Mencari tempat menarik di Kedah? Nah ini jawapannya. Senarai tempat best di Kedah ini pasti membuat anda tidak sabar untuk ke sana. Negeri jelapang padi ini mempunyai 12 daerah dan setiap daerah mempunyai tarikan yang pasti memuaskan anda.

Air Panas Ulu Legong

Imej via [ Ulu Legong Hotspring ]

Selalunya kolam air panas hanya menyediakan aktiviti merendam kaki di dalam air panas. Tapi di Ulu Legong, ada beberapa perkara anda boleh lakukan di sini.

Selain mandi di dalam kolam air panas semulajadi berperingkat, anda juga boleh berkayak dan berakit. Malah, penginapan juga disediakan bagi mereka yang mahu bermalam di sini.

Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Alamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling

Waktu operasi: dibuka 24 jam.

Air Terjun Lata Bayu

Air Terjun Lata Bayu
Imej via theVocket

Jaraknya hanya 30km dari Pekan Baling dan 90km dari Bandar Alor Setar sama ada dengan kenderaan yang dipandu sendiri, bas atau teksi. Sebenarnya ia terletak di dalam Taman Eko Rimba Lata Bayu.

Taman ini adalah satu daripada 6 Taman Eko Rimba yang terdapat di Kedah. Jadi, kebersihan dan kemudahannya dijaga dengan baik.

Air terjunnya yang setinggi 20 meter memang mengagumkan. Persekitarannya yang berbukit-bukau dan dikelilingi hutan tropika menjadikan ia lokasi kegemaran mereka yang sukakan aktiviti merentas hutan ke puncak Bukit Tok Bidan.

Pada satu kawasan yang lebih mendatar, ia menjadi tumpuan perkhemahan dan perkelahan bagi mereka yang mahukan aktiviti lebih santai.

Alamat: Taman Eko Rimba Lata Bayu @ Lata Asam Jawa, Baling

Tree Top Walk Sungai Sedim

Imej via [ The Tree Top Walk Sg.Sedim ]

Dengan panjang 925m dan ketinggian 26 meter, ia merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Pemandangan indah dan bersih dapat dilihat sepanjang berjalan di atasnya kerana kedudukannya yang terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim.

Namun begitu, jambatan ini lebih kukuh berbanding jambatan gantung yang lain kerana binaannya tidak bergantung kepada pokok. Sungai Sedim juga terkenal dengan aktiviti pendakian, ‘white water rafting’, ‘abseiling’ dan permainan paint ball.

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM6 (kanak-kanak)

Alamat: Kampung Sedim Karangan, 09000 Kulim

Waktu Operasi: 9am-6pm setiap hari

Muzium Padi

Imej via [ Kedah Tourism ]

Senibinanya yang berbentuk gemai padi pun sudah cukup menarik perhatian. Ditambah pula dengan Gunung Keriang yang menjadi latar belakang pemandangannya. Muzium berkeluasan 2000 meter persegi ini mempunyai 3 aras.

Sejarah penanaman padi di Kedah diletakkan di Aras 1. Aras 2 menempatkan lukisan-lukisan aktiviti penanaman padi beserta dokumentari. Selepas menaiki 59 anak tangga, Aras 3 menyajikan pengunjung dengan panorama indah perkampungan dan sawah

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)

Alamat: Lot 798, Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

Pantai Merdeka

Imej via [ Malaysian Ghost Research ]

Lagu Cinta Pantai Merdeka pernah menjadi siulan suatu masa dulu. Bagi yang beum tahu, Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang ada di Kedah selain daripada Langkawi. Maka, ia menjadi tumpuan pengunjung dari merata tempat.

Tambahan pula, ia memang terkenal dengan keindahan pemandangannya. Antaranya ialah Gunung Jerai yang bertentangan dengannya. Selain kemudahan asas seperti tandas, medan selera, dan chalet serta resort, di sini juga ada disediakan bot buat pengunjung yang mahu bersiar-siar.

Alamat: Kota Kuala Muda, 08500 Sungai Petani

Sungai Merbok River Cruise

Dari Jeti Semeling, pengunjung akan menyusuri Sungai Merbok, singgah di Tanjung Dawai sebelum kembali ke Jeti Semeling. Sungai, hutan bakau, dan Gunung Jerai adalah pemandangan sepanjang perjalanan. Jika mahu bermalam, boleh menyewa rumah bot yang memberikan pengalaman berbeza.

