Bolehkah Amalan Diet Yang Sihat Menguatkan Sperma Lelaki?

Beberapa kajian daripada pakar-pakar kesihatan telah mendapati bahawa amalan diet yang betul mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan sperma anda.

Salah satu daripada kajian tersebut mendapati bahawa para lelaki yang memakan lebih banyak daging merah, makanan-makanan manis, dan minuman untuk tenaga sebenarnya telah mengurangkan tahap kecergasan sperma mereka. Tetapi situasi ini kurang pula dikesan terhadap para lelaki yang banyak mengamalkan diet makanan yang terdiri daripada ikan-ikan, serat dan juga sayur-sayuran.

Didalam kajian yang kedua pula, para-para pengkaji telah mendapati para lelaki yang mengamalkan diet yang tinggi trans fat mempunyai sperma yang kurang konsentrasi berbanding para lelaki yang tidak atau mengamalkan diet trans fat pada kadar yang minimum.

Kedua-kedua kajian tersebut telah dijalankan oleh beberapa kumpulan pengkaji yang berasingan di Harvard. Mereka membentangkan hasil kajian tersebut di American Society for Reproductive Medicine in Orlando, Fla.

makanan-kesihatan

Dalam kajian yang pertama, salah seorang pengkaji iaitu Audrey J. Gaskins, seorang pemegang ijazah kedoktoran di Harvard School of Public Health, dan beberapa pembantunya telah menjalankan survey makanan keatas 188 orang lelaki yang sihat tubuh badan, berumur antara 18 hingga 22 tahun.

Daripada kajian tersebut, mereka tidak menjumpai sebarang kaitan diantara diet dengan jumlah atau bentuk sperma, tetapi mereka mendapati kecergasan sperma adalah lebih baik keatas kelompok lelaki yang mengamalkan diet ‘terkawal’ (diet yang terdiri daripada makanan-makanan organik berkhasiat) berbanding lelaki yang mengamalkan diet jenis ‘western'(diet yang terdiri daripada daging merah dan makanan diproses). Hasil daripada kajian tersebut memang menarik, tetapi ia tidak membuktikan secara langsung yang amalan diet boleh mempengaruhi tahap kecergasan sperma. Banyak faktor-faktor lain yang mungkin juga boleh memberi kesan kepada kualiti sperma seseorang lelaki.

Salah seorang pengkaji tersebut, Gaskins, memberitahu tabloid HealthDay “Ini hanya merupakan satu kajian yang kecil, dan kami tidak tahu jika terdapat faktor lain yang menyebabkan seseorang lelaki mempunyai kecergasan sperma yang rendah. Kami juga tidak dapat memastikan jika kandungan nutrisi yang menyebabkan perubahan tersebut. Jadi buat masa sekarang apa yang boleh kami katakan ialah memang terdapat perkaitan diantara nutrisi dan kualiti sperma seseorang.

Didalam pembentangan yang lain pula, pembantu professor nutrisi epidimologi di Harvard School of Public Health, Dr. Jorge Chavarro pula mengeluarkan laporan analisis mengenai diet dan kualiti sperma keatas 100 lelaki yang menjalankan ujian kesuburan diklinik. Para pengkaji tersebut mendapati kaitan diantara pengambilan trans fat yang lebih tinggi dengan jumlah sperma yang rendah masih kekal, walaupun setelah mengambil kira faktor-faktor lain seperti umur, tahap kesihatan, tahap pengambilan alkohol dan tahap pengambilan kaffein. Tetapi amalan diet tidak memberi kesan kepada pergerakan dan bentuk sperma, dan para pengkaji tersebut mendapati lelaki-lelaki yang mempunyai sperma yang kurang konsentrasi yang menjalani ujian tersebut masih berada pada tahap normal.

“Kami semakin memahami bagaimana nutrisi boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang, tetapi masih banyak lagi yang perlu kami pelajari,” kata Chavarro kepada tabloid MedPage Today.

Kedua-dua kajian tersebut belum lagi diteliti dengan sepenuhnya. Jadi hasil daripada kajian-kajian tersebut perlulah dibuat saringan terlebih dahulu sebelum diterbitkan diakhbar. Secara ringkasnya, apa yang dapat dipelajari daripada maklumat ini ialah amalan diet yang terdiri daripada makanan-makanan yang tidak menyihatkan adalah tidak baik untuk kesihatan lelaki. Kemungkinan juga ia akan memberi kesan yang lebih buruk tanpa pengetahuan lelaki.

Semoga ianya memberi info kepada pasangan dan lelaki yang membaca. :-)

Kredit gambar :  @10

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.