51 Tempat Menarik Di Melaka 2025 (Best dan TERKINI)
Anda ada rancangan untuk bercuti ke Melaka? Mencari tempat menarik di Melaka? Tempat bersejarah di Melaka? Jika ya, artikel ini wajib anda baca. Kami akan…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Anda ada rancangan untuk bercuti ke Melaka? Mencari tempat menarik di Melaka? Tempat bersejarah di Melaka? Jika ya, artikel ini wajib anda baca. Kami akan kongsikan tempat menarik di Melaka wajib anda pergi tahun ini. Kami senarai tempat menarik di Melaka 2025.
Lawatan bersama ke Melaka tidaklah terhad kepada melihat lokasi bersejarah sahaja. Pada masa kini, terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Melaka khususnya kepada kanak-kanak.
Selain itu, antara yang dirasakan akan membuatkan anda teruja teruja adalah tarikkan lain untuk tempat meanrik di Melaka yang akan kami kongsikan.
Magic Art 3D Museum


Imej via Magic Art 3D Museum
Ambil gambar unik anak-anak anda dalam pelbagai tema seperti laut dan hutan. Jika selama ini anda hanya melihat lukisan atau mural, apa kata kali ini cuba tempatkan diri anda di dalam karya pelukis.Tempat ini boleh dikatakan tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak.
Harga Tiket: RM22 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak dan warga emas), RM28 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: G13, G15, & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka
Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 9am-9pm (Jumaat-Ahad, dan cuti umum)
Freeport A’Famosa Outlet
Tak sahlah melancong kalau tak membeli-belah. Pusat membeli-belah yang kami cadangkan ini bukan biasa-biasa tau, kalau nak cari di Lembah Klang pun belum tentu jumpa yang sama!

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare
Hal ini kerana rekaan bangunannya memang sangat unik dan cantik, ala-ala bangunan English yang klasik. Ruang parkir yang luas serta kepelbagaian barang yang boleh didapati merupakan antara tarikan istimewa tempat ini!
Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am - 10 pm
Upside Down House Gallery Melaka

Imej via travelog
Cinta kepada Melaka dan pengalaman 10 tahun dalam bidang pelancongan telah memberi idea kepada pemiliknya untuk membina sebuah rumah yang aneh. Rakam memori anda bersama anak-anak di dalam rumah yang segalanya berada dalam keadaan terbalik!
Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (Kanak-kanak), RM20 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan PM7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka
Waktu Operasi: 10am-9pm (Jumaat-Ahad), 10am-7pm (Isnin-Khamis)
Menara Taming Sari

Imej via babania
Tingkatkan keterujaan anak-anak anda dengan membawa mereka melihat panorama indah bandar Melaka pada ketinggian 80 meter. Menara ini berputar 360° untuk membolehkan kira-kira 66 orang pada satu-satu masa untuk melihat suasana Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg. Melaka dan Selat Melaka dari pandangan udara.
Merupakan tempat menarik di bandar hilir Melaka.
Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM11 (kanak-kanak), RM23 (warga asing dewasa), RM15 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: 10am-11pm setiap hari
Melaka River Cruise

Imej via casadelrio
Kanak-kanak selalu menggemari aktiviti menaiki bot menelusuri Sungai Melaka. Ibu bapa pula menggunakan waktu ini bagi merehatkan diri seketika sambil menyaksikan pemandangan menarik di sepanjang sungai.
Harga Tiket: RM10.60* (dewasa), RM5.30* (kanak-kanak), percuma bagi kanak-kanak bawah 2 tahun,RM15.90* (warga asing dewasa), RM7.50* (warga asing kanak-kanak).
*Harga lebih rendah untuk OKU dan warga emas. Harga juga lebih tinggi untuk semua kategori pada hari Jumaat sehingga
Ahad dan cuti umum.
Alamat: Sungai Melaka
Waktu Operasi: 9am-1130pm
Melaka River Pirate Park

Imej via babania
Jika anda masih mahu meneruskan makan angin pada waktu petang sehingga malam, cuba bawa anak-anak anda ke Melaka River Pirate Park. Ada 6 jenis permainan disediakan kepada pengunjung iaitu Rodeo Bull, Ferris Wheel, Bungee Trampolin, Pirate Ship, Rock Climbing dan Haunted House.
Harga Tiket: berbeza mengikut jenis permainan bermula RM3.20 sehingga RM10.60
Waktu Operasi: 5pm-12pm setiap hari
The Shore Oceanarium
Dengan menggunakan kacamata 3-D, anak-anak dan ibu bapa dapat melihat pokok-pokok bakau, hutan dan pelbagai jenis ikan yang seolah-olah wujud benar di hadapan mata.

