Hong Kong merupakan wilayah pentadbiran khas China yang terletak di bahagian Tenggara China. Dengan keluasan seluas 426 batu persegi (1104 km persegi) bandar ini merupakan salah satu pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Hong Kong.

1. Victoria Peak

Victoria Peak merupakan tempat terbaik untuk pelancong menikmati pemandangan bandar Hong Kong secara menyeluruh dari atas. Dengan ketinggian 554 meter di atas paras laut, Victoria Peak merupakan puncak tertinggi di Hong Kong.

Pemandangan yang sangat indah ini menjadikan Victoria Peak sebagai tempat tumpuan pelancong. Pada waktu siang, anda akan terpukau melihat deretan bangunan pencakar langit, bukit-bukau serta Victoria Harbour. Pada waktu malam keindahan pemandangannya diserikan lagi dengan cahaya lampu pada setiap bangunan tersebut.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

2. Madame Tussauds

Madame Tussauds adalah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia ini. Pengasas Madame Tussauds adalah seorang artist terkenal di Perancis dan seluruh dunia. Madame Tussauds Hong Kong dibuka sejak tahun 2000 dan menjadi Madame Tussauds pertama di Asia.

Sebanyak kira-kira 100 patung lilin selebriti dipamerkan di situ. Di antaranya Jackie Chan, One Direction, Angelina Jolie, Nicole Kidman, Amitab Bachan, Lagy Gaga, dan Barrack Obama.

tempat menarik di hong kong

Sumber Gambar:tempat menarik

 3. Disneyland Hong Kong

Disneyland merupakan tempat yang wajib anda kunjungi ketika melancong di Hong Kong. Apabila berada di sana, anda seolah-oleh berada di dunia khayalan apabila ditemani dengan Mickey Mouse dan rakan-rakan Disney yang lain.

Terdapat 7 taman tema di dalam Disneyland Hong Kong iaitu Adventureland, fantasyland, Grizzly Gulch, Main Street USA, Mystic Point, Tomorrowland, dan Toy Story Land.  Di antara tarikan di sini ialah Jungle River Cruise, Karibuni Marketplace, Lili Tiki, Raft to Tarzan’s Treehouse, dan banyak lagi.

tempat menarik di hong kong

Sumber Gambar:tempat menarik

4. Ocean Park Hong Kong

Hong Kong Ocean Park merupakan taman tema yang popular di Hong Kong. Anda boleh menghabiskan masa seharian di sini sambil mengambil pengalaman melihat binatang seperti penguin, ikan lumba-lumba, singa laut serta pelbagai lagi hidupan mamalia.

Ocean Park terletak di bahagian selatan pulau Hong Kong. Dengan keluasan 170 ekar, ia merupakan salah satu daripada taman laut terbesar di dunia. Terdapat pelbagai pertunjukan mengikut masa yang telah ditetapkan.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

5. The Avenue of Star Hong Kong

The Avenue of Star terletak di bahagian timur Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ianya dibina untuk mempamerkan industri filem tempatan dari aspek sejarah, artis dan orang yang bekerja di sebalik tabir dalam pembikinan filem.  Ianya menyerupai Avenue of Star di Hollywood, USA.

Di antara yang dipamerkan di sini ialah:

  • Arca Bruce Lee, Anita Mui, McDull dan patung Anugerah Filem Hong Kong
  • Plak cap tangan 20 bintang
  • Pameranema
  • Sebuah mural yang menggambarkan pelbagai adegan filem klasik
tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

6. Tsim Sha Tsui

Tsim Sha Tsui terkenal sebagai pusat membeli belah yang terletak di selatan semenanjung Kowloon. Ia juga tempat menarik di Hong Kong yang paling banyak dilawati. Terdapat banyak kedai, pusat membeli-belah, restoran serta bangunan pejabat di situ.

Anda boleh bersiar-siar di sepanjang jalan dan merasai sendiri suasana bandar Hong Kong. Nathan Road merupakan jalan utama di kawasan Tsim Sha Sui. Dari Nathan Road anda boleh berjalan-jalan sambil melihat pelbagai barangan berjenama yang dijual di situ. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan Nathan Road.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

7. Ladies Market dan Temple Street Night Market

Tempat ini merupakan pusat membeli-belah yang menjual barang-barang seperti cenderahati, pakaian, aksesori dan lain-lain lagi. Semasa melancong ke Hong Kong, anda boleh ke sini untuk melihat suasana pasar di Hong Kong serta melihat sendiri kemeriahan dan suasana mereka berniaga. Di sini juga anda boleh mengasah kemahiran tawar-menawar ketika mahu membeli barang. Berhati-hati ketika berurus niaga agar tidak ditipu oleh mereka.

tempat menarik di hong kong

Sumber Gambar: tempat menarik

8. The Star Ferry

The Star Ferry merupakan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China. Walau pun pulau dan tanah besar itu kini telah dihubungkan dengan terowong bawah tanah, namun perkhidmatan feri tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.

Apabila melancong di Hong Kong, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menaiki feri tersebut. Anda boleh menikmati pemandangan Hong Kong yang begitu indah.

tempat menarik di hong kong

Sumber Gambar: tempat menarik

9. A Symphony of Lights  di Avenue of Stars

Persembahan “A Symphony of Lights” mencipta rekodnya tersendiri apabila disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai persembahan lampu terbesar di dunia. Terdapat sebanyak 45 banggunan pencakar langit sepanjang Skyline Hong Kong dan setiap banggunan akan menembak lampu laser ke arah Victoria Harbor sambil diiringi dengan muzik.

Pertunjukan ini diadakan setiap hari pada pukul 8 malam (selagi tiada amaran taufan) dan berlangsung selama 14 minit. Anda disarankan untuk datang lebih awal supaya dapat memilih sudut yang baik untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukkan tersebut.

Persembahan lampu diiringi dengan muzik ini amat memukau hati setiap pengunjung. Saya cadangkan para pelancong yang ke Hong Kong jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati sendiri persembahan ini. Ia pasti membuatkan anda teruja melihat keindahan cahaya-cahaya lampu pada setiap banggunan yang terpancar sambil diiringi dengan alunan muzik.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

10. Duckling

Tak sah jika anda ke Hong Kong dan tidak mencuba kapal awesome ini. Ibarat anda sampai di Venice dan tidak mencuba gondola ikonik mereka. Duk Ling membawa maksud clever duck adalah kapal traditional yang sangat ikonik di Hong Kong dan beroperasi di Victoria Harbour. Memang seronok melihat keindahan dan kepesatan bandar Hong Kong dari atas kapal ini.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

11. Sky100 Hong Kong Observation Deck

Nikmati pemandangan dari tingkat ke 100 International Commerce Center, West Kowloon Hong Kong. Dikhabarkan, anda akan dapat pemandangan terbaik Hong Kong di sini. Jadi berbaloi untuk anda luangkan masa di sini.

tempat menarik di hong kong

Sumber: tempat menarik

Itulah dia 11 tempat menarik di Hong Kong yang ingin kami kongsikan kepada anda. Menarik kan? Jom kita bercuti ke Hong Kong.

Jemput juga baca artikel tempat menarik penulisan kami seperti tempat menarik di Perth, tempat menarik untuk honeymoon dan tempat menarik di Singapore.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.