Kanak-kanak dengan mainan memang tidak dapat dipisahkan. Anak-anak perlu bermain untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran yang baik bagi mereka. Malah, anak-anak tidak perlukan mainan yang best-best untuk membuatkan mereka seronok bermain.
Cukup sekadar beri mereka satu ruang yang sangat luas, maka mereka dengan sendirinya akan kreatif mencipta mainan mereka sendiri di ruang yang kosong itu.
Bagi ibu bapa, anda pasti tercari-cari taman permainan yang menarik untuk anda bawa anak-anak anda di hujung minggu. Di sini, kami senaraikan taman permainan indoor dan outdoor untuk pilihan anda. Anak-anak anda juga pasti teruja jika setiap minggu anda akan bawa mereka ke tempat yang berbeza-beza untuk mereka bermain dan belajar.
Taman Metropolitan Kepong juga dikenali sebagai Taman Layang-layang. Ini kerana, ramai pengunjung yang akan bermain laying-layang di sini. Malah, ia sudah menjadi satu trademark bagi Taman Metropolitan ini.
Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang.
Anak-anak bukan sahaja akan seronok bermain di taman permainan, tetapi juga mereka boleh melakukan aktiviti berbasikal ataupun bermain layang-layang. Di sini juga terdapat banyak gerai jualan.
Jadi, setelah penat bermain, perut jadi lapar, anda boleh sahaja membeli pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di sini. Kemudian, cari tempat yang sesuai untuk anda bentangkan tikar, seterusnya anda boleh berpiknik santai di petang hari bersama keluarga anda di sini.
Waktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi – 8.00malam)
Lokasi: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur
Taman Tasik Ampang Hilir itu meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Secara keseluruhan, terdapat 14 buah taman-taman rekreasi awam di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda menyusur Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR II), anda akan nampak Taman Tasik Ampang Hilir ini berdekatan kawasan Flaminggo.
Taman rekreasi ini menyediakan taman permainan untuk kanak, trek jogging, gazebo untuk anda sekeluarga bersantai-santai, dan juga kemudahan-kemudahan asas yang lain.
Keindahan tasik yang terbentang luas juga boleh menjadi terapi buat anda sekeluarga. Sambil-sambil anak main di taman permainan, anda boleh memancing di kawasan tasik ini kerana tasik ini juga sering diadakan pertandingan memancing kerana terdapat pelbagai spesies ikan terbaik di tasik ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi – 8.00malam)
Lokasi: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
Taman Pulu Ulu, Cheras merupakan sebuah reka bentuk pembangunan di kawasan seluas 33 ekar (13.35 hektar) ini mengambil kira keperluan pengguna dengan bercirikan konsep taman metropolitan, mesra pengguna, penghijauan taman, pendidikan taman serta rekreasi air.
Berbeza dengan taman-taman rekreasi yang lain, Taman Pudu Ulu mempunyai tarikan yang tersendiri kerana adanya kolam mandi yang dibuka kepada orang awam secara percuma. Namun begitu, saat artikel ini ditulis (15/11/2018), kolam mandi tersebut ditutup untuk proses selenggara.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh membawa anak-anak anda untuk bermain di taman permainan yang terdapat di sini. Kawasan ini sangat luas, namun keadaannya (semasa artikel ini ditulis) agak suram dan kurang meriah. Mungkin kerana kolam mandi ditutup buat sementara waktu ini.
Kemudahan asas seperti tandas, surau dan parkir turut tersedia di sini. Namun tidak ada gerai jualan di sini. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk berpiknik di sini, anda perlu menyediakan makanan terlebih dahulu, atau anda boleh beli di kedai makan yang terdapat di bahagian luar pagar Taman Pudu Ulu.
Waktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi – 8.00malam)
Lokasi: Jalan Pudu Hulu, Taman Pertama, Cheras, 55300 Kuala Lumpur
Taman permainan indoor banyak terdapat di pusat membeli-belah yang terkemuka di negara kita. Jika anda ingin membawa anak-anak anda bermain di tempat permainan seperti ini, anda perlu menyediakan wang bayaran yang diperlukan.
Ini kerana, hampir ke semua tempat permainan indoor mengenakan bayaran masuk untuk setiap kanak-kanak, tetapi percuma bagi ibu bapa yang menemani anak-anak. Tidak seperti taman permainan outdoor yang hampir kesemuanya adalah percuma kerana ia disediakan oleh pihak kerajaan negeri sebagai salah satu kemudahan rekreasi untuk rakyat.
Selain itu, antara syarat lain untuk memasuki taman permainan indoor adalah perlu memakai stokin. Ibu bapa dan anak-anak yang memasuki premis ini perlu memakai stoking sepanjang masa di dalam kawasan tersebut. Tambahan juga, makanan dari luar adalah dilarang untuk dibawa masuk ke taman permainan indoor.
Jkids adalah salah satu taman permainan indoor yang mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di sini terdapat banyak permainan yang sesuai untuk anak-anak seperti gelongsor, kawasan pasir tiruan, permainan tunggangan dan tempat belajar.
Hiasan dekorasi taman permainan ini juga sangat ceria berwarna-warni. Pasti anak-anak anda teruja untuk meluangkan masanya di sini untuk bermain sambil belajar.
Bayaran: Isnin-Jumaat RM20 | Sabtu-Ahad RM30
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 9.00malam)
Lokasi:
Tropicana City Mall: 2F, 40A, No 3, Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya
Paradigm Mall: 1F, 28, No 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Publika: G3-50, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Gamuda Walk: L2-12&L2-13, Gamuda Walk, 12, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning Section 31, 40460 Shah Alam
Mitsui Outlet Park KLIA: F40, Mitsui Outlet Park KLIA, Persiaran Komersial, 64000 KLIA, Sepang
Taman permainan kanak-kanak ini berasal dari negara China. Di Malaysia, ia hanya terdapat di 4 tempat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Permainan yang terdapat di sini, lebih kurang sama juga seperti yang terdapat di taman permainan indoor yang lain. Namun, yang menjadi tarikan di sini adalah ‘Cassia Seed Pool’.
Cassia Seed adalah sejenis herba yang popular di China. Cassia Seed ini tidaklah terlalu kecil saiznya, ia seakan-akan biji halba tetapi berwarna coklat kehitaman. Cassia Seed ini digunakan sebagai medium untuk anak-anak bermain seakan-akan bermain pasir.
Namun, dari segi keselamatan, ia selamat untuk anak-anak bermain. Sekiranya anak kecil anda memasukkan Cassia Seed ini ke dalam mulut, ia akan melekat pada lidah anak dan akan membuatkan anak tidak selesa dan akan memuntahkan semula bihi hitam tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya anak anda tertelan Cassia Seed ini, ia juga tidaklah memudaratkan kerana Cassia Seed adalah bahan organic dan boleh dihadam.
Namun begitu, tempat mainan ini adalah tempat awam dan pastilah terdedah kepada kotor yang kita nampak ataupun tidak nampak dengan mata kasar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau anak-anak ketika mereka bermain untk mengelakkan anak anda memasukkan Cassia Seed tersebut ke dalam mulut.
Bayaran: Isnin-Jumaat RM28 | Sabtu-Ahad RM40
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 9.00malam)
Lokasi:
The Mines: L4-07F/G(p), Level 4, The Mines, Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Klang Parade: S62 & S63 second floor, Klang Parade, No 2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
Quill City Mall: Lot 2-33A & 35, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
Leisure Mall: L2-50 & 50A Level 2 Cheras Lesuire Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur
Bagaimana dengan artikel berkenaan Carta Pergerakan Janin yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?
Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu: