Jemput abca artikel resepi makanan bayi 10 bulan. Bayi berusia 10 bulan, sudah memiliki lebih banyak gigi susu yang comel-comel, membuatkan mereka mampu untuk mengunyah makanan enak yang bertekstur padat. Memberi makanan padat yang telah dipotong-potong (finger food) seperti buah pear atau puding.

makan 10 bulan

Imej via parenting

Selain mengenyangkan, finger food juga akan membantu bayi anda mengembangkan kemampuannya dalam menggenggam sesuatu di tangan. Pergerakan bayi memegang makanan dan memasukkan makanan ke dalam mulut boleh melatih koordinasi motor halusnya.

Usia 10 bulan adalah saat yang tepat untuk memperkenalkan pebagai jenis makanan pada bayi anda seperti lebih banyak jenis buah, sayuran, biji-bijian, dan daging. Namun, ibu bapa perlu hati-hati dengan makanan yang dapat menyebabkan bayi tersedak, seperti kismis, anggur atau kekacang.

 

1) Biskut Pisang 

biskut pisang

Gambar sekadar hiasan. Imej via pama

Bahan-bahan:

  • 50g pisang lenyek
  • 35g tepung jagung
  • 2 biji putih telur (Gred A)
  • ½ sudu kecil jus lemon

Cara Penyediaan:

  1. Kupas dan belah 2 pisang dan buang bijinya. Ini bertujuan agar biskut tidak menjadi warna gelap disebabkan biji pisang.
  2. Adun sebati pisang lenyek dan tepung jagung.
  3. Dalam bekas, pukul telur putih bersama jus lemon sehingga kembang. (Apabila terbalikkan bekas, putih telur tidak jatuh)
  4. Ambil 1/3 putih telu dan pukul bersama adunan pisang sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan 2/3 telur putih ke dalam aduan pisang. Guna spatula untuk kaup balikkan adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan dalam piping bag, dan buat bentuk ikut suka.
  7. Panaskan oven 120°c, kemudian bakar biskut pada suhu 100°c selama 50-60 minit.

Kredit Resepi : Nonie Noor Aienie

 

2) Jejari Kentang Dan Sayur

jejari kentang

Gambar sekadar hiasan. Imej via healthykadai

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang (kukus)
  • 1/4 biji labu
  • Isi ayam (kukus atau rebus)
  • Brokoli (cincang)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat)
  • 1/4 bawang holland (cincang)
  • 1/2 cawang tepung unbleached
  • Telur

Cara Penyediaan:

  1. Lenyek kentang dan labu, kemudian satukan bersama tepung.
  2. Masukkan ayam yang dicincang ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Tumis bawang, lobak merah dan brokoli di dalam kuali hingga layu.
  4. Selepas layu, tutup api dan tuangkan ke dalam adunan tadi.
  5. Gaul kesemuanya hingga sebati, dan bentukkan mengikut citarasa sendiri.
  6. Celupkan jejari kentang dalam telur, kemudian goreng dengan minyak sedikit dan api perlahan.
  7. Boleh juga dibekukan.

Kredit Resepi: Bumbumcak

 

3) Roti Bawang Putih

garlic bread

Gambar sekadar hiasan. Imej via oldworldgardenfarms

Bahan-Bahan:

  • Roti gandum
  • Garlic spread (Resepi garlic spread ada dinyatakan dalam gambar di bawah ini)
cara buat garlic spread

Imej dan resepi via Nonie Noor Aienie

Cara Penyediaan:

  1. Sapu garlic spread atas roti.
  2. Potong roti secara memanjang.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 170°c selama 5-10 minit sehingga garing.

Kredit Resepi: Nonie Noor Aienie

 

4) Puding Roti

puding roti

Gambar sekadar hiasan. Imej via mymilk

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti
  • 1 biji telur
  • 3 biji aprikot
  • Kismis
  • Unsalted Cheese

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali keju.
  2. Masukkan dalam bekas tabur keju.
  3. Kukus selama 15 minit.

