Ipoh adalah bandar utama negeri Perak. Selain daripada kaya dengan tarikan pelancongan, ianya juga merupakan syurga makanan di negeri ini. Mencari tempat menarik di Ipoh?
Ada perancangan untuk datang ke sini? Nah, kami kongsikan senarai 54 tempat menarik di Ipoh yang boleh dilawati.
Gunung Lang telah diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong bijih timah Melayu. Kawasan gunung batu kapur seluas 11.93 hektar ini telah diletakkan di bawah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 yang perlu dipulihara.
Oleh itu, ia hanya dibangunkan menjadi taman rekreasi yang mempromosikan pelancongan eko, kajian dan pendidikan sahaja. Pembangunan yang dilakukan di kawasan ini meliputi tandas, laluan pejalan kaki, jeti bot, menara tinjau, dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia.
Banyak tarikan di sini selain pepohon hijau dan bahagian yang dibangunkan iaitu zoo mini, gua, tasik ikan keli, dan replika rumah Perak.
Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (830am – 1130am, 2pm – 6pm), Jumaat (830am – 1130am, 245pm – 6pm), Sabtu, Ahad & Cuti Umum (830am – 6pm)
Harga Tiket (bot): RM3 (dewasa), RM1.50 (warga emas & kanak-kanak)
MAPS menawarkan 40 tarikan dengan 6 zon tema sesuai untuk anda sekeluarga. Enam zon tema tersebut ialah Animation Square, Blast Off Zone, Dream Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside Zone, dan Live Action Zone.
Antara animasi yang terlibat ialah Boboiboy, the Smurf, dan Mr Peabody & Sherman. Semua zon tema ini memberikan anda pengalaman berbeza, masuk ke dunia fantasi yang amat menyeronokkan terutama kepada kanak-kanak. Banyak persembahan dan permainan yang tidak akan membosankan.
Alamat: Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh
Harga Tiket: RM50 – RM60. Layari laman web https://ticketing.mapsperak.com untuk mendapatkan harga promosi yang ditawarkan pada masa tertentu.
Ia dibuka setengah hari sahaja dan hanya semasa hujung minggu. Jadi, orang ramai memenuhi tempat itu pada tempoh itu untuk mendapatkan barangan yang mereka mahu dalam kawasan sepanjang kira-kira 2km.
Pasar Karat yang turut dikenali sebagai Pasar Loken ini pada asalnya menjual barangan lama atau berstatus antik. Apabila jumlah pengunjung semakin ramai, penjual yang menjual barangan lain seperti pakaian, perkakas elektrik, makanan dan minuman mula mencari rezeki di sini.
Pasar ini ditandai oleh dua pintu gerbang yang besar. Pasar Karat atau Pasar Loken ini telah diberikan nafas baru dengan nama baharu iaitu Memory Lane. Walaupun begitu, nama Pasar Loken lebih dekat di hati ramai pengunjung.
Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Operasi: Ahad (630am – 1pm)
Taman tertua di Ipoh ini telah wujud sejak 1950. Nama asalnya ialah Coronation Park bersempena dengan kemahkotaan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953. Ia kemudiannya diberikan nama Taman Rekreasi Dr Seenivasagam iaitu satu penghormatan kepada seorang ahli politik.
Dalam taman inilah terletaknya Taman Jepun yang terkenal mempunyai lanskap gaya Jepun yang cantik. Taman ini memiliki tasik yang besar dengan jambatan siap dengan pergola berserta tempat duduk. Maka, taman ini sesuai untuk bersantai dan juga berkelah di tepi tasik.
Alamat: Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh
Jika kos melancong ke Jepun memakan kos yang tinggi, mungkin ada baiknya jika anda singgah di Taman Jepun yang terletak di Ipoh ini terlebih dahulu.
Kerjasama antara Ipoh dengan Datuk Bandar Fukuoka telah menghasilkan sebuah taman yang menyerupai lanskap taman di Fukuoka, Jepun. Oleh itu, terdapat pokok-pokok buluh, batu-batu hiasan dan jambatan yang serupa dengan yang boleh dilihat di Jepun.
Jadi, sebelum cita-cita untuk ke Jepun tercapai, ubatilah penantian itu dengan mengunjungi taman ini.
Alamat: Taman Dr Seenivasagam, Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh
Ia merupakan sejenis hutan dipterokarpa bukit dengan dua bahagian yang dibuka kepada pengunjung. Salah satu tamannya iaitu Taman Nepenthes adalah taman di mana pokok-pokoknya dijaga dengan rapi oleh pihak berkuasa.
Tapi, masuk ke kawasan ini ada bayarannya. Bahagian yang lain pula adalah percuma dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda di sungai, barbeku dan berbasikal.
Pokok-pokok hutan yang tinggi memberi suasana redup dan kedamaian kepada anda yang sedang berehat di atas batu-batu sungai yang besar dengan aliran air yang menyejukkan.
Alamat: Hutan Simpan Kledang Saiong, Bandar Meru Raya, Ipoh (5km dari bandaraya Ipoh, selepas Tenby School)
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA kecuali Taman Nepenthes (RM5)
Jika anda suka sejarah, ini adalah kawasan yang sesuai untuk anda. Jejak Warisan Ipoh merupakan kawasan dengan kumpulan bangunan bersejarah yang dibina pada zaman British.
Ia terdiri daripada 45 bangunan warisan kesemuanya dalam jarak 100km. Anda memerlukan kira-kira 5 jam untuk mengelilingi bangunan warisan jika berjalan kaki.
Sebahagian bangunan – bangunan tersebut adalah Stesen Kereta Api Ipoh, Memorial Perang Perak, Tugu Memorial Birch, Masjid Padang Bandaran (Masjid India), Padang Ipoh, Bangunan HSBC, dan Masjid Dato’ Panglima Kinta.
Alamat: Sekitar Padang Ipoh atau sekitar Pekan Ipoh Lama
Ini antara lokasi penting perlu dilawati jika anda berada di Ipoh. Anda mungkin sudah biasa mendengar Old Town White Coffee iaitu pengeluar white coffee di Malaysia.
Old Town White Coffee telah bekerjasama dengan Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuania untuk menghasilkan 8 mural menarik di sekitar Ipoh. Mural-mural tersebut ialah:
I. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
II. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
III. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078542 E)
IV. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
V. A Bag of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
VI. Girl on a Wall in Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
VII. Old Town Relives Nostalgia with Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
VIII. Tin Mining Town with Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)
Perjalanannya agak panjang sebelum sampai ke permata tersembunyi ini. Tasik Cermin terlindung oleh kawasan kuari yang berbukit-bukau. Jalan menuju ke tasik berdebu, kemudian berbatu kerikil.
Agak mencabar bagi sesetengah orang. Kereta pun menjadi berdebu dan kotor. Selepas itu, perlu berjalan kaki pula masuk ke dalam gua yang sepanjang kira-kira 50 meter. Agak gelap juga keadaan di dalam gua ini.
Ini semua berakhir dengan rasa puas dan damai sejurus memandang tasik yang cantik. Dalam air terlihat pokok-pokok dan bukit yang mengelilingi tasik. Kerana itulah tasik ini digelar sebagai Tasik Cermin. Datanglah ke sini kerana pemandangannya sangat memukau.
Alamat: Berhampiran Kuil Da Seng Ngan, GPS 4.559760, 101.119400
Taman ini lebih dikenali sebagai Padang Polo di kalangan penduduk tempatan. Ramai yang suka berjogging di sini kerana laluan joggingnya yang didakwa adalah terbaik di Ipoh.
Anda akan menamatkan kira-kira 2.6km dengan berjogging di sini. Awal pagi merupakan pagi yang sibuk dengan ramai penduduk bersenam, aerobik dan berjogging.
Taman permainan kanak-kanak juga disediakan agar kanak-kanak dapat turut serta dalam aktiviti taman.
