Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Perkembangan Bayi Dan Aktiviti Oral Motor 12 - 18 Bulan (Wajib Tahu)

Perkembangan bayi adalah sangat penting sekitar 12-18 bulan. Banyak proses telah berlaku ketika masa ini berjalan terutamanya perkembangan oral motor.…

AnakDikemas kini 4 April 2018oleh Tasneem Haneem
Bayi sedang bermain dan belajar kemahiran oral motor

Ringkasan Ringkas

  • Perkembangan oral motor melibatkan sensori dan otot di kawasan mulut seperti lidah, bibir, dan gusi.
  • Kemahiran ini mempengaruhi keupayaan anak untuk memberus gigi, makan, meniup, dan minum.
  • Pada usia 12-18 bulan, anak mula mengunyah makanan keras, menyedut straw, dan menggunakan cawan terbuka.
  • Ibu bapa boleh galakkan aktiviti seperti minum guna straw, tiup wisel, dan bermain berus gigi.
  • Latih anak lebih tua yang masih belum menguasai kemahiran oral motor ini secara kerap.

Perkembangan bayi adalah sangat penting sekitar 12-18 bulan. Banyak proses telah berlaku ketika masa ini berjalan terutamanya perkembangan oral motor. Perkembangan oral motor merujuk kepada perkembangan bahagian sensori dan otot di kawasan mulut: termasuk lidah, bibir, pipi, gusi dan bahagian sekitar dalam mulut. Memastikan perkembangan oral motor anak-anak berlaku dengan baik adalah amat penting. Perkembangan oral motor akan mempengaruhi kecekapan anak-anak untuk belajar kemahiran-kemahiran yang penting seperti memberus gigi, makan pelbagai jenis makanan, meniup, minum dan lain-lain yang berkaitan.  

Perkembangan Bayi

Imej via PublicDomainPictures

Kelewatan dalam perkembangan oral motor boleh mengakibatkan anak-anak sukar untuk makan pelbagai jenis makanan (tekstur), sukar memberus gigi, dan seterusnya mempunyai tahap keberdikarian yang lebih rendah berbanding rakan-rakan seusianya. Dalam posting kali ini, saya akan kongsikan perkembangan oral motor untuk anak-anak usia 12 bulan - 18 bulan. Kerana usia ini merupakan usia yang kanak-kanak akan mula belajar pelbagai kemahiran oral motor yang akan membantunya untuk berdikari.

Perkembangan Oral Motor Untuk Anak 12 bulan - 18 Bulan

  • mengunyah makanan dengan menggerakkan makanan ke kiri dan kanan mulut
  • mula pandai menyedut straw
  • mengeluarkan kembali makanan solid yang disuap untuk dilihat dan dibelek, kemudian dimasukkan semula ke dalam mulut
  • mula meniup alat tiupan mudah seperti wisel yang ringan (imitasi dari orang yang lebih dewasa)
  • mula belajar menggunakan cawan terbuka (bukan sippy cup)
  • mula boleh dikenalkan dengan konsep berus gigi
  • mengunyah makanan keras dengan gigi
  • menggigit biskut dan roti hingga patah / terpisah
  • kurang meleleh air liur walaupun pada waktu gigi sedang tumbuh.

Antara aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu perkembangan oral motor anak-anak usia ini:

  • minum air menggunakan straw (kurangkan penggunaan botol susu adalah lebih baik)
  • tiup wisel / rekorder
  • tuang sedikit air (1-2 teguk) ke dalam cawan plastik dan ajar anak minum sendiri
  • memberikan anak bermain dengan berus gigi sambil menggalakkan anak imitasi aksi memberus gigi (jadikan rutin setiap kali mandi)
  • berikan ais buah (buah yang dipuri dan dikeraskan dalam bekas ais kecil-kecil) untuk anak lebih selesa dengan pelbagai tekstur dan suhu makanan.

*jika ada anak anda yang usia lebih tua yang masih belum pandai melakukan mana-mana kemahiran oral motor di atas, usahakan untuk melatih anak anda sekerapnya. Semoga Bermanfaat