Kita sering mendengar cerita daripada kawan-kawan atau pun mungkin yang terjadi kepada diri kita sendiri mengenai bayi yang mengalami masalah tidur di awal kelahiran.

Dalam artikel ini, kami telah berjaya menyenaraikan beberapa punca yang membawa kepada permasalahan ini dan berharap anda akan menemui penyelasaian kepada permasalahan anda.

Biasanya masalah ini akan berlaku di awal 18 bulan yang pertama dan sesetengah akan berpanjangan hingga ke umurnya mencecah setahun! Maka, adalah lebih baik ibu bapa menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Ayuh ketahui punca masalah tidur bayi!

 

Bayi Tidur

Imej:news.com.au

 

Bila Masalah Ini Mula Timbul?

Lazimnya, bayi tidak akan mempunyai rutin tidur yang spesifik sehinggalah umurnya mencecah 8 minggu. Bagi bayi yang masih di awal kelahiran masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah iaitu dengan cara memberi si kecil menghisap puting mainan atau pun dengan menyusukan bayi.

Jika ia tidak berkesan, anda boleh cuba untuk menepuknya sehinggalah dia tertidur dan mereka akan tidur dalam tempoh yang sangat lama. Walau bagaimanapun, pada minggu kelapan, rutin tidur mereka akan berubah sedikit demi sedikit.

Jika anda perhatikan, bayi anda tidak akan tidur dengan lena pada waktu siang. Pada mulanya, ia bukanlah sesuatu yang merisaukan kerana mereka akan tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Tetapi, rutin ini akan mula berubah pada usia bayi mencecah 5 ke 6 bulan. Bayi akan mula berjaga di tengah malam selepas daripada itu.

Kebiasaanya, bayi yang berusia 6 bulan akan menunjukkan tanda awal masalah tidur dengan bangun pada jam 5 pagi. Seterusnya, dia akan berjaga pada jam 11 malam. Dan sekiranya masalah ini berlanjutan sehingga ke umurnya mencecah setahun, anda akan mendapati dia bangun pada jam 9 malam, 11 malam, 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi!

Ini bermakna anda harus selesaikan masalah ni dengan segera! Lebih segera anda menyelesaikannya lebih baik!

 

#1 Bayi Anda Lapar

Bagi sesetengah bayi, mereka akan terjaga pada waktu malam kerana lapar. Untuk memastikan bayi anda kenyang dan tidak lapar, anda harus menyusukan mereka sehinggalah mereka betul betul kenyang. Jika anda menyusu badan, susukan mereka sehinggalah mereka sendiri berhenti menyusu.

Bagi mereka yang menggunakan susu formula, anda haruslah menetapkan kuantiti yang sesuai dan cukup untuk bayi anda bertahan sehingga keesokkan harinya.

Jika anda menggunakan susu formula, anda harus berikan susu sehinggalah dia betul betul kenyang. Tetapi, anda jangan biarkan bayi anda yang menentukan jumlah susu yang dia mahu. Selalunya akan ada lebihan susu di dalam botol susu itu. Jadi ibu ibu haruslah pandai mengagak amaun yang diperlukan oleh bayi anda.

Sekiranya bayi anda telah berusia 16 minggu atau pun 4 bulan dan dia mula menunjukkan tanda-tanda tidur yang tidak lena dan berjalan pada waktu malam, ini dalah petanda bahawa bayi anda bersedia untuk menerima makanan berbentuk pepejal.

Akan tetapi, seperti biasa anda harus memastikan berat bayi anda mencapai berat yang ideal iaitu 5.5 kg. bayi anda masih belum bersedia sekiranya beratnya masih belum mencapai 5.5 kg. Ibu-ibu harus bersabar dan tunggu sehingga umurnya mencecah 18 bulan.

Bagi ibu-ibu yang telah mula memberikan makanan pepejal kepada anak mereka, anda digalakkan untuk memberi mereka makan 2 jenis makanan yang berbentuk pepejal setiap kali makan sehinggalah dia kenyang. Ini kerana sesetengah bayi akan bosan asyik makan makanan yang sama dan tidak kenyang jadi, adalah lebih baik sediakan dua jenis makanan yang berbeza untuk mereka.

 

#2 Puting Bayi

Kajian menunjukkan puting bayi membawa 90% kepada punca masalah tidur bayi untuk bayi berusia 18 tahun ke bawah. Terdapat 3 sebab utama mengapa bayi yang menggunakan puting lebih kerap bangun daripada bayi yang tidak menggunakannya.

Bayi yang menggunakan putting sebenarnya lebih susah untuk tidur nyenyak dengan menghisap putting. Menghisap putting sebenarnya akan mengganggu rutin tidur mereka.