Alamat: 7, Jalan Brash, 30350 Ipoh
Berada di sini membuatkan diri seolah-olah berada di sebuah perkampungan di China. Tasik di tengahnya dan bukit batu kapur serta gua yang mengelilinginya persis pemandangan dalam lukisan-lukisan klasik China.
Perkampungan budaya ini menyediakan pameran yang sampaikan dalam bentuk seni dinding dan pemasangan replika di sekitarnya. Kunjungan ke sini akan membuatkan si tua mengimbau memori silam, manakala bagi si muda mendapat ilmu baharu kerana kebanyakan barangan di sini tidak lagi dijual di pasaran.
Persekitaran yang indah menjadikan kawasan ini juga sesuai untuk tujuan perkelahan. Aktiviti berbasikal dan menaiki beca juga disediakan.
Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5A, Taman Saikat, 31350 Ipoh
Waktu Operasi: Setiap hari (930am – 430pm)
Harga Tiket: RM10
Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah yang terkenal di Malaysia suatu masa dahulu. Iklan dan filem arahannya penuh dengan kasih-sayang rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa.
Muzium yang dibina di ruang satu tingkat di tapak milik Old Block Sdn Bhd, menyimpan pelbagai kenangan mengenai Yasmin Ahmad sebelum beliau meninggal dunia.
Foto-foto yang dipamerkan juga kebanyakannya merupakan sumbangan dari orang perseorangan. Pemilihan Ipoh sebagai lokasi muzium juga mempunyai hubungkait dengan beliau yang sering menjalankan penggambaran di sana.
Alamat: Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh
Muzium Geologi ditubuhkan pada tahun 1957. Ia memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan geologi dan geosains di Malaysia.
Muzium ini dibahagikan kepada tujuh zon yang menyampaikan maklumat merangkumi ciri-ciri dan sejarah bumi, kegunaan, eksplorasi serta sumbangannya kepada manusia.
Pengunjung akan melihat koleksi unik pelbagai jenis seperti fosil, mineral, batu permata berharga, dan batuan yang lain. Terdapat juga sampel timah dari Lembah Kinta.
Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9am – 1230pm, 2pm – 430pm), Jumaat (9am – 12pm, 3pm – 430pm), Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am
Harga Tiket: PERCUMA
Mereka yang ingin mengetahui tentang sejarah perlombongan dan perhutanan negeri Perak dijemput untuk mengunjungi muzium ini.
Muzium Darul Ridzuan ditubuhkan pada tahun 1992 bagi memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di negeri Perak.
Maka, empat bahagian pameran berkaitan disediakan di dalam muzium iaitu sejarah bandaraya Ipoh, sejarah perlombongan, sejarah perhutanan dan alam semulajadi Perak, serta pameran alatan perlombongan dan perhutanan.
Alamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (930am – 5pm), Jumaat (930am – 1215pm, 245pm – 5pm), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (930am – 5pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Muzium Ho Yan Hor merupakan bangunan bersejarah yang dibina sejak sebelum peperangan. Ia adalah kediaman asal Dr Ho dan keluarga beliau yang juga merupakan pembuat teh herba Ho Yan Hor sejak 1941.
Penubuhan muzium ini dapat memberikan gambaran kehidupan Dr Ho dan bagaimana beliau memulakan perniagaannya. Ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan galakan kepada yang berminat untuk bergelar usahawan.
Ho Yan Hor bukan sahaja kisah mengenai individu tertentu tetapi ia juga adalah bayangan sejarah Ipoh.
Alamat: 1, Jalan Bijih Timah, 30000 Ipoh
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am -4pm), ditutup pada hari Isnin.
Masjid ini disiapkan sepenuhnya pada tahun 1968 dan merupakan antara masjid negeri terawal di Perak. Ia merupakan salah satu mercu tanda di Ipoh.
Tarikan utama masjid ini adalah 44 kubah dan menaranya yang berketinggian 125 kaki. Beribu-ribu jubin mozek memenuhi permukaan kubahnya. Mozek-mozek ini diimport dari Uzbekistan.
