Pertumbuhan jerawat sukar diramal dan tidak mudah ditutup sekiranya wajah mengalami tumbuh jerawat secara tiba-tiba. Tanpa disedari, ia merosakkan mood dan keyakinan diri kita sepanjang hari.

Jerawat tumbuh apabila keadaan kulit mengalami liang pori tersumbat disebabkan oleh pengeluaran minyak dan sebum secara berlebihan.

Fungsi Umum Serum Jerawat

Serum jerawat merupakan pelembap dengan tekstur bahan-bahan yang mempunyai kepekatan yang lebih tinggi sehingga dapat meresap dengan mudah ke dalam kulit.

Serum jerawat secara khususnya dapat menyelesaikan masalah kulit seperti mencerahkan kulit serta menyembunyikan kedutan, jerawat, bintik hitam dan hiperpigmentasi, atau kulit yang tidak rata.

Bagi anda yang tercari-cari serum untuk menyelesaikan masalah jerawat, ini adalah antara serum terbaik untuk jerawat.

1. For Beloved One Advanced Hyaluronic Acid Moisturizing Serum

Diformulasikan dengan asid gliserin dan hyaluronik, serum terbaik untuk jerawat ini memberi kelembapan kepada kulit dan mengekalkannya sepanjang hari agar wajah anda tidak terasa tegang.

Serum ini akan menyerap secara langsung ke dalam lapisan kulit wajah paling dalam dan membuatkan kulit menjadi bersinar dan cantik. Serum jerawat ini juga berkesan dalam membaiki kulit wajah dan mengekalkan hidrasi serta tidak menyebabkan alahan pada kulit.

2. Skin Inc Vitamin C Serum

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat yang begitu hebat dari Skin Inc. ini direka khas dengan gabungan Vitamin C, B6 dan E untuk membantu mengurangkan penampilan cela dan pengeluaran sebum yang berlebihan.

Kapsul yang diekstrak rumpai laut di dalamnya dibuat untuk menyumbang kepada pengeluaran kolagen secara bahan semula jadi yang diformulasikan untuk menganjalkan kulit anda.

3. Mario Badescu Anti Acne Serum

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat Mario Badescu Anti Acne Serum ini mengandungi asid Salisilik yang menghalang pembiakan bakteria menjadi penyebab utama pertumbuhan jerawat.

Triethanolamine di dalamnya dapat mengurangkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Tekstur gel serum jerawat ini mudah meresap dan dapat membantu menjaga kulit agar menjadi licin dan berseri.

4. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat yang mengandungi Vitamin C ini dapat memperbaiki kerosakan yang terjadi pada kulit wajah seperti cela dan jerawat. Ianya juga dapat membuatkan tona warna kulit menjadi sekata. Serum ini juga dikatakan bebas daripada paraben yang amat sesuai terutamanya untuk pengguna wanita.

Diformulasikan dengan 10 bahan semula jadi yang tidak akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi jengkel setelah memakainya. Ianya juga mengandungi 70% Vitamin Tree yang dapat memberikan kelembapan sepanjang masa pada kulit wajah.

5. Eucerin ProAcne Solution Super Serum

serum terbaik untuk jerawat

Eucerin ProAcne Solution Super Serum adalah salah satu jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh kebanyakan pakar dermatologi. Serum terbaik untuk jerawat ini membantu memulihkan kesihatan kulit serta dapat meningkatkan keyakinan dengan kulit yang lebih berseri.

Serum jerawat ini mengandungi 100% asid semula jadi yang dapat mengurangkan jerawat pada lapisan kulit wajah.

6. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum

serum terbaik untuk jerawat

Oleh kerana cuaca di Malaysia tidak dapat diramalkan, ia akan membuatkan kulit kita sering terdedah kepada matahari. Kulit akan cepat kering dan berminyak sehingga menyebabkan jerawat.

Oleh itu, serum jerawat Tea Tree Shine Control keluaran daripada Naruko ini akan menjadi penyelamat yang baik untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Serum  jerawat 4-in-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salisilik yang berfungsi untuk mencegah dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori. Dengan penggunaan serum jerawat ini, kulit anda akan bebas daripada minyak, jerawat dan cela.

7. Nutox Advanced Serum Concentrate

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat Nutox Advanced Serum Concentrate diperkaya dengan dua ciri utama iaitu Actigenic + dan B’Nest Collagen. Menggunakan kelebihan ramuan daripada mikro alga dan ekstrak fibre India, ia memberikan kesan signifikan pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri.

Ramai yang menyarankan agar menggunakan serum jerawat ini secara konsisten untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan dan kulit kusam hanya dalam beberapa minggu.

8. Nano White Dark Spot Corrective Serum

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat daripada produk Nano White ini diperkaya dengan tiga bahan pencerah utama yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan dapat menghasilkan warna kulit yang lebih sekata.

Dengan menggabungkan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi, ia membentuk kosentrasi pencerahan yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyerapan bahan aktif dengan lebih berkesan.

9. Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum

serum terbaik untuk jerawat

Diperbuat daripada ekstrak minyak Pohon Teh Australia yang tulen, serum jerawat Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum ini direka khas untuk melawan jerawat ringan atau degil tanpa merosakkan permukaan kulit anda.

Selain membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, ia juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit anda.

Selain itu, serum terbaik untuk jerawat ini juga kaya dengan Vitamin E yang dapat membantu melegakan parut jerawat dan meningkatkan kesihatan kulit pada wajah anda.

10. Garnier Sakura White Ultimate Serum

serum terbaik untuk jerawat

Serum jerawat Garnier Sakura White Ultimate Serum ini berfungsi melindungi dan menghidrat keadaan kulit kering selama 24 jam dengan formula ultrasonik. Ia dapat menyerap dengan cepat ke dalam lapisan kulit.

Serum ini amat sesuai untuk kulit wanita Asia dan diperkaya dengan 5000 kapsul pemutihan ekstrak Sakura yang bertujuan menghasilkan tona warna 3 kali lebih cerah.

Itulah antara serum terbaik untuk jerawat yang sesuai untuk anda cuba. Jom baca juga Scrub badan terbaikset berpantanglip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.