Kanak-kanak zaman kini mempunyai banyak bakat yang jarang kita tahu. Kadang-kadang bakat mereka ini tidak diketahui kerana tiada sokongan atau bimbingan daripada ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mengejar anak untuk pandai dalam semua subjek tetapi lupa untuk melihat bakat anak yang terpendam. Perkara ini selalu terjadi kepada kanak-kanak generasi sekarang.

Tindakan ibu bapa ini boleh membuat anak rasa tertekan dan tidak mampu untuk memberitahu ibu bapa mereka tentang perasaan mereka. Tanpa sedar, ibu bapa boleh menyakiti perasaan anak mereka sendiri.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara yang betul untuk asah bakat anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Tanda ibu bapa tidak prihatin dengan bakat anak

Cara asah bakat anak

Imej via Facebook

Antara tanda mak ayah tak sensitif dengan potensi dan bakat anak adalah :

– selalu guna ugutan

– suka bagi arahan semata

– tak minta langsung pendapat anak

– tak bagi anak luahkan kreativiti

– letakkan ‘expectation’ terlampau tinggi

– ingat kemahuan anak sama seperti kemahuan dia

Jadi kepada mak ayah semua, tolong ingat bahawa anak kita ni adalah individu yang berbeza cuma size mereka lebih kecil daripada kita sahaja.

Cara-cara yang betul untuk asah bakat anak

Kita kena ada rasa :

– hormat dengan mereka

– hormat keputusan mereka

– hormat bakat dan potensi mereka

Tetapi pada masa yang sama kita

– bimbing mereka

– tunjuk ajar mereka

– ajar mereka buat keputusan

– ajar mereka lihat kebaikan & keburukan

– ajar mereka buat pertimbangan

*Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak dari segi minat dan cara mereka belajar perkara yang baru. Jika anak suka melukis dan mewarna, belikan banyak buku lukisan dan mewarna. Jika anak suka membaca, belikan mereka buku-buku yang penuh pengajaran seperti kisah-kisah nabi dan ajar mereka cara membaca dengan betul. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.