Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak kita dengan baik dengan mengajar nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, menghormati orang lebih tua, kasih sayang dan lain-lain lagi. Karakter anak-anak bergantung kepada cara ibu bapa melayan mereka, jika ibu bapa layan dan didik mereka dengan baik maka anak tersebut akan menjadi baik seperti yang dimahukan.
Tetapi dalam masa ibu bapa mendidik anak-anak, mereka tidak sedar bahawa ada sifat negatif yang memberi kesan kepada anak-anak. Kesan tersebut boleh memberi membuatkan anak tersebut terluka dari segi hati dan mental. Apakah sifat-sifat tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 sifat yang sangat beracun kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Tanpa sedar kadang kita terpilih kasih dengan anak yang lebih ‘pandai’ dalam akademik. Kadang juga mungkin terlebih bagi perhatian hanya pada yang lebih bongsu sehingga abaikan kakak dan abangnya. Dan banyak lagi penyebabnya. Benda ni nampak remeh tapi boleh buatkan anak kita ada konflik hati sesama mereka bila dah dewasa nanti.
Contohnya ” mari sini awak budak nakal ” atau ” awak bukan pandai mana pun ” atau ” lembapnya kamu ni hish! ” Kata kata macam ni nampak macam mainan kata sahaja tapi ianya boleh melekat masuk ke dalam subconscious mind anak kita. Paling teruk sekali benda ni boleh jadi Self Fulfilling Prophecy pada anak kita tau.
Apa tu Self Fulfilling Prophecy ? Ianya adalah satu istilah yang mana semua yang kita duk kata tu jadi REALITI dan KENYATAAN pada anak kita tanpa kita sendiri sedari!
Kadang benda ni terjadi tanpa sedar pun. Kadang kita banding anak bongsu dengan anak sulung. Kadang kita banding anak kita dengan jiran. Paling banyak kita duk banding dengan sepupu sepupunya. Padahal setiap anak ni unik dan mempunyai Intelligence dan potensi yang pelbagai dan tersendiri.
Itu tak kena. Ini tak kena. Semua benda yang anak tu buat tak kena di mata kita . Nampak kecil kan tapi kalau kita berlebihan kritik anak kita, anak kita tu akan develope ‘ harsh inner critic’. Dia akan kritik diri dia sendiri dan dia akan salahkan diri dia sendiri sampai dewasa. Anak gini biasanya akan ada masalah dengan emosi dia di kemudian hari.
Kadang kita marah anak tapi kita lupa untuk ‘topup’ balik emotional defisit ataupun hutang emosi yang kita dah ambil ketika kita tengking, marah ataupun cubit anak kita. Dah termarah anak tu sepatutnya kita peluk balik anak atau minta maaf balik pada anak kerana mereka juga punya hati, emosi dan perasaan seperti kita juga. Ini penting untuk anak rasa ‘Safe & Secure’ dengan kita.
*Jika anda mempunyai sifat-sifat negatif seperti di atas, cepat-cepat buang sifat tersebut sebelum ia serasi dengan diri. Sifat yang suka pilih kasih dan membanding-bandingkan anak dengan orang lain adalah satu sifat yang amat buruk dan memberi kesan kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.