Salah satu cara untuk memudahkan perjalanan ketika membawa barang yang banyak adalah dengan menggunakan travel backpack.

Setiap jenama travel backpack mempunyai kelebihan masing-masing dari segi ketahanan, reka bentuk dan muatan yang dapat diisi. Jom kami senaraikan 10 jenama travel backpack terbaik untuk anda.

1. Arctic Hunter I-Walrus

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Artic Hunter ini mempunyai banyak ruang, yang membolehkan anda menyimpan pelbagai jenis barang seperti komputer riba, pakaian, buku, elektronik dan sebagainya.

Terdapat juga poket RFID yang dapat digunakan untuk menyimpan kad kredit dan kad debit dengan selamat. Saiznya juga boleh diubah dari 19L hingga 32L dengan menggunakan zip khas.

Jenama travel backpack terbaik ini sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk kegunaan sekolah atau ke mana sahaja. Ia boleh digunakan untuk membawa barang berat dan direka khas untuk mengurangkan sakit belakang ketika anda membawanya.

2. Osprey Farpoint Wheeled

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Osprey Farpoint Wheeled boleh ditukar menjadi sebuah bagasi kerana mempunyai roda. Ia boleh digunakan sebagai bagasi di lapangan terbang atau tempat awam yang mempunyai permukaan rata atau di tempat yang sesak atau laluan bertangga.

Kapasitinya adalah 36L ini sangat sesuai jika anda ingin melakukan perjalanan selama seminggu. Tali belakang jenama travel backpack terbaik ini juga boleh disembunyikan menggunakan zip yang telah disediakan.

Ia juga kalis air, jadi anda tidak perlu risau sekiranya membawa beg ini dalam keadaan hujan. Ukuran bukaan travel backpack ini sangat besar memudahkan untuk menyimpan pakaian dan barang-barang dalam jangka masa yang singkat.

3. Osprey Porter 46

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Osprey Porter 46 mempunyai ciri yang dimiliki oleh bagasi iaitu bukaan beg depan. Menariknya, proses menyimpan barang juga akan lebih singkat kerana bukaan yang lebih luas.

jenama travel backpack terbaik ini juga mempunyai tali khas yang membolehkan anda mengubah ukuran yang anda mahukan. Selain itu, ia berkapasiti 46L dan lengkap dengan ruang yang luas serta poket yang membolehkan pengguna mengasingkan barangan mereka.

4. Arctic Hunter I-Crusaderz

jenama travel backpack terbaik

Arctic Hunter i-Crusaderz mempunyai reka bentuk profesional yang sesuai untuk penggunaan formal. Terdapat ruang khas untuk menyimpan komputer riba dan span tambahan pada bahagian tersebut untuk memastikan komputer riba anda selamat sekiranya backpack ini terjatuh.

Di samping itu, terdapat poket khas untuk botol air, ipad dan juga telefon di bahagian dalam beg ini serta ruang khas untuk diisi dengan buku ataupun dokumen.

5. Osprey Farpoint 40

jenama travel backpack terbaik

Osprey yang merupakan Osprey Farpoint 40 backpack ini untuk memenuhi keperluan lelaki. Ia mempunyai banyak ruang yang membolehkan untuk anda menyimpan banyak barang.

Ukurannya juga boleh diubah dengan mengetatkan atau melonggarkan tali di bahagian belakang. Travel backpack ini juga mempunyai banyak span dan tali gelang agar terasa selesa ketika memakainya.

6. Osprey Fairview 40

jenama travel backpack terbaik

Osprey Fairview 40 yang merupakan jenama travel backpack terbaik ini pula direka khas untuk wanita. Ia mempunyai banyak span di bahagian belakang travel backpack untuk mengurangkan tekanan dan memberi keselesaan keseluruhan kepada pemakainya.

Kapasitinya yang besar pula amat sesuai untuk perjalanan atau aktiviti yang melampau. Ia juga kalis air bagi memastikan pakaian yang disimpan di dalamnya tidak basah.

7. Akiro Backpack

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Akiro Backpack mempunyai ruang yang luas dan poket untuk digunakan. Ia mampu menyimpan pelbagai jenis barangan besar seperti peralatan perkhemahan, botol air dan juga kasut.

Di sisinya pula terdapat dua tempat untuk meletakkan botol air atau barang lain. Terdapat poket khas untuk menyimpan kasut membolehkan anda membawa kasut tanpa perlu risau backpack menjadi kotor. 

Ruang simpanannya juga boleh dikatakan agak luas dan sesuai untuk melancong atau berkhemah. Jenama travel backpack terbaik ini juga tahan lama, kalis air dan sesuai digunakan untuk aktiviti lasak.

8. Flamehorse 50L Travel Backpack

jenama travel backpack terbaik

Flamehorse 50L travel backpack ini pula mampu menampung kapasiti sehingga 50L. Ia sangat sesuai digunakan untuk berkhemah atau melakukan perjalanan jangka masa yang panjang.

Travel backpack ini juga mempunyai banyak poket termasuk poket khas untuk kasut. Harganya pula agak murah dan mampu dimiliki.

9. Warbase Backpack

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Warbase ini mendapat sambutan positif dari penggunanya kerana mempunyai kapasiti yang besar serta harganya yang murah. Ia membolehkan anda menyimpan pelbagai jenis barangan di dalamnya tanpa perlu mendapatkan beg lain.

Jenama travel backpack terbaik ini juga direka khas untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan pada bahu pemakainya. Travel backpack ini juga tahan lama dan sesuai digunakan semasa mendaki atau berkhemah serta kalis air dan boleh digunakan ketika hujan.

10. Nomadic Travel Bag 40L

jenama travel backpack terbaik

Travel backpack Nomadic ini sangat popular untuk backpacker dan terdapat beberapa ulasan yang mengatakan bahawa ia adalah yang terbaik sekali.

Travel backpack Nomadic ini mempunyai kapasiti 40L yang cukup besar yang mampu memuatkan pelbagai barangan. Terdapat juga banyak ruang untuk menyimpan komputer riba, pakaian kotor, kasut dan sebagainya.

Poket anti-RFID disediakan untuk melindungi dan memberi keselamatan kepada kad kredit atau kad debit anda. Di samping itu, travel backpack ini juga boleh diubah suai menjadi duffel yang memudahkan kita membawanya.

Walaupun harga travel backpack ini agak mahal, kualitinya sememangnya terbaik dan tahan lama. Anda tidak perlu risau bimbang barang akan basah sekiranya hujan kerana ia mempunyai fungsi kalis air.

Berikut adalah jenama travel backpack terbaik yang boleh anda lihat. Pasti berkenan! Jom baca juga Smartphone android terbaikpelan internet terbaikSejadah terbaik dan hand mixer terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.