Jom kenali khasiat durian, yang dikenali sebagai raja buah ini.

Pengenalan

Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr  berasal dari keluarga Bombaceae. Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.

Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Buah durian kaya dengan karbohidrat, lemak dan protein.

Selain itu, buah durian juga mengandung zat-zat lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, kalium, magnesium, fosfor, thiamin, riblofavin, omega 3 dan 6. Selain itu durian juga banyak mengandung phytonurient, polyphenol, phytosterol, antioksidan, organosulfur, dan tryptophan.

Imej via Bidadari

Antara khasiat durian ialah:

1. Anti penuaan

Durian kaya dengan sumber vitamin C. Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang baik yang bersifat mencantikkan kulit malah melambatkan proses penuaan kulit.

Tambah menarik, menurut hasil kajian daripada sekumpulan penyelidik bersama dari Chile, Poland dan Korea Selatan pada tahun 2011, kandungan antioksidan seperti polifenol, flavonoid, anthosianin dan flavanol adalah meningkat dengan keranuman buah durian.

2. Mencerahkan kulit

Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi antioksidan tinggi yang mampu mencerahkan kulit.

3. Mencegah dan menghilangkan jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

Malah, berdasarkan kajian daripada Jabatan Farmasi di Universiti Jambi, Indonesia, kulit buah durian mengandungi bahan organik yang mempunyai kesan antibakteria, khususnya membasmi bakteri penyebab acne dan masalah kulit seperti bakteria Propionibacterium acne.

4. Memudarkan bintik hitam

Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan petua tradisi menggunakan buah durian.

Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

5. Mengurangkan kesan PMS

Wanita yang sedang dilanda PMS akan lebih mudah marah dan emosional. Emosi mereka tidak dapat dikawal. Mereka menjadi sangat sensitif jika hati dan perasaannya terganggu. Lain kali, kalau anda mengalami PMS, cepat-cepat makan durian.

Vitamin B6 yang ada dalam durian membantu memberikan mood baik sekali gus mengurangkan efek PMS.

6. Mengurangkan stress

Imej via Bidadari

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan.

Selain itu, trypopan yang terdapat dalam durian juga membantu meningkatkan produksi hormon kebahagiaan seperti serotonin, melatonin, dan dopamine.

Jadi buah durian dapat bertindak untuk menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

7. Menaikkan selera makan

Kandungan vitamin B1 dalam buah durian juga bermanfaat untuk menaikkan selera makan. Takde selera makan? Jom cari durian.

Bagi yang pernah mencuba sambal durian, hal ini turut membuka selera anda, lebih-lebih lagi jika dihidangkan dengan nasi panas!

8. Mencegah migrain

Kandungan riboflavin atau vitamin B2 dalam durian bermanfaat untuk mencegah terjadinya migrain.

Kandungan riboflavin yang seimbang membantu proses penguraian oksigen untuk kegunaan tubuh yang lebih baik.

9. Mengatasi sembelit

Kandungan serat dalam durian adalah sangat tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar.

Dalam hidangan 100 gram durian, terdapat 9 gram serat dan

Bagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian.

10. Mencerdaskan otak

Dalam satu kajian, 200 pelajar di Twickenham Middlesex School diberi makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu rehat.

Hasil kajian menunjukkan kandungan kalsium dalam buah durian yang tinggi berjaya membantu pelajar untuk lebih fokus kepada pelajaran.

11. Membekalkan tenaga

Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, setiap 100 gram hidangan durian akan membekalkan sebanyak 84-185 kcal tenaga.

12. Mencegah kanser

Di dalam buah durian terdapat zat phytonutrient yang berfungsi merencatkan perkembangan sel kanser dalam badan.

Kehadiran zat ini akan menyebabkan sel kanser lambat membesar dan tidak dapat merebak.

Selain itu, menurut ulasan daripada penyelidik UniSZa Terengganu, kandungan polifenol dalam durian membantu memberi kesan antikanser.

