Bila sebut sahaja “FoodPanda” pasti semua rakyat Malaysia mengenali syarikat penghantar makanan ini. Syarikat penghantar makanan ini sering kali meniti di bibir rakyat sebagai syarikat penghantar makanan yang terbaik di negara kita. Malah saban hari penggunaan FoodPanda semakin meningkat. Tidak hairanlah kalau ramai yang sudah mula memilih untuk menjadi rider FoodPanda.

Walaupun negara kita sedang berada dalam “Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” tetapi FoodPanda tetap menjadi salah satu pilihan untuk rakyat negara untuk membuat tempahan makanan. Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, para peniaga juga sudah mula menjual makanan mereka secara online food delivery dengan menggunakan FoodPanda.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19, FoodPanda sebagai salah satu syarikat online food delivery yang terbesar di negara kita mula mengorak satu lagi langkah baharu dengan mula menawarkan perkhidmatan contactless delivery. Ia bertujuan untuk memastikan para pelanggan mereka merasa lebih selamat apabila membeli makanan melalui FoodPanda.

Bagaimana Perkhidmatan Contactless Delivery Ini Berjalan??

Imej via Soyacincau

Sebenarnya, proses contactless delivery dengan proses online food delivery tidak jauh beza. Cuma yang membezakan ialah contactless delivery ini merupakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa sebarang sentuhan. 

Bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana perkhidmatan contactless delivery ini berlaku, di sini akan diterangkan langkah-langkahnya.

  1. Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah selepas anda membuat pesanan anda perlulah memilih untuk membuat bayaran secara atas talian. Ia supaya anda tidak perlu bersentuhan sewaktu membuat bayaran dengan rider. Ia sudah tentu membuatkan anda terasa lebih selamat untuk memesan makanan secara atas talian.
  2. Setelah anda membuat bayaran anda boleh meminta penghantaran secara contactless delivery. 
  3. Setelah makanan anda tiba nanti, pihak rider akan meletakkan makanan anda di hadapan pintu rumah. Kemudian si rider (penghantar makanan) ini akan menghubungi anda dengan menyatakan bahawa makanan anda telah sampai.                                                                                                                                                          
  4. Pada waktu ini anda tidak perlu risau kerana rider akan menjaga jaraknya dengan anda. Tanpa perlu diberitahu, rider akan terus menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dari anda.
  5. Kemudian apa yang perlu anda lakukan ialah menyemak ke semua makanan yang anda dapat sama ada betul atau tidak. Setelah anda sudah mengesahkan pesanan barulah rider akan bergerak.
  6. Bila sudah dapat makanan, anda sendiri jangan lupa untuk basuh tangan hingga bersih dengan sabun dan bolehlah mula menikmati makanan anda dengan selesa bersama yang tersayang di dalam kediaman anda sendiri. Secara tidak langsung cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan ke atas diri anda terhadap virus Covid-19.

Adakah Rider FoodPanda Dibekalkan Dengan Pencuci Tangan Hand Sanitizer dan Topeng Muka??

Ini antara persoalan yang bermain di minda anda dan seluruh rakyat Malaysia. Dengan negara kita yang sedang dilanda wabak covid-19 pasti anda akan merasa bimbang apabila memesan pesanan secara atas talian. 

Anda tidak perlu merasa bimbang kerana pihak FoodPanda Malaysia Delivery menyediakan hand sanitizer dan juga topeng muka bagi setiap rider mereka.

Bukan itu sahaja, FoodPanda Malaysia juga telah mengarahkan ke semua rider mereka untuk sentiasa mencuci tangan. Malah, sebelum mereka memegang bungkusan makanan anda, mereka akan mencuci tangan menggunakan sanitizer dan pihak restoran juga sentiasa memastikan setiap rider yang memegang pesanan anda telah mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer.

Kini Anda Boleh Memesan Makanan Tanpa Perlu Rasa Bimbang Dan Risau Tentang Jangkitan Virus Covid-19

Dengan perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh FoodPanda Malaysia, ia telah memberi keyakinan buat rakyat Malaysia untuk terus menggunakan perkhidmatan FoodPanda. Lebih-lebih lagi ketika waktu PKP ini. 

Jika anda rasa nak makan makanan segera seperti KFC, McDonald’s, Pizza Hut, menu western, makanan masakan melayu dan sebagainya, pihak FoodPanda boleh membantu. Anda duduk rumah dan biarkan pihak FoodPanda hantarkan makanan pada anda. 

Kini para pengguna dapat memesan makanan dengan gembira tanpa perlu terlalu risau tentang jangkitan Covid-19 akibat bersentuhan kerana kini semua pelanggan boleh mengambil bungkusan makanan pada jarak yang selamat. 

Penulis: Aya Izzuan

Seorang yang gemar pada ilmu yang bermanfaat. semoga perkongsian yang dibuat dapat memberikan ganjaran di akhirat kelak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.