Zaman kini, ramai individu lebih memilih untuk menggunakan teknologi yang memudahkan kerja mereka. Jika dilihat kepada teknologi yang digunakan untuk merakam aksi di bangunan yang tinggi, mesti ramai yang terfikir akan kos yang perlu ditanggung oleh pihak produksi. 

Drone merupakan salah satu teknologi yang semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sama ada untuk melakukan penggambaran, membuat video mahupun untuk melihat kawasan sekeliling dengan pemandangan yang luas dan tinggi.

Ramai individu yang mencari drone untuk kegunaan mereka sama ada untuk dijadikan sebagai hobi mahupun untuk kegunaan mereka yang bekerja sebagai content creator. Di sini merupakan senarai drone terbaik yang berbaloi untuk dibeli.

Syma X20P

Sekiranya anda seorang yang baru ingin mencuba merasai pengalaman mengawal drone, Syma X20P merupakan pilihan yang terbaik. Drone ini menawarkan harga yang murah tetapi fungsi yang menarik kepada penggunanya. 

Jika dilihat dari reka bentuknya yang mempunyai 4 sisi, drone ini mampu memberikan kawalan yang stabil. Drone ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menggunakannya di tempat yang luas. Battery drone yang tahan lama pastinya akan memberikan pengguna kepuasan untuk meneroka sekeliling dengan menggunakan drone tanpa perlu risau.

Antara kelebihan drone ini ialah lampu LED memudahkan pengguna untuk mengawal drone walaupun dalam kawasan yang gelap. Terdapat beberapa teknik yang menarik dapat dilakukan oleh pengguna drone ini seperti membuat pusingan sebanyak 360 darjah dan mengawal drone tersebut walaupun sejauh 20-meter ke atas. 

JXD 512W

Saiz drone yang kecil tetapi mempunyai kelebihan yang banyak. Saiz drone yang kecil pastinya memudahkan anda untuk membawa drone ini ke mana-mana. Drone JXD 512W ini juga menjadi drone hebat yang pastinya menarik perhatian mereka yang membuat video kerana ketahanannya terhadap kawasan dan cuaca yang tinggi.

Saiz yang kecil tidak menjadi halangan untuk menerbangkan drone ini di kawasan yang berangin dan licin. Kelebihannya yang tahan cuaca dan lasak menyebabkan drone ini sesuai untuk digunakan di kawasan luar rumah. 

Drone ini juga mempunyai alat kawalan jauh yang dapat digunakan untuk mengawal pergerakannya. Jika anda tidak mempunyai alat kawalan, anda hanya perlu memuat turun aplikasi drone dan anda boleh terus menggunakan telefon sebagai ganti. 

Drone ini juga tidak mudah diganggu oleh signal yang lain. Sekiranya anda merupakan seorang content creator, drone ini pastinya sesuai untuk digunakan sebagai alat kerja anda. 

DJI FPV Combo

Drone ini dilengkapi dengan pelbagai kelebihan yang menarik. Antara kelebihan drone ini ialah mempunyai konsep hybrid dan menawarkan kualiti pengambilan video yang sangat baik. 

Drone ini mempunyai kamera dengan sensor 1/2.3 inci yang resolusinya adalah 12 megapiksel. Walaupun drone diterbangkan dengan kelajuan tinggi, proses pengambilan anda tidak akan terganggu.

Sebagai drone FPV, terdapat tiga aksesori, iaitu FPV Goggles V2, remote controller dan motion controller. Aksosori FPV Goggles V2 dapat menunjukkan view yang dilihat secara langsung.

Selain itu, motion controller menawarkan kawalan yang lebih mudah dan fleksibel jika dibandingkan dengan menggunakan remote controller. Hal ini kerana pergerakan drone boleh dikawal dengan pergerakan tangan anda. Memang sangat menarik!

