Tubuh badan bayi yang baru sangat sensitif. Ketika siapkan bayi, anda perlu mendukung atau memegang dengan berhati-hati. Pastikan bayi selesa dan tidak rimas dengan cara anda memegang mereka. Pada awalnya, pasti akan berasa janggal untuk mandikan bayi terutama sekali ibu bapa muda yang tiada pengalaman.

Jangn bimbang, kita boleh mulakan secara perlahan-lahan dan yang pasti selamat buat bayi. Untuk siapkan bayi, ada 3 peringkat. Apakah peringkat-peringkat tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 peringkat untuk siapkan bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

3 Peringkat semasa menyiapkan bayi

Peringkat siapkan bayi

Imej via Facebook

A) PERSEDIAAN SEBELUM MEMANDIKAN

SEDIAKAN SEMUA KEPERLUAN MANDIAN DAN PERSALINAN SELEPAS MANDI

🌸 Keperluan mandian – termasuklah semua barangan dan peralatan yang diperlukan untuk mandi seperti besen kecil / tab mandi, sabun bayi, span atau kain lembut,

🌸 Persalinan bayi – pakaian bayi selepas dimandikan termasuklah tuala, lampin, krim, bedak, putik kapas, dan sebagainya.

🌸 Biasanya tilam getah akan dihamparkan bersama semua kelengkapan ini.

RUANG MANDI YANG SELAMAT

🌸 Pastikan anda mendapatkan ruang yang luas, selesa dan selamat untuk anda dan bayi.

🌸 Bagi ibu yang masih belum boleh duduk dengan selesa di atas bangku, mandikan bayi dalam keadaan berdiri seperti di sinki dapur atau di atas meja.

🌸 Lapikkan alas getah untuk mengelakkan anda daripada tergelincir semasa mendukung bayi.

🌸 Jauhkan benda-benda lain seperti baldi dan gayung yang tidak digunakan. Ianya berisiko kerana mengganggu ruang keselesaan anda.

🌸 Jika perlu, letakkan tong sampah atau baldi berdekatan untuk meletakkan lampin bayi yang kotor. Ini dapat mengelakkan anda menjadi kelam-kabut semasa proses menanggalkan lampin bayi.

KEDALAMAN AIR YANG ELOK

🌸 Kedalaman air yang disyorkan ialah sekadar untuk bayi berbaring setakat bahunya terendam.

🌸 Iaitu lebih kurang 10cm untuk bayi yang berusia kurang dari 6 bulan.

🌸 Bagi bayi 6 bulan ke atas, pastikan kedalaman air tidak melebihi paras pinggang bayi dalam posisi duduk.

SUHU AIR YANG SESUAI

🌸 Mandikan bayi dengan air suam – tidak terlalu sejuk mahupun terlalu panas.

🌸 Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o

🌸 Celupkan siku anda untuk merasa kehangatan air, bukannya merasa dengan tangan anda.

B) SEMASA MEMANDIKAN

PERIKSA LAMPIN

🌼 Sekiranya lampin bayi dipenuhi air kencing atau najis, pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu.

🌼 Tutupi bahagian tubuhnya dengan tuala terlebih dahulu supaya bayi tidak kedinginan.

🌼 Ini untuk memudahkan anda mengambil masa dan posisi yang selesa semasa membersihkan bahagian muka dan kepala bayi.

CARA MENDUKUNG

🌼 Gunakan satu tangan untuk menyokong leher dan kepalanya, manakala satu tangan lagi digunakan untuk membersihkan anggota badan bayi.

🌼 Selepas membersihkan muka dan kepala bayi, teruskan menggosok lembut dari anggota di bahagian atas badan ke bawah dan dari depan ke belakang.

MERATAKAN AIR DAN MEMBERSIH ANGGOTA

🌼 Ratakan air dan gunakan sabun yang sesuai.

🌼 Pastikan setiap celahan turut dibersihkan.

🌼 Bagi bayi baru lahir yang sensitif, cukup sekadar meratakan air bersih tanpa perlu menggunakan sabun.

C) SELEPAS MEMANDIKAN

MENGERINGKAN DENGAN TUALA

🌷 Tidak perlu menggosok tuala ke kulit bayi yang masih halus. Sebaliknya, tepukkan sahaja tuala secara perlahan-lahan ke badan bayi.

🌷 Baringkan bayi di atas tilam getah sebagai persediaan sekiranya bayi terkencing sebelum sempat dipakaikan lampin.

🌷 Gunakan tuala lembut yang kering dan bersih untuk mengeringkan mata, muka, leher, dan celah-celah jari.

BERSIHKAN TALI PUSAT

🌷 Tali pusat hendaklah dibersihkan dan dikeringkan setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman.

🌷 Gunakan antiseptik yang dibekalkan oleh hospital atau cukup sekadar menggunakan air bersih.

URUTAN BAYI

🌷 Luangkan sedikit masa untuk mengurut bayi sebelum dipakaikan baju. Kebanyakan bayi sangat sukakan urutan.

🌷 Selain memupuk kemesraan, urutan juga dapat memberi ketenangan kepada bayi.

🌷 Gunakan minyak bayi seperti minyak telon atau losyen pelembap yang sesuai untuk memberi urutan.

🌷 Selalunya bayi diurut lembut di bahagian perut dan tapak kaki.

🌷 Terdapat pelbagai teknik urutan bayi yang boleh dipelajari.

TIPS-TIPS PENTING

🥀 Sekiranya anda masih belum berani untuk mandikan bayi di dalam tab mandi, gunakan span atau kain lembut sebagai pengelap badan bayi sehingga bersih.

🥀 Pernahkah anda melihat alat penyokong bayi yang digunakan dalam tab mandi? Ianya sangat membantu sesetengah ibu kerana dapat memudahkan pergerakan.

🥀 Tetapi, jangan terkejut kerana ada bayi yang cukup tidak selesa dengan alat ini.

🥀 Bayi yang baru lahir tidak seharusnya dimandikan terlalu lama.

🥀 Cukuplah sekadar 3 hingga 5 minit.

🥀 Dalam cuaca di Malaysia, seelok-eloknya bayi dimandikan sebanyak 2 kali sehari.

🥀 Jadikan rutin untuk mandikan bayi anda pada sekitar waktu yang sama setiap hari.

🥀 Ianya mampu memberi isyarat kepada bayi untuk mengetahui waktu tidurnya selepas ini.

*Berikut adalah 3 peringkat semasa menyiapkan bayi yang baru lahir. Langkah-langkah ini peru diikuti satu persatu untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jika anda sudah handal dalam menyiapkan bayi, tidak perlu lagi mengikut langkah ini. Bagi ibu bapa muda di luar sana boleh ikuti langkah-langkah ini.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.