Kanak-kanak dan orang dewasa sebenarnya hampir sama sahaja. Tiada orang dewasa  yang tidak mempunyai ketakutan. Betul tidak? Pasti kita juga takutkan sesuatu. Seperti kes saya, saya sangat apabila semua orang telah tidur. Ianya satu perasaan sunyi dan bimbang akan kewujudan sesuatu yang pelik. Padahal sebenarnya ianya adalah ilusi. Ketakutan adalah sesuatu yang biasa. :-)

Bagaimana untuk atasinya? Amat penting kita mengetahui punca ketakutan itu. Kerana daripada situlah kita membina pengalaman dalam mencipta langkah perlindungan yang membantu kita mengelakkan atau meramalkan bahaya.

Contohnya seperti membaca kes-kes ilusi hantu yang tidak betul daripada kajian-kajian yang dilakukan. Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan untuk kanak-kanak. Ketahui faktor utama ketakutan kanak-kanak dan daripada situlah kita dapat membina langkah kepadanya untuk menjadi lebih berani.

Disini kami kongsikan 5 ketakutan utama kanak-kanak

Lima kebimbangan UTAMA kanak-kanak adalah:

doktor-gigi

5 – Doktor
Ini adalah biasa. Kanak-kanak sememangnya trauma dengan doktor dan perkakasnya. Begitu juga dengan orang dewasa.

perang-israel

4 – Perang

Situasi perang mampu membuatkan mereka hidup dalam keadaan trauma. Syukur, negara kita tidak berada dalam situasi ini.

3 – Bahaya peribadi

Ketakutan yang bersifat peribadi. Contohnya kepada pintu kerana jari pernah dihempap pintu

2 – Kehilangan Ibu Bapa yang
Kehilangan ibu bapa antara ketakutan utama kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak yang tidak biasa merenggang dengan ibu bapanya. Jadi apa yang boleh dibuat cuba melatihnya dengan meninggalkan sementara waktu kepada saudara mara terdekat.

1 – Perceraian

Ibu bapa yang bercerai tidak dapat dinafikan memeberikan kesan psikologi yang cukup kuat untuk kanak-kanak. Semoga kita dihindar daripadanya.

Selain faktor di atas, terdapat pelbagai jenis lagi ketakutan yang biasa dialami.Contoh ketakutan yang berbeza adalah  seperti ribut petir, mimpi menakutkan atau rancangan TV. Cara kita membantu anak kita mengatasinya adalah memberikan sebanyak boleh maklumat tentang ketakutan. Cuba ajari mereka untuk membezakan antara khayalan dan kenyataan.

Kredit gambar :  cheezelsmurf ,  Mariam Albalooshi

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.