Mereka akan bangun dengan berharap untuk menghisap puting. Akan tetapi, kebiasaannya puting akan jatuh dan itu akan menyebabkan mereka menangis. Bila ibu bapa mengalihkan puting tersebut daripada mulut mereka, mereka akan terjaga dan akan menjadi lebih sukar untuk menidurkan mereka kembali.

Selalunya, jika anda menggunakan puting dengan kerap bayi akan menjadi lebih kerap lapar. Ini akan menyebabkan susu yang diminum dicerna dengan cepat dan akan membuatkan mereka cepat lapar. Semestinya, mereka akan bertambah lapar dengan ketiadaan puting di mulut.

Tahukah anda, penggunaan puting sebenarnya elok untuk kesihatan bayi. Puting akan mengurangkan risiko SIDS. Walaupun ini merupakan berita yang baik bagi ibu-ibu di luar sana, penggunaan puting sebenarnya mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan.

Mereka sebenarnya akan lebih terdedah kepada jangkitan telinga yang boleh membawa kepada demam panas dan selalunya akan dirawat dengan menggunakan antibiotic. Antibiotik juga akan mendatangkan kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

 

#3 Mendukung Bayi Sehingga Tidur

Mungkin ramai yang tidak mengetahui. Mendukung bayi sebenarnya adalah salah satu daripada cara untuk menidurkan bayi dengan tempoh yang sangat lama. Ia juga boleh membantu untuk menidurkan anak anda tanpa menggunakan sebarang bantuan.

Sejujurnya, anda mungkin akan rajin dan kuat untuk mengangkatnya. Tetapi apa akan terjadi sekiranyaanda tidak lagi terdaya untuk mendukungnya? Ya, anda mungkin boleh menyelesaikannya dengan membeli kerusi tidur bayi.

Tetapi anda harus ingat. Apabila bayi anda berusia 12 bulan, dia akan mula bangun 4 ke 5 kali setiap hari setiap kali tidur.

Mungkin dengan cara kerusi bayi itu akan Berjaya. Tetapi apa yang akan anda lakukan jka anda menambah seorang lagi anak sebelum anak yang pertama itu pandai untuk tidur dengan sendirinya. Apa akan berlaku jika anda mempunyai kanak-kanak berusia 20 bulan dan bayi yang berusia 4 minggu dalam masa yang sama?

Seperti yang anda dapat bayangkan, mungkin anda tidak akan menang tangan untuk melayan kedua duanya serentak. Ada umur berapa bayi anda akan mula mengerti untuk anda berhenti mendukungnya untuk tidur? Atas factor faktor inilah yang menyebabkan masalah tidur berterusan kepada kanak kanak

 

#4 Menyusukan Bayi Sehingga Tertidur

Ini adalah salah satu punca yang biasa didengari mengapa masalah tidur bayi berlarutan. Kebanyak ibubapa tidak sedar bahawa perkara sebegini terjadi. Apabila mereka ditanya sama ada bayi terjaga sewaktu diletakkan di bawah, mereka akan mengatakan ya. Walau bagaimanapun, mereka tidak perasan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan separa sedar dengan mata yang separuh terbuka ketika menyusu.

Sebenarnya, jika mereka bangun pada waktu malam anda harus membantu untuk menidurkan mereka semula kerana mereka tidak berjaya untuk tidur.

Penyelesaiannya adalah dengan anda mempercepatkan waktu tidur bayi anda 20 minit lebih awal dan bermain dengannya sebelum tidur. Hanya dengan sedikit perubahan, masalah tidur ini akan hilang dengan serta merta!

 

#5 Sejuk Di Waktu Malam

Sebenarnya, masalah ini adalah masalah yang paling selalu dihadapi oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari mengenai hal ini dan tidak mengambil serius. Apa yang dapat kita perhatikan, terdapat pelbagai ragam ibu bapa dalam mempersiapkan anak mereka untuk tidur.

Lihat sahajalah pakaian yang dipakaikan. Ada yang nipis, tebal dan sebagainya. Sebenarnya apakah pakaian yang selesa untuk si kecil pada waktu malam? Ayuh kita ketahui.

Di negara yang beriklim sejuk seperti di United Kingdom, ibu bapa di sana akan memakaikan anak mereka pakaian yang tebal dan semestinya, mereka menggunakan pemanas atau heater di dalam rumah untuk menyelesakan diri. Berbanding di Malaysia, kita dapat lihat ibu bapa memakaikan pakaian yang nipis kepada anak mereka dengan alasan pada waktu malam panas walaupun mereka menggunakan alat penghawa dingin.

Sebenarnya, itu tidak dapat dijadikan alasan untuk memakaikan pakaian yang nipis kepada anak mereka. Kebanyakan bayi sebenarnya akan lebih selesa dan rasa lebih selamat jika anda memakaikan pakaian yang tebal pada waktu malam. Ia juga akan meminimumkan jumlah si kecil bangun pada waktu malam.

Ibu bapa sudah semestinya akan mengatakan anak mereka tidak sejuk pada waktu malam jika ditanyakan perihal pakaian anak mereka di waktu malam. Berdasarkan pemerhatian, bayi akan tidur dengan lebih nyenyak dengan memakaikan pakaian yang tebal.

Sejujurnya, kebanyakan ibu bapa yang ditemui telah diberitahu berkali kali mengenai perkara ini tetapi masih lagi menafikan fakta tersebut. Jika anda mendapati bayi anda sejuk pada waktu malam, selalunya si kecil anda akan terjaga sekitar jam 4 pagi.

 

#6 Berpindah Rumah

Ada mitos yang mengatakan berpindah rumah boleh menjadi perkara yang buruk untuk tumbesaran bayi. perkara ituternyata salah sama sekali. Ini kerana ia langsung tidak memberi kesan kepada anak anda.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuatkan si kecil berasa lebih selamat dan selesa apabila berada di rumah tersebut. Selain itu, anda perlu memastikan anak anda biasakan diri dengan persekitaran rumah baru.

Cara yang paling mudah untuk melakukan semua itu adalah dengan memberikan susu mengikut rutin makannya dan mematuhi rutin tidurnya. Bayi dan kanak kanak yang masih membesar akan lebih suka apabila mereka mengetahui apa yang akan berlaku selanjutnya.

Jika anda mempunyai anak berusia 1 – 3 tahun dan bayi, pastikan mereka tidur di katil yang sama. Jadi, untuk peringkat awal jika anda masih lagi tidak berupaya memasang katil bayi, adalah sangat disarankan untuk anda tidurkan anak anda di dalam katil bayi mudah alih beberapa hari sebelum pindah.

Ini adalah untuk memastikan si kecil boleh meneysuaikan diri dengan tempat tidurnya. Salah satu idea untuk membiasakan anak anda dengan persekitaran rumah adalah dengan membawa mereka bersiar siar di kawasan rumah dan jelaskan kegunaan kawasan tersebut.

Selain itu, anda harus pastikan anak-anak anda tidur pada waktu yang sama. Ini adalah sangat penting untuk memastikan anak anda berasa selamat. Sentiasa ingat di dalam diri anda. jika waktu tidur berjalan lancar, pasti anda akan mempunyai masa untuk mengemas rumah.

Memandangkan persekitaran rumah yang baharu, anak-anak anda sudah pasti mahu menguji had dan peraturan di rumah baru. Anda haruslah sentiasa mengingatkan mereka tentang peraturan rumah yang sama. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih selamat dan terjamin.

Sebelum tidur, anda perlu sentiasa memastikan mood mereka dalam keadaan yang baik untuk tidur yang lebih berkualiti. Jika anda mendapati mereka marah atau sebagainya, anda bolehlah menenangkan mereka dengan membawa mereka berjalan jalan di sekitar kawasan rumah sebelum menidurkan mereka.

Walau apa pun yang anda lakukan, ingatlah. Jangan masuk dan keluar dengan tujuan untuk menakutkan anak anda. ini akan membuatkan mereka takut dan tidak akan tidur dengan baik.

Jika anda rasa penggunaan mainan ataupun menepuk bayi untuk tidur akan menyebabkan anak anda terjaga pada waktu malam, anda perlu berhenti menggunakannya. Apa kata anda bertukar kepada cara yang lebih natural dan tidak memerlukan bantuan untuk tidur. Bukankah itu cara yang lebih mudah?

Anda perlu menggunakan teknik yang sesuai dengan peringkat umur anak anda dan memastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti. Ingatlah. Rutin tidur ini adalah proses yang sangat penting untuk tumbesaran anak anda.

 

Kesimpulan

Diharapkan dengan anda membaca artikel ini sepenuhnya anda akan dapat mengetahui beberapa perkara yang selalunya dipandang ringan yang menjadi penyebab mengapa bayi anda bangun pada tengah malam. Jangan lupa untuk cuba tips tips yang dibekallkan! Ingatlah. Tidur sangat penting bagi tumbesaran seorang bayi. jadi, jangan dipandang ringan.

Penulis: Ummu Uwais

Seorang ibu yang begitu passionate terhadap anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mendapati anaknya sukar tidur dan meragam ketika baru lahir. Lalu dibaca segalanya info tentang masalah tidur bayi. Kini, boleh katakan beliau adalah pakar untuk tidurkan bayi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.