Terdapat pelbagai jenis produk skincare di pasaran yang sesuai untuk anda yang inginkan kulit glowing. Kebanyakan skincare untuk kulit glowing boleh didapati di drugstore dan juga secara online.

Sekiranya anda mencari produk skincare untuk kulit glowing, berikut adalah antara produk skincare untuk kulit glowing yang perlu anda cuba. Jom lihat mana satu pilihan anda!

1. The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask

produk skincare untuk kulit glowing

Produk pelbagai fungsi dari The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask ini boleh digunakan sebagai scrub wajah dan juga topeng muka. Ia mengandungi arang buluh dan daun teh untuk membantu mengecilkan liang pori.

Produk skincare untuk kulit glowing ini juga dapat mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan serta membersihkan dan mengecilkan pori yang akhirnya membuatkan kulit glowing.

2. Bougas Beauty Advanced Serum

produk skincare untuk kulit glowing

Produk skincare Bougas Beauty Advanced Serum ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Ia tidak berminyak dan berasaskan 100% waterbase. Skincare ini tidak akan membuatkan kulit menjadi mengelupas atau kulit kemerah-merahan.

Penggunaan 2 hingga 3 kali sehari produk skincare untuk kulit glowing ini dapat membantu merawat kulit kusam, memberikan hasil kulit yang lembut dan licin, mengawal lebihan minyak serta mengecilkan pori dan memudarkan parut.

3. SK-II Facial Treatment Essence

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare ini merupakan produk yang paling popular dan mendapat sambutan bagi mereka yang menginginkan kulit yang glowing. Ia mengandungi lebih dari 90% Pitera iaitu bahan yang membantu melambatkan proses pematangan kulit.

Fungsi utama skincare ini adalah untuk mempercepat proses penukaran sel kulit, yang membantu pemulihan sel kulit yang rosak. 

Selain itu, skincare ini juga dapat menghilangkan bintik hitam, parut jerawat, mengecilkan pori dan menegangkan tekstur kulit dan menjadikan kulit gebu. ianya juga direka untuk pengelupasan untuk membantu permukaan wajah menghasilkan sel-sel kulit wajah yang baru.

4. Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare ini menggabungkan bahan larut dalam air dan larut minyak stabil untuk menawarkan pembersihan yang ringan namun menyeluruh. Teknologi Triple Micellar ini memberikan kesan pembersihan kulit yang optimum dan menghilangkan solekan sepenuhnya tanpa kerengsaan pada kulit.

Ia menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberikan kelembapan semasa dan selepas pembersihan yang akan membuatkan kulit wajah akan sentiasa segar dan glowing.

5. Fresh Sugar Face Polish

produk skincare untuk kulit glowing

Kulit akan kekal hidrasi dengan penggunaan skincare Fresh Sugar Face Polish ini kerana ia mengandungi gula merah dan biji strawberi.

Kandungan produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan memberikan hasil kulit yang lebih cerah dan sihat setelah membersihkan wajah.

Penggunaan yang kerap menjanjikan kulit wajah yang lebih halus dan glowing. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, disarankan untuk menggunakan skincare ini 1 hingga 2 kali sahaja dalam seminggu.

6. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare Organic Aid Vitamin E Moisturizing yang mengandungi asid amino adalah produk yang lembut dan amat berkesan untuk mendapatkan kulit yang glowing. Ia mengandungi Vitamin E untuk mengekalkan kulit agar menjadi lebih berseri.

Asid amino pula digunakan untuk membantu mengembalikan nutrien pada kulit kasar. Formula khas ini juga merangkumi emolien semula jadi untuk memberi kelembutan tambahan serta penambah kelembapan untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari dan angin.

Penggunaan produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan melegakan dan menyegarkan kulit kering dan kasar yang akan menjadikannya lembut dan cantik secara semula jadi.

7. Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare keluaran daripada Neutrogena ini dapat merawat masalah bintik hitam dengan berkesan tanpa merengsakan kulit. Ianya bertindak dengan membersihkan kotoran yang paling dalam sehingga bintik hitam tersebut tidak akan kembali lagi. Skincare ini juga bebas minyak, hypoallergenic dan tidak membuatkan liang pori tersumbat.

8. Sephora Collection Skin ‘N Seed Cleanser

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare Sephora Collection Skin ‘n Seed Cleanser ini akan memberikan penghidratan dan pencerahan kulit yang sihat secara berterusan. Ia mengandungi ekstrak dari biji Camellia dan manik pembersih Vitamin E untuk membersihkan liang pori dan menyegarkan kulit.

Jadi boleh dikatakan skincare ini penting dalam pembersihan pori muka untuk mengawal sebum berlebihan yang akan membuatkan kulit menjadi glowing.

9. Tatcha The Water Cream

produk skincare untuk kulit glowing

Sebahagian besar bahan daripada botani Jepun dipilih untuk menambahkan glowing yang diinginkan oleh kulit. Bahan yang diekstrak daripada Wild Rose dan Leopard Lily akan mengawal lebihan minyak kulit wajah.

Selain itu, produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan memastikan kulit bersih serta menyokong pertumbuhan semula jadi sel kulit. Sementara itu, ramuan emas 23 karat digunakan untuk menambahkan glowing pada kulit tanpa berkilat.

10. Dr. Rashel Vitamin C Serum

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare yang diperkaya dengan asid hyaluronik ini dapat membantu menangani perubahan tona kulit, melicinkan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan yang mula muncul pada kulit wajah.

Asid hyaluronik di dalam skincare ini pula bertindak dengan membuang sel kulit mati dan memulihkan sel kulit baru. Skincare ini turut mengandungi kolagen untuk kulit yang lebih berseri dan awet muda dengan penggunaan secara konsisten.

11. IUNIK Beta Glucan Daily Moisture Cream

produk skincare untuk kulit glowing

Skincare ini mengandungi sokongan Beta Glucan dani asid Hyaluronik yang memberikan kelembapan 20% lebih banyak daripada biasa. Penggunaan ekstrak buah seperti plum dan raspberi akan menyegarkan dan menghidupkan semula kulit yang bermasalah.

Kandungan bahan tambahan seperti Centella Asiatica dan Aloe Vera juga dapat melindungi kulit daripada keradangan. Selain itu, produk skincare untuk kulit glowing ini turut mempunyai agen untuk mencerahkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.

Itulah antara produk skincare untuk kulit glowing yang boleh anda cuba, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawatSerum Murah Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.