Sudah menjadi lumrah bagi bayi yang baru lahir untuk meminum susu ibu mereka. Tahukah anda, susu ibu mengandungi banyak khasiat? Ya, susu ibu sebenarnya kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu untuk tumbesaran bayi anda.

Maka, jangan terkejut jika susu ibu tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia. Ayuh ketahui manfaat susu ibu ini.

kebaikan susu ibu
Imej:moviesalbum.com

 

Fakta Menarik Mengenai Susu Ibu

Susu ibu ini sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat ajaib! Selain daripada membekalkan makanan dan keperluan untuk tumbesaran bayi, susu ibu ini juga boleh melindungi bayi anda daripada sebarang jangkitan kuman yang tidak diingini dan juga masalah masalah kronik yang lain.

Selain daripada itu, susu ibu dapat menguatkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
 

Susu Ibu: Apa Kata Pakar?

Kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Unicef merekodkan kematian 800 000 kanak kanak setahun akibat daripada susu ibu yang tidak cukup.

Seorang professor daripada Royal College of Pediatrics, Russell Viner berkata “Kebaikan susu ibu telah banyak diketahui umum namun masih ramai lagi yang tidak mengambil langkah untuk menurut langkah dan ini sebenarnya memberi kesan kepada bayi itu sendiri”.

Berikut merupakan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.

#1 Semula Jadi

Susu ibu telah dikaji selama bertahun tahun dan telah disahkan oleh pakar pakar perubatan susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja anda. Walau pun sekarang telah banyak susu formula dihasilkan, tetapi khasiatnya tidak akan dapat menandingi susu ibu sendiri!

Susu ibu ini akan bertukar seiring dengan kehendak bayi. Semakin membesar bayi anda, semakin sedikit susu ibu yang si bayi perlukan. Tahukah anda, susu ibu pada awalnya hanya untuk menghilangkan dahaga bayi tetapi semakin lama, susu itu kaya, penuh berkrim dan penuh dengan lemak yang baik untuk kesihatan bayi.

Rasa susu ibu juga berubah mengikut makanan yang dimakan oleh si ibu. Ini bermaksud, semakin lama anda menyusukan bayi, bayi anda akan boleh menerima rasa yang baru apabila dia mula memakan makanan berbentuk pepejal.

#2 Makanan Yang Lengkap

Susu ibu mengandungi semua nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh bayi anda untuk tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan. Bayi anda tidak memerlukan makanan samping selain daripada susu anda. Tempoh enam bulan inilah yang khas untuk menyusukan bayi.

Sistem tubuh bayi anda akan mudah menyerap dan mencerna susu ibu.

Susu ibu mengandungi asid lemak yang penting untuk tumbesaran otak si kecil anda.

#3 Sebagai Asas Kepada Kesihatan Yang Sihat

Kolostrum dan susu ibu yang telah matang mengandungi antibodi dan ajen ajen penguat yang lain untuk melindungi bayi anda daripada sebarang penyakityang merbahaya dan tidak diingini seperti masalha pernafasan dan sebagainya.

Penyusuan bayi juga penting untuk memastikan tumbesaran penglihatan bayi, pertuturan, rahang dan mulut bayi.

Bagi bayi yang disusukan ibunya, mereka rendah risiko untuk kematian bayi yang tidak dijangka pada peringkat awal (SUDI) termasuk kematian bayi secara mengejut (SIDS).
 

Apa Kebaikan Menyusukan Bayi Bagi Kaum Ibu?

Kita sudah melihat beberapa kebaikan susu ibu kepada bayi berdasarkan kajian pakar pakar perubatan di seluruh dunia. Tetapi, apakah sebenarnya manfaat menyusukan bayi kepada si ibu?
Berikut merupakan kebaikan yang akan si ibu dapat apabila menyusukan bayi!

#1 Senang dan Mudah

Mudah bagi ibu ibu di luar sana kerana anda tidak perlu sterile botol susu, membancuh susu dan sebagainya. Sebaliknya, hanya perlu menyuakan susu keppada si kecil anda. Bukankah itu mudah.

#2 Free Of Charge!

Berita baik bagi si ibu diluar sana! Bagi mereka yang berkeluh kesah tentang betapa mahalnya susu formula, apa kata anda terus memberi bayi anda susu ibu. Susu ibu adalah percuma dan seperti yang kita tahu, tidak memerlukan apa apa alatan dan juga pembersihan!

Walaupun anda memberi bayi anda susu ibu yang telah siap dipam, anda masih tidak perlu sterile atau pun membasmi kuman altan yang anda gunakan. Anda hanya perlu membasuh alat pam susu setiap 24 jam. Dalam tempoh itu juga, letakkan alat pam susu kembali ke dalam peti sejuk untuk mengekalkankan keberkesananannya.

Bagi ibu ibu di luar sana yang risaukan kanser payu dara yang semakin menular, usah bimbang lagi kerana ibu ibu yang menyusukan anak kurang kemungkinan untuk menghidap penyakit tersebut. Selain itu, osteoporosis dan diabetes jenis kedua turut tersenarai.

#3 Boleh Menurunkan Berat Badan

Sudah tentu ramai ibu ibu selepas melahirkan anak risau dengan berat badan mereka. Jangan risau kerana dengan menyusukan bayi anda, berat anda akan turun dengan serta merta.

#4 Mudah Untuk Tidur

bayi tidur
Imej:happybabysleep

Kajian mendapati ibu yang menyusukan anak lebih mudah untuk tidur berbanding mereka yang menggunakan susu formula. Dan semestinya, kitaran tidur mereka seiring dengan waktu tidur bayi.

Sentuhan ibu dan anak ketika proses penyusuan bayi berupaya memberikan hubungan yang kuat antara anda dan bayi.

Jangan lupa juga peranan hormon di dalam susu ibu itu sendiri. Hormon itu sendiri akan memudahkan proses penyusuan bayi. apabla menyusukan bayi, ia sebenarnya memberikan kasih sayang dan bayi anda akan rasa lebih selamat.
Tetapi, semestinya. Pilihan tetap di tangan anda!

Jika anda memilih untuk tidak menyusukan bayi anda, jangan khuatir kerana susu formula yang terdapat di pasaran sekarang mampu untuk memberikan nutrisi yang terbaik setanding dengan suus ibu itu sendiri. Dan jika anda memerlukan susu formula tambahan, itu tak bermakna anda boleh berhenti untuk menyusukan bayi dengan serta merta.
 

Berapa Lama Tempoh Untuk Menyusukan Bayi?

Beberapa orang pakar pemakanan bayi mencadangkan agar para ibu di luar sana untuk menyusukan bayi anda sehingga mereka boleh makan makanan berebentuk pepejal. Selalunya ia akan berlaku dalam tempoh enam bulan.

Selepas tempoh itu, sudah tibanya masa untuk si kecil memerlukan makanan lain selain daripada susu ibu untuk tumbesaran yang optimum.

Bayi hanya memerlukan sedikit makanan untuk beberapa bulan pertama selepas mula memakan makanan berbentuk pepejal. Tetapi, harus diingatkan, susu ibu masih lagi menjadi sumber nutrient yangmutlak bagi si kecil yang dalam tempoh membesar.

Setelah bayi anda mula menerima makanan, adalah lebih baik untuk anda kekal menyusukan mereka dan memberikan makanan sehingga sekurang kurangnya mereka berumur setahun.Selepas tempoh itu, terpulang kepada anda dan si kecil berapa lama untuk anda menyusukan mereka.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.