Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai G6PD dan agak terpinga-pinga apabila mendengar buat kali pertama. Penting sebagai ibu bapa untuk kita mengetahui fakta mengenai G6PD!

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh babycenter.com ,penghidap G6PD di seluruh dunia telah meningkat hampir kepada 400 juta orang setakat 2017.

Di Malaysia sahaja , seorang daripada 10 orang rakyat Malaysia menghidapi penyakit G6PD dan kebanyakan penghidap G6PD adalah lelaki kerana ia berkaitan dengan kromosom X.

Manakala wanita pula berpotensi sebagai pembawa kepada kekurangan enzim G6PD. Kekurangan enzim G6PD merupakan penyakit genetik dan akan dihidapi seumur hidup.

Artikel ini akan mengajak kita semua untuk mengambil tahu 4 fakta penting mengenai apa itu G6PD.

1.Apa itu G6PD dan Fungsinya?

G6PD atau nama penuhnya ‘glucose 6 phosphate dehydrogenase ’ merupakan enzim yang terdapat di dalam sel darah merah.

Kekurangan enzim G6PD di dalam sel darah merah akan membuatkan sel darah merah tidak berupaya dengan baik untuk melawan radikal bebas.

Radikal bebas akan memusnahkan protein di dalam sel darah merah dan sekaligus berlakulah sel darah merah pecah atau hemolisis. Apabila hemolisis berlaku, pesakit berpotensi untuk menghidapi ‘hemolytic anemia’ yang akan menyebabkan pesakit selalu pening dan letih.

G6PD berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada hemolisis apabila terdedah  kepada makanan,ubatan atau jangkitan tertentu.

Hemolisis merupakan situasi dimana kekurangan G6PD akan menyebabkan ketidakstabilan pada sel darah merah lalu sel darah merah pecah.

Menurut Dr. Azam Mohd Nor, Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur.  Bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD  terutamanya yang baru dilahirkan mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mudah naik mendadak yang boleh menyebabkan kerosakan otak.

Kerosakan otak berlaku akibat sel darah merah yang mudah pecah menyebabkan bilirubin meningkat dengan cepat dan bilirubin berupaya untuk memindahkan toksik ke otak.

Sekiranya situasi ini berlarutan dan tidak ditangani dengan segera, bayi berkemungkinan untuk mengalami terencat akal.

Selepas bayi dilahirkan, sampel dan tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk mengetahui sekiranya bayi itu adalah bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD atau tidak.

2. Tanda-Tanda Kekurangan G6PD!

Kekurangan enzim G6PD tidak mempunyai simptom khas tetapi biasanya kita dapat melihat simptom ketara apabila sel darah merah pecah ataupun hemolisis.

Antara simptom yang kita dapat lihat adalah;

  • Pucat
    • Bagi mereka yang berkulit lebih gelap, simptom pucat ini kita boleh lihat di bahagian mulut terutamanya bibir dan lidah.
  • Kelihatan tidak bermaya
  • Degupan jantung laju
    • Tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, penghidap kekurangan enzim G6PD akan bernafas dengan laju.
  • Susah bernafas
  • Sakit dada
  • Jaundis (kekuningan )
    • Biasanya mata putih dan kulit penghidap akan bertukar kekuningan. Manakala air kencing menjadi keruh.
    • Bayi yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD berpotensi untuk mengalami jaundis pada hari pertama dilahirkan. Bayi akan dipantau selama 5 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Simptom yang sederhana tidak memerlukan rawatan doktor kerana sistem badan kita sendiri akan  menghasilkan sel darah merah yang baru.

Sebaliknya apabila simptom kekurangan enzim G6PD semakin membimbangkan, para ibu bapa perlu bergegas membawa anak berjumpa dengan doktor.

4Fakta Penting G6PD Wajib Ibu Bapa Tahu!

Imej via ragamanak

3.Kaedah mengetahui kekurangn enzim G6PD

Selepas bayi dilahirkan, sampel dan tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk mengetahui sekiranya bayi itu adalah bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD atau tidak.

4. Penjagaan anak yang kekurangan enzim G6PD

Seperti yang kita tahu, kekurangan enzim G6PD ini merupakan penyakit seumur hidup. Sebagai ibu bapa atau orang yang rapat dengan penghidap penyakit ini, penting untuk kita mengetahui kaedah terbaik untuk membantu mereka.

 

  • Hentikan pencetus kepada hemolisis
    • Hemolisis terjadi apabila seseorang penghidap kekurangan enzim G6PD terdedah kepada faktor seperti virus , makanan dan ubat-ubatan.
    • Sebaiknya kaji apa makanan atau ubatan yang boleh mencetuskan masalah ini dan elakkan untuk diberikan kepada anak yang menghidapi kekurangan enzim G6PD.
    • Penghidap kekurangan enzim G6PD sangat alah kepada bahan-bahan berosidatif, jadi berusahalah sebaik mungkin untuk mengelakkan anak anda dari makan , sentuh atau hidu.
    • Antara makanan , ubat, racun atau virus yang boleh mencetuskan kekurangan enzim G6PD;
      • Kacang parang
      • Kacang soya
      • Ubat gegat
      • Ubat nyamuk
      • Antibiotik
      • Ubat anti malaria
      • Ubat tahan sakit
4Fakta Penting G6PD Wajib Ibu Bapa Tahu!

Imej via Youtube

  • Pastikan mereka yang terdekat dengan anda mengetahui isu ini.
    • Sebarkan info mengenai kekurangan enzim G6PD kepada ahli keluarga terdekat, pihak perubatan dan penjaga anak anda sebagai langkah pencegahan awal. Ini bagi mengelakkan mereka tersalah beri makanan atau ubatan yang boleh menyebabkan hemolisis.
  • Sediakan senarai bahan atau ubatan yang boleh menjadi pencetus kepada hemolisis.
    • Ini berfungsi sebagai rujukan kepada mereka yang perlu berurusan atau menjaga anak-anak anda.
    • Selain itu, sediakan juga senarai simptom-simptom sekiranya anak anda menghadapi gejala kekurangan enzim G6PD.
  • Lakukan pemeriksaan berjadual.
    • Pemeriksaan secara berjadual ini untuk memastikan anak anda bebas daripada sebarang jangkitan yang boleh mencetuskan hemolisis.
  • Kongsi info kekurangan enzim G6PD dengan pesakit.
    • Sekiranya anak anda sudah besar dan faham mengenai kekurangan enzim G6PD beritahu mengenai penyakit ini secara ringkas dan apa akibat sekiranya mereka tidak berhati-hati dengan pencetus hemolisis.

Walaupun kekurangan enzim G6PD merupakan penyakit seumur hidup namun ia bukanlah penghalang kepada penghidapnya menjalani kehidupan aktif dan sihat.

Diharapkan mereka yang berhadapan dengan isu kekurangan enzim G6PD mendapat manfaat melalui artikel ini. Jangan jadikan segala kekurangan itu sebagai penghalang untuk bergerak ke hadapan.

Rujukan dan Sumber

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.