitamin A seperti penyakit anemia, ini turut dibantu dengan kandungan zat besi didalam buah rambutan.

19. Antioksidan

Kandungan Vitamin C didalam buah rambutan juga memberi antioksidan kepada tubuh sekaligus membantu mengurangkan penyakit akibat kekurangan vitamin C seperti sariawan, bibir pecah. lemah daya lawan penyakit dan sebagainya.

20. Menurunkan paras kolesterol

Bagi mereka yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi , anda digalakkan menikmati rambutan kerana buah rambutan mengandungi flavonoid yang dapat mengurangkan jumlah kolesterol jahat.

Hal ini dapat dilihat menerusi kajian penyelidik dari Indonesia yang menerbitkan kajian mereka di Journal of Applied Pharmaceutical Science pada tahun 2016.

Mereka memerhatikan perubahan kandungan kolesterol tikus yang diberi makan ekstrak isi buah rambutan sebanyak 500 mg/kg selama 14 hari. Hasilnya, terdapat penurunan sebanyak 61% kandungan kolesterol diperhatikan.

21. Meneutralkan toksin

Mineral fosfor yang terdapat dalam buah rambutan turut berfungsi meneutralkan toksin serta menyempurnakan pekerjaan ginjal. Sekaligus membantu proses detoks tubuh. Jika anda sedang berdiet, anda boleh mengurangkan makanan manis dengan buah rambutan untuk tubuh dan berat badan yang lebih ideal.

Kandungan antioksidan dalam rambutan turut berpotensi dijadikan bahan farmaseutikal, kosmetik mahupun nutraseutikal.

Penyelidikan SIRIM Malaysia bersama Universiti Malaya pada tahun 2008 bukan sahaja mendapati bahawa isi buah ramburan mengandungi antioksidan yang tinggi, malah kulit buah rambutan turut mengandungi sebatian fenolik yang tinggi, setanding dengan biji anggur dan teh hijau!

Rujukan

  1. Akhtar, M. T., Ismail, S. N., & Shaari, K. (2017). Rambutan (Nephelium lappaceum L.). Fruit and Vegetable Phytochemicals: Chemistry and Human Health, 2nd Edition, 1227-1234.
  2. Mahmood, K., Kamilah, H., & Ariffin, F. (2018). Nutritional and therapeutic potentials of rambutan fruit (Nephelium lappaceum L.) and the by-products: a review. Journal of Food Measurement and Characterization12(3), 1556-1571.
  3. Muhtadi, M., Haryoto, H., Sujono, T. A., & Suhendi, A. (2016). Antidiabetic and antihypercholesterolemia activities of rambutan (Nephelium lappaceum L.) and durian (Durio zibethinus Murr.) fruit peel extracts. Journal of Applied Pharmaceutical Science6(04), 190-194.
  4. Palanisamy, U., Cheng, H. M., Masilamani, T., Subramaniam, T., Ling, L. T., & Radhakrishnan, A. K. (2008). Rind of the rambutan, Nephelium lappaceum, a potential source of natural antioxidants. Food Chemistry109(1), 54-63.
  5. Pangalinan, F., Kojong, N., & Yamlean, P. (2012). Uji Aktivitas Antijamur Ekstrak Etanol Kulit Batang Rambutan (Nephelium lappaceum L.) Terhadap Jamur Candida Albicans Secara In Vitro. PHARMACON1(1).

Itulah dia khasiat rambutan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat peria katak, khasiat petai, dan khasiat rebung.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.