Harga: RM35 (dewasa), Percuma – RM15 (kanak-kanak)

Alamat: Kuala Muda

Waktu Operasi: Pagi sehingga tengah hari.

Tasik Pedu

Imej via [ Harian Metro ]

Tasik Pedu pernah gah suatu ketika sehinggalah ia sunyi ekoran kurang mendapat sambutan sedangkan ia memiiki flora dan fauna yang menarik. Tasik seluas 52km persegi itu sedang cuba dipulihkan ‘semangatnya’ oleh mereka yang tidak mahu keindahan Tasik Pedu disia-siakan.

Seri Mahawanga iaitu rumah bot yang mampu memuatkan 13 orang dewasa, lengkap peralatan memasak dan tandas, berada di lokasi paling indah di Tasik Pedu. Menyaksikan matahari terbenam dan ratusan ikan yang seolah-olah tidak peduli dengan kehadiran manusia amat mendamaikan. Jadi, ia juga syurga memancing bagi si kaki pancing.

Hubungi Amireco Pedulake (Facebook) untuk tempahan.

The Carnival Waterpark

Imej via [ The Star ]

Taman Tema terulung di Kedah ini menyediakan pelbagai jenis tarikan sebagaimana taman tema air yang lain. Antaranya ialah Wave Pool, Lazy River, Tube Slides, High Speed Slides, Body Slides, dan kolam mandi. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti teater 7D, memanjat dinding, menunggang kuda dan golf mini.

Harga: RM20 (dewasa), RM18 (kanak-kanak)

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: 11am-7pm (Isnin-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan umum)

Splash Out Langkawi

Imej via [ ticket2u ]

Di Langkawi juga ada taman yang pasti dapat memuaskan percutian anda. Semua tarikan dan permainan sesuai untuk semua golongan umur. Antaranya adalah Ragin’s Racer, Shipwreck Falls, Splash-Twister, Big Splash Kingdom dan macam-macam lagi.

Dapatkan tiket lebih murah dengan pembelian secara dalam talian. Memang berbaloi jika bawa seisi keluarga ke taman tema ini.

Waktu operasi: Khamis – Selasa (11.00 pagi – 6.30 petang)

Harga tiket:

  1. Dewasa (RM 50)
  2. Kanak-kanak (RM 35)

Alamat: Persiaran Mutiara 2, 07000 Langkawi, Kedah.

Paradise 101 Langkawi

Imej via [ Paradise 101 ]

Paradise 101 menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh kemewahan dan privasi di tengah laut. Anda perlu menaiki boat untuk beberapa minit untuk tiba di sini.

Nak bersantai sahaja pun boleh. Pilih pakej menaiki cruise dan berlayar sepuasnya di kapal mewah bersama keluarga atau rakan-rakan. Pasti seronok berada di tengah-tengah laut sambil menghayati keindahan alam dan suasana tenang.

Jika anda seorang yang suka akan aktiviti lasak, anda perlu cuba semua aktiviti yang mereka sediakan kerana sangat menarik dan pasti tidak akan membosankan anda. Antaranya adalah Zipline, Kayak, menaiki banana boat atau jet ski, parasailing dan sebagainya.

Watu operasi:

  1. Isnin – Khamis (10.00 pagi – 6.00 petang)
  2. Jumaat – Sabtu (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: Telaga Harbour Marina Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah

Underwaterworld Langkawi

Imej via [ Traveloka ]

Tempat utama yang perlu anda kunjungi jika ke Langkawi semestinya Underwaterworld. Merupakan salah satu akuarium air tawar yang terbesar di Asia Tenggara dan menempatkan pelbagai jenis hidupan marin.

Terdapat tiga bahagian yang memaparkan hutan hujan tropika dan ekosistem sungai, suhu & sub-antartik serta hidupan marin. Antara tarikan yang menjadi tumpuan adalah ikan air tawar, kolam ikan koi dan terumbu karang.

