Selalu dengar muzik menggunakan alat peranti fon telinga atau lebih dikenali sebagai earphone. Zaman sekarang, ramai orang yang menggunakan earphone untuk mendengar lagu ketika melakukan aktiviti harian mereka.

Bersenam ketika mendengar lagu dapat membuatkan pendengar lebih bersemangat untuk bersenam. Earphone digunakan ketika ingin mendengar lagu tanpa memberi gangguan kepada orang lain. Jadi, hanya kita sahaja yang boleh tahu lagu atau bunyi yang keluar dari earphone.

Tetapi ada kesan negatifnya jika kita tersalah guna earphone. Jika kita menggunakan earphone dengan membuka bunyi yang kuat, ia boleh memberi masalah terhadap pendengaran telinga kita. Ia boleh merosakkan pendengaran kita.

Jadi, ada cara yang betul untuk menggunakan alat peranti earphone ini.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara betul penggunaan fon telinga (earphone). Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Cara-cara penggunaan earphone

cara guna earphone
Imej via Facebook

◾Pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi 60% daripada kekuatan maksima peranti audio. Lazimnya kekuatan maksima sesuatu peranti audio personal ini adalah sekitar 110dB(decibel).

WHO sarankan untuk hadkan bunyi pada 70dB. Bunyi-bunyian pada 85dB dan ke atas akan mula merosakkan pendengaran.

◾Pastikan berehat daripada mendengar melalui peranti audio setelah mendengar selama 60 minit. Rehat selama 10 minit, dan kemudian boleh sambung semula.

Jangan tidur sambil menggunakan peranti audio ditelinga. Sistem pendengaran anda perlu berehat untuk proses pemulihan.

◾Gunakan headphone yang ada ciri noise cancelling (pemansuhan bunyi) jika kawasan sekitar bising. Bukan naikkan kekuatan bunyi headphone untuk menenggelamkan bunyi persekitaran.

Boleh juga gunakan aplikasi telefon yang hadkan kekuatan maksima bunyi kepada 60%, dan hadkan masa pemain muzik kepada 60 minit.

◾Jika dibandingkan dengan earphone, headphone dikatakan lebih selamat. Ini kerana jarak pembesar suara headphone dari gegendang telinga lebih jauh, berbanding earphone.

*Jangan kerap menggunakan earphone dengan bunyi yang kuat. Jika tidak boleh berlaku masalah pendengaran telinga dan mengakibatkan kecacatan iaitu pekak. Lebih baik kurangkan penggunaan earphone dan lebih kan berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.