Masjid Sultan Idris Shah II ini mampu menempatkan sehingga 2000 jemaah pada satu-satu masa.
Alamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 31650 Ipoh (berhampiran Tugu Peringatan Birch)
Kunjungan ke Ipoh boleh menjadi satu kunjungan ilmiah dengan melawat Ipohworld. Ipohworld cuba memberi kesedaran kepada orang awam agar menghargai negeri Perak dengan memberi maklumat mengenai negeri ini.
Namun, tumpuan diberikan kepada daerah Ipoh dan Lembah Kinta. Ia memiliki kira-kira 7000 barangan yang meliputi pelbagai perkara berkaitan sejarah Perak.
Semua ini disampaikan dalam bentuk fotografi, dokumen, temuramah, artifak, e-buku dan video. Sumbangan Ipohworld dalam menyampaikan ilmu ternyata berbaloi apabila mereka berjaya menjalankan pameran pertama mereka dengan kerjasama bersama-sama Muzium Darul Ridzuan pada tahun 2006.
Alamat: No. 3, Jalan Bijih Timah (Treacher Street), 30100 Ipoh
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (dibuka mengikut temujanji selewat-lewatnya 30 hari)
Harga Tiket: Masuk adalah percuma namun pengunjung digalakkan untuk menderma bagi pembiayaan.
Jika anda mahu bersantai bersama keluarga, Bulatan Amanjaya mungkin salah satu tempatnya. Ia menyediakan kawasan santai dan kerusi agar anda boleh berehat di kawasan seluas 7.3 hektar.
Bulatan yang turut dikenali sebagai Bulatan 18 atau Bulatan Casuarina ini mempunyai air pancuran berirama yang disertai oleh pancaran cahaya berwarna-warni. Jadi, panoramanya amat indah terutama ketika waktu malam.
Kanak-kanak yang amat gemar bermain pula pasti akan teruja dengan wading pool sedalam 0.6 meter untuk kanak-kanak bermandi-manda. Bulatan Amanjaya juga amat sesuai untuk aktiviti pagi seperti berjogging kerana ada laluan khas disediakan bagi tujuan itu.
Alamat: Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh
Semasa musim cuti sekolah, terutamanya, tempat ini sering menjadi pilihan ibu bapa yang mahu membawa anak mereka berjalan-jalan. Ia merupakan taman tema yang mengumpulkan keseronokan dalam satu tempat.
Kemudahan hotel memudahkan ibu bapa mendapatkan kediaman yang paling dekat dengan tarikan yang mengisi waktu siang dan malam anda sekeluarga.
Taman temanya mempunyai pelbagai jenis bahagian permainan air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Kids Explorabay, dan Cliff Racer. Pada malam hari pula, ada Ultimate Night Park yang menyediakan kolam air panas dan melihat haiwan-haiwan nocturnal.
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11am – 6pm), Ahad dan cuti sekolah/kelepasan am (10am – 6pm)
Harga Tiket: RM95 (dewasa), RM88 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas)
Jika anda pernah ke muzium seni 3D seperti di Melaka dan Pulau Pinang, Funtasy House di Ipoh ini menyerupai muzium-muzium tersebut. Ia menggabungkan keseronokan dengan dunia fantasi.
Lebih 20 mural seni dipamerkan di sini di mana pengunjung boleh bermain dengan dunia imaginasi mereka dan merakamkan gambar yang unik sebagai kenangan.
Alamat: No. 16, Jalan Market, 30000 Ipoh
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 6pm), Ahad dan hari kelepasan am (9am – 8pm)
Harga Tiket: RM19 (dewasa tanpa mykad), RM15 (dewasa bermykad), RM10 (kanak-kanak, pelajar, dan warga emas)
Pemandangan Gunung Rapat yang indah merupakan kelebihan buat kuil ini yang terletak di dalamnya. Kuil Gua Kek Long Tong didirikan di atas tapak dengan keluasan 12 ekar dan digunakan seawal 1920 bagi tujuan penyembahan. Pada tahun 1960, sebahagiannya dijadikan tapak perlombongan bijih timah.
Kuil ini dikenali kerana mempunyai lanskap taman yang indah dengan kolam dan tumbuh-tumbuhan. Mereka turut memelihara ikan, burung dan angsa selain menerima kunjungan monyet-monyet di sekitarnya. Ia turut menyediakan laluan yang sesuai untuk berjogging dan laluan refleksologi.
Alamat: Kek Long Tong, Gunung Rapat, Ipoh
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)
Berbaloi untuk sekurang-kurangnya merakamkan gambar kenangan bercuti di Ipoh menerusi stesen ini yang kaya dengan sejarah. Senibina bangunannya yang indah menyebabkan ia digelar Taj Mahal Ipoh.
Ia menggabungkan gaya klasik dan British ‘Raj’ lengkap dengan kubah dan menara yang dipengaruhi oleh senibina Moor. Asalnya ia dibina untuk dijadikan hospital tetapiu kemudian diubah menjadi stesen kereta api.
Stesen kereta api merupakan sebahagian sejarah penting pentadbiran British di negeri Perak. Ia menjadi sistem perhubungan kereta api dari satu negeri ke negeri-negeri yang lain.
Alamat: 30100 Ipoh, Perak
Menara jam ini merupakan salah satu tinggalan bersejarah oleh British. Ia dibina pada tahun 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian JWW Birch yang telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.
Jam ini dibina dengan kos 25,000 pound sterling dan dirasmikan oleh residen British Perak ke-8. Jam besarnya berukuran 6 kaki dengan 4 jam kecil yang mempunyai sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di London.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lukisan yang terdapat di menara itu adalah 44 tokoh dunia yang membangunkan tamadun termasuk Nabi Muhammad SAW.
Alamat: Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh (di sebelah Masjid Negeri Perak)
Ia digelar Masjid Cina kerana senibinanya dipengaruhi oleh identiti bangunan tradisi Cina seperti bumbung panjang dan bumbung lima dengan penggunaan warna merah dan tanaman pokok buluh.
Bagi mendekatkan senibinanya dengan ciri-ciri Islam, imej bulan sabit menggantikan imej naga pada bumbung. Manakala bunga raya pula menggantikan bunga teratai.
Lebih menarik lagi adalah proses pembinaan dan pemasangannya diselia oleh juruteknik beragama Islam dari China yang menawarkan khidmat secara percuma bagi tujuan dakwah. Masjid ini bernilai RM4 juta dan dirasmikan pada tahun 2014 oleh Sultan Perak.
Alamat: Regat Tasek Jaya Satu, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh
Taman Herba Papan ini terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Kledang di neger Gopeng. Ianya merupakan antara pusat pelancongan dan rekreasi yang menarik sekitar situ.
Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah pejabat penerangan, dewan serbaguna, galeri hasil hutan bukan kayu, tapak perkhemahan, tandas, bilik persalinan, surau, pondok rehat dan denai hutan.
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu (8.30 am – 5 pm) manakala hujung minggu (9 am – 5 pm)
Harga kemasukan: Kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA | Kanak-kanak bawah 12 tahun & Warga Emas RM 1 | Dewasa RM 2
Fantasy yang menyeronokkan (fun) = Funtasy! Kami berani jamin jika anda ke Funtasy House Trick Art ini, anda memang akan berseronok.
Funtasy House Trick Art ini terletak di Koh Heng. Ianya merupakan muzium 3D yang memaparkan trick art yang menarik. Sesuai juga dilawati oleh mereka yang gemar bergambar!
Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am – 6 pm manakala hujung minggu 9 am – 8 pm
Harga tiket: Kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA | Kanak-kanak 4 tahun ke atas & Warga Emas 60 tahun ke atas RM 10
Salah satu air terjun terpanjang di Malaysia ialah Lata Kinjang. Anda juga boleh nampak air terjunnya apabila melalui lebuhraya Utara-Selatan di Tapah.
Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Lata Kinjang. Antaranya termasuklah bermandi-manda, berkelah dan berkhemah.