Kredit Resepi: Bumbumcak

 

5) Biskut Lobak & Cheese

biskut lobak

Gambar sekadar hiasan. Imej via eyeni

Bahan-bahan:

  • *60g unsalted butter (suhu bilik)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • *20g cheese parut/sagat
  • *50g lobak (cincang halus selepas di kukus)
  • *2 sudu kecil parsley kering (option)

Cara Penyediaan:

  1. Gaul sebati semua bahan bertanda *
  2. Kemudian masukkan tepung perlahan-lahan.
  3. Uli sehingga sebati dan menjadi doh.
  4. Boleh bentuk ikut suka.
  5. Bakar pada suhu 150°c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Kredit Resepi: Nonie Noor Aienie

 

6) Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran

bihun sup

Gambar sekadar hiasan. Imej via ummiaira

Bahan-Bahan:

  • 15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
  • 15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
  • 10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
  • 15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
  • 60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
  • 400 ml (1¾ cawan) air

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
  3. Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
  4. Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
  5. Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya.

Kresdit Resepi : Zuriat

7) Sup Makaroni

sup makaroni

Gambar sekadar hiasan. Imej via sukaresepmasakan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan makaroni (direbus terlebih dahulu)
  • *1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • *100gm isi ayam (dipotong kecil)
  • *1 biji kentang bersaiz kecil (dipotong dadu)
  • *½ biji lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 mangkuk kecil brokoli (dipotong kecil)
  • Sedikit serbuk ikan bilis (sebagai perasa)
  • Sedikit daun sup (dihiris halus)
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula masukkan air ke dalam periuk dan rebus semua bahan bertanda *
  2. Apabila lobak merah dan kentang sudah empuk, masukkan pula makaroni dan tambahkan dengan sedikit serbuk ikan bilis. Biarkan seketika sehingga sup mendidih dan padamkan api.
  3. Hidangkan bersama daun sup.

Kredit Resepi: Resepi Makanan Bayi

 

8) Nasi Kuning Dan Ayam Masak Merah

nasi kuning

Gambar sekadar hiasan. Imej via sahabatnestle

Bahan-Bahan:

  • Beras
  • Bawang holland (cincang)
  • Mentega (unsalted)
  • Santan
  • Pati kunyit
  • Ayam (cincang)
  • Pes tomato

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan santan dan pati kunyit kemudian masukkan beras (biar hingga masak).
  2. Untuk ayam, tumiskan bawang holland dengan mentega.
  3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
  4. Masukkan pes tomato dan biar hingga kuah pekat.

Kredit Resepi:  Bumbumcak

 

9) Puding Jagung Kurma

puding jagung kurma

Gambar sekadar hiasan. Imej via lifestyle

Bahan-bahan:

  • 1 cawan jagung manis
  • ½ cawan santan
  • 1 sudu besar tepung jagung/kastard
  • ½ cawan puri kurma

Cara Penyediaan:

  1. Kisar jagung bersama-sama santan sehingga hancur.
  2. Tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan puri kurma dan tepung jagung/kastard.
  4. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan sedikit likat.
  5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

Kredit Resepi: Nonie Noor Aienie 

 

10) Mee Suah Versi Baby

Mee Suah

Gambar sekadar hiasan. Imej via dapur-elena

Bahan-bahan:

  • Mee suah (rendam)
  • Ayam (cincang)
  • Lobak merah (cincang)
  • Sawi (cincang)
  • Tauhu (cincang)
  • ¼ bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak kelapa dara (EVCO)

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang dengan EVCO sehingga sedikit kuning.
  2. Masukkan ayam cincang. Tumis sehingga masak.
  3. Masukkan lobak, mesak sehingga empuk.
  4. Masukkan wasi dan tauhu. Kacau seketika.
  5. Masukkan mee suah dan kacau sebati.

Kredit Resepi: Nonie Noor Aienie

 

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Resepi Makanan Bayi 10 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.