Selain Cameron Highlands, Fraser Hill juga merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang menjadi tumpuan utama para pelancong di Malaysia. Suasana yang sejuk dan tenang pastinya membuatkan hati anda tertinggal di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Fraser Hill yang wajib anda lawati.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Dasia

1. Menara Jam Bukit Fraser

Ia merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Menara jam yang terpacak ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini akan  menyambut ketibaan anda di sana. Anda wajib bergambar di sini sebagai kenangan. Tak lengkap percutian anda di Bukit Fraser jika tidak bergambar di sini.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Agoda

2. Air Terjun Jeriau

Mahu bermain air bersama anak-anak anda di sebuah air terjun terkenal di Bukit Fraser? Singgah sebentar dan basahkan kaki anda di Air Terjun Jeriau.  Menyusuri sungai kecil yang menghala ke air terjun tersebut anda akan melalui tempat rehat berbangku, taman permainan kanak-kanak dan kawasan berkelah. Terdapat beberapa wakaf untuk anda bentangkan tikar dan berkelah sambil menjamu selera ditepi air terjun tersebut.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Mymiee

3. Taman Flora Bukit Fraser

Taman Flora Bukit Fraser ini merupakan rahsia indah dan tidak ramai tahu tetang kuwujudannya. Walaupun ia digelar taman flora, bukan bunga sahaja yang ada di sini. Terdapat juga pokok strawberi dan sayur-sayuran. Anda juga boleh membeli tumbuhan segar hasil tanaman kebun ini.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Denai

4. The Paddock Fraser Hill

The Paddock merupakan pusat ekuestrian yang di mana anda boleh melakukan aktiviti menunggang kuda. Selain menunggang kuda, anda juga boleh melakukan aktiviti memanah atau beristirehat sambil menikmati persekitarannya yang nyaman, hijau, dan segar.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Journeymalaysia

5. Bird Interpretive Centre

Jika anda datang bercuti ke Bukit Fraser, pastikan anda masukkan Bird Interpretive Centre Bukit Fraser di dalam agenda. Lokasi Pusat Burung ini bertentangan dengan Hotel Puncak Inn yang terletak ditengah-tengah bandar Fraser Hill. Pusat Burung ini merupakan sebuah tarikan mesra kanak-kanak dimana anda sekeluarga boleh mengenali spesis-spesis burung bermigrasi tempatan. Terdapat lebih daripada 250 spesis burung di sini.

Selain itu, anda dapat mempelajari bagaimana burung berhijrah untuk melarikan diri dari iklim sejuk dan mencari sumber makanan baru.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Youtube

6. Allan’s Water Bukit Fraser

Di sini terdapat sebuah tasik kecil yang  menjadi taman rekreasi. Anda boleh menyewa bot dan berkayuh di sekeliling tasik sambil menikmati alam semulajadi yang mengasyikkan. Ikan koi di sini juga sangat jinak. Selain itu, anda boleh bermain bola air. Ianya pasti menyeronokkan.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Fraserhill

7. Taman Rekreasi Bukit Fraser

Ia sebuah taman awam yang bertempat di Pine Tree Road. Taman yang disusun kemas ini diahiasi pelbagai jenis bunga yang pastinya membuatkan anda tertawan. Terdapat taman permainan kanak-kanak di sini. Jika anda teringin nak bermain golf bersama keluarga, boleh cuba mini golf course yang terletak didalam kawasan taman tersebut.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: 1dunianakku

8. Twin Peak Pine Tree Hill

Jika anda sukakan aktiviti luar yang lasak dan mencabar, Puncak Kembar Pine Tree Hill menanti ketibaan anda. Pine Tree Hill Bukit Fraser ini merupakan destinasi popular penggemar aktiviti hiking tempatan dan ia mempunyai ketinggian kira-kira 1500 meter. Di antara sebab kenapa Twin Peak popular adalah kerana anda boleh mendaki ke puncak dan turun semula dalam hari yang sama, menjadikannya amat sesuai untuk mereka yang merancang hiking daytrip ke Bukit Fraser.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Lanunrimba

9. Kompleks Sukan Bukit Fraser

Berkongsi bangunan dengan pusat burung Bukit Fraser, Kompleks Sukan Fraser Hill adalah sebuah pusat kecergasan yang menyediakan pelbagai aktiviti sukan seperti skuasy, ping-pong dan snooker. Di sini juga ada gym dan sauana. Di hadapan kompleks sukan ini terdapat taman bunga kecil yang merupakan antara tempat paling popular untuk bergambar di Fraser Hill.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Weismart

10.Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

Teringin nak bermain golf pada ketinggian 1524 meter dari aras laut? Jom bermain golf di Royal Fraser’s Hill Golf Club. Ia merupakan salah satu padang golf terawal dibuka di negara kita, dengan 9 lubang. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak disediakan di padang ini dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang. Tapi jangan risau, padang golf di sini agak kecil jadi tiada masalah untuk anda.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Fraserhill

11. Hemmant Trail Fraser Hill

Tarikan seterusnya sangat sesuai untuk kaki hiking. Berbanding Twin Peak, Hemmant Trail Fraser adalah lebih mudah kerana ia tidak curam. Jaraknya cuma sejauh 1 kilometer sahaja. Hemmant Trail Fraser ini boleh dijumpai bertentangan dengan Abu Suradi Trail. Laluan ini akan membawa anda melalui hutan yang mengelilingi kelab golf  dan pada fasa akhir anda akan meretasi kawasan yang berlecak. Pastikan anda memakai sarung kaki yang panjang serta membawa sedikit garam kerena kawasan ini juga terkenal sebagai tempat kediaman pacat.

tempat menarik di fraser hill

Sumber Gambar: Couriouscatnetwork

Itulah dia 11 tempat menarik di Fraser Hill yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak ke sana. Semoga bermanfaat!

Artikel Tempat Menarik Lain

Anda sukakan artikel tempat menarik ini. Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Selain tempat menarik di Fraser Hill, kami juga ada menulis artikel tempat menarik yang lain. Jemput juga baca artikle tempat meanrik lain ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.