Anda sedang cirit-birit? Penat berulang-alik ke bilik air? Badan pun dah lembik. Jom kami kongsikan petua hilangkan cirit-birit yang paling cepat dan berkesan.

petua cirit-birit

Sumber: Hch

Apakah jenis-jenis cirit-birit?

Terdapat 5 jenis cirit-birit iaitu:

1. Diarea akut iaitu cirit-birit yang berlaku secara tiba-tiba.

2. Disebabkan oleh jangkitan saluran gastro-usus, pengambilan dadah atau pengeluaran toksin oleh bakteria.

3. Disebabkan oleh jangkitan virus seperti norwalk dan hotavirus.

4. Disebabkan oleh bakteria seperti staphylococcus aureus, bacillus cereus, clostridium perfringes dan vibrio cholerae.

5. Disebabkan sejenis protozoa iaitu giardia lamblia dan ertamoeba histolytica.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Secara amnya, jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, dengan tangan yang kotor, atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:

  • Bakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)
  • Virus. Cth: Norovirus atau rotavirus
  • Parasit. Cth: Giardia intestinalis

Apakah tanda-tandanya cirit-birit?

Anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:

  • Najis cair
  • Sakit atau kejang perut
  • Kerap ingin menggunakan tandas
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera
  • Dehidrasi

Serangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari, namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.

petua cirit-birit

Sumber: Medicalnewstoday

Petua hilangkan cirit-birit

1. Oral Rehydration Salt (ORS)

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Untuk menyediakannya, ia amat mudah. ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.

2. Makan dalam hidangan kecil

Cuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan pedas, masin atau bergula. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit, anda perlu terus menyusukan mereka seperti biasa.

3. BRAT Diet

BRAT diet atau singkatan daripada perkataan (Banana, Rice, Applesauce dan Toast) ini disarankan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit. Bagaimana BRAT diet boleh merawat masalah sakit perut dan cirit-birit?

BRAT diet adalah makanan lembut yang dicadangkan kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit. Kebaikan mengamalkan BRAT diet untuk merawat masalah sakit perut dan cirit-birit termasuklah:

  • Makanan yang digunakan dalam diet boleh menjadikan najis kurang cair kerana makanan tersebut rendah fiber, lembut dan berkanji.
  • Makanan membantu menggantikan nutrien diperlukan badan yang hilang akibat muntah-muntah dan cirit-birit. Pisang tinggi dengan kandungan potassium.

Dalam BRAT Diet  ada pisang yang mengandungi potassium yang dapat membantu usus menyerap air dan juga epal yang mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus.

Makanan berkanji tidak akan menyakitkan perut. Selepas anda mengalami cirit-birit atau muntah. Makan mengikut BRAT diet bagi membantu badan kembali pada tabiat makan yang normal. Diet ini juga membantu mual dan muntah yang dialami oleh sesetengah ibu hamil.

Anda boleh tambah lain jenis makanan berkanji ke dalam BRAT diet. Contohnya, biskut kracker, kentang atau clear soup broths. Jangan makanan produk tenusu, bergula atau berlemak kerana ia mungkin boleh mencetuskan mual dan lebih banyak cirit-birit.

Bila diserang cirit-birit yang teruk, jangan terus makan makanan dalam BRAT diet tetapi hanya hirup/minum cecair sahaja. Tunggu sehingga anak anda boleh makan makanan makanan pejal tanpa muntah lagi. Jika anda mengalami muntah atau cirit-birit teruk, cuba minum minuman yang berelektrolit untuk memastikan badan kekal hidrasi.

Ikut nasihat doktor tentang pengambilan makanan yang betul bila mengalami masalah berkaitan perut. Selepas anak kembali normal, pastikan dia diberi makanan yang sihat kerana BRAT diet tidak dapat memenuhi keperluan diet yang cukup. Dia perlu kembali makan seperti biasa tetapi banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam masa 24 hingga 48 jam selepas mengalami muntah dan cirit-birit.

petua cirit-birit

Sumber: Simplyrealmoms

4. Teh O Pekat

Rendam beberapa sudu daun teh ke dalam segelas air panas tanpa gula sehingga daun teh kembang. Minum air tersebut beberapa kali sehari sehingga sembuh.

5. Pucuk daun jambu batu

Jika anda cirit-birit, boleh makan beberapa helai pucuk daun jambu batu.

6. Ciku muda

Ambil beberapa biji buahciku muda dan rebus. Minum air rebusan tersebut.

7. Air tepung gandum

Anda juga boleh minum air tepung gandum. Caranya, rendam tepung dalam air masak. Apabila tepung sudah mendap di bawah, ambil airnya dan minum.

8. Kentang

Makan kentang tanpa ditambah perisa dan garam selepas direbus empuk.

9. Air kosong

Cirit birit boleh menyebabkan badan anda menjadi dehidrasi. Tingkatkan hidrasi anda dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Anda juga boleh minum air kelapa dan minuman tanpa kafein serta makan makanan yang bersup.

10. Teh bunga

Teh bunga mengandungi bahan antispamodic yang memberi kelegaan pada sakit perut dan masalah gangguan perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan usus. Anda juga boleh minum green tea untuk membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan baik.

petua cirit-birit

Sumber: Mumjunction

11. Pil Chi Kit Teck Aun

Mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa dua jam.

12. Nasi putih

Nasi putih ialah antara makanan yang patut anda makan semasa cirit birit kerana ia mudah untuk dimakan. Makan sedikit nasi putih tanpa lauk atau kuah dan perlahan-lahan tambahkan jumlah nasi yang anda makan apabila sakit semakin pulih.

13. Pisang

Apabila anda mengalami cirit birit, anda disarankan untuk makan pisang. Pisang mengandungi kandungan pektin yang tinggi. Pektin adalah fiber larut air yang boleh membantu anda mengurangkan cirit birit. Makan beberapa pisang sehari sehingga sakit berkurang.

14. Halia

Halia selalu digunakan sebagai rawatan untuk keracunan makanan dan ia juga dapat menghilangkan cirit-birit. Hiris sedikit halia dan tambah satu sudu teh madu dan makan campuran ini untuk mengeluarkan angin lalu memulihkan pencernaan. Elak minum air selepas makan campuran ini.

Anda juga boleh minum teh halia dua ke tiga kali sehari untuk memulihkan cirit-birit. Potong sedikit halia dan letakkan dalam satu cawan air. Didihkan air tersebut untuk beberapa minit, toskan dan tambah madu sebelum minum.

petua cirit-birit

Sumber: Nurulmohamad

Itulah dia petua cirit-birit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.