Terdapat juga jambatan tergantung di sini. Ada juga beberapa pengunjung yang bergambar di situ kerana latarbelakang air terjun yang cantik.
Pernah terdengar tentang agarwood atau gaharu? Gaharu Tea Valley ini merupakan ladang gaharu yang terkenal sekitar sini.
Berukuran 300 ekar, ladang gaharu ini menanam lebih 200,000 gaharu. Memang besar dan luas! Anda juga boleh menambah lebih ilmu pengetahuan tentang tumbuhan gaharu dan khasiatnya di sini.
Di samping itu, ada juga kedai yang menjual produk berasaskan gaharu. Ini termasuklah teh dan sup, sangat menarik!
Alamat: Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Negeri Perak
Harga tiket: Kanak-kanak RM 5 | Dewasa RM 10
Gua Tempurung adalah gua batu kapur di Gopeng, Perak, Malaysia. Ia popular di kalangan peminat aktiviti mencabar. Berukuran lebih daripada 3 km, ia adalah salah satu gua terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini kerana ianya khazanah. Kemudahan seperti lampu , tangga dan titi turut disediakan. Aktiviti meredah sungai dalam gua adalah aktiviti yang popular di sini.
Alamat: 31600, Gopeng, Perak
Masjid ini merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Ianya berusia lebih 120 tahun, namun masih kekal kukuh sehingga kini.
Masjidnya yang cantik ditambah pula dengan kebersihan persekitarannya membuatkan ramai pengunjung berasa selesa untuk singgah beribadah di sini.
Alamat: Jalan Masjid, Kampung Kuchai, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo merupakan antara tempat menarik di Ipoh yang boleh anda kunjungi untuk tujuan aktiviti riadah.
Yang menariknya, anda juga boleh menjamu selera di sini. Ada yang menjual Laksa Utara, cendol dan keropok lekor. Boleh juga makan di tepi tasik bersama keluarga, pasti menyeronokkan!
Alamat: Jalan Brash, 30350 Ipoh, Negeri Perak
Mencari tempat penginapan yang selesa dan berpatutan harga di Ipoh? WEIL Hotel adalah antara hotel 4 bintang yang terkenal di situ.
Bilik yang cantik, selesa, bersih dan lengkap dari segi kemudahan merupakan antara tarikan utama hotel ini. Ianya juga terletak berdekatan dengan Ipoh Parade. Jadi, mudahlah untuk anda membeli-belah berdekatan hotel.
Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Kolam air panas di Perak ada beberapa yang popular. Salah satunya ialah di Pusat Rekreasi Lubuk Timah yang terletak di Ipoh.
Keunikan utama tentangnya ialah terdapat air terjun yang sejuk airnya di sini. Sangat sesuai disinggah oleh sesiapa yang ingin bersantai bersama keluarga sambil merehatkan minda.
Alamat: 31300 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Harga tiket: RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas) | RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun) | RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)
Jika anda berkunjung ke Ipoh, memang tak sah jika anda tidak singgah di Pasar Gerbang Malam Ipoh. Ianya merupakan tarikan pelancongan di Ipoh sejak tahun 2003 lagi.
Ada macam-macam yang boleh anda beli di sini. Dari makanan, pakaian ke barangan-barangan lain, semuanya anda boleh beli pada harga yang murah.
Alamat: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am
Tambun Pomelo GoChin Agro Farm atau Ladang Limau Tambun ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Ipoh.
Limau yang boleh didapati di sini ialah limau pomelo yang berkualiti tinggi. Limau ini memang harum dan mempunyai pelbagai khasiat. Jadi, anda boleh melihat dan belajar tentang limau tersebut jika berkunjung ke sini.
Alamat : 158258A, Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm
Mahu anak-anak anda melakukan aktviti yang mencergaskan badan dan menyeronokkan pada masa yang sama? Apa kata anda singgah di Blueblue Playland yang terletak di Gunung Rapat ini?
