Anak lelaki sulung adalah pangkat tinggi selepas ayah. Hal ini kerana, mereka mempunyai tanggungjawab kepada keluarga jika berlaku apa-apa perkara kecemasan. Syurga anak lelaki walaupun selepas berkahwin adalah di bawah telapak kaki ibu, maka mereka masih ada tanggungjawab kepada ibu dan adik-beradiknya.

Oleh itu, anak lelaki perlu dididik dari kecil dengan menerapkan sifat-sifat murni seperti nilai-nilai murni. Ada 5 sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki. Apakah sifat-sifat murni tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

sifat murni anak lelaki

Imej via Facebook

5 Sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki

1. Ajar mereka kawal emosi marah

  • supaya marah mereka tidak keterlaluan
  • supaya marah mereka tidak merosakkan
  • supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam

2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat

  • supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
  • tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
  • jangan sampai merosakkan barang barang
  • jangan sampai membahayakan diri sendiri

3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya

"
  • supaya anak kita belajar memahami
  • supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
  • supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain

4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan

  • supaya mereka belas kasihan kepada kita
  • supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
  • supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu

5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang

  • supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
  • supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
  • supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab

*Berikut adalah sifat-sifat murni yang perlu diserapkan dalam diri anak lelaki sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sifat murni di depan anak agar mereka lebih mudah untuk dididik dan memahami apa itu sifat murni. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.