Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Rotavirus? Penyakit Rotavirus ini tidak asing lagi dari kanak-kanak di Malaysia. Selain itu, kes penyakit Rotavirus di Malaysia juga ada pada setiap tahun. Jadi, ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit ini akan berasa risau dan takut.

Banyak persoalan yang dituju dan ditanyakan mengenai penyakit Rotavirus ini. Antara persoalannya telah pun mempunyai jawapannya.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 persoalan penyakit Rotavirus. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

6 Persoalan penyakit Rotavirus

persoalan rotavirus

Imej via Facebook

1. SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT SERANGAN ROTAVIRUS?

✔️Hampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun.Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.

✔️Ada lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.

2. APAKAH GEJALA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?

✔️Gejala dehidrasi seperti letih/lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.

3. APAKAH KESAN SERANGAN ROTAVIRUS?

✔️Masalah utama virus ini boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.

✔️Jika penyahidratan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut disebabkan daripada komplikasi kegagalan buah pinggang.

4. BAGAIMANA CARA PENYEBARAN ROTAVIRUS?

✔️Cara penyebaran rotavirus adalah melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

✔️Sebagai contoh,ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan dia tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.

✔️Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak kanak itu.

💋Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.

5. APAKAH JENIS RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN?

✔️Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).

✔️Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus

✔️Tiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi(kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

✔️Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

✔️Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

6. APAKAH LANGKAH MENGELAKKAN VIRUS INI?

✔️Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .

✔️Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.

✔️Di Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

✔️Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu . Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.

*Berikut adalah persoalan yang sering tertanya-tanya oleh ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit Rotavirus ini. Anda tidak perlu bimbang jika anak anda kemungkinan mempunyai penyakit ini. Hal ini kerana, anda boleh dapatkan vaksin di klinik dan hospital swasta. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diebri kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.