Perasan tak tuan puan ada anak-anak terutamanya usia antara 3-5 tahun akan sering “test” kesabaran ibu bapanya?

Ramai ibu bapa mengadu pada saya yang mereka tidak dapat mengajar anak mereka di rumah.

Anak sedih
Imej via TheoHengelmolen

“Anak saya tak mahu dengar cakap saya. Tapi, dengan cikgu dia nak dengar.””Apa yang saya cakap tak boleh, yang tu lah yang anak saya nak buat. Geram saya dibuatnya”.

Ada juga ibu bapa yang “dikawal” oleh anak-anak (dan anak itu baru berusia 4 tahun). Ibu ayah terpaksa ikutkan apa yang anak mahukan.

Ibu terpaksa juga ke Mc Donalds. Jika tidak, anak tantrum dalam kereta.

Ayah terpaksa juga beli aiskrim. Jika tidak, anak mengamuk terlentang di tengah shopping complex.

Anak tidak mahu buat aktiviti yang diberikan di rumah. Hanya mahu menghadap gadget sahaja. Jika tidak bagi, anak mengamuk tak tentu hala.

Tuan puan.

Kasihanilah anak tuan puan yang tak tahu cara mengawal emosinya.

Kasihanilah anak tuan puan yang tidak pandai melimitkan boundary nya.

Kasihanilah anak tuan puan yang sukarl menerima sebarang arahan dan sukar diberi tunjuk ajar.

Mengajar anak-anak “boundary”, apa yang boleh, apa yang tidak boleh adalah amat penting untuk keselamatan, kesihatan dan perkembangannya.

Anak-anak perlu tahu limit apa yang boleh mereka lakukan. Anak-anak perlu tahu sekarang bukan waktu bermain gadget. Jadi, dia perlu berhenti.

Anak-anak perlu tahu sekarang waktu tidur. Jadi, dia perlu bersedia untuk tidur. Anak-anak perlu tahu sekarang waktu di sekolah. Jadi, dia perlu mendengar arahan guru.

Anak-anak perlu tahu tak semua benda ibu ayah boleh belikan sekarang. Jadi, dia perlu sabar.

Tahukah anda? Anak-anak yang datang berjumpa saya yang punya kesukaran belajar, ramai yang punya masalah dengan pemahaman boundary juga?

Bagi saya, adalah amat penting untuk ibu bapa tahu dan fasih tentang meletakkan boundary pada anak-anak.

 

5 Tips Mengajar Anak Faham “Boundary”

Saya berikan sedikit tips untuk tuan puan aplikasikan di rumah:

Ikut peraturan
Imej via Facebook

 

1. Pastikan Boundary Ibu Dan Ayah Sama

Jika ibu kata “aiskrim lepas makan”. Ayah perlu setuju benda yang sama. Jika duduk dengan nenek, pastikan nenek juga setuju perkara yang sama.

Kalau “cengelat” (ada yang tiba-tiba membenarkan yang dilarang), akan membuatkan anak-anak keliru akan boundary yang diberikan.

 

2. Pastikan Boundary Yang Anda Berikan Konsisten

Jika hari ini anda kata “waktu makan, tv tutup”. Pastikan boundary anda itu konsisten setiap hari.

 

3. Pastikan Boundary Anda Jelas Dan Berbunyi Arahan, Bukan Larangan

Biasakan beri arahan untuk menetapkan boundary. Elakkan berkata “jangan ambil handphone mama!” Tapi, berikan arahan jelas “letak semula handphone mama atas meja”.

Anak lebih mudah memahami boundary jika kita berikan maklumat apa yang perlu dilakukannya berbanding apa yang jangan dilakukannya.

 

4. Ulang Dan Pertahankan Boundary Yang Anda Berikan

Sentiasa ingatkan, ulang sehingga boundary yang anda berikan difahami jelas oleh anak anda. Bagaimana nak tahu jika anak anda sudah faham boundary nya? Apabila anda kata “kaki bawah meja”.

Dan anak anda terus turunkan kakinya dari atas meja ke bawah. Tapi, memang anda perlu ulang dan ingatkan banyak kali. Budak-budak kan namanya.

 

5.Puji Setiap Kali Anak Anda Mengikut Boundary Yang Diberikan

Saya suka pengukuhan sosial (social reinforcement) berbanding carta bintang dan yang berbentuk material. Percayalah. Anak-anak suka dipuji.

Contohnya, anak anda menurut bila anda katakan “aiskrim lepas makan nasi”. Semasa dia sedang makan nasi, berborak tentang betapa bagusnya dia makan nasi, nanti besar jadi anak yang kuat, yang soleh sebab dengar cakap anda. Dan pastikan anda beri apa yang dijanji.

Anda mungkir janji,akan menyebabkan anak lihat boundary sebagai tipu helah. Dan anak anda akan mengabaikan boundary yang anda berikan.

Semoga mudah untuk tuan puan aplikasikan tips mudah ini.

Yang penting Sabar Sabar Sabar.

Dan percayalah, anak yang tahu boundary,yang faham limitnya,yang tahu peraturan akan menjadi anak yang yang lebih stabil emosinya,lebih mudah belajar kemahiran baru dan lebih gembira.

Penulis: Siti 'Aisyah Rozalli

Merupa seorang Occupational Therapist. Bertanggungjawab melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya. Rajin berkongsi tentang perkembangan awal kanak-kanak. Boleh dihubungi Facebooknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.