Serangan anai-anai bukanlah perkara yang kecil. Anai-anai bukan sahaja akan memakan perabot malah ia juga mampu memusnahkan struktur rumah. Sebagai contoh, anai-anai yang berada didalam lantai akan memakai lantai dari dalam lalu menyebabkan berlakunya kerosakan lantai yang teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Bayangkan pula apa yang berlaku jika anai-anai mula menyerang tiang atau dinding rumah? Jika anda mengalami masalah serangan anai-anai, bolehlah amalkan petua halau anai-anai yang bakal kami kongsikan di sini.

Sumber: Lionguard

1. Cahaya matahari yang terik

Anai-anai kalah dengan cahaya matahari yang terik. Kalau diperhatikan, anai-anai memilih untuk duduk di kawasan yang sejuk dan lembab seperti busut dan didalam bangunan yang jauh dari cahaya matahari. Jarang sekali kita menjumpai busut anai-anai di kawasan panas terik. Oleh itu, jika perabot anda dimakan anai-anai, cara mudah untuk mengatasinya ialah dengan mengangkat perabot tersebut dan jemur ditengah panas matahari. Biarkan selama 2 hingga 3 hari bagi memastikan semua anai-anai hilang.

2. Serai wangi

Serai wangi mempunyai bau yang tidak disukai oleh makhluk perosak. Jika anda menjumpai laluan anai-anai atau menjumpai sarangnya, anda boleh gunakan serai wangi untuk menghalau mereka dengan cara:

  • Potong nipis serai wangi dan taburkan di kawasan tersebut.
  • Potong nipis serai wangi, kisar sehingga halus & sembur atau spray kawasan tersebut. Ulang sehingga anai-anai hilang.

3. Asap

Sebagaimana anai-anai kalah dengan cahaya matahari yang terik, mereka juga tidak tahan dengan asap. Petua halau anai-anai yang seterusnya ialah dengan cara mengasap sarang anai-anai sehingga sarangnya kosong setelah anai-anai bertempiaran lari. Asap akan menyebabkan anai-anai sesak nafas. Mereka akan lari sebelum mati kerana sesak nafas.

4. Cuka

Petua halau anai-anai yang seterusnya ialah dengan menggunakan cuka makanan. Cuka yang bersifat asid sangat berkesan untuk menghalau anai-anai. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Bancuh cuka dengan sedikit air, kemudian curahkan kedalam sarang anai-anai atau laluannya.
  • Bancuh cuka dengan sedikit air, masukkan kedalam botol spray dan sembur kawasan yang diserang dan sarangnya.

5. Minyak tanah

Jika anda mempunyai minyak tanah di rumah, ianya juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai. Caranya mudah sahaja, curah atau simbah sarang anai-anai dengan minyak tanah. Anai-anai akan kelemasan dan mengalami sesak nafas akibat minyak gas yang beruap didalam sarang mereka. Anai-anai akan mati jika tidak sempat lari untuk menyelamatkan diri. Malah lavanya juga akan mati.

Sumber: Smithsonianmag

6. Tembakau

Tembakau juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menghalau anai-anai yang berleluasa di rumah anda. Caranya mudah sahaja. Ambil tembakau, sama ada daun kering atau boleh juga anda hancurkan rokok untuk mendapatkan tembakaunya. Kemudian ambil tembakau tadi dan campurkan dengan air. Ramas sehingga air tadi sebati dengan tembakau. Tapis tembakau dan gunakan air tadi untuk menyiram sarang anai-anai.

7. Air basuhan beras

Air beras adalah bahan yang serba guna. Sejak kecil kita mendengar bahawa air basuhan beras yang pertama boleh digunakan untuk mencuci kulit muka untuk mendapat kulit muka yang halus dan mulus. Apabila kita dewasa dan mula berjinak-jinak dengan hobi bercucuk-tanam, kita mula menggunakan air basuhan beras untuk menyuburkan tanaman. Namun ramai tak tahu bahawa mencurahkan air basuhan beras pertama ke dalam sarang anai-anai membantu untuk menghalau makhluk perosak tersebut.

8. Garam

Seterusnya, anda juga boleh gunakan air bancuhan garam untuk menghalau anai-anai dari rumah. Anda boleh pilih salah satu daripada cara tersebut:

  • Bancuh garam dengan sedikit air, masukkan kedalam bekas spray. Semburkan air garam tadi di laluan yang dilalui oleh anai-anai, sarangnya, dan kawasan yang dirosakkan oleh anai-anai. Sembur terus kepada anai-anai yang anda nampak.
  • Cara kedua ialah dengan mencurahkan air bancuhan garam di kawasan yang diduduki oleh anai-anai atau dirosakkan oleh anai-anai. Air garam akan membunuh anai-anai dan menyakitkan mereka.

9. Kapur sireh

Kapur sireh adalah satu lagi bahan di dapur yang serba guna. Ia adalah bahan wajib ada di setiap rumah. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari rumah. Caranya ialah dengan membancuh kapur sireh dengan sedikit air. Biarkan bancuhan tadi dalam keadaan pekat, bukannya terlalu cair.

Kandungan air yang terlalu banyak akan menyebabkan kaedah ini kurang berkesan. Kemudian anda boleh curahkan air bancuhan kapur sireh tadi kedalam sarang anai-anai atau kawasan anai-anai berkumpul. Anda juga boleh masukkan air bancuhan tadi kedalam botol spray dan sembur di kawasan laluannya.

10. Minyak hitam

Sumber: Shunmotorsport

Petua halau anai-anai yang terkahir ialah dengan menggunakan minyak hitam. Minyak hitam yang dimaksudkan ialah minyak hitam yang digunakan untuk kenderaan. And aboleh gunakan minyak hitam yang sudah digunakan, tak perlu membazir dengan membeli minyak hitam yang baru. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenal pasti di manakah sarang anai-anai tadi. Setelah berjaya dikesan, and aboleh curah minyak hitam tadi kedalam sarang anai-anai tersebut. Minyak hitam akan membunuh kesemua anai-anai dan lavanya. Jika ada anai-anai yang sempat melarikan diri, mereka juga akhirnya akan mati jika sudah terkena minyak hitam tadi.

Itulah dia info  tentang petua halau anai-anai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau kucing berak , petua halau lalat, petua ketiak berbau dan petua melancarkan haid.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.