Bawa anak-anak serta seisi keluarga meneroka hidupan laut sambil belajar mengenai hidupan laut yang penuh keajaiban ini.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Ahad ( 10.00 pagi – 6.00 petang)
  2. Cuti sekolah & Cuti umum (9.30 pagi – 6.30 petang)

Harga tiket:

  1. Kanak-kanak (RM 26)
  2. Dewasa RM (RM 36)

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Masjid Zahir

Imej via [ Islamic Tourism Centre ]

Terletak di Alor Setar, ia merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan daerah ini. Nama lain masjid ini adalah Masjid Zahrah dan dikenali sebagai Masjid Raja yang juga merupakan masjid negeri bagi Kedah.

Masjid ini mempunyai seni bina dan reka bentuk yang sangat menarik. Terdapat lima kubah yang terdiri daripada kubah utama dan kubah kecil yang melambangkan lima rukun Islam. Kesemua kubah berwarna hitam.

Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Pantai Tanjung Rhu

Imej via [ Langkawi Insight ]

Pantai yang berada di Langkawi ini juga sangat terkenal selain dari Pantai Chenang. Anda digalakkan datang ke sini jika ingin berada di pantai yang tenang dan tidak ramai dengan pengunjung.

Pantainya sangat cantik, bersih dan nyaman. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana pemandangan yang sangat menarik.

Berbeza dengan pantai lain, Pantai Tanjung Rhu terbuka untuk pengunjung awam namun mempunyai masa kunjungan yang ditetapkan melainkan anda pengunjung yang menginap di sekitar resort di pantai ini. Hal ini kerana pantai ini adalah kawasan persendirian.

Waktu operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang

Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Menara Alor Setar

Imej via [ [email protected] ]

Merupakan menara telekomunikasi yang berketinggian 165.5 meter, tak lengkap kunjungan anda ke Kedah jika tidak menikmati pemandangan seluruh bandar ini dari menara kemegahan Kedah.

Jom uji keberanian anda berada di Skybox iaitu sebuah kotak yang berlantaikan dan berdindingkan kaca. Anda boleh lihat pemandangan sekitar 360 darjah.

Antara tarikan lain di menara ini adalah amfiteater, mega view dan observation deck. Sekiranya anda berasa lapar, di sini juga terdapat restoran yang menarik dan harga sangat berbaloi.

Alamat: Menara Alor Setar. Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah

MnM Home Whimsical Houses

Imej via [ MnM Whimsical House ]

Mencari tempat untuk bersantai yang unik? MnM Home Whimsical Houses mungkin tempat yang anda cari. Merupakan sebuah rumah kembar yang senget dan berwarna-warni, pelbagai tarikan lain yang sesuai untuk seisi keluar.

Tarikan lain termasuk rumah kucing, rumah terbalik, taman permainan mini, rumah hobbit dan zoo mini. Di zoo mini, anda boleh lihat, pegang dan bergambar dengan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rusa, kambing dan sebagainya.

Harga tiket:

  1. Dewasa (RM 25)
  2. Kanak-kanak (RM 10)

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi – 5.00 petang)

Alamat: Lot 4424, lorong masjid, kampung changkat setol, Kg Changkat Setol, 06010 Changlun, Kedah

Pendang Waterfront

Imej via [ Pendang Waterfront Eco-Camp ]

Jika anak-anak anda ingin ke taman tema air, Pendang Waterfront pasti memuaskan hati mereka. Taman tema air ini mampu memuatkan hingga 100 orang dalam suatu masa. Harga tiket yang murah, anak-anak boleh mandi sampai kecut.

Waktu operasi:

  1. Selasa – Ahad (3.00 petang – 10.00 malam)
  2. Cuti umum- cuti sekolah (10.00 pagi – 10.00 malam)

Harga tiket: RM 3

Alamat: 06700, Pendang, Kedah

Fantasia Aquapark

Imej via [ GoKelah ]

Merupakan tarikan utama yang berada di Darulaman Park, perjalanan dari bandar Jitra hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Ada lima tarikan menarik di taman tema air ini iaitu Children Splash Pad, Twin Water Slide, Lazy River, Water Cave dan Musang King Giant House. Pasti tak cukup sehari untuk habiskan semua aktiviti di sini.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti tandas,surau, kafe, locker dan sebagainya.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah

Rimba Rekreasi Bukit Perak

Imej via [ Page PD Charok Kudong ]

Jika anda ingin mencari tempat bersantai bersama keluarga sambil dikelilingi alam semula jadi, pusat rekreasi ini sangat sesuai dengan citarasa percutian anda. Di sini terdapat air terjun tiga tingkat yang jernih dan bersih.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkelah, bbq, bermandi-manda, mendaki dan sebagainya. Tenang bila mendengar suara alam.

Lengkap dengan pelbagai fasiliti yang akan memudahkan anda sepanjang berada di sini seperti tempat parking percuma, pondok rehat, jalan bertar dan lain-lain.

Alamat: Pendang, Kedah.

Masjid Al-Bukhari

Imej via [ KedahNews.com ]

Masjid yang mempunyai seni bina yang mempu mempersonakan setiap mata memandang ini terletak di Alor Setar. Masjid Al-Bukhari mampu memuatkan sehingga 15 000 jemaah dalam satu masa.

Setiap perincian masjid di bina dan inspirasikan dari binaan yang menarik dan bersejarah di dunia. Contohnya bahagian mihrab yang diinspirasikan dari seni bina Khanaqah serta menaranya yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi, Madinah.

Alang-alang ke sini untuk melawat dan bergambar, luangkan masa anda untuk solat di sini kerana ruangnya sangat selesa.

Alamat: Jalan Langgar, Kedah, 05450 Alor Setar

Chalet Terapung PPK Merbok

Imej via [ Chalet Terapung PPK Merbok ]

Sekiranya anda atau ada ahli keluarga yang kaki pancing, bawa mereka untuk merasai pengalaman memancing di sini. Anda boleh menginap di chalet yang terapung dengan harga yang berbaloi.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan,memancinglah tanpa batasan. Fikiran juga akan menjadi tenang apabila dikelilingi alam yang memukau.

Alamat: Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Imej via [ Kirsala ]

Khas untuk anda yang sukakan sains dan teknologi, pasti terpukau dengan segala ciptaan manusia. Di sini terdapat tiga bahagian yang boleh anda teroka iaitu galeri pameran indoor, pameran bertema dan zon pameran outdoor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 pagi – 4.30 petang)

Harga tiket:

  1. Dewasa (RM 2)
  2. Kanak-kanak (RM 1)

Alamat: Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

Wang Tepus Ecotourism

Imej via [ kemlatihan }

Sesuai untuk anda yang ingin mendalami suasana kampung kerana tempat ini adalah salah satu pusat pelancongan yang dikelilingi alam semula jadi.

Berada di kelilingi bukit-bukau dan sungai pasti menenangkan mental dan fizikal. Tiket masuk yang dibayar kelihatan mahal namun ia lengkap dengan kunjungan dan pelbagai aktiviti menarik.

Anda boleh mencuba aktiviti menorah getah, menanam padi dan sebagainya. Antara tarikan yang ada adalah Awanaz Agro & Recreation, Wang Tepus River Cruise, Teratak Malinja dan Bee Farm.

Harga tiket:

  1. Dewasa: RM 45
  2. Kanak-kanak: RM 35

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah

Tanjung Dawai

Imej via [ Berita Harian ]

Tanjung Dawai pasti muncul di minda apabila jika anda datang ke Kedah. Hanya 30 meter dari Sungai Petani, Tanjong Dawai amat terkenal dengan sumber makanan laut.

Bukan sahaja anda boleh membeli-belah hasil laut, anda juga boleh bersiar-siar sekitar pantai atau melihat matahari terbenam. Nak lagi menarik, datang ke sini menaiki boat di Jeti Pantai Merdeka sambil menikmati tiupan angin yang mendamaikan.

Alamat: Tanjung Dawai, Kedah.

Menara Jam Besar

Imej via [ Sintok News ]

Terletak di Sungai Petani, menara jam ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kedah.  Merupakan ikon bagi Sungai Petani, pembinaannya masih kukuh walaupun sudah menjangkau 86 tahun.

Datang pada waktu malam untuk mendapatkan panorama cantik dipenuhi lampu berkilau.

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Taman Burung Kulim

Imej via [ Kulim Bird Park ]

Tengok gelagat burung juga mampu menenangkan minda. Walaupun nama tempat adalah taman burung, namun pelbagai haiwan lain juga ada di sini kerana ia berkonsepkan petting zoo.

Di sini anda boleh melihat, bergambar dan memegang haiwan dengan dekat. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan tersebut.

Kura-kura, rusa, ular, burung merak semua ada. Bawa anak-anak ke sini pasti mereka teruja. Sekurang-kurangnya mereka terdedah dengan pelbagai jenis hidupan alam.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang)

Harga tiket:

  1. Dewasa (RM 5)
  2. Kanak-kanak & warga emas (RM  3)

Alamat: 60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah

Telaga Gajah

Imej via [ Urus setia Penerangan Darul Aman ]

Jika anda seorang yang suka akan tempat bersejarah, apa kata anda ke Telaga Gajah yang menyimpan 1001 kisah awal Pendang. Untuk pengetahuan anda tempat ini dinamakan Telaga Gajah kerana pernah menjadi tempat persinggahan gajah-gajah untuk mandi setelah menghantar bunga emas ke Siam.

Telaga Gajah merupakan sumber air bersih yang dibekalkan buat penduduk setempat sepanjang musim kemarau pada zaman itu. Sehingga kini, telaga ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Alamat: Pendang, 06700 Pendang, Kedah

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir

Imej via [ Next Escape ]

Kedah juga salah satu negeri yang mempunyai banyak tempat bersejarah termasuklah Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir. Rumah ini menyimpan segala memori Tun Dr. Mahathir sejak beliau lahir sehingga beliau berkahwin.

Antara tarikan pada rumah ini adalah hologram dan animasi 3D yang dicipta bagi menambah minat golongan kanak-kanak dan remaja khususnya dalam mempelajari sejarah.

Rumah tradisional ini dihiasi dengan pelbagai barangan atau perabot lama yang unik di samping pelbagai fakta dipaparkan untuk informasi umum.

Alamat: No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah

Gunung Jerai Paragliding Park

Imej via [ Gunung Jerai Paragliding Park }

Tarikan istimewa buat anda yang aktif dan suka akan cabaran, Gunung Jerai Paragdiling Park akan membuatkan anda berterbangan di awangan dengan seronok. Terletak di puncak Gunung Jerai, pasti meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan kerana dapat terbang sambil layan suasana Kedah di udara.

Sekiranya anda ingin mencuba aktiviti ini, anda perlulah menghubungi pihak Gunung Jerai Paragliding Park terlebih dahulu untuk membuat tempahan. Tambahan pula, ia dibuka pada Sabtu dan Ahad mengikut tempahan yang dibuat.

Harga tiket:

  • Fly Tandem (RM 250)
  • Internatinal (RM 350)

Hutan Lipur Ulu Paip

Imej via [ Ulu Paip Nature Trail ]

Hutan lipur ini mempunyai sebuah sungai yang sangat jernih dan sejuk. Hanya lima kilometer dari bandar Kulim, pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti berkelah, bermandi-manda, mendaki bukit dan sebagainya.

Tempat ini berada di dalam hutan simpan Gunung Pongsu. Pelbagai kemudahan terdapat di sini seperti gerai makan, parking kereta yang luas, tandas, surau dan sebagainya. Bawa keluarga riadah di taman rekreasi ini serba sedikit dapat menenangkan jiwa.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan 09000 Kulim, Kedah

Ultimate Horse Training & Stud Farm

Imej via [ Jejakakaula ]

Berminat untuk menunggang kuda? Ultimate Horse Training & Stud Farm juga antara tempat menarik di Kedah yang perlu anda kunjungi jika anda menyukai sukan ini. Anda dapat merasai pengalaman menunggang kuda dengan selamat dan seronok.

Dibuka pada setiap hari, bayaran adalah percuma. Namun jika anda ingin menunggang kuda bayaran tertentu akan dikenakan.

Alamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

Selain tempat menarik di Kedah untuk dilawati, negeri ini juga kaya dengan tempat makan yang menarik. Jadi, penat berjalan dan beraktivti, jangan lupa untuk terokai makanan mereka juga.

Tempat Menarik Lain

Semoga anda suka tempat menarik di Kedah yang kami kongsikan. Jemput juga baca artikel tempat menarik lain.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.