Anda sedang merancang untuk bercuti di Kundasang? Jom kami kongsikan 11 homestay di Kundasang yang sesuai untuk berbulan madu atau datang bersama keluarga.

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Mizafirzana

1. Mesilau Mountain Retreats

Dikelilingi oleh keindahan bunga-bungaan yang berwarna-warni, Mesilau Mountain Retreats, salah sebuah homestay yang terletak di Kampung Kundassan ini menawarkan 2 jenis penginapan iaitu Morning Glory House dan Strawberry House yang kedua-duanya boleh memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap.

Dengan harga yang bermula dari RM720 semalaman, Mesilau Mountain Retreats adalah definisi kepada kesempurnaan dan keselesaan di tahap yang tak terungkap. Suasana yang cukup privasi dan tenang dapat dinikmati di homestay yang disediakan.

Selain itu, jangan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan matahari menaik dari penginapan ini yang sungguh mengujakan. Rekaan dalamannya juga cukup  homey,  terubat rindu di hati kepada rumah sendiri. Mengenai lokasinya pula, kedudukannya dari Gunung Kinabalu hanyalah dalam sekitar 11 km.

Harga: Dari RM720+ Semalaman

Alamat: 4th floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Raza sabah, 88817 Kampong Kundassan

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

2. Wind Valley Farmstay

Wind Valley Farmstay adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun cukup selesa dimana setiap bilik lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat untuk anda menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan. Harga yang ditawarkannya juga menceriakan poket anda kerana bermula kurang daripada RM100.

Lokasinya? Terletak tidak jauh dari Desa Cattle Dairy Farm yang kurang 8 km dari farmstay dan Kundasang War Memorial pula hanyalah 11.6 km.

Harga: Dari RM90+ Semalaman

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou HSE NO MSLU 107, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

3. Blossom Hut

Dilihat dari luar, reka bentuk rumah Blossom Hut ini tidak ubah seperti rumah-rumah di Jepun, sesuai sekali dengan cuaca dingin di sekitar yang terasa seperti di negara matahari terbit itu.

Namun begitu, rekaan dalamannya tidaklah berkonsep Jepun, dihias dengan ringkas seperti di rumah sendiri. Blossom Hut menawarkan sebuah bilik tidur yang lengkap dengan sebuah katil double dan 3 buah katil futon, manakala ruang tamunya pula dilengkapi dengan sebuah katil sofa, homestay ini menyediakan tempat tidur yang selesa untuk 6 orang penginap.

Harga: Dari RM300+ Semalaman

Alamat:  Jalan Cinta Mata Mesilou Kundasang, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

4. Ren – Hana Kampungstay Kundasang

Ren – Hana Kampungstay Kundasang menawarkan pelbagai jenis penginapan dari yang sesuai untuk pelancong solo sehinggalah kepada bilik keluarga.

Sekiranya anda menginap di sini, anda dapat menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dapur memasak yang lengkap dengan segala fasiliti penting dan peralatan bbq.  Sudah selesai memasak, anda boleh menikmati makanan sambil berhibur dengan kemudahan TV bersaluran kabel ataupun wifi yang disediakan.

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: Kg Cinta Mata Jalan Kauluan, Kundasang, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

5. Saujana Homestay

Homestay dengan dekorasi simple, Saujana Homestay yang terletak di Taman Saujana Kinabalu ini  menawarkan penginapan yang lengkap dengan 3 buah bilik untuk keselesaan 5 orang penginap.

Ruang dapurnya pula datang lengkap dengan kemudahan penting untuk memasak. Kemudahan lain yang tersedia di sini adalah alat menyeterika dan mesin basuh. Tidak perlulah anda bersusah-payah mencari dobi sekiranya merancang untuk bercuti lama di Sabah.

Bukan sahaja lengkap fasilitinya seperti di rumah sendiri, ia juga menyajikan pemandangan yang indah Gunung Kinabalu. Pakej yang lengkap untuk penginapan yang sempurna bersama keluarga bukan? Semuanya hanyalah dari RM200 semalaman.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Taman Saujana Kinabalu, C197, Lorong 11, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

6. Twin’s Cottage & Campsite

Twin’s Cottage & Campsite adalah sebuah rumah percutian yang indah diperbuat daripada kayu dengan rekaan dalaman yang berkonsep ringkas dan agak minimal. Yang penting, segala keperluan untuk tidur malam yang lena telah tersedia.

Menyediakan 5 buah bilik tidur yang  mana 4 daripadanya lengkap dengan sebuah katil double besar dan sebuah lagi bilik pula dilengkapi dengan 6 buah katil futon, penginapan ini dapat menampung 14 orang penginap pada satu-satu masa.

Bukan sahaja dapat menampung bilangan penginap yang ramai, cottage ini turut menyediakan dapur yang lengkap serta ruang tamu yang selesa untuk anda bersantai di bean beg yang disediakan sambil membaca novel kegemaran.

