Masih tidak tahu car seat kereta terbaik di Malaysia yang mana sesuai beli untuk anak? Jangan risau . Kami akan senaraikan car seat kereta bagi membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk memberikan keselesaan dan keselamatan untuk anak-anak semasa berada di luar rumah.

Terdapat beberapa faktor untuk difikirkan apabila membuat pilihan car seat untuk anak-anak. Sebagai ibubapa, tentunya keselematan menajdi pilihan utama dan tidak dilupakan faktor harga. Jom kita lihat beberapa jenis car seat yang ada boleh anda fikirkan untuk beli.

Koopers Pago Baby Car Seat

Koopers Pago Baby Car Seat merupakan car seat kereta terbaik di Malaysia serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di luar sana. Hal ini kerana mempunyai tahap keselamatan serta keselesaan yang tinggi sesuai untuk diletakkan dalam kereta dan anak-anak. Car seat ini sesuai untuk umur 0-4 tahun dan berat dalam 0-18kg. Koopers Pago Baby Car Seat ini amat selesa untuk anak -anak serta ia merupakan brand malaysia.

Apa yang paling menarik dengan Koopers Pago Baby ini fabric yang digunakan ialah airmesh di mana ia boleh menyerap haba dan peluh. Wah menarik sekali, Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Koopers Pago Baby Car seat di pasaran dengan segera.

Sweet Cherry LB303 Dean Baby Car Seat

Car seat terbaik di Malaysia seterusnya ialah Sweet Cherry LB303 Dean Baby Car Seat. Car seat ini sesuai untuk baby baru lahir sehingga 4 tahun manakala berat ialah 0-18kg juga. Car seat ini mempunyai 3 warna berbeza untuk anda semua membuat pilihan iaitu merah, ungu dan biru.

Selain itu, Car seat Sweet Cherry ini merupakan brand tempatan amat popular dalam kalangan masyarakat serta mendapat permintaan tinggi dalam pembelian. model ini juga mempunyai 3 position berbeza bagi memberikan keselesan kepada anak anda semua apabila menggunakannya. Jadi tunggu apa lagi, rebut peluang sekarang dapatkan car seat terbaik dalam brand tempatan.

Crolla Alpha Baby Car Seat

Crolla Alpha Baby Car Seat merupakan car seat terbaik di Malaysia. Car seat ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan berat dalam 0-25kg. Paling menarik berkaitan dengan car seat ini ialah design yang memudahkan untuk diletakkan dalam kereta serta menjaminkan keselamatan dan keselesaan anak-anak. Model ini juga mudah ditanggalkan apabila ingin dibersih jika didapati mempunyai kotoran.

Snapkis Tranformers Baby Car Seat

Snapkis transformes baby car seat juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat tidak mengira luar negeri atau dalam negeri. Snapkis transformes ini sesuai untuk baby dalam lingkunan 4 bulan serta berat 0-18kg yang akan menjamin keselamatan dan keselesaan anak-anak anda semua. Model ini juga tersedia dengan side impact procetion yang sesuai untuk anak-anak.

Joie Steadi baby Car seat

Car seat terbaik yang seterusnya ialah Joie Steadi baby car seat telah mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat di luar sana dalam pembelian di pasaran. Joie steadi ini sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun dan berat dalam 0-18kg . Tidak ketinggalan juga mempunyai side impact procteion bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak berada dalam kereta. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan car seat ini di pasaran dengan sekarang.

Meinkind Nova Booster seat

Meinkind Nova Booster seat juga salah satu seat terbaik di Malaysia. Model Car seat ini sesuai untuk 1-12 tahun dan berat dalam 9-36kg. Tidak ketinggalan juga ia telah dilengkapi dengan side impact protection yang menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak apabila berada dalam kereta. Seatbelt juga disediakan agar anak anda berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan tersebut.

Akhir Kata

Berikut merupakan beberapa model car seat terbaik di Malaysia bagi sesiapa yang mencari car seat untuk diletakkan dalam kereta. Tidak lupa juga, anda dijemput membaca artikel penulisan kami yang lain tentang:

Penulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukakkan mewakili pendapat laman Bidadari.My

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.