Blueblue Playland merupakan taman indoor kanak-kanak yang terbesar di Ipoh. Ada pelbagai permainan seperti gelongsor dan trampolin yang boleh diterokai oleh kanak-kanak.
Alamat: No. 2, Arena Gunung Rapat,, Jalan Gunung Rapat, Taman Rapat Setia, 31350 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: 10 am – 12 am
Salah satu port mendaki di Ipoh yang popular ialah Bukit Bangkong yang terletak di Chemor. Jika anda sukakan aktvitit tersebut, anda wajib lawati bukit ini.
Pemandangan yang anda akan lihat setelah sampai di puncak bukit memang cantik. Selain dapat mencergaskan badan, anda juga dapat menghirup udara segar.
Alamat: Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak
Kepada yang suka melakukan aktiviti lasak, X Park Sunway City Ipoh ini adalah tempat menarik di Ipoh yang harus anda kunjungi.
Ianya menawarkan sukan yang bermotor dan tidak bermotor. Antaranya ialah menaiki go-kart, menaiki ATV, bermain futsal, bermain badminton dan memanah.
Alamat: No, 1, Persiaran Lagun, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak
Masjid India Muslim Ipoh adalah masjid yang dibina untuk golongan India-Muslim pada tahun 1905. Ianya terletak di Jalan Seenivasagam.
Masjid ini turut dikenali sebagai Masjid Padang. Senibina yang diterapkan untuk masjid ini ialah senibina Mughal, jadi masjid ini sememangnya cantik.
Alamat: Jalan Seenivasagam, 30450 Ipoh, Negeri Perak
Ini adalah salah satu lambang bersejarah yang boleh anda lawati – Ipoh War Memorial atau Cenotaph War Memorial. Jika anda pencinta sejarah, inilah salah satu tempat yang cocok dengan jiwa anda.
Ipoh War Memorial ini dibina pada tahun 1927 dan dilancarkan pada Hari Peringatan, yang pada awalnya memperingati tentera dari Negeri Perak yang telah meninggal dunia dalam Perang Dunia I.
Alamat: 30100 Ipoh, Perak
Inilah dia museum model kereta pertama di Malaysia – Dream Big World Car Museum. Muzium model kereta ini terletak di Jalan Panglima di Ipoh.
Ada pelbagai model kereta termasuk info-info tentangnya yang boleh anda temui di sini. Jika anda peminat tegar kereta, inilah muzium yang wajib anda lawati!
Alamat: level 1, 21, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 4.30 pm
Satu lagi tempat penginapan yang terbaik di Ipoh ialah Kinta Riverfront Hotel & Suites. Bukan sahaja merupakan tempat penginapan yang selesa, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Ramai pelanggannya memuji kemudahan bilik yang lengkap, sarapan percuma yang enak serta kebersihan dan kecantikan bilik di sini. Sangat sesuai untuk anda dan keluarga menginap di sini kerana biliknya agak luas.
Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Suatu ketika dahulu, Perak merupakan antara negara yang terkaya di Malaya dek kerana perlombongan biji timah yang meluas sekitar situ.
Namun, disebabkan oleh harga timah yang merosot, kebanyakan kilang telah ditutup. Salah sebuah kapal korek timah di situ ialah TT5, yang menjadi kesan tinggalan sejarah.
Menarik betul fakta sejarah tentang tempat ini. Bolehlah anda datang tengok sendiri tempatnya jika anda berkunjung ke Ipoh!
Alamat: 9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 9 am – 6 pm manakala Jumaat 9 am – 12 pm, 2 – 6 pm
Inilah dia hotel 5-bintang yang popular di Ipoh – The Banjaran Hotsprings Retreat! Bagi yang ingin bercuti sambil merehatkan minda, hotel ini memang kena dengan citarasa anda.
Antara kemudahan di sini termasuklah WiFi percuma, kolam renang persendirian, tasik yang berdekatan, serta bilik yang luas. Dekorasi bilik juga cantik dan santai!