13. Mengawal paras kolesterol dalam badan

Nutrisi yang bernama organosulfur yang terdapat dalam buah durian berfungsi untuk mengawal paras kolesterol dalam darah.

Menarik sekali, menurut analisis, durian mengandungi sifar gram kolestrol.

14. Mengurangkan risiko strok

Nutrisi dalam buah durian juga membantu mengurangkan risiko strok.

Dengan kandungan mineral dan vitamin yang kaya dalam durian, gejala awal dan simptom risiko strok boleh dikurangkan.

15. Mengurangkan gejala diabetes

Selain mengurangkan risiko strok, buah durian juga mengurangkan gejala diabetes.

Kandungan potassium dalam durian dipercayai membantu homeostasis glukosa atau kawal aturan gula dalam darah bagi menjaga tahap gula di paras normal bagi tubuh.

16. Meningkatkan imuniti

Kandungan phytonutrient dalam buah durian membantu meningkatkan imuniti sekali gus melawan bakteria dan virus yang menjadi punca anda mendapat jangkitan.

Imuniti yang kuat juga menghalang anda daripada kerap jatuh sakit.

17. Mengubati insomnia

Imej via Bidadari

Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian.

Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

18. Memanaskan badan

Perasan tak, lepas makan durian badan kita akan terasa panas. Ini kerana dalam durian mempunyai satu bahan yang hampir menyerupai alkohol, contohnya fenol.

Sebab tu juga kalau banyak makan durian, kita boleh jadi kemabukan.

19. Menguatkan tulang dan gigi

Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi.

Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

20. Menjaga kesihatan sendi dan tulang

Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang.

Kalsium dalam durian sebanyak 6 gram bagi setiap 100 gram hidangan dan ini setanding dengan kandungan kalsium dalam buah-buahan import lain seperti epal (6 mg).

21. Mengawal keseimbangan gula dalam darah

Buah durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal. Organosulfur yang terdapat dalam durian merupakan salah satu komponen yang ada di dalam insulin.

Fungsinya ialah untuk meningkatkan penyerapan glukosa dan membantu menstabilkan metabolisma gula dalam darah. Ia juga menstabilkan paras gula dalam darah.

22. Menstabilkan tekanan darah

Selain organosulfur, kandungan mangan dalam durian juga membantu menstabilkan darah.

Durian sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah tekenan darah tinggi dan rendah.

23. Merawat anemia

Kandungan folat dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh atau anemia. Bagi anda penghidap anemia, sila makan durian banyak-banyak.

Itulah dia khasiat durian yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda enjoy membaca artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel tentang khasiat petai, khasiat aloe vera dan khasiat tembikai susu

Rujukan

  1. A Aziz, N. A., & Mhd Jalil, A. M. (2019). Bioactive compounds, nutritional value, and potential health benefits of indigenous durian (Durio Zibethinus Murr.): A review. Foods8(3), 96. (link)
  2. Ali, M. M., Hashim, N., Abd Aziz, S., & Lasekan, O. (2020). Exploring the Chemical Composition, Emerging Applications, Potential Uses, and Health Benefits of Durian: A review. Food Control, 107189. (link)
  3. Arancibia-Avila, P., Toledo, F., Park, Y. S., Jung, S. T., Kang, S. G., Heo, B. G., … & Gorinstein, S. (2008). Antioxidant properties of durian fruit as influenced by ripening. LWT-food Science and Technology41(10), 2118-2125. (link)
  4. Charoenkiatkul, S., Thiyajai, P., & Judprasong, K. (2016). Nutrients and bioactive compounds in popular and indigenous durian (Durio zibethinus murr.). Food Chemistry193, 181-186. (link)
  5. Fitrianingsih, F., Soyata, A., & Wigati, S. (2019, December). The Antibacterial Activities of Durian Rinds Extract (Durio Zibethinus) Against Propionibacterium acne. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 391, No. 1, p. 012013). IOP Publishing. (link)

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.