Imej via Foursquare
Mungkin ianya tidak sehebat Aquaria yang memaparkan hidupan laut sebenar, namun teknologi yang digunakan merupakan satu inovasi yang sangat menakjubkan. Memang nampak nyata!
Harga Tiket: RM35 (Combo dewasa), RM25 (combo kanak-kanak dan warga emas)
Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Waktu Operasi: 1030am-9pm setiap hari
**Jonker Walk Melaka
**

Imej via foodadvisor
Bila sudah datang ke Melaka, orang kata wajib beli souvenir. Tempat yang boleh anda terjah untuk dapatkan segala macam jenis souvenir adalah di sini.
Jonker Walk bolehlah dikatakan sebagai lokasi tarikan utama di Melaka. Terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Nasihat kami, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, Bandar Melaka
Kos: Terpulang kepada bajet 2017 anda
Zoo Melaka

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare
Kalau teringin melihat haiwan, Zoo Melaka adalah tempat yang wajib anda pergi! Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.
Banyak perkara menarik tentang Zoo Melaka. Pelbagai haiwan anda boleh lihat di sini (1200 haiwan daripada 215 spesies yang pelbagai)!
Kemudahan seperti tram (kereta api) juga disediakan untuk kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja.Anda boleh mencuba kemudahan ini kerana kawasan zoo Melaka juga agak luas untuk menapak.
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)
Waktu operasi: -
Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)
Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)
Kos: -
Warganegara
Warga emas: RM7.10, Dewasa (umur 13-59): RM17.80, Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10, OKU: RM7.10
Bukan Warganegara
Dewasa (umur 13-59): RM23.70, Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80
*Untuk dapatkan maklumat lanjut,anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi Zoo Melaka.
Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Imej via letsgoholiday
Jika anda peminat haiwan reptilia, Taman Buaya Melaka adalah antara pilihan menarik untuk dikunjungi. Tarikan yang mula dibuka pada tahun 1987 ini telah merupakan rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator, Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman.
Buaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai keadaan habitiat asalnya. Terdapat juga tarikan-tarikan lain di sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan Mammal House boleh anda kunjungi apabila berada di sini.
Malaysia In Maniature mengandungi 13 replika bangunan utama dan bersejarah di malaysia seperti bangunan Tugu Negara, A’Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang dan Litar F1 Sepang.
Jangan terlepas untuk melihat pertunjukan buaya. Walau bagaimanapun, ianya mempunyai waktu tertentu sahaja . Pertunjukkan ini hanya diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang.
Boleh kunjungi laman web rasmi Taman Buaya Melaka untuk info lanjut dan terkini.
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran McDonalds Lebuh Ayer Keroh)
Kos:
Hari biasa Dewasa: RM15.00 Kanak-Kanak: RM12.00
Hujung Minggu & Cuti Sekolah Dewasa: RM20.00 Kanak-Kanak: RM17.00
Harga Tiket Rumah Hantu (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00
Harga Tiket Keretapi Raksasa (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00
Muzium Islam Melaka (Melaka Islamic Museum)

Imej via perzim
Lokasinya berhampiran dengan A Famosa. Jadi, mencarinya tidaklah sukar. Bangunannya berwarna merah dengan pintu gerbang dengan warna yang serupa.
Asalnya ia merupakan pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum digunakan sebagai muzium. Apa yang menarik mengenai muzium ini adalah anda akan melihat bagaimana agama Islam dibawa ke Melaka sehingga ia berkembang ke seluruh negara.
Terdapat 8 ruang pameran yang dihias mengikut tema dan mengikut kronologi.
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 530pm), ditutup pada hari Isnin
Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Malacca Botanical Garden


