Ini antara masalah umum yang kerap ditanya.

Bayi kerap mengalami masalah kembung perut. Jom halusi petua hilangkan perut kembung bayi ini.

Bayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati. Kalaulah sakit yang ditanggung boleh dipindahkan kepada anda, anda sanggup! Jangan susah hati ibu. Jom kami kongsikan petua hilangkan perut kembung bayi dengan cepat dan berkesan.

Petua hilangkan perut kembung bayi

Sumber: Todaysparent

Tuam perut bayi dengan lada hitam

Jika bayi anda sering menangis akibat kembung, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat.

Panaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas. Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca kembung. Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.

Tuam perut bayi dengan halba

Selain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.

Sapukan minyak panas

Menyapu minyak panas ke perut bayi dapat mengurangkan kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami bayi anda.

Urutan mengeluarkan angin

Ini adalah empat teknik urutan mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung bayi yang dikongsikan oleh Fyn Jamal di laman sosial beliau. Caranya ialah:

  • Perut. Urutan pertama dinamakan sebagai teknik lambai dan panggil. Letakkan ibu jari anda pada pusat bayi tanpa bergerak. Manakala untuk empat jari yang lain, gerakkan seperti anda sedang melambai dan tarik ke arah anda seperti sedang memanggil orang untuk datang kepada anda. Urutan yang kedua dinamakan teknik kayuh dan tekan. Caranya, lipatkan kaki bayi anda ke atas dan kayuhkan. Kemudian anda tolak kedua-dua kaki bayi ke dalam sehingga terasa bayi anda membalas tolakan anda.
  • Tapak Kaki. Urut tapak kaki bayi anda dari tumit hingga ke jari dengan menggunakan kedua-dua ibu jari anda. Kemudian tolak jari-jari bayi anda ke atas.
  • Keting dan Peha. Pegang keting dan peha bayi anda dengan kedua tangan. Pulas seperti anda sedang memeah baju. Buat dalam arah berlawana. Tangan kanan  pusing arah jam, sementara tangan kiri bergerak arah  lawan jam.
  • Belakang badan bayi. Letakkan bayi dalam posisi meniarap, urut belakang bayi ke arah anda dalam gerakana menurun. Lalukan jari anda pada tulang belakang bayi secara perlahan.

Urutan i love you

Urutan i love you juga sangat berkesan untuk menghilangkan kembung bayi. Caranya:

  • Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa dan tenang.
  • Pastikan bilik berada salam keadaan yang senyap dan tenang.
  • Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.
  • Baringkan bayi di atas tilam.
  • Panaskan tangan anda sebelum membuat urutan.
  • Sapukan minyak pada perut bayi untuk mengurangkan geseran pada kulit bayi anda.
  • Elakkan mengurut bayi selepas minum susu atau selepas makan.
  • Buat gerakan seperti huruf ‘I’ ke bawah perut bayi menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi anda.
  • Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan perut bayi anda.
  • Buat bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan perut bayi anda.
  • Anda boleh rujuk gambar dibawah sebagai panduan.
Petua hilangkan perut kembung bayi

Sumber: Babyktan

Pakaikan barut

Berbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.

Pakaikan bedung

Selain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.

Gunakan kipas siling

Pengunaan kilas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi. Jika anda menggunakan kilas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.

Sendawakan bayi selepas menyusu

Menyendawakan bayi setiap kali selepas menyusu bukan sahaja mengurangkan risiko muntah susu malah ia juga boleh membantu menghilangkan kembung perut yang dialami oleh bayi anda. Terdapat 4 posisi untuk sendawakan bayi iaitu:

  • Meniarap. Tiarapkan bayi secara melintang di atas paha anda. Pegang dada bayi dengan satu tangan dan pastikan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Tepuk belakang bayi dengan sebelah lagi tangan sehingga bayi anda sendawa.
  • Duduk menghadap ke depan. Ribakan bayi anda dalam posisi duduk menghadap ke depan. Tepuk belakang badan bayi sehingga sendawa.
  • Duduk menghadap ke tepi. Dudukkan bayi di atas salah satu paha anda dan bongkokkan sedikit badan bayi ke hadapan. Tepuk belakang badan bayi sehingga sendawa.
  • Dukung. Dukung bayi dan sandarkan ke bahu anda. Tepuk belakang bayi sehingga sendawa.

Kenal pasti punca bayi anda kembung

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca bayi anda kembung supaya punca tersebut boleh dielakkan. Di antara punca biasa yang dikenal-pasti ialah:

  • Tidak sesuai dengan susu formula. Jika bayi anda kembung kerana susu formula, tiba masa untuk anda bertukar kepada susu jenama lain,
  • Ibu makan makanan berangin. Percayalah, apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi melalui air susu. Jika bayi anda kembung selelas anda makan makanan berangin, elakkan makanan tersebut pada masa akan datang.
  • Botol susu juga boleh menjadi punca bayi anda kembung. Pilih puting susu dan botol anti colic jika bayi anda kerap kembung.
Petua hilangkan perut kembung bayi

Sumber: Youtube

Itulah dia petua hilangkan kembung bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.  Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai senaman bayi dan resepi makanan bayi.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.