Di samping itu, anda juga boleh  merancang untuk berbbq di ruang terbuka yang tersedia di sekitar cottage.

Harga: Dari RM550+ Semalaman

Alamat: Jalan Ranau – Sandakan Jalan Tanah Merah, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

7. Slagon Homestay

Slagon Homestay adalah sebuah penginapan yang menawarkan bilik-bilik berharga bajet yang bermula dari RM90 semalaman. Walaupun murah, homestay ini sebenarnya memiliki karakternya yang tersendiri, di mana anda dapat menikmati sarapan yang disediakan sambil melihat keindahan air sungai yang mengalir di bawah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan minuman teh percuma yang sentiasa tersedia di kaunter penginapan. Tidak kira siang atau malam, anda boleh menikmati teh panas ini sambil mendengar aliran air sungai yang menyegarkan deria.

Di kawasan sekitar homestay ini juga terdapat banyak pokok-pokok yang berbuah lebat dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Atmosfera yang sungguh kedesaan dapat dialami di Slagon Homestay.

Harga: Dari RM90+ Semalaman

Alamat: Kg Kituntul Baru, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Gosabah

8. Sabah Tea Garden

Kuasa terapi jiwa yang efektif dapat anda rasakan di Sabah Tea Garden. Suasana tenang dan penuh privasi menjadikankan ia sebuah penginapan yang istimewa. Dari sini, anda dapat melihat keanggunan pemandangan sekitar ladang teh dan Gunung Kinabalu yang terbentang luas di hadapan mata.

Setelah puas berjalan di kawasan sekitar, anda boleh menikmati makanan yang dihidangkan di restoran Sabah Tea Garden sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai jenis teh yang disediakan di restoran ini.

Untuk pengetahuan anda, setiap sudut di Sabah Tea Garden ini cukup fotogenik untuk diabadikan di dalam Instagram anda.  Kalau ada dslr, jangan lupa untuk full kan baterinya dahulu ya?

Selain itu, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan yang menunjukkan bagaimana Sabah Tea dihasilkan.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: KM 17, Jalan Ranau/ Sandakan, Kampong Nalapak, Ranau, Sabah, Malaysia, 88450 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Transit

9. Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition

Apa salahnya sekali-sekala menikmati percutian mewah dalam keindahan alam semula jadikan? Bukan mudah untuk mendapatkan waktu yang boleh diluangkan untuk diri sendiri, dan apabila peluang tiba, inilah waktunya untuk mendapatkan sebuah percutian yang diimpikan. Jika tercari sebuah penginapan yang sempurna di Sabah, Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah jawapannya.

Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah sebuah penginapan yang sempurna dalam segala aspek. Dihias dengan elegan, setiap sudut rumah ini diberikan perhatian yang cukup terperinci membuatkan segalanya sedap dipandang sewaktu anda berehat-rehat di sofa yang selesa.

Menawarkan 3 buah bilik tidur, homestay mewah ini selesa untuk diinapi 6 orang dewasa. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah dapur yang lengkap, ruang balkoni dengan tempat duduk yang selesa dan lain-lain lagi.

Harga: Dari RM1300+ Semalaman

Alamat: Unnamed Road, 89308, Kundasang, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Lonelyplanet

10. Yayaki Homestay

Terletak kurang 10 minit dari Pekan Ranau, Yayaki Homestay adalah sebuah penginapan yang ringkas dengan 3 buah bilik tidur yang mampu menampung 5 orang penginap. Rumah ini turut memiliki dapur yang lengkap, kemudahan bbq dan TV sebagai hiburan sewaktu berehat.

Mengenai lokasinya pula, ia terletak berhampiran dengan banyak tarikan di Kundasang seperti Sabah Tea, Tagal Luanti Fish Massage, Tamu Ranau, Desa Dairy Farm Kundasang dan Taman Negara Kinabalu. Sebuah penginapan yang cukup strategik sekiranya anda merancang untuk melawat banyak tarikan yang terdapat di sini.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: Taman Saujana Kinabalu Lot C32-28, Lorong 4, 89300 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

11. T Paradise

Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Salah satu pilihan yang tepat di Ranau adalah T Paradise. Homestay kayu berwarna kelabu ini cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa. Menyediakan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang lengkap dengan 4 katil sofa, pilih sahaja dimana anda mahu tidur.

Di dalam bilik atau di luar bilik, segenap pelusuk T Paradise ini cukup sedap dipandang mata. Dekorasi dalamannya yang menggunakan warna-warna natural dan perabot-perabot kayu berwarna cerah, menyerlahkan aura santai penginapan ini.

Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit dan pemain DVD turut disediakan.

Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini. Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.

Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, T Paradise dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.

Harga: Dari RM531+ Semalaman

Alamat: Kampung Mesilau, 89308 Ranau

homestay di kundasang

Sumber Gambar: Booking.com

Itulah dia 11 homestay di Kundasang yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Sumber: Booking.com

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.