Imej via Foursquare
Taman Botani Malacca adalah taman botani yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Kemudahan rekreasi di sini termasuk Muzium Perhutanan Melaka, Taman Prasejarah, Storyland, Taman Orang Asli, Taman Rusa dan jambatan tergantung.
Jika anda sukakan haiwan dan tumbuhan, inilah tempat yang cocok dengan jiwa anda. Bukan sahaja cantik, malah menenangkan jiwa!
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Melaka Toy Museum
Imej via cincaitalkMinat mengumpul permainan selama 20 tahun sewaktu bekerja di sebuah agensi pengiklanan telah membolehkan pemiliknya iaitu George Ang untuk membuka sebuah muzium permainan.
Ang yang kini berusia melangkaui 45 tahun telah berkongsi minatnya dengan pengunjung yang bukan sahaja dari kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Ang mempunyai lebih 10,000 patung dan permainan dalam muziumnya.
Watak-watak terkenal seperti Cat Woman, The Mask, Freddie Krueger, The Hulk, Patrick Bateman dan Star Wars adalah sebahagian daripada koleksi yang anda boleh temui di Melaka Toy Museum.
Alamat: 5044, Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (11am – 7pm),Ahad (1pm – 7pm)
Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak di bawah usia 12 tahun)
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (Malay and Islamic World Museum)

Imej via wikipedia
Bangunannya dinamakan Bastion House iaitu lokasi pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka. Mereka yang mahu mempelajari mengenai masyarakat Melayu boleh menjadikan muzium ini sebagai salah satu rujukan anda.
Koleksi yang mereka miliki merangkumi manuskrip, sastera, cop mohor, alat muzik, senjata dan sebagainya.
Alamat: Jalan Kota, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 530pm)
Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Masjid Kampung Hulu

Imej via minube
Masjid Kampung Hulu telah wujud selama 280 tahun. Ini menjadikan ia di antara masjid tertua di Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 oleh pendatang dari China yang memeluk agama Islam.
Pelancong tertarik dengan senibinanya yang unik iaitu gabungan unsur Cina dan Jawa. Ia tampak jelas pada jubin lantai dan mimbarnya.
Khabarnya, jubinnya datang dari Dinasti Ching. Dindingnya pula dikatakan diperbuat daripada campuran pasir, putih telur dan granit. Selain itu, menaranya yang kelihatan seperti rumah api menjadikan ia lebih menarik. Anda mesti datang dan saksikan sendiri bangunan bersejarah ini.
Alamat: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary)

Imej via inilahrealitibukanfantasi
Ia terletak dalam kawasan hutan seluas 11 ekar dan sudah pun beroperasi selama lebih 20 tahun. Taman ini telah menarik ramai pelancong untuk datang dan mengenali rama-rama di Malaysia.
Pengunjung mengambil peluang untuk merakamkan gambar beratus rama-rama yang cantik, datang daripada lebih 20 spesies termasuk Rajah Brooke dan Malayan Birdwing.
Kenali juga haiwan reptilia seperti ular yang turut berteman dengan rama-rama di taman ini. Sesudah itu, rehatkan minda dengan melihat beratus ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam.
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (830am – 530pm)
Harga Tiket: RM22 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 3-12 tahun)
Masjid Selat Melaka

Imej via therucksackgroup
Masjid dengan senibina moden ini dikenali juga sebagai Masjid Terapung kerana kedudukannya yang berada di atas laut. Senibinanya bergabung dengan tempatan dan Timur Tengah.
Menaranya mempunyai rekaan unik sementara tingkap kacanya terukir dengan motif-motif Islam. Sesiapa juga yang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar kerana senibina dan pemandangannya yang indah.
Jadi, ia perkara biasa jika anda ternampak jurugambar mengambil gambar di sekitarnya. Untuk pengetahuan anda, Masjid Selat Melaka terletak di atas pulau buatan manusia seluas 40 hektar.
Alamat: Jalan Pulau Melaka 8, Pulau Melaka, 75000 Melaka
A’ Famosa

