Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

4 Perilaku Positif Ini Penting Untuk Anak Kuasai Kemahiran Akademik

Pejam celik pejak celik, anak kita bakal melangkah ke alam persekolahan. Sungguh pantas masa berlalu. Terasa bagai baru sahaja mereka menjengah dunia…

AnakDikemas kini 29 Ogos 2018oleh Siti 'Aisyah Rozalli
Kanak-kanak sedang belajar dan menyediakan tugasan di sekolah dengan gurunya.

Ringkasan Ringkas

  • Perilaku positif terhadap guru: Anak perlu memahami fungsi sosial sebagai murid yang belajar daripada guru dan patuh arahan.
  • Perilaku positif terhadap rakan: Anak perlu pandai bergaul, bermain secara giliran dan merancang permainan untuk elak risiko kelewatan perkembangan sosial.
  • Perilaku positif terhadap persekitaran: Anak perlu faham konsep sebab dan akibat serta kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan diri serta harta benda.
  • Perilaku positif terhadap tugasan: Anak perlu faham keperluan menyiapkan tugasan guru dan konsep jadual waktu harian.
  • Gunakan kaedah seperti cerita sosial, role play, doll play, dan masa berkualiti (Quality-15) untuk membantu anak mengawal emosi.
  • Ibu bapa perlu menjadi contoh perilaku positif (role model) dan berjumpa terapis jika anak memerlukan intervensi spesifik.

Pejam celik pejak celik, anak kita bakal melangkah ke alam persekolahan. Sungguh pantas masa berlalu. Terasa bagai baru sahaja mereka menjengah dunia beberapa hari yang lalu. Menguruskan anak yang sudah bersekolah, pastinya mempunyai cabaran yang berbeza dengan anak yang masih belum bersekolah. Pelbagai isu akan timbul apabila mereka sudah mula bersekolah. Antara isu yang biasa dirujuk kepada terapis kanak-kanak adalah isu kesukaran pelajar menyesuaikan diri di dalam kelas. Tahukah anda, untuk seorang kanak-kanak terlibat dengan aktif dan positif di dalam kelas, terdapat 4 perilaku positif penting yang perlu dikuasai kanak-kanak.

Ibu dan anak kecil duduk bersama membaca buku

Foto Kredit : huffingtonpost.com

4 PERILAKU POSITIF YANG PENTING DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN AKADEMIK

Rajah berikut merupakan 4 perilaku positif yang perlu ada dalam diri anak-anak, bagi menguasai kemahiran akademik di sekolah. Kanak-kanak membaca buku dengan riang gembira Ayuh ikuti kupasan setiap satu perilaku positif ini.

1. PERILAKU POSITIF TERHADAP GURU

Apabila berada di sekolah, seorang kanak-kanak perlu faham fungsi murid dan guru. Seorang murid adalah pelajar yang belajar daripada gurunya. Secara naturalnya, seorang kanak-kanak yang sudah bersedia untuk ke sekolah akan memahami konsep sosial ini. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kefahaman sosial akan bermasalah untuk memahami fungsi sebagai seorang murid. Maka, kanak-kanak sebegini akan mempunyai kesukaran untuk mendengar arahan guru di dalam kelas.

Pelajar sedang memberi tumpuan kepada guru di dalam kelas

Foto Kredit : speignersolutions.com

2. PERILAKU POSITIF TERHADAP RAKAN

Kanak-kanak yang berada di usia pra-sekolah (4 tahun) sudah mula mempunyai perkembangan bermain yang lebih sosial. Mereka sepatutnya suka bermain dengan rakan-rakan. Mereka juga sudah boleh bermain secara giliran, berbincang dan merancang permainan bersama rakan. Selain itu, mereka sudah boleh memilih rakan yang mempunyai kecenderungan bermain dan minat yang hampir serupa. Dengan pergaulan positif bersama rakan, sedikit sebanyak mereka dapat belajar sesama mereka. Kanak-kanak yang tidak mahu atau tidak pandai bergaul secara positif dengan rakan di usia pra-sekolah, dikhuatiri mempunyai risiko kelewatan perkembangan sosial yang boleh menjurus kepada isu emosi dan perkembangan holistik mereka.

Sekumpulan kanak-kanak bermain dan bergaul dengan gembira

Foto Kredit : medaboutme.ru

3. PERILAKU POSITIF TERHADAP PERSEKITARAN

Kanak-kanak usia 4 tahun sudah tahu dan faham tentang sebab dan akibat. Konsep ini adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Mereka sudah boleh diajar tentang pentingnya menjaga kebersihan, menjaga keselamatan harta benda dan keselamatan diri mereka di persekitaran. Di sekolah, mereka sudah mula belajar untuk menjaga kebersihan di sekitar sekolah, mementingkan keselamatan ketika bermain bersama rakan, serta boleh menjaga keselamatan harta benda mereka dan harta sekolah. Kanak-kanak yang sudah mencecah usia 4 tahun, tetapi masih kelihatan tidak faham dengan konsep insan dan persekitaran (seperti perihal keselamatan dan kebersihan) perlu diberikan perhatian.

Kanak-kanak sedang membersih dan menyusun buku di rak persekitaran

Foto Kredit : visit-tel-aviv.com

4. PERILAKU POSITIF TERHADAP TUGASAN

Anak-anak usia pra-sekolah yang perkembangan sosial kognitifnya berkembang dengan baik, akan faham keperluannya untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Kanak-kanak akan mula faham konsep jadual waktu, bilakah waktu untuk makan, bilakah waktu mereka perlu membuat tugasan dan bilakah waktu yang sesuai untuk mereka bermain. Ianya adalah perkembangan natural yang boleh dan mampu dipelajari oleh kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Murid sedang fokus menulis dan menyiapkan tugasan sekolah

Foto Kredit : 7cvetic.com

7 TIPS MEMBANTU ANAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGAWAL EMOSI AGAR SENTIASA BERPERILAKU POSITIF

Bagi memastikan anak-anak sentiasa berperilaku positif, ibu ayah boleh membantu anak menguasai kemahiran mengawal emosi mereka dengan kaedah-kaedah berikut :- 1. CERITA SOSIAL Bantu anak fahami sesuatu situasi menggunakan buku cerita yang berkaitan dengan perilaku yang mahu dipositifkan serta jelaskan kepada anak perkara yang elok dan tidak sepatutnya dilakukan dalam situasi tersebut. 2. ROLE PLAY Ajak anak main olok-olok atau berlakon-berlakon tentang situasi positif yang kita mahu anak kuasai. 3. DOLL PLAY Gunakan anak patung atau permainan kegemaran anak untuk melakonkan situasi positif yang kita mahu anak fahami. 4. QUALITY-15 Meluangkan masa berkualiti dengan anak sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat membantu anak-anak mempunyai perilaku yang lebih positif. 5. ELAK MEMBEBEL Emosi berkait rapat dengan perilaku. Elakkan mendesak dan memaksa anak. Apabila kita rapat dengan anak, kita lebih mudah untuk memahami emosi anak dan memudahkan kita membantu anak dari segi kawalan emosi dan perilakunya. 6. SHOW Kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh terbaik (role model)  buat anak dengan menunjukkan perilaku positif kepada mereka. Children see, children do. 7. JUMPA TERAPIS Jika kita berasa perilaku anak agak sukar dikawal dan kita telah usahakan pelbagai cara, mungkin anak mempunyai kesukaran lain yang memerlukan intervensi spesifik daripada terapis. Ibu memeluk anak untuk menenangkan emosinya Foto Kredit : viva-family.com

DIDIK ANAK BERPERILAKU POSITIF

Menjadi ibu ayah, bukan sekadar menyediakan keperluan makan, minum dan tempat tinggal untuk anak semata-mata, tetapi dunia keibubapaan sebenarnya lebih luas daripada itu. Didikan terhadap anak-anak juga merupakan tanggungjawab ibu ayah. Ajarkan mereka tentang adab dan bantu mereka mengawal emosi agar mereka sentiasa berperilaku positif dengan sesiapa pun walau di mana jua mereka berada. Semoga berjaya!