Sejak 4000 tahun yang lalu iaitu Zaman Besi, pisau telah digunakan oleh manusia. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan budaya, pisau telah berkembang di mana terdapat pelbagai jenis pisau untuk keperluan yang berbeza.

Bagi kegunaan memotong sayur-sayuran sehinggalah menyembelih lembu, sudah pasti ianya memerlukan pisau yang berbeza. Untuk entri kali ini, mari kami kongsikan 15 pisau dapur terbaik mudah guna.

1. Pisau Berlubang Jepun G-Smart

pisau dapur terbaik

Bilah ini mempunyai lubang di tepi pisau yang dipanggil ‘granton edge’. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses memotong makanan agar hasil potongan anda akan kelihatan lebih baik, tidak berselerak, dan tidak rosak. Pisau ini sangat sesuai untuk anda yang memerlukan pisau dapur untuk memotong makanan.

2. Pisau Tanica Laser Utility

pisau dapur terbaik

Pisau Tanica Laser Utility ini mempunyai bilah gerigi mikro yang diperbuat daripada teknologi laser sehingga ketajamannya tetap terjaga. Anda juga tidak perlu mengasah pisau ini untuk menajamkannya.

Selain itu, pemegang pisau ini selesa dipegang sehingga dapat mengurangkan ketegangan pada pergelangan tangan.

3. Pisau Titanium BOLDe

pisau dapur terbaik

Sekiranya anda mencari pisau yang ringan tetapi boleh memotong pelbagai jenis makanan dengan baik, pisau Titanium BOLDe ini boleh menjadi pilihan anda.

Dengan gaya tradisional Jepun, pisau ini cukup ergonomik sehingga selesa dipegang untuk jangka masa yang panjang. Berbanding dengan pisau titanium biasa, pisau dapur terbaik ini mempunyai tahap ketajaman yang lebih tinggi dan dapat digunakan untuk memotong segala jenis makanan.

4. Pisau VORDA IKEA

pisau dapur terbaik

IKEA memberi penyelesaian bagi masalah umum pisau keluli yang mudah berkarat, iaitu dengan mencampurkan logam tambahan ke dalam pisau ini dan pisau ini menjadi lebih tahan karat dan lebih tajam.

Dengan penjagaan yang betul, pisau keluli ini dapat bertahan seumur hidup. Kami mengesyorkan pisau VORDA ini untuk anda yang mencari pisau tahan lama dan sangat tajam.

5. Pisau Wusthof Santoku

pisau dapur terbaik

Pisau Wusthof Santoku ini mempunyai pemegang yang direka khas untuk mengoptimumkan keseimbangan sehingga anda dapat mengawal sudut pisau dengan lebih baik.

Di samping itu, pisau ini mempunyai sudut pisau yang lebih nipis daripada bilah pisau lain. Sudah tentu apa-apa makanan boleh dipotong dan dicincang dengan pisau ini.

6. Pisau Dapur OXONE

pisau dapur terbaik

Dari bilah ke pemegangnya, pisau ini 100% diperbuat daripada logam. Ia juga sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis ukiran hiasan daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Selain bagus untuk mengukir, pisau yang perlu ada di dapur anda ini juga sesuai untuk memotong daging, mengiris sayur-sayuran dan memotong pelbagai rempah ratus di dapur.

7. Pisau Chef Jamie Oliver

pisau dapur terbaik

Sekiranya anda ingin keselesaan pisau yang digunakan oleh chef profesional, pisau ini adalah pisau dapur terbaik yang perlu anda ada. Ia dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memotong, menghiris dan juga mengupas.

Selain mempunyai pelbagai kegunaan, reka bentuknya juga bergaya dapat memberikan kesan moden kepada dapur anda.

8. Pisau Victorinox Swiss Army

Pisau dapur terbaik

Sekiranya anda gemar berkelah atau berkhemah, pastikan pisau ini termasuk dalam senarai untuk anda bawa bersama. Pisau kecil serbaguna ini berfungsi untuk pelbagai perkara kerana ketajamannya dan bentuknya yang runcing.

Pisau dapur terbaik ini juga membolehkan anda memotong pelbagai jenis makanan bahan masakan sekaligus sesuai dijadikan sebagai pisau ukiran makanan.

9. Pisau Set Dapur FINDKING 5 Dalam 1

pisau dapur terbaik

Terdapat lima jenis pisau dalam set pisau ini, iaitu pisau berukuran 8cm hingga 15.5cm dan pengupas buah. Setiap pisau menggunakan penutup pisau supaya selamat daripada terkena pisau yang disimpan di dalam laci.

Selain itu, ia dapat mengelakkan daripada terkena kotoran dan debu. Set pisau ini menjadi pilihan bagi anda yang sedang mencari hadiah perkahwinan.

10. Pisau Dapur Berwarna (OXONE OX-961)

pisau dapur terbaik

Fungsi pisau dapur berwarna OXONE OX-961 ini adalah dapat memudahkan pelbagai tugasan di dapur, dari memotong sayur-sayuran hinggalah mengupas kulit buah-buahan.

Ia juga merupakan set pisau yang sangat lengkap dan memenuhi pelbagai keperluan anda dengan warnanya yang sangat menarik. Untuk mengetahui semua fungsinya dengan tepat, anda perlu membaca keterangan setiap pisau tersebut terlebih dahulu.

11. Pisau Tefal Fresh Kitchen Ulitity

pisau dapur terbaik

Pisau utiliti Tefal K06136 sepanjang 13 sentimeter ini dilengkapi dengan pemegang lembut untuk keselesaan pengguna semasa memotong. Ia juga mempunyai lapisan kalis lekat untuk memudahkan pemotongan dan pembersihan.

Penting sekali, pisau dapur terbaik ini juga dilengkapi sarung keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.

12. Pisau Roti Sakai Master Chef

Pisau dapur terbaik

Bagi anda yang gemar makan kek atau roti, pasti kecewa apabila ingin memotong kek yang mahal tetapi sudah hancur, betul tak?

Jangan risau, dengan pisau dapur terbaik iaitu pisau roti Sakai ini, ia mampu menyelesaikan masalah anda. Bilah pisaunya yang bergerigi mampu memotong roti dan kek tanpa sebarang masalah.

13. Pisau Dapur Damascus

Pisau dapur terbaik

Pisau 8 inci ini mempunyai kualiti terbaik kerana diperbuat daripada besi Damascus yang lebih fleksibel dan tahan lama. Ia sesuai untuk memotong daging, herba,

kacang dan memotong sendi daging yang tidak terlalu keras. Reka bentuk pisau ini sangat sesuai untuk tukang masak kerana ianya dibuat untuk melakukan potongan asas semasa memasak. Pisau tajam ini dapat memotong sebarang barangan memasak dengan tepat dan sempurna.

14. Pisau Jaya Mata

Pisau dapur terbaik

Cleaver yang merupakan pisau dapur terbaik ini tidak asing lagi dengan tukang daging. Namun, tahukah anda bahawa pisau Jaya Mata ini sesuai digunakan di rumah kerana saiznya yang lebih sederhana iaitu 15 sentimeter.

Ia agak berat tetapi saiznya yang sederhana memudahkan memotong daging atau tulang yang sangat keras.

15. Pisau Tramontina Athus

Pisau dapur terbaik

Bagi peminat buah-buahan, pisau Tramontina Athus ini semestinya menjadi keperluan anda. Pisau ini pendek, meruncing, berlekuk dan bergerigi memudahkan untuk mengupas buah-buahan.

Muncungnya yang tirus juga akan memudahkan penyingkiran biji buah dengan betul. Perlu diingat bahawa pisau ini hanya sesuai untuk buah-buahan berkulit nipis seperti epal, betik dan sebagainya.

Berikut adalah kamera mirrorless terbaik malaysia boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Jom baca juga Travel backpack terbaik, Kamera 360 Terbaik Malaysia, Smartphone Andriod Terbaik Malaysia dan Sejadah Terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.