Imej via juniechen
Pelancong yang datang ke Melaka pasti tidak melepaskan peluang mengambil gambar di binaan ini. Binaan yang asalnya besar dan panjang, kini hanya tinggal gerbangnya sahaja yang digelar Porta de Santiago.
Pembinaannya dilakukan oleh Alfonso de Albuquerque yang mengetuai serangan Portugis di Kesultanan Melaka. Ia dijadikan pusat pentadbiran mereka pada abad ke 16. Di samping itu, ia juga menempatkan hospital, gereja dan menara-menara penting.
A’Famosa sudah lama menjadi tanda Melaka walaupun di sebaliknya adalah sejarah pahit. Wujud sejak tahun 1511, A’Famosa merupakan binaan Eropah paling lama bertahan di Asia.
Alamat: Jalan Kota, Melaka.
Stadthuys

Imej via tempatmenarik
Ia merupakan antara bangunan bersejarah di Melaka tinggalan Belanda. Warnanya yang merah bata kelihatan menyerlah di antara bangunan yang lain.
Tambahan pula, lokasinya amat strategik iaitu bertentangan dengan Jalan Jonker yang terkenal di kalangan pelancong. Asalnya ia digunakan sebagai pusat pentadbiran sebelum berfungsi sebagai muzium sejarah pada masa ini. Bangunan yang wujud sejak abad ke 17 ini telah dibina di atas runtuhan kubu milik Portugis.
Ia mempamerkan kepada umum akan senibina Belanda yang turut terlihat pada Gereja Kristian di sebelahnya. Stadthuys dipercayai adalah bangunan Belanda yang tertua di Timur.
Alamat: Jalan Gereja, 75000 Melaka
Muzium Samudera (Melaka Maritime Museum)

Imej via astroawani
Tidak jauh dari Stadthuys, terdapat sebuah replika kapal yang amat besar. Kanak-kanak pasti akan teruja melihatnya. Ia lokasi di mana ramai mengambil peluang untuk merakamkan gambar.
Inilah Muzium Samudera yang menyerupai Flor de la Mar iaitu kapal Portugis yang karam ketika membawa barang-barang rampasan dari Melaka. Muzium Samudera dipenuhi maklumat mengenai sejarah Melaka sebagai lokasi penting bagi pedagang-pedagang dari Timur dan Barat bertemu untuk berurusniaga.
Anda akan melihat barangan yang didagangkan termasuk barangan yang ditemui daripada kapal Diana iaitu sebuah lagi kapal karam. Peminat kapal pula dapat menambah ilmu dengan melihat model-model kapal dan fungsinya yang dipertontonkan kepada pengunjung.
Alamat: Jalan Quayside, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 530pm), Jumaat (9am – 1215pm, 245pm – 530pm)
Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)
Perigi Hang Tuah

Imej via msaadhamid
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyung iaitu di tempat kelahiran Hang Tuah. Dikatakan Hang Tuah telah menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan peribadi. Hang Tuah terkenal kerana taat setianya kepada Sultan Mansur pada abad ke 15.
Lima orang sahabatnya ialah Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Masing-masing merupakan pahlawan kepada Sultan. Hang Tuah merupakan yang paling disayangi diantara kesemuanya. Banyak kisah mistik dikaitkan dengan perigi ini.
Namun, cukuplah untuk kita mengetahui yang ia pernah dimiliki oleh seorang pahlawan yang setianya kepada Sultan tiada tolok-bandingnya.
Alamat: Kampung Duyong, 75430 Melaka
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari
Muzium Belia Malaysia (Malaysia Youth Museum)

Imej via perzim
Ia terletak di Jalan Laksamana dan mengambil bangunan lama yang dahulunya merupakan Pejabat Pos Melaka. Ia dibuka oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 April 1992 sebagai penghargaan kepada belia dan sumbangan belia kepada negara.
Di sini juga terletaknya Balai Seni Lukis Melaka atau Melaka Art Gallery khas buat pelukis-pelukis negara mempersembahkan karya seni mereka kepada umum.
Ia berada di tingkat atas Muzium Belia Malaysia. Jika anda sukakan muzium, Melaka tempat yang sesuai untuk anda kerana mereka memiliki kira-kira 15 buah muzium dan masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Alamat: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)
Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Muzium Adat Istiadat
Anda seorang pencinta budaya? Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang adat istiadat zaman dahulu? Alang-alang ke Alor Gajah, singgah sahaja di Muzium Adat Istiadat.

Imej via Foursquare
Di sini, anda akan melihat pameran barangan antik, peralatan pertanian zaman dahulu, senjata-senjata zaman purba dan banyak lagi. Senibina muzium ini sendiri berkonsepkan rumah kampung Melayu, sangat cantik!
Alamat: Dataran Keris, 78000 Alor Gajah
Waktu operasi: Setiap hari 9 am - 5.30 pm
The Pirate Adventure Melaka Alive
Ada peminat Captain Jack Sparrow di sini? Atau anda teringin untuk melihat sendiri pameran lanun ala-ala filem Disney? Singgah sahaja di The Pirate Adventure yang bertempat di Melaka Alive!

Imej via Foursquare
Dari jauh, rekaan kapal layar seolah-olah kapal lanun yang sebenar pasti akan buat anda terpesona. Di dalamnya pula, ada beberapa paparan menarik seperti kapal, patung lanun, penjara dan laluan bertiti. Memang menarik!
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am - 7 pm
Harga tiket: RM 17 (Kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas berumur 60 ke atas) | RM 23 (Dewasa)
The Shore Sky Tower
Mahu melihat pemandangan bandar Melaka dari bangunan yang tinggi? Serbu The Shore Sky Tower dan merasai pengalaman yang menakjubkan itu!

Imej via Foursquare
Dari bangunan 43 tingkat ini, anda akan dapat melihat Gunung Ledang, Selat Melaka dan Pulau Besar. Boleh juga menghirup udara yang segar sambil anda menikmati pemandangan yang mengasyikkan!
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am - 10.30 pm
Harga tiket: RM 18 (kanak-kanak) | RM 25 (Dewasa)
The Shore Toy Museum

Imej via The Shore Toy Museum
Semua kanak-kanak sukakan permainan. Orang dewasa juga ada yang masih menggemarinya. Sedikit sebanyak ia turut menggamit memori zaman kanak-kanak.
Kerana itulah, The Shore Toy Museum mempamerkan lebih 10,000 permainan yang dibawa dari Jepun, Thailand dan pelbagai negara bagi tatapan peminat karakter terkemuka dunia,
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (kanak-kanak),
Alamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persiaran Bunga Raya, 75100 Melaka.
Waktu Operasi: 1030am-9pm setiap hari

Imej via Foursquare
Di sini, ada banyak pameran berkaitan sains dan teknologi yang dapat diterokai. Antaranya ialah Onimax-style Cinema, paparan informasi seperti planet-planet dalam sistem suria, Teleskop Angkasa Hubble dan kehidupan di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Alamat: Kompleks, Hang Tuah Jaya, 75450, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Harga tiket: RM 10 (Dewasa) | RM 5 (Kanak-kanak dan warga emas) | RM 8 (Pelajar)
Tranquerah Mosque

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare
Masjid Tengkera atau Tranquerah Mosque ini dibina pada tahun 1728 dan dulu ia adalah masjid negeri Melaka sebelum penubuhan Masjid Al Azim pada tahun 1990. Boleh dikatakan masjid ini memang legend!
Selain itu, senibina masjid ini pula mempunyai elemen Melayu, Cina dan Indonesia. Struktur masjid yang asal dibuat sepenuhnya dari kayu yang dibeli dari Kalimantan dan Dutch East India Company.
Alamat: Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Melaka Bird Park
Taman Burung Melaka, yang terkenal sebagai taman burung aviari terbuka pertama di Melaka, dibina di atas tapak seluas 1.8 hektar di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka.

Imej via Foursquare
Mempunyai hampir 700 spesies burung, taman burung ini bertujuan untuk melindungi setiap spesies dan mendidik orang ramai dengan menganjurkan beberapa program pendidikan dan rekreasi.
Alamat: 75450 Durian Tunggal, Malacca
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am - 6 pm
Straits Chinese Jewellery Museum

Imej via macikzkonah
Suka barang kemas? Ini muzium terbaik untuk anda menambah maklumat mengenai barang kemas. Straits Chinese Jewellery Museum mempunyai banyak barang kemas yang hadir dalam pelbagai rekabentuk. Suka memakai sahaja tidak mencukupi.
Anda perlu menambah ilmu barang kemas anda dengan melihat peralatan dan mesin lama yang digunakan bagi membuat barang
kemas. Muzium yang dihias dengan gaya Baba dan Nyonya dengan perabot yang kaya dengan budaya Peranakan merupakan tarikan pertama.
Mereka juga menyediakan satu ruang pameran khas untuk perabot klasik serta foto-foto lama.
Alamat: No.108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (930am – 530pm)
Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), percuma untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah.
Museum of Royal Malaysian Marine. Muzium TLDM
Di Melaka, anda juga boleh melawat muzium TLDM. Dibuka pada tahun 1995, muzium ini bertujuan untuk menerangkan kepada masyarakat tentang maklumat mengenai kapal tentera laut dan perkakasan ketenteraannya.

