Mencari tempat menarik di Penang 2020 untuk dilawati?

Nah, anda berada di tempat yang betul. Kami kongsikan senarai tempat best di Penang wajib anda singgah.

Nasi kandar. Itu antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Tapi, sebelum perut yang lapar diisi dengan pelbagai jenis masakan, mata perlu ‘dikenyangkan’ terlebih dahulu.

Terdapat pelbagai tempat sebenarnya yang menarik di Penang. Di bawah disenaraikan 100 lokasi tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati bersama keluarga di sana.

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

tempat makan penang Entopia by Penang Butterfly Farm
Imej via PenangTrails

Ada dua kehidupan di sini iaitu The Natureland dan The Cocoon. Di Natureland, terdapat lebih 15000 ekor rama-rama terbang bebas diantara lebih 200 spesis tumbuh-tumbuhan. Seperti berada di alam lain, ia mempunyai air terjun, kolam, gua dan pelbagai lagi taman yang menyerupai alam semulajadi.

The Cocoon pula memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat dalam aktiviti yang diatur pengurusan.

"

Harga Tiket: RM49 (dewasa), RM29 (Kanak-kanak),

RM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang.

Waktu Operasi: 9am-530pm setiap hari.

2. Penang Avatar Secret Garden

tempat makan penang Penang Avatar Secret Garden
Imej via hype

Saat menjejakkan kaki, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib. Ia akan mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.

Harga Tiket: Percuma.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.

3. Original Penang Kayu Nasi Kandar

Antara restoran nasi kandar yang terkenal di Penang ialah Original Penang Kayu Nasi Kandar yang terletak di Bayan Lepas.

Imej via Foursquare

Ada beraneka jenis lauk-pauk yang disediakan di sini. Antara yang istimewa ialah ayam madu dan ayam goreng. Memang enak dimakan bersama nasi briyani dan kuah campur!

Alamat: 15, Lebuh Nipah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

4. Persiaran Gurney

Persiaran Gurney atau Gurney Drive adalah persiaran pinggir laut yang popular di George Town. Ianya juga popular dengan street food yang sedap dan murah, memang syurga pencinta makanan!

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, Gurney Drive telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 jalan terbaik di seluruh dunia untuk dilawati oleh majalah perjalanan Australia, The Traveler. Sangat mengagumkan!

5. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar

tempat makan penang Pasar Chowrasta Penang
Imej via penang-traveltips

Pasar yang sudah beroperasi sejak 1800 menjadi tumpuan pelancong yang mahu mendapatkan halwa, jeruk, kudapan, cenderamata dan barangan terpakai. Kepelbagaiannya menjadi rahsia tarikan pengunjung.

Alamat: Jalan Penang, 10300 Pulau Pinang

Waktu Operasi: 830am-8pm setiap hari

6. Cargas Cafe

Imej via Foursquare

Di Bayan Lepas, Restoran Cargas Cafe ini sangat terkenal dengan ayam goreng. Buktinya, ayam goreng mereka memang senang untuk kehabisan. Tapi jangan risau, kerana ianya akan digoreng semula.

Selain ayam goreng, hidangan lain juga tidak kurang hebatnya. Kari ikan pari dan sambal sotong merupakan antara lauk terlaris di sini. Jangan lupa makan bersama nasi putih dan kuah banjir!

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.30 pagi – 4 petang

7. Taman Rimba Teluk Bahang

tempat makan penang Taman Rimba Teluk Bahang
Imej via twitter

Hutan lipur ini ialah lokasi terbaik kepada pengunjung yang mahu beristirehat, menyertai aktiviti lasak dan perkhemahan. Pondok-pondok rehat dan beberapa kolam mandi disediakan bagi kemudahan orang awam.

Alamat: 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

8. Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum

tempat makan penang Muzium Perang Pulau Pinang
Imej via denaihati

Ia sebenarnya sebuah kubu yang dibina pihak British pada tahun 1930an. Ia pernah digunakan semasa menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pengunjung dapat melihat barang-barang bersejarah termasuk meriam, terowong dan kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter. Sesetengah terowong memaksa anda untuk merangkak jika mahu melaluinya.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung.

Waktu Operasi: 9am-7pm setiap hari

9. Rumah Kelahiran P. Ramlee

tempat makan penang Rumah Kelahiran P. Ramlee
Imej via megahasz

Tidak lengkap rasanya jika tidak melawat rumah kelahiran seniman hebat kita. Bakatnya dalam bidang seni tiada tolok-bandingnya.

Di rumah inilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Pengunjung dapat melihat koleksi asal barang milik Allahyarham, pusaka peninggalan keluarga, dan halaman rumahnya yang masih dikekalkan hiasannya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 9am-530pm dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.

10. Pasar Malam Batu Feringghi

tempat makan penang Pasar Malam Batu Feringghi

Imej via penang

Ini lokasi yang menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Terletak di pantai, banyak barangan dan makanan boleh diperolehi di sini. Rata-rata pengunjung datang bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga murah seperti beg dan pakaian.

Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 7pm-12am setiap hari

11. Aquarium Penang Batu Maung / Institut Penyelidikan Perikanan

Nah, ini sebuah tempat menarik di bawah radar yang ramai tidak tahu dan kongsikan. Kami telah pun sampai di sini. Aquarium Penang Batu Maung adalah tempat menarik seperti Aquaria di KLCC. Tetapi ianya tidaklah sebesr seperti di sana.

Tambahan pula, harganya jauh lebih murah bersesuaian dengan tempat. Tempat ini boleh anda lawati bersama dengan Muzium Perang yang tidak beberapa jauh daripada sini.
22. Penang Aquarium

Penang Aquarium atau Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan mempunyai 25 buah tangki di mana yang terbesar bersaiz 15 kaki x 10 kaki persegi. Ia menempatkan kira-kira 100 spesis ikan.

Akuarium ini turut menempatkan kolam yang besar di mana ada penyu dan ikan yang besar serta kecil di dalamnya. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan-ikan ini dengan makanan ikan yang dijual di sana.
Dengan harga makanan hanya RM1, pengunjung terutama kanak-kanak pasti akan berasa seronok dengan pengalaman ini. Turut dipamerkan adalah rangka paus yang pernah terdampar di Kuala Kedah pada tahun 2011.

Kanak-kanak pasti akan suka apabila melihat ikan berenang-renang di sini.Oleh itu, jika anda berada di Penang, bawalah keluarga anda melawat tempat-tempat ini. Ia tidak akan mengecewakan.

Alamat: Kompleks Perikanan, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (10am – 430pm), ditutup pada hari Rabu

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2.50 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah), percuma untuk warga emas dan OKU.

12. Tropical Spice Garden

tempat makan penang Tropical Spice Garden

Imej via jomjalan

Taman hijau ini mempunyai lebih daripada 500 spesis tumbuh-tumbuhan tropika. Dengan keluasan melebihi 8 ekar, ia adalah satu-satunya taman seumpanya di Asia Tenggara. Ada banyak aktiviti boleh dilakukan sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak.

Ada lawatan khas yang direka untuk kanak-kanak seperti 5 Senses Tour dan Giant 3D Slides and Ladders. Lebih unik lagi adalah Tropical Spice Garden turut mengadakan kelas memasak bagi orang dewasa.

Berada di antara pokok-pokok di sini amat menenangkan. Apa lagi bila dilakukan sambil melihat pinggir laut Teluk Bahang. Disebabkan itulah, ia juga menyediakan khidmat kepada mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan bertemakan taman.

Alamat: Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM29 – RM49 (dewasa), RM17 – RM25 (kanak-kanak), RM23 – RM39 (warga emas), RM23 – RM39 (pelajar)

13. De Pauh Garden

Imej via Foursquare

Bagi yang berada sekitar Seberang Perai, anda boleh singgah restoran De Pauh yang terletak di Permatang Pauh ini.

Restoran ini terkenal dengan aneka jenis menu yang dihidangkan. Semuanya berbeza citarasa, dari makanan Barat, Thai ke tempatan, semuanya ada!

Alamat: 1618, Jalan Permatang Pauh, Taman Pauh, 13500 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 2am)

14. Camera Museum

tempat makan penang Camera Museum

Imej via wikipenang

Ramai orang memiliki kamera walaupun hanya kamera telefon pintar. Muzium ini kiranya mempunyai kaitan dengan ramai orang yang menggunakan kamera sama ada secara profesional atau sekadar untuk merakam detik-detik indah dalam hidup mereka.

Muzium ini menempatkan koleksi kamera dari tahun 1800 sehingga 1990. Pengunjung dapat melihat perkembangan pada kamera seiring dengan perubahan zaman.

Sebuah ruang khas yang digelar Spy Room menempatkan kamera-kamera terkecil di dunia. Ada juga beberapa kamera di mana anda dibenarkan untuk menyentuhnya.

Alamat: 49, Lebuh Muntri, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (930am – 8pm)

Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (pelajar)

15. Audi Dream Farm

tempat makan penang Audi Dream Farm

Imej via asianitinerary

Mari singgah di Audi Dream Farm jika anda bercuti bersama-sama anak.

Audi Dream Farm adalah sebuah zoo mini di mana kanak-kanak dibenarkan berada dekat, menyentuh dan memberi makanan kepada beberapa haiwan yang ada di sini. Suatu pengalaman baru bagi kanak-kanak yang sedang meneroka dunia apabila dapat memberi makanan kepada haiwan seperti arnab, ikan, kambing, itik, ayam, kuda dan burung nuri yang banyak di atas tanah.

Kanak-kanak juga berpeluang melihat kebun sayur-sayuran.

Alamat: 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)

Harga Tiket: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

16. Hameed Pata Mee Sotong

Mee Sotong & Coconut Shake @ Hameed Pata Special Mee Sotong

Imej via Foursquare

Satu lagi restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Dibuka sejak 1978, restoran Hameed Pata ini sangat terkenal dengan Mee Goreng Sotong.

Sambil anda mengenakan Mee Sotongnya yang cukup istimewa, bolehlah anda menghirup Coconut Shake yang manis dan menyegarkan tekak!

Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 am – 8 pm

17. Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel akan membawa anda kembali ke Pulau Pinang pada 400 tahun dahulu. Muzium ini terdiri daripada 3D-Mural Art Street Gallery dan Anti Gravity World.

Ruang Mural 3-D dihias dengan patung dan replika yang menyerupai zaman dahulu kala. Anti-Gravity World pula membolehkan anda mengambil gambar di dalam rumah yang dihias seperti di dalam rumah.

Bezanya, perabot yang ada di sini disusun dalam keadaan yang luar biasa. Datang sendiri untuk merasai pengalamannya.

Alamat: No. 39, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (915am – 7pm), Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (915am – 730pm)

Harga Tiket: RM29 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM16 (pelajar)

18. PG Gold Museum

PG Gold Museum

Imej via penang-traveltips

Jika menyebut tentang kekayaan, emas tidak pernah terlepas daripada senarainya. Peminat emas sanggup membeli emas bagi tujuan pelaburan dan simpanan masa hadapan. Pemilik muzium emas ini faham perkara tersebut.

Jadi, mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat mempelajari tentang sejarah emas, tapi mereka juga boleh membeli emas di Public Gold Group yang turut berada di sini.

Mereka membuat laluan yang menyerupai terowong berbatu yang membawa pengunjung mempelajari tentang emas.

Alamat: No. 95, Lebuh Bishop, George Town, Penang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (kanak-kanak 7 – 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas), percuma untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah.

19. Anjung Pauh Steamboat & Grill

Imej via foursquare

Sambil berjalan-jalan, semestinya anda mahu mengisi perut dengan makanan yang mengenyangkan. Terutamanya setelah seharian berjalan. Jadi, apa kata anda singgah menikmati steamboat di Anjung Pauh Steamboat & Grill ini?

Harga steamboat adalah RM24.90 bagi orang dewasa, RM12 untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Murah dan banyak pilihan!

Alamat: 36, Lorong Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

20. Adventure Zone

Adventure Zone

Imej via shangri-la

Kanak-kanak memang suka bermain dan amat gemarkan permainan. Jadi, jika anda berada di Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Adventure Zone.

Ia seluas 10,300 kaki persegi dengan pelbagai jenis permainan. Memanjat, merangkak, menggelungsur, semuanya ada di sini. Paling menarik adalah ia terletak di dalam Golden Sands Resort. Diskaun diberikan kepada pengunjung yang menetap di resort tersebut.

Pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi syarat di Adventure Zone seperti memakai stokin semasa bermain, memakai baju berlengan panjang semasa bermain gelungsur, tidak memakai pakaian renang semasa berada dalam kawasan permainan, orang dewasa mesti menemani kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah.

Alamat: Golden Sand Resort, Jalan Batu Feringghi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 7pm)

Harga Tiket: RM35 untuk 2 jam

21. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis
Imej via Penang.Ws

Ini adalah salah satu lokasi bersejarah yang terkenal di Pulau Pinang. Binaannya adalah di lokasi di mana Kapten Francis Light menjejakkan kaki di Pulau Pinang. pada tahun 1786 iaitu tahun yang sama kubu ini dibina.

Keluasannya adalah 4490 kaki persegi. Walaupun tujuan ia ini dibina adalah untuk mempertahankan diri mereka daripada lanun, tetapi ia lebih banyak digunakan sebagai pusat pentadbiran.

Di dalam kubu ini turut terdapat penjara, berek, tempat untuk meletakkan senjata dan suar labuhan bagi memberi isyarat kepada kapal-kapal yang datang. Patung Kapten Francis Light yang berada berhampiran dengan pintu masuknya menjadi lambang Fort Cornwallis.

Alamat: Jalan Tun Syed Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 10pm)

Harga Tiket: RM10

22. Countryside Stables Penang

Wan dan Doris adalah dua peminat kuda yang mahu berkongsi minat mereka dengan orang ramai. Mereka membuka Countryside Stables Penang pada tahun 2012. Lokasi yang dipilih memiliki pemandangan indah, terletak di kawasan pertanian di Sungai Burung.

Di sini, pengunjung diberi peluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda. Pengunjung juga dibenarkan untuk memberi kuda-kuda ini makan. Kandang kuda menempatkan 30 ekor kuda daripada pelbagai jenis kuda termasuk Pure Bred Arabian Horses, Polo Pony dan banyak lagi.

Bukan kanak-kanak sahaja yang akan menyukai tempat ini, ibu bapa juga menikmati setiap saat di sini.

Alamat: Lot 603, Jalan Hilir Sungai Burung, Kampung Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 12pm, 2pm – 7pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak), RM20 (menunggang bagi dewasa), RM17 (menunggang bagi kanak-kanak), RM5/pek (beri makan kuda bagi dewasa dan kanak-kanak)

23. Restoran Anggerik Desa

Imej via foursquare

Mencari kedai makan yang menyediakan makanan berat dan ringan yang sedap? Singgahlah di restoran Anggerik Desa yang terletak di Seberang Jaya ini!

Nasi dagang, nasi kerabu, nasi campur, laksam, bubur pulut hitam, serawa pisang, somtam dan pulut mangga merupakan antara menu yang sedap di sini. Anda wajib cuba!

Alamat12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 10pm)

 

24. Padang Kota Lama

tempat makan penang Padang Kota Lama

Imej via wikiwand

Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British. Kawasan ini ditemui oleh Francis Light.

Menyedari yang ia tidak diduduki manusia kecuali sejumlah kecil penduduk berbangsa Melayu dan Aceh di sepanjang sungai, Francis Light mengarahkan agar hutan bertanah datar ini dibersihkan.

The Esplanade adalah nama lain bagi kawasan ini yang merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis.

Orang ramai datang ke sini untuk bersiar-siar. Lebih-lebih lagi, ada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitarnya.

Alamat: 1, Light Street, 10450 George Town, Pulau Pinang

25. Masjid Kapitan Keling

tempat makan penang Masjid Kapitan Keling

Imej via penang

Masjid Kapitan Keling sudah lama dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ia adalah antara masjid yang paling lama di Malaysia.

Masjid ini dibina pada abad ke 19 oleh pedagang India Muslim. Malah, nama Kapitan Keling juga diambil daripada nama ketua mereka yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid ini.

Masjid Kapitan Keling merupakan institusi Islam yang pertama dibina di kawasan tersebut dan dipengaruhi oleh senibina Moghul dan Moor. Ia telah melalui banyak pengubahsuaian dan pembinaan semula yang menambah dan memperbaiki masjid tersebut.

Alamat: George Town, Pulau Pinang

26. Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis Balik Pulau

menu @ Laksa Janggus

Imej via Foursquare

Tak sahlah datang ke Penang kalau anda tak cuba laksa di sini. Ada banyak restoran yang menyajikan menu tersebut. Salah satunya ialah restoran Laksa Janggus yang terletak di Balik Pulau.

Kuah laksa di sini memang pekat, dan aroma laksanya yang harum boleh membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur. Jangan lupa cuba ABC mereka juga, manis dan menyegarkan tekak

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

27. Suffolk House

Imej via Foursquare

Sufflok House merupakan satu-satunya rumah agam dengan senibina zaman George yang masih ada di Malaysia. Dibina pada awal 1800, ia menjadi tempat tinggal bagi Gabenor-gabenor British.

Selain menikmati sejarah yang dimiliki rumah agam ini, anda juga dapat menikmati makan tengah hari dan makan malam dengan suasana mewah di dalamnya, yang pernah dinikmati oleh gabenor.

Keindahannya telah menjadikan ia lokasi pilihan di kalangan ramai orang untuk majlis-majlis peribadi seperti perkahwinan.

Alamat: 250, Jalan Air Hitam, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Harga Tiket: RM20, PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, Bayaran adalah sehingga 6pm sahaja

28. Menara Jam Memorial Ratu Victoria (The Queen Victoria Memorial Clock Tower)

Ketinggiannya iaitu 60 kaki mewakili 60 tahun pemerintahan Ratu Victoria. Jam ini dibina pada tahun 1897 dan dibiayai oleh seorang jutawan tempatan ketika itu iaitu Cheah Chen Eok.

Menara jam ini menjadi lambang Pulau Pinang sebagaimana Pisa menjadi lambang Itali. Malah, ia juga senget pada sebelah bahagiannya akibat kesan pengeboman semasa Perang Dunia ke 2.

Menara ini mempunyai empat tingkat dengan senibina pengaruh Moor dan Rome serta dinsipirasikan daripada bentuk buah pinang.

Alamat: Persimpangan Light Street dan Beach Street (Lebuh Pantai) dan persiaran King Edward.

29. Restoran Sup Hameed

Imej via Foursquare

Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di  Restoran Sup Hameed. ‘Best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka.

Antara sup yang terbaik di sini ialah sup kambing, sup ayam dan sup lembu. Sup ini lebih enak jika dikenakan bersama beberapa keping roti kosong. Enak dan mengenyangkan!

Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

30. Pinang Peranakan Mansion

Pinang Peranakan Mansion

Imej via penang.attractionsinmalaysia

Peranakan atau Baba dan Nyonya bukan sahaja terkenal di Melaka, malah mereka juga wujud di Pulau Pinang. Mereka dikenali kerana keunikan budaya dan tradisi yang bergabung di antara Melayu dan Cina.

Pinang Peranakan Mansion adalah sebuah rumah seorang Baba yang kaya suatu masa dahulu iaitu pada abad ke-19. Rumah agam ini pernah menjadi kediaman Kapitan Cina Chung Keng Kwee.

Ia dicipta semula bagi menunjukkan kekayaan adat dan budaya mereka. Kini, Pinang Peranakan Mansion menyimpan lebih 1000 barangan antik untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Alamat: 29, Church Street, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (930am – 5pm)

Harga Tiket: RM20 (dewasa), PERCUMA untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.

31. Wonderfood Museum

Wonderfood Museum

Imej via jomjalan

Antara keunikan Malaysia adalah kita kaya dengan pelbagai jenis makanan hasil percampuran pelbagai bangsa. Muzium ini terletak di dalam bangunan zaman penjajahan yang dibina sekitar tahun 1940 di George Town.

Di dalam muzium ini terdapat replika makanan tempatan yang bersaiz gergasi dihasilkan dengan teknik dari Jepun. Antara makanan yang anda akan temui ialah laksa, cendol, mee kari, dan ais kacang. Ini menjadikan muzium ini lokasi yang digemari pengunjung untuk bergambar.

Wonderfood Museum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Info Zone, Wow Zone, dan Educational Zone.

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM15 / RM25 (dewasa MyKad/dewasa antarabangsa), RM10 / RM15 (kanak-kanak MyKid/kanak-kanak antarabangsa

32. Pantai Miami

Sebut sahaja Miami Beach, pasti ada di kalangan pembca yang pernah terdengar tentangnya. Namanya ala-ala pantai di Hollywood, memang menarik perhatian ramai!

miami beach

Imej via Foursquare

Ia terletak di antara Pantai Shamrock ke timur dan Moonlight Bay di barat. Kawasan ini merupakan tempat berkelah dan berkhemah kegemaran pada tahun 1960-an dan awal 70-an. Pantainya juga sangat cantik!

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

33. Cucur Udang Chowrosta

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Cucur udang disini memang sangat popular. Ianya turut diakui sebagai salah satu cucur udang tersedap di Penang. Tak lain tak bukan, cucur udang di Cucur Udang Chowrosta!

Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Sedap ke? Semestinya!

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

34. Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera

Imej via katongkidsinc

Bukit Bendera merangkumi beberapa buah bukit dengan puncak tertinggi adalah 833 meter dari paras laut. Ia menjadi tempat berehat semasa penjajahan British dan kini menjadi destinasi pelacongan yang popular.

Puncak bukit ini boleh dinaiki oleh pelancong dengan menggunakan keretapi. Bukit Bendera menyimpan flora dan fauna yang indah, pemandangan yang memukau dan sejarah serta warisan negara.

Di Bukit Bendera inilah terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang diantaranya dibina seawall 1789 dengan senibina dari zaman penjajahan British, Asia dan moden.

Waktu Operasi: Setiap hari (630am – 11pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak 4 – 12tahun), RM5 (warga emas 60 tahun ke atas).

Harga Tiket (Fast Lane): RM40 (dewasa), RM20 (kanak-kanak), RM5 (warga emas)

35. Clan Jetties Floating Village

Clan Jetties Floating Village

Imej via penang

Asingkan diri seketika daripada kesibukan bandar dengan mengunjungi perkampungan di atas air ini. Penduduknya terdiri daripada kaum Cina yang mana asal keturunan mereka adalah pendatang dari China yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.

Pendapatan mereka datang daripada sumber laut sehinggalah ada sebahagiannya yang mula mencari rezeki di bandar. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki beca dari George Town.

Alamat: Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu kunjungan: Setiap hari (9am – 9pm)

36. Kapitan Restaurant

Imej via Foursquare

Ada peminat Tandoori di sini? Di George Town, salah satu restoran yang terkenal dengan menu tersebut ialah Kapitan Restaurant.

Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam dek kerana angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan, anda pasti akan menyukainya juga!

Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

 

37. Taman Negara Pulau Pinang (Penang National Park)

Taman Negara Pulau Pinang

Imej via amirul

Ada beberapa perkara menarik yang anda boleh lakukan di Taman Negara Pulau Pinang yang berkeluasan 2562 hektar ini.

Pertama, trekking. Anda berjalan di antara 414 spesis tumbuh-tumbuhan dan 143 spesis haiwan di dalamnya. Ada dua tempat menjadi ‘hadiah’ di hujung perjalanan anda merentasi hutan iaitu Teluk Duyung dan kawasan perlindungan penyu.

Kedua, menaiki bot. Dengan bayaran kira-kira RM50 sehingga RM100, anda dapat menaiki bot menuju ke Teluk Duyung atau kawasan perlindungan penyu, atau Pantai Kerachut.

Ketiga, Titian Kanopi. Anda boleh berjalan di atas titian kanopi sepanjang 250 meter untuk melihat pemandangan indah hutan dari ketinggian 15 meter. Harga tiket bermula RM3 – RM5.

Keempat, berkhemah. Taman Negara memiliki beberapa kawasan perkhemahan dan ia adalah percuma! Tempah segera kerana lokasinya terhad.

38. Escape

Escape

Imej via lipstiq

Escape direka dari kerinduan pemiliknya kepada keseronokan bermain di luar rumah dalam alam semulajadi dan memperkenalkannya kepada kanak-kanak pada masa kini.

Aerobat untuk bergayut, Airbag untuk melompat, AK Academy untuk permainan air, AK Discovery untuk menyelam, A-Maze untuk bersembunyi, Atan’s Jump untuk terjun ke dalam air, Atan’s Leap untuk terjun di udara, Balance Beam untuk berjalan di atas galah dan banyak lagi permainan menyeronokkan. Kedatangan anda ke sini dijamin tidak akan membosankan.

Jika anda suka bermain atau suka bermain semasa kanak-kanak, kembalikan memori anda di sini.

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm), ditutup pada hari Isnin

Harga Tiket: Harga berbeza mengikut kumpulan (keluarga, korporat, dan sekolah), dan jarak masa tempahan. Layari www.escape.my untuk rujukan harga.

39. Hameediyah Beriani

Imej via Foursquare

Salah satu restoran yang legend di Pulau Pinang – restoran Hameediyah Briyani! Ianya terkenal dengan menu nasi briyani. Memang rugi jika anda tak singgah makan di sini.

Ada pelbagai jenis lauk yang boleh dimakan bersama nasi briyani. Bukan ayam dan daging sahaja, malah ketam dan udang pun turut disediakan.

Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

40. Teluk Kampi

Teluk Kampi

Imej via weekendnotes

Satu lagi pantai yang terletak di dalam kawasan Taman Negara. Anda boleh memilih sama ada menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang atau Teluk Bahang, atau melalui hutan sejauh 5km.

Anda tidak boleh berkhemah di sini dan tiada apa-apa kemudahan yang disediakan. Jadi, anda akan menikmati alam semulajadi sepenuhnya di sini.

Oleh itu, para pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan pantai dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

41. Rumah Api Pulau Pinang (Muka Head Lighthouse)

Rumah Api Pulau Pinang

Imej via mimque

Taman Negara Pulau Pinang juga memiliki sebuah rumah api di dalamnya. Ia mempunyai ketinggian mencapai 14 meter dan dibina di puncak bukit yang tingginya 227 meter.

Ia merupakan binaan bersejarah kerana ia dibina pada tahun 1883 oleh pihak British. Rumah Api ini terletak di Teluk Duyung. Jadi, untuk ke sini, anda perlu menaiki bot atau melalui hutan. Sampai di pantai, teruskan perjalanan untuk kira-kira 30 sehingga 60 monit dan anda akan bertemu dengan Rumah Api Pulau Pinang.

Ambil peluang ini untuk memanjat tangga di dalamnya menuju ke puncak rumah api. Ya, ia memang perjalanan yang agak meletihkan. Tapi semua itu hilang apabila melihat pemandangan memukau dari puncak rumah api.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

42. Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)

Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)
Imej via penangbirdpark

Ditubuhkan sejak 1988, ia merupakan taman burung yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Anda pasti akan teruja kerana di sini ada lebih daripada 3000 ekor burung yang datang dari lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia.

Separuh daripada jumlah tersebut adalah burung dari Malaysia. 150 sangkar disediakan bagi menempatkan burung-burung ini. Taman ini dibina dengan lanskap indah dan pondok-pondok senibina Melayu serta jambatan dari senibina Cina.

Alamat: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (9am – 7pm)

Harga Tiket: RM38 (dewasa), RM20 (kanak-kanak di bawah 12 tahun), RM10 (kanak-kanak beruniform sekolah), RM1 (kamera), RM5 (video kamera)

43. Nasi Kandar Kampung Melayu

Imej via Foursquare

Nasi Kandar Kampung Melayu yang mula beroperasi sejak tahun 1970 ini merupakan antara restoran nasi kandar yang paling terkenal di Pulau Pinang,

Popularitinya terserlah apabila ramai pelanggan sanggup beratur panjang dan berebut tempat duduk semata-mata untuk merasai nasi kandar di sini!

Anda boleh cuba lauk seperti ayam goreng, kari sotong dan kari ikan. Jangan lupa letak kuah campur, lebih sedap kalau ianya membanjiri nasi!

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

44. Khoo Kongsi

Khoo Kongsi

Imej via penang

Ia sudah wujud sejak 650 tahun dahulu untuk mengumpulkan pendatang dari abad ke-19 dalam kawasan mereka.

Dalam budaya Cina, kongsi atau dikenali juga sebagai rumah keluarga sebenarnya adalah bangunan yang digunakan keluarga untuk menyembah nenek-moyang mereka. Ia juga menjadi lokasi perpaduan di mana bagi membantu ahli-ahli mereka.

Kebanyakan kongsi di Pulau Pinang sudah wujud lebih daripada 100 tahun dan Khoo Kongsi adalah salah satu daripadanya serta yang paling terkenal. Selain fungsinya, ia lebih dikenali kerana senibina dan hiasannya. Malah, tukangnya dibawa khas dari China.

Alamat: 18, Cannon Square, George Town

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)

45. The Top (Menara Komtar)

Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) adalah menara tertinggi di Pulau Pinang dan merupakan menara ke-enam tertinggi di Malaysia. Menara ini mula dibina pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1986.

Ia kemudiannya menjadi ikon negeri ini. Menara Komtar menempatkan kedai-kedai untuk membeli-belah dan restoran-restoran. Puncaknya pula memberikan anda pengalaman melihat pemandangan indah di sekelilingnya dari tingkat 59.

Lengkapkan kunjungan anda dengan menikmati hidangan anda di restoran yang terletak di puncak menara.

Alamat: 1, Jalan Penang, 10000 George Town

46. Char Kuey Teow Sungai Dua

Selain nasi briyani, cendol dan laksa, char kuey teow juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba di Penang. Kami sarankan agar anda cuba char kuey teow di Sungai Dua.

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang pada masa yang sesuai. Jika tidak, agak susah untuk mencari tempat parkir kerana char kuey teow di sini memang menjadi buruan ramai.

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 3 am

47. Penang Street Art

Penang Street Art

Imej via penang

Berjalan-jalan di lorong-lorong di George Town memberikan anda pengalaman yang berbeza. Pada tahun 2012, Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis dari Lithuania telah dijemput untuk melukis di dinding-dinding rumah kedai di sekitar bandar.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menghidupkan dinding-dinding yang asalnya kosong yang suram menjadi menarik dan meriah. Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee kini menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar bersama-sama karya Zacharevic yang menceritakan suasana budaya tempatan.

Alamat: George Town, Penang

48. Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm

Imej via penangfoodie

Kanak-kanak suka meneroka. Melihat alam merupakan penerokaan terbaik yang boleh diperolehi oleh seorang kanak-kanak. Saanen Dairy Farm salah satu daripadanya.

Pengunjung memasuki kawasan kampung untuk menuju ke Saanen Dairy Farm. Kanak-kanak akan teruja memasuki ladang ini kerana mereka dapat mempelajari mengenai kambing.

Mereka boleh memberi kambing-kambing ini makan dan menikmati produk yang dihasilkan seperti susu kambing, yogurt dan jeli susu kambing.

Alamat: 298 MK1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)

Harga Tiket: PERCUMA

49. Ayu Mee Udang

Siapa peminat tegar mi udang? Di Teluk Kumbar, restoran Ayu Mee Udang ada yang menyajikan mi udang yang dikatakan antara yang tersedap sekitar sini.

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Udang yang disajikan bersaiz besar dan segar. Kuahnya yang secukup rasa serta saiz hidangan yang agak besar merupakan bonus tambahan kepada keenakan hidangan ini.

Alamat: 1, 936 B, Lengkok Kampung Masjid 2, 11920 Teluk Kumbar, Penang

50. Penang 3D Art Trick Museum

Penang 3D Art Trick Museum
Imej via penangtrickart

Pengunjung ke sini untuk mengambil gambar dengan gaya kreatif dan menarik, sesuai dengan karya seni yang dihasilkan di dalamnya.

Buat gaya terjunan udara, bermesra dengan beruang Panda, menaiki bas mini comel berwarna kuning, berada di dalam sampan di Clan Jetty, menaiki kereta lembu, menjadi Alice versi kecil di Wonderland, menunggang basikal bersama E.T, mengadakan persembahan magik anda sendiri, dimakan jerung, menyelam di laut dalam, dan dimakan ular gergasi. Pilih mana-mana yang anda suka.

Boleh jadi anda akan menyukai semuanya!

Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)

#51 TeddyVille Museum

Seperti namanya, TeddyVille Museum adalah muzium yang memaparkan koleksi teddy bear pertama dan terbesar dari pelbagai negara dan era; seawal tahun 1900-an!

Imej via Foursquare

Patung di sini didatangkan dalam pelbagai saiz. Dari saiz mini dan juga saiz bersaiz manusia, semuanya ada. Pendek kata, pasti terdapat sebuah teddy di sini untuk semua orang.

Alamat: Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Harga Tiket : Dewasa RM36 | Pelajar (13 tahun – Universiti) RM29 | Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM 25

#52 Pasar Lorong Kulit

Lorong Kulit atau dahulunya dikenali sebagai Rope Walk merupakan lorong yang terkenal dengan pasar karat. Bagi peminat barangan antik, inilah pasar karat yang wajib anda singgah!

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Bukan stok barangan antik sahaja, malah makanan juga turut didapati di sini. Kebanyakannya ialah buah-buahan yang bukan sahaja segar, malah murah harganya. Bukan senang nak jumpa tau!

Alamat: 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 1.00 pm)

#53 Jawi House Cafe Gallery

Jawi House Cafe Gallery yang terletak di Lebuh Armenian ini menawarkan masakan tempatan dan Jawi Peranakan seperti nasi briyani & kari ayam.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Selain itu, roti jala bersama kuah kari juga boleh anda pesan sebagai pembuka selera. Kuah karinya memang sedap, rugi tak cuba!

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 9.30 pm

#54 Magic World Penang

Nama pun ‘magic’, pasti  pengalaman anda sepanjang di Magic World Penang ini akan penuh  magis! Pengalaman sebegitu jarang dirasai di tempat lain, jadi jika berpeluang, singgah sahaja di sini.

Imej via Foursquare

Juga dikenali sebagai Phantamania, antara tarikan utama di sini ialah mirror maze, ilusi optik dan salji buatan yang tampak nyata. Kami yakin anda pasti akan terhibur dengan setiap tarikan ini!

Alamat: 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari ( 10 am – 7 pm)

Harga tiket: RM 18 (Dewasa berumur 18 – 59 tahun) | RM 12 (Kanak-kanak, 17 tahun ke bawah)

#55 Kampong Agong Penaga

Namanya pasti buat anda merasakan yang ianya merupakan sebuah kampung, namun tanggapan anda salah! Kampung Agong Penaga merupakan taman tema yang terletak di Penaga, Seberang Perai.

Kecantikan taman tema ini yang lebih kepada mesra alam membuatkan ramai pengunjung terpegun bila singgah di sini. Antara tarikannya ialah buaian sarang burung, sawah padi, pondok dan banyak lagi. Semuanya ala-ala kampung!

Alamat: 841, Bakar kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang

#56 Nasi Campur Awet Muda

Masakan kampung memang dekat di hati orang kita. Ianya sering menjadi pilihan untuk dijamah semasa makan tengah hari.

Imej via Foursquare

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Campur Awet Muda! Lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara masakan  ada disediakan di sini. Ulam-ulaman juga turut disediakan bersama sambal belacan.

Alamat: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

#57 Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Bukan di Terengganu sahaja anda boleh melihat penyu, di Penang pun boleh! Jika anda berada di skeitar Pantai Kerachut, singgah sahaja di Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut ini.

tempat menarik penang

Imej via Diari Si Ketam Batu

Bukan sahaja dapat melihat penyu bertelur, anda juga akan menimba ilmu tentang penyu beserta cara menjaga telurnya. Sangat menarik!

#58 Kilang Batik Penang

Penang Batik Factory atau lebih dikenali dengan nama Kilang Batik Penang merupakan kilang batik yang boleh dikatakan legend di Tanjung Bungah.

Mula beroperasi sekitar 1973, kilang ini dibahagikan kepada tiga bahagian – galeri seni , butik dan bengkel. Sambil meneliti seni batik yang cantik, anda juga boleh borong kain batik di sini.

Alamat: 669, 11050 Tanjung Bungah, Penang

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5 pm

#59 Adam Char Koey Teow

Bagi yang berada sekitar Permatang Pauh, restoran Adam Char Koey Teow ini merupakan antara yang paling terkenal di sini.

adam char kuey teow @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Kuahnya merupakan tarikan utama menu ini. Rasa udang yang segar, ditambah pula dengan rasanya yang secukup rasa membuatkan ramai pelanggan terpikat dengannya. Dijamin menyelerakan!

Alamat: 115, Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

#60 Pulau Jerejak

pulau jerejak

Imej via Foursquare

Asyik ke kafe atau muzium sahaja, teringin juga untuk ke pulau kecil yang bukan sahaja cantik, malah sedap mata memandang. Untuk itu, lekaslah lawati Pulau Jerejak jika berpeluang ke sini!

Selain itu, dari segi sejarahnya, pulau ini pernah dikenali dengan gelaran ‘Alcatraz Malaysia‘ kerana terkenal dengan penjara yang menempatkan banduan-banduan selepas tragedi 13 Mei 1969 serta tahanan ISA.

tempat menarik penang

Imej via Twitter

Di samping itu, pulau ini juga terkenal dengan pemandangan mata hari terbenam yang sangat cantik. Bagi yang suka bergambar, inilah tempat yang sesuai buat anda!

#61 The Gravityz

Kepada pembaca yang gemar melakukan aktiviti lasak yang melibatkan ketinggian, lekas serbu The Gravityz yang terletak di Komtar ini. Kepuasan yang dijanjikan memang tidak terperi.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Bukan sahaja mencabar, malah menarik kerana anda dapat menyaksikan pemandangan bandar George Town! Usah risau tentang aspek keselamatan, kerana pihak The Gravityz meletakkan perihal itu sebagai keutamaan mereka.

Alamat: the top @komtar, 65 Floor, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

#62 IKEA Batu Kawan

Jika berpeluang ke Penang, memang tak sah jika anda tidak singgah di IKEA Batu Kawan. Ya, di Penang pun ada cawangan IKEA yang semestinya sehebat cawangannya di negeri lain!

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang IKEA ini sememangnya tempat kegemaran para surirumah. Selain dapat membeli perabot yang berkualiti tinggi, anda juga dapat menikmati makanan yang enak-enak di restorannya.

Alamat: 752, Persiaran Cassia Selatan 8, Bandar Cassia, 14110, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

#63 Rainbow Skywalk

Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di The Top Komtar. Salah satunya ialah di Rainbow Skywalk, di mana anda akan berjalan di atas jambatan kaca. Bagi yang gayat, kami tidak menyarankan anda untuk mencubanya.

Imej via Foursquare

Semestinya ianya merupakan satu aktiviti yang mencabar, namun menyeronokkan. Boleh juga anda mencabar rakan-rakan untuk cuba berjalan di sini, mana tahu ada yang berani menyahutnya?

Alamat: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 9 pm

Harga tiket: Bermula dari RM 48

#64 Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Muzium Dark Mansion ini terdiri daripada seni kreatif moden yang bergaya yang telah menggabungkan elemen sains dan teknologi ke dalamnya. Menarik, bukan?

Imej via Foursquare

Di muzium luar biasa ini, anda dapat menyaksikan gambar dengan pelbagai lukisan 3D yang berwarna-warni dan cantik. Sangat sesuai bagi yang suka bergambar!

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6.30 pm

Harga tiket: RM 25.00 (Pemegang MyKad) & RM 35.00 (Bukan warganegara Malaysia)

#65 Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

Mungkin anda tidak terbiasa mendengar namanya, namun jika kami sebut tentang ‘Jambatan Kedua Pulau Pinang’, pasti anda tahu tentang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge.

Imej via Foursquare

Ianya juga merupakan antara tarikan utama di Pulau Pinang. Jambatan ini mempunyai panjang 24 km atau 15 batu dan ianya merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia & Asia Tenggara. Mengagumkan? Semestinya!

Alamat: Second Penang Bridge, Bayan Lepas, Penang

#66 Pulau Aman

Sebenarnya, ada banyak pulau kecil yang agak tersembunyi di Pulau Pinang. Salah satunya ialah Pulau Aman, sebuah pulau kecil yang terletak di Seberang Perai.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Bagi yang suka memancing, pulau ini memang cocok buat anda. Selain daripada pemandangan yang mendamaikan dan mengasyikkan, ianya juga terkenal dengan aktiviti memancing dan menyalai ikan.

#67 Lebuh Chulia

Lebuh Chulia atau Chulia Street adalah salah satu jalan tertua di bandar George Town di Pulau Pinang. Mula dibina sejak tahun 1798, ianya juga terkenal dengan street food yang berbagai sekitar situ.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Bagi pencinta makanan, inilah salah satu tempat di Penang yang wajib anda lawati. Antara street food yang boleh didapati ialah mi wantan, sate Hainan, char kuey teow dan jus buah segar. Bikin terliur mendengarnya!

Alamat: Chulia St, Georgetown, 10450 George Town, Penang

#68 Kek Lok Si Temple

Dibina sejak tahun 1891, Kek Lok Si Temple yang terletak di Air Itam, Pulau Pinang merupakan salah satu kompleks kuil terbesar dan terbesar di Asia Tenggara.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Ianya bukan sahaja merupakan pusat budaya Cina dan pengajaran Buddha, tetapi juga merupakan pusat khazanah warisan yang unik. Bagi yang cintakan budaya, inilah tempat yang harus anda kunjungi!

Alamat: Kek Lok Si Temple ,11500 Ayer Itam, Penang

#69 Pantai Batu Ferringhi

Ada banyak pantai yang cantik di Penang, dan salah satunya ialah Pantai Batu Ferringhi. Untuk menyaksikan pemandangan laut yang menyamankan, inilah tempat yang cocok buat jiwa anda.

Imej via Foursquare

Anda juga boleh mandi di sini. Alang-alang singgah bermandi-manda, boleh juga anda singgah di Pasar Malam Batu Ferringhi. Memang meriah!

Alamat: Pantai Batu Ferringhi, 11050 Pulau Pinang

#70 Hutan Lipur Bukit Mertajam

Bagi pembaca yang ingin menghirup udara segar sambil mencari ketenangan di hutan lipur, anda boleh lawati Hutan Lipur Bukit Mertajam untuk tujuan tersebut.

hutan lipur bukit mertajam

Imej via airpaz

Ia mempunyai tempat untuk berkelah, laluan hutan untuk mendaki, dan air terjun. Terdapat juga jambatan gantung dan kiosk teh di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis teh Cina serta telur herba.

Alamat: Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Penang

#71 BookXcess Gurney Paragon

Ada ulat buku di sini? Anda pasti teruja jika kami mengatakan yang BookXcess Gurney Paragon ada menjual buku-buku yang berbagai genre. Bukan sahaja berbagai jenis, malah harga yang ditawarkan juga murah.

tempat menari penang

Imej via Foursquare

Kebanyakan buku di sini dijual pada harga yang murah, ada potongan harga sehingga 50 – 80 %! Kami yakin sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, anda pasti rambang mata!

Alamat: 163D-7.06-7.16 & L8.02-8.-5, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

#72 Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Ada pembaca yang sukakan seni? Tidak dinafikan, jika jiwa kita sudah melekat dengan seni, melihat karya seni sahaja sudah mampu beri ketenangan dan kepuasan.

muzium tunku fauziah

Imej via Foursquare

muzium

Imej via Foursquare

Muzium & Galeri Tengku Fauziah merupakan antara muzium yang boleh anda kunjungi. Ianya terletak di dalam USM, jadi singgah sahaja jika anda berada sekitar situ.

Alamat: 808, Jalan Pemimpin, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 9 am – 6 pm

#73 Pak Su Curry House – Kari Kepala Ikan

Pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemari kari kepala ikan, bukan? Restoran Pak Su Curry House merupakan antara yang wajib anda singgah jika berkunjung ke Penang.

pak su curry house @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Lauk lain yang berasaskan masakan kampung juga boleh dipilih di sini. Ulam-ulaman yang segar serta sambal belacan juga jangan dilupa!

Alamat: 230, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Pagar Buluh, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#74 Penang Fun Filled Wax Museum

Tak perlu susah-susah ke London untuk menyaksikan patun lilin di Madame Tusaauds, kerana di Penang, anda boleh ke muzium patung lilin ini – Penang Fun Filled Wax Museum.

mr bean

Imej via Foursquare

Muzium ini mempunyai lebih dari lima puluh model patung lilin. Antara watak lilin yang dipamerkan di sini termasuklah Mr Bean, Ratu Elizabeth II, Jackie Chan, Presiden Obama, Pablo Picasso dan Steve Jobs.

Alamat: Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang

Harga Tiket: RM 10 (Kanak-kanak) | RM 25 (Dewasa) | RM 15 (Warga emas ) | Percuma (OKU)

#75 Taman Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang

Ingin merehatkan minda sambil bersantai bersama keluarga atau rakan? Singgah sahaja di Taman Negeri Bukit Panchor jika anda berada sekitar Nibong Tebal.

taman negeri panchor

Imej via Foursquare

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan jika anda berada di sini. Antaranya termasuklah penjelajahan hutan, aktiviti perkhemahan dan aktivti riadah.

Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 7 pm

#76 Penang Road Famous Teochew Chendul

Cuaca yang panas terik pasti membuatkan tekak anda kering. Untuk menyegarkan tekak, apa kata anda cuba cendol di Penang Road Famous Teochew Chendul ini?

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Cendolnya yang manis dan berlemak membuatkan ramai ketagih dengannya. Di samping itu, ianya juga bersaiz besar. Jadi, lebih menyelerakan!

Alamat:  Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

#77 Ghost Museum

tempat makan penang Ghost Museum Penang
Imej via VGrab

Mungkin anda sudah biasa dengan rumah hantu dan anda individu yang tidak lemah semangat. Bezanya, di sini setiap hantu tidak mengganggu anda. Ia adalah patung hantu yang dihias mewakili jenis hantu dari pelbagai budaya.

Maklumat latarbelakang mereka juga disediakan. Hiasannya tidak kurang menyeramkan. Selain itu, mereka juga menyediakan kostum hantu bagi membolehkan anda merakamkan pengalaman sebagai hantu.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-7pm setiap hari

#78 Penang Street Art

tempat makan penang Penang Street Art
Imej via onlypenang

Jalan-jalan di sekitar Georgetown dihiasi dengan karya seni pelukis-pelukis terkenal. Di sinilah pengunjung merakamkan memori percutian mereka.

Antara kawasan yang boleh anda temui lukisan jalanan ini ialah Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee.

Pelbagai jenis Art lukisan anda dapat jumpa di sini. Kiranya boleh leka juga seharian untuk cuba menghabiskan masa melawat kesemua tempat lukisan ini.

Untuk memudahkan pergerakkan, anda juga bolehlah menyewa basikal yang boleh didapati di kawasan sekitar.

#79 Restoran Anggerik Desa

Teringin hidangan Pantai Timur namun anda berada di penang? Tidak mengapa, singgah sahaja di Restoran Anggerik Desa untuk mencuba hidangan tersebut. Dijamin sedap dan asli!

Imej via Foursquare

Menu-menu lain yang boleh anda nikmati ialah bihun sup celup, nasi dagang dan nasi kerabu. Sangat sesuai dinikmati untuk makan tengah hari mahupun minum petang.

Alamat: 21, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

#80 The Habitat, Bukit Bendera

Tiada yang lebih mendamaikan lebih daripada kecantikan alam semulajadi. Keindahan The Habitat bukan sahaja dianggap satu keajaiban, tetapi melupakan lokasi paling sesuai untuk mendidik generasi muda bagi mengenali flora dan fauna.

Imej via Foursquare

Anda boleh pepohon hijau di Natural Trail sejauh 1.6km, melalui Canopy Walk dan Tree Top Walk untuk menyaksikan pemandangan dari aras tinggi, dan taman-taman yang berbeza tema seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden, dan Fragrant Garden.

Alamat: Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 8pm)

Harga Tiket:RM50 (dewasa 13 – 59 tahun), RM30 (kanak-kanak 3 – 12 tahun), RM30 (pelajar), RM30 (warga emas 60 tahun ke atas), RM70 (Sunset Walk Adult), RM40 (Sunset Walk Children), RM40 (Sunset Walk Student), RM40 (Sunset Walk Senior Citizen)

#81 Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm

Imej via penang

Dengan ladang berkeluasan 25 ekar, Tropical Fruit Farm mempunyai lebih daripada 250 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara meliputi Amerika Selatan, Afrika Tengah, India, Timur Tengah dan banyak lagi.

Selain melihat pokok buah-buahan ini, pelanggan boleh merasai buah segar, makan snek, BBQ, dan minum jus buah-buahan segar dari ladang. Kualiti buah-buahan dan kepentingan alam sekitar dijaga dengan menggunakan baja organik sahaja pada pokok-pokok yang ada. Bahan bukan organik ada digunakan tapi hanya ketika perlu.

Tropical Fruit Farm menyediakan beberapa pakej iaitu Guided Farm Tour, Lunch Buffet/Dinner Buffet, Guided Farm Tour with Lunch Dinner, dan Student Packages.

Alamat: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am-5pm)

Harga Tiket: RM 5 – RM75 mengikut pakej

#82 Batik Painting Museum

Ini adalah muzium batik lukis yang pertama di Malaysia. Batik lukis merupakan seni yang unik di Malaysia dan juga di dunia.

Muzium ini ditubuhkan untuk berkongsi sejarah batik lukis yang sudah wujud sejak tahun 1950an lagi.

Chuah Thean Tong ialah pelukis yang terkenal menggunakan batik lukis dalam lukisannya. Lukisan beliau adalah salah satu daripada 70 batik lukis yang ada di dalam Muzium Lukisan Batik ini. Muzium ini juga menyediakan ruang khas untuk pelukis batik dari luar negara seperti China, Indonesia, dan Thailand.

Alamat: 19, Armenian Street, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (10am – 6pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (pelajar)

#83 Ais Tingkap

Melihat gambar, mungkin anda menyangkakan yangminuman di Ais Tingkap ini merupakan sirap selasih. Tetapi sebenarnya ianya adalah sejenis ais parut yang disediakan ala-ala sirap selasih.

Imej via Foursquare

Minuman yang disediakan di sini memang manis, namun tidaklah melampau. Ianya menyegarkan tekak dan keenakkannya boleh membangkitkan mood sesiapa sahaja. Bikin ketagih!

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm

#84 Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Terapung Tanjung Bungah

Imej via islammaps

Masjid ini adalah lambang Tanjung Bungah. Dengan keluasan 1295 kaki persegi, ia menelan kos sebanyak RM15 juta dan boleh memuatkan sehingga 1500 orang. Ia dipanggil Masjid Terapung kerana kedudukannya yang berada di atas air iaitu kira-kira 300 meter dari pantai.

Antara keunikan masjid ini adalah ia memiliki menara setinggi bangunan 7 tingkat dan dihiasi ukiran kayu jati dan seni khat. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh senibina tempatan dan Timur Tengah. Banyak aktiviti keagamaan dijalankan di masjid ini bagi keperluan penduduk tempatan.

Alamat: Jalan Batu Feringghi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

#85 Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Cheong Fatt Tze Mansion)

tempat makan penang Rumah Agam Cheong Fatt Tze

Imej via bookword

Sesiapa sahaja pasti akan menyukai senibina dan hiasan dalam rumah agam milik Cheong Fatt Tze yang dibina apda abad ke-19. Ia dibina dalam gaya rumah tradisional China iaitu senibina yang berbeza dengan minat ramai orang terhadap senibina moden Inggeris-India ketika itu.

Malah, tukang rumahnya juga dibawa dari Selatan China. Bahan-bahan binaannya juga diimport daripada luar negara. Dengan gaya eklektik, rumah Agam Cheong Fatt Tze memiliki 5 laman dalam.

Rumah agam yang asalnya mahu dijadikan tempat tinggal bagi keturunannya, kini menjadi lokasi bersejarah dan juga hotel butik. Anda pasti mahu berada di sini.

Alamat: 14th Leith Street, 10200 Penang

#86 Jeruk Madu Pak Ali

Ada penggemar jeruk di sini? Kami yakin anda pasti pernah terdengar nama Jeruk Madu Pak Ali, bukan? Ianya merupakan antara kedai jeruk yang paling popular di Penang.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis jeruk yang akan anda temui di sini. Setiapnya juga dijual pada harga yang berpatutan. Alang-alang berjalan di tepi pantai, boleh juga sambil-sambil itu anda makan jeruk ini.

Alamat: 423 & 425, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

#87 Explore Balik Pulau

Balik Pulau adalah sisi lain Pulau Pinang. Di situ terletaknya dusun dan kampung yang amat sesuai untuk berehat dengan aman.

Terokai keindahan kampung dengan menunggang basikal di sekitar kampung di sepanjang sungai, jalan-jalan kampung dan masuk ke dalam dusun buah-buahan tempatan di sekitarnya. Pada bulan Mei sehingga Julai, ada pakej khas untuk menikmati musim durian.

Lawati www.explorebalikpulau.com.my untuk membuat tempahan pakej-pakej yang menawarkan aktiviti menarik di sekitar Balik Pulau bermula dengan RM99 sahaja.

Alamat: 145(U-1) MK B, Sg. Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

#88 Taman Botani Penang (Penang Botanic Garden)

Taman Botani Penang

Imej via aliff.co

Di Pulau Pinang, umum mengenalinya sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang. Letaknya di dalam lembah di kaki bukit hutan hujan tropika yang mempunyai ketinggian 366 kaki.

Menurut laman sesawang rasmi mereka, www.botanicalgardens.penang.gov.my, taman ini terletak di antara aliran mata ir yang membahagikan kawasan tersebut melalui kawasan luas dan beralun berukuran di antara 29 hektar kaki persegi.

Taman ini merupakan lokasi bersejarah yang dibina oleh pihak British pada tahun 1884. Asalnya ia adalah sebuah tapak kuari granit yang lama yang kemudiannya dibangunkan menjadi taman dengan tumbuh-tumbuhan hutan dan landskap.

Taman Botani menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan termasuk kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.

Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 8pm)

Waktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am – 1230pm, 2pm – 430pm), Sabtu dan Ahad (930am – 1230pm, 2pm – 6pm)

Harga tiket: PERCUMA

#89 Originally Bangkok Tomyam

Tomyam merupakan makanan Thai yang digilai oleh ramai orang kita. Kami yakin anda juga menggemarinya, bukan? Untuk mencuba tomyam Thai yang asli, singgah sahaja di restoran originally Bangkok Tomyam.

menu @ Originally Bangkok Tomyam

Imej via Foursquare

Ada tiga jenis tomyam yang disajikan, iaitu Tomyam Po Thek yang menyajikan kuahnya sahaja, Tomyam Seafood dan Tomyam Campur.

Anda juga boleh mencuba menu lain untuk melengkapkan selera anda. Daging masak merah, lala masak pedas dan siakap stim limau merupakan menu yang tidak kurang hebatnya.

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#90 Teluk Duyung (Monkey Beach)

Teluk Duyung

Imej via pelanconganmerdeka

Mari ke Teluk Duyung jika anda mahukan pantai dan ketenangan hembusan bayu laut. Ia amat sesuai untuk dilawati tidak kira pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Teluk Duyung sudah terkenal di kalangan penduduk di sini yang suka berkelah di sepanjang pantainya yang panjang dan berpasir putih. Kepada yang suka berkhemah, anda berpeluang untuk melakukannya di Teluk Duyung kerana ada tapak perkhemahan disediakan.

Ia lebih menyeronokkan kerana tiada laluan darat untuk ke sini. Jadi, anda akan merasai pengalaman menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Teluk Bahang. Walaupun begitu, Teluk Duyung bukanlah sebuah pulau.

Mahu lebih cabaran? Jalan kaki melalui bukit dan hutan.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

#91 Pantai Kerachut

Pantai ini termasuk di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Melihat pantainya yang cantik amat menenangkan terutama jika anda mengambil keputusan untuk pergi melalui hutan.

Keletihan dalam perjalanan amat berbaloi. Lihat juga keindahan pantai dari jeti untuk melihat keindahannya dari sisi yang lain. Melalui hutan adalah cara yang pertama.

Cara kedua lebih mudah iaitu dengan menaiki bot.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

#92 Little India

Little India

Imej via pinterest

Little India di sini menyerupai Little India yang terdapat di Kuala Lumpur. Bila anda berada di sini, anda akan melihat kedai-kedai pakaian yang menjual kain sari, sutera dan kapas yang menjadi ciri-ciri unik India.

Selain restoran-restoran yang menghidangkan makanan India, anda juga disajikan dengan muzik India selama anda berada di sini. Jadi, kunjungan anda di sini penuh warna-warni.

Fesyen dengan warna-warna cerah, tandoori dan tosai, dan makan menggunakan daun pisang. Little India merangkumi 3 jalan iaitu Lebuh Chulia, Lebuh Queen, dan Jalan Pasar.

Alamat: George Town

#93 Straits Quay

Suatu pengalaman baru untuk membeli-belah di hadapan pangkalan khas tempat kapal layar atau marina.

Pengunjung datang ke sini keraba bukan sahaja anda berseronok dapat membeli-belah tetapi anda juga berpeluang mencuci mata dengan pemandangan indah laut dan kapal layar yang berlabuh di sini.

Pada waktu tertentu, ia meriah dengan sambutan perayaan atau peristiwa penting.

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, 10470 Pulau Pinang

#94 Toy Museum Heritage Garden

Toy Museum Heritage Garden

Imej via aliff.co

Kanak-kanak mahu pun dewasa, sesiapa sahaja sukakan permainan. Toy Museum Heritage Garden mendakwa mereka adalah muzium permainan terbesar di dunia. Ini kerana mereka mempunyai lebih daripada 120,000 permainan yang bernilai lebih daripada RM60 juta.

Anda juga pasti berasa teruja melihat patung-patung lilin watak cerita atau hero dan heroin kegemaran yang sebesar manusia.

Alamat: 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM26 (dewasa), RM19 (kanak-kanak)

#95 Asia Comic Cultural Museum

Ada pencinta komik di sini? Kami yakin pasti kebanyakan pembaca di sini membesar dengan komik, bukan? Jika rindukan kenangan zaman kanan-kanak anda, lekaslah singgah di muzium ini jika berpeluang!

museum

Imej via Foursquare

Dibuka sejak tahun 2016, ianya merupakan muzium komik pertama di Asia!  Muzium ini memaparkan komik dari perang hingga sekarang, ilustrasi kartun 3D dan watak komik popular seperti Ultraman dan Masked Rider.

Alamat: 2nd level ICT Mall, Komtar,, 10000 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (11 am – 7 pm) manakala hujung minggu (11 am – 9 pm)

#96 Kedai Nasi 7 Benua

Imej via Foursquare

Anda mesti pernah terlihat gambar nasi berlainan warna yang viral di media sosial, bukan? Ianya merupakan nasi 7 benua dan anda boleh mencubanya di Koo Boo Cafe di Penang!

Ianya merupakan gabungan Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

#97 Made in Penang Interactive Museum

Sukakan muzium 3D? Muzium Made in Penang Interactive ini merupakan antara yang wajib anda serbu jika berpeluang ke Penang.

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Tarikan utama di sini ialah pameran seni 3D yang memaparkan beberapa tarikan pelancongan seperti tempat dan makanan popular di Pulau Pinang. Memang cantik, rugi jika anda tak bergambar dengannya!

Alamat:  3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

#98 Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang

Jurassic Research Centre
Imej via hype
tempat makan penang Jurassic Research Centre
Imej via penangOnly

200 dinasour ‘dihidupkan’ kembali! Kanak-kanak pasti menyukai replika dinasour bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. Memang menarik melihatnya di komtar iaitu antara mercu di Penang.

Harga Tiket: RM58 (dewasa), RM48 (Kanak-kanak),

Alamat: TheTop@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-1215am setiap hari

#99 Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Imej via Foursquare

Sukakan ikan bakar yang segar? Inilah dia salah satu restoran yang terkenal dengan ikan bakar yang berkualiti – Ikan bakar Adnan Bin Hassan.

Ikan bakar di sini disajikan bersama air asam yang istimewa, menjadikan ianya lebih sedap berbanding biasa. Isi ikan yang lembut juga merupakan bonus utama hidangan ini. Rugi tak cuba!

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#100 Penang House of Music

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang muzik tradisional dari tahun 1930-an, apa kata anda singgah di Penang House of Music ini?

tempat menarik penang

Imej via Foursquare

Anda dapat meningkatkan dan mengembangkan pemahaman muzik anda dengan paparan instrumen muzik yang lama seperti radio lama dan recorder.

Alamat: KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

Harga tiket: Percuma buat kanak-kanak bawah 5 tahun | Kanak-kanak umur melebihi 5 tahun -RM15.00 | Pelajar -RM15.00 |Warga emas 60 tahun ke atas -RM15.00 | Dewasa -RM 20.00

Artikel Tempat Menarik Lain

Sudah jumpa tempat menarik di Penang yang ingin dilawati?Selain Pulau Pinang, kami juga menulis artikel untuk tempat menarik yang lain. Manalah tahu jika anda berminat untuk ke sana di lain masa.

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.