Novix E88 4K Drone

Drone terbaik yang lain ialah drone jenis Novix E88 4K. Sekiranya anda seorang youtuber, anda pastinya akan menyukai kelebihan yang terdapat pada drone ini. Dapat merakam dengan jarak jauh dan ketinggian pastinya akan membuatkan konten anda lebih menarik.

Kualiti video yang bersaiz 1080p dengan HD view dapat memberikan kualiti yang terbaik bagi rakaman dan gambar yang diambil oleh anda. Video dan gambar yang diambil juga boleh dirakam dari sudut 90 darjah sehingga 180 darjah. 

Drone ini boleh diterbangkan selama 15 minit dan dapat dikawal sehingga 100 meter. Disebabkan kelebihan ini, youtuber pastinya akan menjadikan drone ini sebagai pilihan untuk mereka miliki. 

DJI Tello 

Drone jenama ni menyajikan kualiti yang terbaik. Sesuai dengan Namanya DJI yang terkenal dengan drone terbaik, drone ini dilengkapi dengan kamera yang bernilai beribu-ribu. 

Drone jenama ini dikenali kerana rekaannya yang kukuh. Drone ini juga dilengkapi dengan mode melantun untuk mengelakkan drone dari jatuh terus ke tanah dan rosak. Jika anda merupakan beginner bagi pemain drone, mode ini sangat membantu memastikan drone anda selamat dan tidak rosak.

Di samping itu, drone ini turut menyediakan ciri 8D Flips untuk membolehkan anda mengawal drone ini secara automatik dengan menggunakan tangan. Kamera yang dilengkapi drone ini adalah berkualiti 720p. Menariknya lagi, drone ini dapat dikawal sejauh 100-meter dan mampu terbang selamat 13 minit.

Selain itu, drone ini juga dilengkapi dengan ciri Fail Safe Protection. Jenama drone ini membolehkan drone mendarat dengan selamat walaupun tidak mendapat signal. , drone ini juga akan memberitahu pengguna sekiranya battery hampir habis.

Kepada pemula, drone ini sangat menarik kerana mempunyai banyak kelebihan dan menawarkan harga yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti seperti drone yang berharga mahal. 

DJI Air 2S

Bagi mereka yang menggunakan drone sebagai alat kerja, drone jenama DJI Air 2S ini pastinya akan menarik perhatian. Sistem yang dilengkapi dengan mode video yang canggih, pengguna boleh zum sehingga 4x pada resolusi 4K / 30p sehingga 8X pada 1080p / 30p.

Kamera yang digunakan juga mempunyai sudut pandangan yang luas. Drone yang dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih sememangnya menjadikan drone ini sebagai pilihan bagi setiap individu.

Drone ini juga mempunyai 3 warna yang dapat anda pilih apabila merakam video. Kesemua gambar dan video yang diambil juga boleh disimpan terus dengan kapasiti 8GB. 

Menariknya lagi, anda boleh menetapkan laluan yang ingin dilalui ketika menerbangkan drone. Anda hanya perlu menggunakan ciri Master Shots. Sekiranya anda telah menetapkan laluan ini, anda boleh mengawal drone untuk terbang secara automatik. 

Drone ini lebih menarik kerana boleh mengesan kehadiran pesawat atau helikopter di sekelilingnya. Drone ini juga dilengkapi dengan keupayaan untuk kembali ke titik permulaan penerbangan automatik apabila bateri lemah atau isyarat hilang.

Holy Stone HS100 GPS

Drone ini pastinya menjadi kegemaran jurugambar. Drone ini menyediakan pelbagai ciri dalam bidang fotografi dan videografi yang baik.

Kualiti drone yang terbaik yang dapat mengekalkan penerbangannya di kedudukan asal walaupun terdapat halangan dari keadaan cuaca. 

Drone ini mempunyai saiz yang kecil. Sekiranya anda ingin membawa drone ini ke lokasi fotografi, and hanya perlu meletakkan drone ini ke dalam beg anda. 

Drone ini juga mempunyai kelebihan untuk mengesan kedudukan telefon anda dan mengikutinya. Kerana kedudukan GPS yang tepat, drone ini tidak akan tersesat. Walau bagaimanapun, drone ini hanya bertahan selama 15-18 minit.

JJRC H51 Rocket

Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar, drone ini pastinya akan menarik perhatian anda. Model drone ini direka untuk membuat rakaman video dan mengambil selfie yang lebih menarik. 

Drone ini sesuai untuk menggantikan monopod atau stick selfie. Disebabkan drone ini boleh digunakan untuk mengambil gambar dari atas, pasti ramai yang ingin mengambil gambar selfie mereka dengan menggunakan drone ini bagi memperlihatkan view sekitar.

Reka bentuk drone yang mempunyai 4 kipas membuatkan pengawalan drone lebih stabil dan mudah untuk dikawal. Drone ini juga boleh memperlihatkan kawasan sekitar berposisi 360 darjah. Kamera drone yang berkualiti tinggi juga membuatkan kualiti gambar lebih menarik dan cantik. 

Ciri-ciri lain yang terdapat pada drone ini ialah terdapat butang yang boleh digunakan untuk kembali dengan automatik yang ditulis sebagai “Home”. Drone ini boleh dikawal sehingga 80-meter dari anda. Sekiranya anda kaki selfie, boleh dapatkan drone ini untuk merakam memori anda bercuti dengan view yang cantik. 

BetaFPV Cetus Kit

Sekiranya anda mencari drone yang murah tetapi dengan kualiti yang menarik, anda mungkin akan suka dengan drone Beta FPV Cetus Kit. Jika anda seorang yang baru ingin mencuba, drone ini boleh menahan drone pada ketinggian agar tidak mudah jatuh. 

Drone ini juga turut dilengkapi dengan ketahanan bateri yang sangat baik. Bateri pada drone ini boleh bertahan sehingga 8 jam. Hal ini pastinya akan memberikan anda lebih masa untuk mempelajari menerbangkan drone. 

Syma X56W

Drone terbaik yang lain ialah Syma X56W. Menariknya mengenai drone ini, ia boleh dilipat bagi memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. 

Drone ini juga boleh dikawal sejauh 80-meter dan sejauh 25-meter sekiranya dikawal melalui telefon pintar. Drone ini juga mempunyai fungsi untuk mengawal trek, anda boleh melukis trek penerbangan seperti yang anda mahu pada telefon pintar. 

Menariknya mengenai drone ini adalah terdapatnya kamera yang digunakan untuk merakam video dan mengambil gambar. Gambar yang diambil di kamera drone tersebut boleh di akses dan dikongsikan ke media sosial. Anda boleh berkongsi video dengan pemandangan yang menarik di tempat yang anda lawati. 

DJI Mavic Mini

DJI Mavic Mini ini juga dilengkapi dengan reka bentuk yang sangat ringan. Sama seperti jenama DJI yang lain, DJI Mavic Mini ini juga dipasang dengan kamera. Kamera ini juga dilengkapi dengan 1/2.3 sensor. Video yang dirakam juga berkualiti tinggi iaitu 2.7k 24p dan full HD 60p. 

Sekiranya anda ingin mengawal drone ini di kawasan yang jauh, anda mungkin akan suka dengan drone DJI Manic Mini ini. Jarak penerbangannya yang sejauh 4000-meter dengan jarak ketinggian yang sama, anda pasti boleh merakam view yang menarik. 

Battery drone ini juga lebih tahan lama iaitu sehingga 30 minit. Ciri-ciri lain Mavic Mini juga mempunyai GPS dan WiFi yang pastinya dapat memudahkan pengawalan drone.

Kesimpulan

Banyak jenama drone yang sememangnya menawarkan kualiti yang terbaik. Jika anda peminat drone, senarai ini mungkin membantu anda untuk membuat pilihan drone yang tepat.

Anda boleh melihat drone dari segi harga dan kelebihan yang ditawarkan oleh drone tersebut. Semoga senarai drone terbaik ini dapat membantu anda. 

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.