Imej via Foursquare
Muzium ini mendokumentasikan dan memelihara sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia. Selain itu, ia juga mempamerkan gambar, pingat, pakaian seragam, persenjataan dan peralatan yang digunakan oleh TLDM.
Alamat: Muzium Tldm, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Malacca
Harga tiket: Dewasa RM 3, Kanak-kanak dan pelajar RM 1
Taman Mini Malaysia & ASEAN
Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN adalah taman kebudayaan yang memaparkan replika rumah-rumah tradisional Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN.

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare
Ada 13 buah rumah yang mewakili rumah-rumah di negeri-negeri di Malaysia. Setiap rumah mempunyai barangan, seni dan kraftangan yang berkaitan dengan budaya setiap negeri. Memang menarik!
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am - 5.30 petang
Church of Saint Paul, Malacca

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare
Gereja Saint Paul adalah bangunan gereja yang bersejarah di Melaka, Malaysia yang pada asalnya dibina pada tahun 1521, menjadikannya bangunan gereja tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.
Ia terletak di puncak St. Paul’s Hill dan kini merupakan sebahagian daripada Kompleks Muzium Melaka yang terdiri daripada runtuhan A Famosa, Stadthuys dan bangunan bersejarah lain.
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Air Terjun Asahan

Imej via Ibu Syurga
Terletak di Jasin, Air Terjun Asahan ini boleh dikatakan antara tarikan utama daerah tersebut. Airnya yang jernih merupakan antara keistimewaan tempat ini.
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ini termasuklah bermandi-manda, berkelah, berkhemah dan BBQ. Sangat sesuai buat keluarga!
Alamat: Jalan Kolam Air, Pekan Asahan, ML 77100
Pulau Besar
Pulau Besar adalah sebuah pulau di Melaka yang terletak kira-kira 13 km dari tanah besar Melaka. Pulau itu kelihatan seperti seorang wanita hamil yang berbaring di belakangnya.

Imej via Foursquare
Penduduk tempatan di sekitar pulau itu menghormati pulau itu dan menimbulkan sifatnya kepada banyak legenda. Selain tempat bersejarah, pulau ini juga cantik!
Redtma Recreation Sport Centre
Asyik ke muzium sahaja, teringin juga untuk berekreasi bersama keluarga. Untuk tujuan itu, apa kata anda singgah di Redtma Recreation Sport Centre?

Imej via Foursquare
Redtma Recreation Sport Centre ini merupakan tasik yang agak terkenal di Ayer Keroh. Selain berkayak, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti flying fox dan flyboard.
Alamat: Pusat Rekreasi Air, Jalan Tasik, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am - 7 pm
A’Famosa Resort
Mencari tempat penginapan yang sesuai buat anda dan keluarga? Menginaplah di A’Famosa Resort, sebuah hotel 4-bintang yang sangat terkenal di Melaka!

Imej via Foursquare
Jika anda baca di Internet, sudah banyak ulasan positif tentang hotel ini. Dekor bilik yang cantik dan moden serta kelengkapan yang banyak merupakan antara faktor hotel ini menjadi pilihan ramai.
Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Encore Melaka
Bagi pembaca yang sukakan seni teater, Encore Melaka ini adalah tempat yang sesuai buat anda. Ala-ala Istana Budaya, sama elegan dan mewah.


Imej via Foursquare
Selain teater, persembahan nyanyian dan tarian juga turut diadakan di sini. Interior yang moden dan elegan juga merupakan antara tarikan utama Encore Melaka ini.
Alamat: No. 3 Jalan KSB – Impression 8 Impression City, Kota Syahbandar, 75200, Melaka
AK Extreme Motorsports Station
Ingin melakukan aktiviti yang mencabar seperti menaiki ATV atau go-kart? Singgah sahaja di AK Extreme Motorsport Station di Ayer Keroh ini.

Imej via Facebook
Selain menaiki ATV dan go-kart, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti paintball. Ianya merupakan pusat indoor, jadi tidak perlu risau tentang isu tidak selesa kerana panas.
Alamat: 6th Floor, Plaza Hang Tuah (Plaza Ocean), 75300, Malacca
Waktu operasi: Isnin - Jumaat, 2 - 7 pm
Harga tiket: Gokart - RM 30 | ATV - RM 30
SKYTREX Adventure Melaka
Satu lagi tempat menarik di Melaka yang menawarkan aktiviti mencabar ialah SKYTREX Adventure Melaka! Ianya terletak di Durian Tunggal, Ayer Keroh.

Imej via Foursquare
Pengunjung akan memanjat tangga, bergayut menggunakan tali, melalui canopy walks, semuanya dengan memakai tali keselamatan yang disambung ke pinggang. Tertanya-tanya menarik atau tidak? Cubalah sendiri di sini!
Alamat: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka
Harga kemasukan: RM 70 - 90
Street Art

Imej via fishmeatdie
Bawa anak anda meneroka seni jalanan pada dinding di lokasi-lokasi terkemuka di Melaka. Seni jalanan bukan sahaja cantik pada mata yang memandang, malah ia juga menyampaikan cerita, peristiwa, dan budaya tempatan.
Antara seni jalanan yang anda boleh lawati terletak di Jonker Street atau Jalan Hang Jebat, Jalan Kampung Hulu, Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, dan bangunan di sepanjang Sungai Melaka.
Windmill Dutch Square Melaka

Imej via Foursquare
Rasanya anda pasti pernah terlihat bangunan merah ini. Baik di kaca TV atau di dada akhbar, ianya kerap dijadikan sebagai salah satu bangunan yang sinonim dengan bandar Melaka.
Bangunan tersebut ialah Christ Church yang terletak di Dutch Square, Melaka! Terletak berdekatannya pula ialah sebuah menara iaitu Tang Beng Swee Clocktower.
Bagi yang ingin menaiki beca, ada beberapa beca yang sentiasa boleh didapati sekitar sini. Dekorasi beca yang cantik serta keramahan pembawanya pasti akan membuatkan anda senang hati!
Alamat: Bandar Hilir, 75200 Malacca
Muzium Sastera (Museum of Literature)

Imej via apps6505
Dirasmikan pada tahun 1984, ia terletak di Bukit St. Paul. Bangunannya dibina semasa penjajahan British. Apa yang anda boleh temui di sini? Sejarah sastera bermula dari awal penulisan, cerita rakyat sehinggalah kepada sastera moden Melayu.
Anda pelajarinya menerusi manuskrip asal daripada pelbagai koleksi serta karya sastera penulis-penulis tempatan seperti tulisan Munsyi Abdullah, penggunaan awal tulisan Jawi sehinggalah kepada penggunaan komputer.
Ia turut memaparkan kesan kedatangan Islam kepada undang-undang dalam negara. Semua barangan bersejarah ini dipersembahkan menerusi pelbagai cara termasuk visual audio.
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 530pm)
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM10 (dewasa antarabangsa), RM2 (kanak-kanak), RM4 (kanak-kanak antarabangsa)
Muzium Pemerintahan Demokrasi (Democratic Government Museum)

Imej via melakadihatiku
Muzium yang terletak di Bukit St. Paul ini memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai perkembangan dan amalan demokrasi di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Mereka juga berkongsi mengenai perjalanan mencapai kemerdekaan.
Alamat: Jalan Kota, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 530pm)
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak), RM10 (dewasa antarabangsa), RM4 (dewasa antarabangsa)
Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Royal Malaysian Customs Museum)