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak
Kepada ulat buku, kami yakin anda pasti akan berseronok di tempat ini – BookXcess Kong Heng Ipoh! BookXcess ada beberapa cawangan, salah satunya di Ipoh.
Di sini, anda akan jumpa buku-buku yang dijual pada harga yang sangat murah. Ada diskaun hingga separuh harga. Malah, terdapat aneka genre juga untuk setiap buku. Terbaik!
Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm
Satu lagi port bergambar yang boleh anda singgah ialah Concubine Lane. Ada beberapa tempat yang cantik sekitar sini yang boleh anda singgah.
Tambahan pula, anda boleh mencuba makanan yang sedap di sini. Antaranya ialah cheese toast pelangi dan Hokkaido ice cream puff.
Alamat: 30000 Ipoh, Perak
Satu lagi kuil yang juga merupakan tempat pelancogan di Ipoh ialah Ling Sen Tong Temple. Ianya kuil Taoist yang terletak di Kinta.
Kuil ini mempunyai koleksi patung Buddha yang indah, sangat sesuai disinggah oleh pencinta budaya. Anda juga boleh mendapatkan limau pomelo berdekatan sini!
Alamat: 31350 Ipoh, Perak
Ini ialah salah satu air terjun yang terkenal di Perak dan ianya terletak di Chemor. Air terjun yang jernih dan bersih merupakan tarikan istimewa di sini.
Ianya selalunya dipenuhi oleh pengunjung dari kalangan keluarga pada hujung minggu. Aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah merupakan antara yang dilakukan.
Alamat: Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
Walaupun terletak 20 km dari Ipoh, ianya boleh dikatakan berdekatan juga dengan pusat bandar Ipoh. Kellie’s Castle ini merupakan tarikan pelancongan yang popular di Perak.
Selain daripada istana yang cantik, anda juga akan mempelajari tentang sejarahnya di sini. Bagi yang suka bergambar, istana ini memang luas. Jadi, bergambar sahaja di penjuru yang anda mahu!
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
Waktu operasi: Isnin – Khamis 9 am – 5.30 pm, Juaat – Sabtu 9 am – 6 pm
Harga kemasukan: RM 10
Selalunya, kita akan berekreasi dan mengunjungi tempat yang ada sungai atau tasik pada waktu siang. Tetapi di Ipoh, mungkin lebih menarik dilakukan pada waktu malam.
Di Kinta Riverfront, pemandangan sungai itu sememangnya cantik pada waktu malam. Cahaya LED berwarna-warni yang menerangi pokok di sini menyerlahkan lagi keindahan sungai tersebut.
Ada pembaca di sini yang sukakan warna merah jambu? Kami faham, jika dah suka, semua benda memang kena ditukarkan kepada warna tersebut.
Anda pasti sukakan Catch A Toy @ Ipoh Garden ini, kerana ianya sebuah kedai yang keseluruhannya berwarna pink. Ada mainan comel yang boleh anda pilih di mesin di sini. Boleh juga dijadikan port bergambar!
Alamat: NO 2 BWH, Jalan Medan Ipoh 6, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Hari minggu 4 pm – 3 am, hujung minggu 12.30 pm – 3 am
Salah satu tapak warisan bersejarah di Ipoh yang boleh anda lawati ialah Ipoh Town Hall yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Ipoh Town Hall ini dibina pada tahun 1917. Sebahagian daripada bangunan itu pernah berkhidmat sebagai pejabat pos Ipoh dan kemudiannya, ibu pejabat polis daerah.
Alamat: 2700, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Satu lagi tempat menarik di Ipoh yang wajib diserbu oleh pencinta seni ialah Miniature Wonders Art Gallery. Bangunan dua tingkat ini merupakan galeri seni miniature yang popular sekitar sini.
Walaupun baru dibuka pada tahun 2017, sambutan yang diterima cukup hangat. Kemasukan ialah percuma, namun jika anda ingin ke tingkat atas, anda perlu membayar RM 5.
Alamat: 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 5 pm
Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Ipoh yang dikongsikan? Anda teruja? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati.