Mencari toner untuk kulit jerawat? Seperti yang kita tahu, toner adalah salah satu kepentingan bagi kulit kita untuk lebih lembab, tidak hidrasi dan kekal sihat sepanjang hari. Ramai yang terlepas pandang akan kepentingan memakai toner dalam memastikan kulit kekal sihat.

Ramai juga tak tahu bahawa kulit jerawat memerlukan penjagaan yang sangat rapi terutamanya dalam pemakaian toner. Toner sangat penting untuk kulit jerawat kerana ia akan menghalang radikal bebas dan kotoran yang merebak di wajah.

Selain itu banyak lagi kelebihan toner untuk kulit jerawat yang boleh anda cuba. Ia juga bergantung kepada jenis toner tersebut. Selalunya, apabila wajah dilindungi toner, maka minyak wajah terjadi akibat radikal bebas sehingga menyebabkan jerawat dapat dielakkan. Jom lihat jenis toner untuk kulit jerawat.

1. Hydra Pore Cream Skin Toner 

toner untuk kulit jerawat

Toner untuk kulit jerawat yang boleh kita cuba adalah Hydra Pore Cream Skin Toner. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti Meadowfoam Seed oil yang berfungsi melindungi kulit sepenuhnya dan memberi penyerapan terbaik.

Kandungan Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum dalam toner untuk kulit jerawat ini juga mampu membaikpulih kulit dengan menghaluskan pori dan menghilangkan blackhead dan whitehead. Masalah jerawat juga dapat dielakkan dan dipudarkan.

2. Toner Some By Mi

toner untuk kulit jerawat

Jangan risau jika muka penuh berjerawat, toner some by Mi buatan Korea ini berfungsi menghilangkan jerawat sekaligus mencerahkan kulit wajah dengan berkesan.

Terdapat 4 jenis rawatan Toner Some By Mi iaitu dapat menghilangkan jerawat, mencerahkan wajah, melembabkan kulit serta menutup pori-pori yang terbuka. Wajah pasti kembali licin, flawless dan sihat tanpa jerawat.

3. Toner Eskinol

Khas untuk jerawat, terdapat 3 jenis toner Eskinol iaitu untuk jerawat teruk, jerawat halus dan juga untuk putih atau pudarkan jerawat. Dengan penggunaan toner untuk kulit jerawat ini, ia amat disarankan untuk wanita yang muka berminyak dan berjerawat.

Selain itu, terdapat juga toner Eskinol khas untuk lembabkan kulit, cerahkan kulit dan membuang blackhead dan whitehead. Pilihan untuk menghilangkan jerawat akan memudahkan anda mengurangkan bintik hitam sekaligus parut jerawat.

4. Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Acne Toner

Jenama Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Acne ini didatangkan dengan pelbagai item dalam satu set. Antaranya adalah pencuci muka, pelembab, losyen dan toner. Set ini amat sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif.

Penggunaan toner Cosmoderm juga dapat membersihkan wajah sehingga liang pori, mengecutkan jerawat, menghilangkan minyak wajah yang berlebihan dan juga jerawat. Sama ada menggunakan satu set penuh atau toner sahaja, pastinya ia sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.

5. Snail Truecica Miracle Repair Toner 

Snail Truecica Miracle Repair Toner ini adalah salah satu toner dari jenama Some By Mi. Ia mengandungi kandungan Black Snail dan Truecica. Antara kandungan lain toner untuk kulit jerawat ini adalah mugwort extract, tea tree leaf water, Asiatic pennywort extract dan Titrated Asiatic pennywort extract.

Kandungan terbaik toner ini dapat membantu menampakkan kulit lebih muda, lembab dan makin cerah. Yang pasti, ia juga memudarkan jerawat dan kesan jerawat.

6. Acne Scar Toner Sendayu Tinggi

Bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak dan berparut, toner Acne Scar dari Sendayu Tinggi ini amat sesuai digunakan. Walaupun jerawat halus dan baru sahaja timbul, ia sangat sesuai untuk mengecutkan jerawat. Tak percaya? Kenalah cuba sendiri toner untuk kulit jerawat ini!

Beli Di Shopee: Acne Scar Toner Sendayu Tinggi

7. Calendula Plant Extract Toner

Calendula Plant Extract Toner ini merupakan salah satu toner untuk kulit jerawat yang diformulasikan mengguna bunga calendula dan chamomile.

Ia lengkap dengan nutrisi dari Calendula Soaking Oil yang berfungsi untuk melembabkan dan melicinkan kulit. Malah, ia juga menghalang pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh radikal bebas.

8. Charms Toner

Tanpa lemak haiwan, tanpa alkohol dan tanpa paraben, toner untuk kulit jerawat ini adalah semulajadi boleh anda gunakan. Khas untuk yang mengalami masalah kulit kering dan berjerawat, Charms Toner adalah pilihan yang terbaik!

9. Oxy Acne Control Toner

Ramai yang sudah tahu bahawa jenama Oxy sememangnya khas untuk kulit jerawat sama ada jerawat halus atau teruk. Ia mengawal minyak di kulit wajah dan mengecutkan jerawat yang tumbuh di wajah anda.

Kesannya adalah seawal seminggu dan jika dipakai bersama set pencuci muka Oxy, ia akan lebih memuaskan. Nak hilangkan masalah jerawat ecara efektif, jom cuba!

10. Eucerin Pro Acne Solution Toner

Toner untuk kulit jerawat yang sangat berkesan adalah Eucerin Acne Oil Control dimana ia meningkatkan daya tahan kulit seseorang. Kulit akan terlindung daripada pencemaran alam sekitar seperti radikal bebas.

Ia juga dapat mencuci pori dengan lengkap, sekaligus melawan bakteria di wajah dan mengelakkan jerawat. Kandungan Licochalcone A juga menjadikannya salah satu toner untuk kulit jerawat.

Itulah dia antara toner untuk kulit jerawat yang boleh kita cuba, jom pilih mana yang anda suka! Jom baca juga serum terbaik, punca jerawat pasir dan punca hormon tidak stabil. Semoga bermanfaat.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.