Imej via wikipedia
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan maklumat mengenai Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada orang awam. Bangunan yang menjadi lokasi muzium ini sendiri merupakan bangunan bersejarah.
Ia dibina pada awal 1890an sebagai gudang kastam untuk menyimpan barangan seperti seramik, beras, gula dan tepung yang diimport dari China, India, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Kini, muzium ini menyimpan lebih 200 koleksi asli termasuk barangan yang dirampas sejak abad ke-19.
Muzium ini sudah menerima lebih daripada 59000 pengunjung sejak penubuhannya. Tidak rugi mengunjunginya. Lebih-lebih lagi masuk adalah percuma.
Alamat: Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm) termasuk hari cuti.
Muzium UMNO Melaka

Imej via babania
UMNO sudah pun memerintah Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Ia merupakan parti politik terbesar negara. Muzium ini khas untuk mereka yang ingin mengetahui mengenai sejarah dan perkembangan parti politik ini di Malaysia. Banyak gambar, surat, dan dokumen-dokumen yang dikongsikan di sini.
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 5pm), Jumaat (930am – 1215pm, 245pm – 5pm), ditutup pada hari Isnin
Harga Tiket: RM1 (dewasa), 50 sen (kanak-kanak)
Melaka Wonderland Theme Park 
Dengan 11 tarikan di dalamnya, kanak-kanak berpeluang bermain pelbagai jenis permainan di dalam taman tema air ini. Contohnya, Tornado Chaser menyebabkan anda berputar seperti berada di dalam putting beliung. Kamikaze Racer pula membolehkan anda menggelungsur di atas gelungsur gergasi.
Merupakan tempat mandi manda di Melaka yang best.
Harga Tiket: RM33.20* (dewasa), RM26.05* (Kanak-kanak), RM18.95* (warga emas dan OKU) RM45* (warga asing dewasa), RM37,90* (warga asing kanak-kanak), RM22.50* (warga asing warga emas dan OKU)
*Harga lebih tinggi semasa hari minggu.
Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: 11am-7pm (Selasa-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu dan Ahad)
Pantai Klebang

Imej via The Star
Satu lagi pantai yang terkenal di Melaka ialah Pantai Klebang. Kerap menjadi port bergambar, ianya jelas menunjukkan betapa cantiknya pantai ini di mata pengunjung.
Selain menjadi port bergambar, ianya juga merupakan sebuah tempat perkelahan yang kerap menjadi pilihan ramai. Alang-alang berada di sini, lekaslah berkelah di Pantai Klebang ini bersama keluarga anda!
Muzium Penjara Malaysia
Teringin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah Jabatan Penjara Malaysia? Apa kata anda melawat Muzium Penjara Malaysia yang terletak di Jalan Parameswara ini?

Imej via Foursquare
Muzium ini ditubuhkan pada penghujung 2010, dengan tujuan untuk memelihara sejarah warisan Penjara dengan mempamerkan koleksi artifak-artifak sejarah Jabatan Penjara Malaysia untuk tontonan umum.
Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am - 5 pm
Melaka Thousand Tales of Adventure
Bawa anak-anak menyertai Sinbad dalam pengembaraan penuh cabaran menerusi simulasi 7D pertama seumpamanya di Malaysia. Ia bukan sahaja menyeronokkan kanak-kanak, malah mereka juga belajar bekerja dalam pasukan.

Imej via Foursquare
Ini kerana ibu bapa dan anak-anak mesti bekerjasama dalam pengembaraan ini untuk menentang musuh jahat. Bunyi sangat menarik, boleh mengurangkan stres juga!
Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM23 (Kanak-kanak dan warga emas),
Alamat: No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka
Waktu Operasi: 10 am-9.30 pm (Jumaat-Ahad), 10 am-7 pm (Isnin-Khamis)
Melaka Tropical Fruit Farm
Melaka Tropical Fruit Farm merupakan konsep produk Agro Pelancongan dengan tema “penginapan stail ladang” di Melaka. Pengunjung akan dibawa menaiki tram (seperti kereta api di zoo). Menarik, bukan?

Imej via Eddy Rush Fatboys Studio & Co.
Selain daripada dapat melihat alam semulajadi yang indah, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang bidang pertanian. Sangat informatif!
Alamat: D/A Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am - 5 pm
Harga tiket: RM 11 (Kanak-kanak) | RM 17 (Dewasa)
Selain tempat menarik di Melaka, kami juga ada menulis artikel tempat menarik di daerah atau negeri lain. Manalah tahu anda berminat untuk pergi ke sana di masa hadapan.
