11 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Wanita Asia
Wanita kian keliru dan celaru memikirkan jenis bedak compact terbaik yang sesuai dengan wajah mereka. Apa tidaknya, kulit wanita asia tak sama macam kulit…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Wanita kian keliru dan celaru memikirkan jenis bedak compact terbaik yang sesuai dengan wajah mereka. Apa tidaknya, kulit wanita asia tak sama macam kulit mat salleh. Pakai apa pun cantik! Tetapi tidak bermakna tiada bedak compact terbaik yang sesuai untuk kulit wanita asia.
Terdapat banyak bedak compact terbaik untuk kulit wanita asia namun begitu terdapat beberapa faktor penting perlu anda titik beratkan dalam pemilihan bedak compact.
Faktor Penting Untuk Memilih Bedak Compact Untuk Kulit Anda
- Pastikan kulit wajah anda tidak mempunyai masalah yang teruk sebelum mencari bedak compact. Sekiranya terdapat masalah kulit wajah yang teruk, anda harus buat kajian terlebih dahulu.
- Ketahui warna kulit dan tona warna kulit anda bagi memudahkan anda mencari bedak dalam tona kulit warna sama seperti anda.
- Lihat kandungan bedak compact tersebut dan elakkan bedak compact yang mengandungi bahan kimia dan bahan larangan.
- Pilih bedak compact yang teksturnya ringan atau berat tetapi haruslah dibandingkan dengan harganya untuk keuntungan anda. Yang penting bedak compact itu sesuai dengan wajah anda!
- Ketahui pengalaman dan testimoni mereka yang kulit seperti anda. Ketahui apa kata mereka dan cadangan bedak compact untuk anda.
11 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Wanita Asia
Mari kami cadangkan 12 bedak compact terbaik untuk anda yang khasnya orang Asia! Bedak compact ini sudah pastinya selamat dan diyakini ramai. Ia juga telah mendapat tempat dalam pasaran Malaysia sejak dari dulu lagi sehingga sekarang.
1. MAC Studio Fix Powder Plus Foundation

Imej via flipkart
Tahukah anda, MAC Studio Fix Powder Plus Foundation adalah bedak compact terbaik untuk semua kulit wanita asia. Ia berfungsi 2 dalam 1 iaitu anda boleh gunakannya sebagai foundation dan bedak juga. Liang roma dan pori-pori wajah anda akan tertutup cantik dan licin.
2. L’OREAL Infallible Pro-Matte Powder

Imej via ph.priceprice
Bedak Compact Terbaik ini tidak akan mengeringkan kulit wajah anda justeru kulit anda lebih segar dan lembab. L’OREAL Infallible Pro-Matte Powder terdiri daripada pelbagai ton warna sesuai untuk semua jenis kulit anda. Ia juga boleh digunakan sebagai foundation.
3. MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte

Imej via sociolla
MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte yang merupakan bedak compact terbaik ini mempunyai SPF 25+ dan sesuai digunakan untuk wanita asia yang berkulit sensitif. Ia juga tahan lama sehingga 12 jam. Amat sesuai untuk anda gunakan di tempat kerja dan ke mana sahaja.
4. Sephoracolour Compact Powder

Imej via ebay
Bedak Compact Terbaik untuk kulit wanita Asia yang boleh anda cuba adalah Sephoracolour Compact Powder. Sephoracolour Compact Powder merupakan bedak compact berjenama dan eksklusif. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti serta dapat melembabkan kulit dengan sempurna.
5. REVLON ColorStay™Pressed Powder

Imej via amazon
REVLON ColorStay™Pressed Powder ini amat sesuai diaplikasikan pada wajah wanita yang kulit berminyak. Ia dapat mengawal minyak di wajah dan menutup lubang-lubang kulit muka. Anda boleh menggunakannya ketika mekap natural mahupun mekap tebal. Pasti cantik!
6. Pixy Compact Powder

Imej via 100Comments
Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan Pixy atas alasan ia ringan, tidak panas, tidak berpeluh dan amat selesa. Anda juga boleh memilih tona warna yang sesuai mengikut warna kulit wajah anda.
7. NARS Cosmetics Makeup Double Layer Oil Control Face Foundation Compact Powder Cake (2 in 1)

Imej via google
Pergh! Memang berbaloi beli bedak compact terbaik di Malaysia ini. Artis pun ramai yang gunakannya apatah lagi mekap artis di luar sana. Bukan sahaja dijadikan sebagai foundation, tetapi dah macam flawless sangat bedak ni! Nampak natural dan nice.
8. Lancome Teint Miracle Natural Light Creator Compact SPF 15

Imej via lookfantastic
Tekstur bedak compact terbaik di Malaysia ini sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang dan tidak terlalu putih. Dengan SPF 15, kulit akan lebih lembab dan segar sepanjang hari. Lancome Teint Miracle ini memberikan kecerahan semulajadi kepada semua jenis kulit wanita.
9. Etude House - Secret Beam Powder Pact 16g

Imej via amazon
Jenama Etude dikatakan mesra pengguna untuk semua jenis kulit wajah wanita. Bagaikan mutiara, kulit wajah anda kelihatan lebih putih dan cerah setelah memakai bedak compact terbaik ini. Bedak compact ini terbukti selamat digunakan oleh semua jenis kulit wanita asia.
10. SILKYGIRL Hydra White 2-Way Foundation

Imej via silkygirl
Selain dijadikan bedak compact, Silkygirl Hydra White ini juga dijadikan foundation untuk anda yang sukakan mekap ringkas! Tekstur bedak amat ringan sekali dan tidak panas. Muka tidak berpeluh malah tampak lebih berseri-seri kerana vitamin dan kandungan bedak compact terbaik ini. Ia amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi wanita Asia.
11. L’Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation

Imej via BeautyMNL
Jangan risau kenapa kebanyakan bedak compact terbaik boleh dijadikan foundation. Ia adalah berita baik untuk kulit wajah anda. Liang pori-pori tidak tersumbat lagi dengan bermacam produk yang lain. L’Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation mampu meratakan warna kulit anda untuk lebih gebu, halus dan cantik!
Itulah dia 11 bedak compact terbaik sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Bedak compact terbaik untuk semua wanita ini amat mampu milik dan tidak terlalu mahal. Apa kata anda pilih mana satu bedak yang menjadi pujaan hati anda!
Semoga artikel ini memudahkan untuk anda membuat pilihan bedak compact terbaik untuk kecantikan dan wajah anda. Jemput baca Moisturizer Terbaik, Serum Terbaik dan juga Sunblock Terbaik.
Rujukan: