Mencari tempat menarik di Kuala Terengganu? Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, dan tarikan pelancongan di sini merupakan tarikan utama. Setibanya musim cuti, pasti ramai pengunjung di sini.

Ini membuktikan yang Kuala Terengganu memang popular. Jadi, berikut kami senaraikan 26 tempat menarik di Kuala Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!

Masjid Kristal

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima P’erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 11 pm

Siapa sahaja yang tak kenal Masjid Kristal? Ianya merupakan antara masjid yang cukup tersohor namanya bukan sahaja di Terengganu, malah di Malaysia.

masjid kristal - tempat menarik kuala terengganu
Imej via Foursquare

Terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, masjid ini diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal.

Ianya boleh memuatkan 1500 jemaah dan kos pembangunannya mencecah $80 juta. Sehingga kini, masjid ini kekal menjadi antara tarikan utama di KT.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Alamat: 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang turut dikenali dengan nama Terengganu Drawbridge ini juga merupakan antara tempat menarik di Kuala Terengganu.

terengganu drawbridge - tempat menarik kuala terengganu
Imej via Foursquare

Siap dibina pada tahun 2019, ianya mempunyai kepanjangan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter.

Jambatan angkat ini merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara. Tidak hairanlah namanya sentiasa disebut-sebut!

Pantai Batu Buruk

Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu

Kuala Terengganu sememangnya kaya dengan pantai yang cukup cantik. Salah satu pantainya ialah Pantai Batu Buruk.

Pantai yang cantik dan bersih, angin laut yang sentiasa bertiupan dan bunyi ombak menenangkan membuatkan ia sempurna untuk berkelah.

pantai battu buruk - tempat ,menarik kuala terengganu
Imej via Foursquare

Kemudahan dan hiburan di sini juga ada banyak. Ada yang menjual makanan dan cenderahati, ada juga yang membuat pertunjukan wau. Memang best!

Pantai ini juga dilengkapi dengan buaian yang diburu pengunjung untuk sesi bergambar. Jadi, jangan lupa untuk bergambar di sini, pasti cantik.

Muzium Negeri Terengganu

Alamat: 20566 Bukit Losong, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am – 5 pm

Juga dikenali dengan nama Muzium Losong oleh penduduk tempatan, Muzium Negeri Terengganu ini merupakan antara tempat yang wajib anda lawati.

muzium negeri terengganu
Imej via Foursquare

Dibina pada tahun 1976, reka bentuk bangunan ini kelihatan seperti rumah tradisional, cukup cantik dan klasik.

Muzium ini memuatkan paparan bersejarah berkaitan dengan negeri Terengganu dan ini termasuklah dengan Batu Bersurat.

Tiket masuknya juga murah, sekitar RM 2-5 untuk pelancong tempatan dan RM 10 – 15 untuk pelancong asing.

Pantai Pandak

Alamat: 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Setibanya musim banjir, pasti ramai penduduk tempatan yang tertunggu-tunggu untuk mengutip kerang-kerang yang terdampar di pantai ini.

pantai pandak - tempat menarik kuala terengganu
Imej via Foursquare

Terletak di Kampung Aur, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti perkelahan dan bermandi-manda. Suasana yang cukup santai pasti sesuai untuk merehatkan minda.

Selain itu, gerai makanan yang menyajikan lauk goreng tepung juga ada di sini. Alang-alang singgah di pantai, kunjungilah gerai-gerai ini untuk menjamu selera.

Kampung China

Alamat: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Kampung China yang juga dikenali dengan nama Chinatown ini juga adalah antara tempat menarik di Kuala Terengganu.

Kampung China ini boleh dikatakan sebagai tarikan sejarah di KT kerana kawasan ini adalah salah satu penempatan awal Cina di Asia Tenggara.

chinatown kuala terengganu
Imej via Foursquare

Walaupun kawasannya kecil, Kampung China ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Ianya juga cantik, sesuai dijadikan tempat bergambar!

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Alamat: Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am – 5 pm

Tercari-cari pusar sains di Kuala Terengganu? Sambil melancong, singgah sahaja di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu ini.

pusat sains terengganu
Imej via Foursquare

Ada banyak paparan interaktif yang pasti akan menarik minat anak-anak anda dalam bidang sains & teknologi.

Galeri d sini juga ada banyak. Ada galeri tentang kitar semula, kejuruteraan dan ada juga taman permainan indoor.

Puncak Bukit Maras

Alamat: 21020 Kuala Terengganu, Terengganu

Ada yang teringin untuk mendaki bukit? Di Kuala Terengganu, Puncak Bukit Maras adalah kawasan mendaki bukit yang paling terkenal.

puncak bukit maras kuala terengganu
Imej via Foursquare

Bukan sahaja sesuai untuk aktiviti mendaki bukit, malah aktiviti paragliding atau payung terjun juga ada di sini.

Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan di sini. Kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan pemandangan yang cukup cantik di Bukit Maras.

Pulau Warisan Kuala Terengganu

Alamat: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 12 am

Nama pun ‘pulau warisan’, semestinya ianya adalah antara tarikan pelancongan utama di Kuala Terengganu.

i-city terengganu
Imej via Foursquare

Kawasan ini juga turut digelar i-City Terengganu disebabkan suasana malamnya yang seakan-akan i-City di Shah Alam.

Lampu berwarna warni membuatkan kawasan ini kelihatan cukup cantik dan meriah pada waktu malam, sesuai dijadikan tempat bergambar!

Pasar Besar Kedai Payang

Alamat:  no. 11 pasar besar kedai payang, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 am – 6 pm

Alang-alang singgah melancong di Kuala Terengganu, aktiviti membeli-belah dan memborong cenderahati pasti tidak dilupakan.

pasar payang
Imej via Foursquare

Untuk itu, singgah sahaja di Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini menjual pelbagai hasil kraftangan dan hidangan Terengganu yang semestinya asli.

Kuih-muih tradisional Terengganu serta kain baik Terengganu terjual dengan cukup laris. Jadi, jangan lupa untuk merebutnya!

Pantai Mengabang Telipot

Alamat: Kampung Teliput, Kuala Terengganu, Terengganu

Kuala Terengganu cukup terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan bersih. Salah satunya ialah Pantai Mengabang Telipot.

pantai mengabang telipot
Imej via Foursquare

Pantai ini mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik, sesuai bagi sesiapa yang ingin merehatkan minda.

Bukan itu sahaja, gerai lauk celup tepung yang paling popular di Terengganu iaitu Warung Pok Nong juga terletak berhampiran dengannya. Jangan lupa singgah!

Pulau Lang Tengah

Alamat: Lang Tengah Island, 21300 Lang Tengah

Ini merupakan antara pulau yang ternama di Kuala Terengganu – Pulau Lang Tengah.

pulau lang tengah
Imej via Foursquare

Pulau ini bukan sahaja terkenal dengan lautnya yang biru dan bersih, malah persekitarannya juga cukup menenangkan.

Tempat penginapan bertaraf tinggi juga ada banyak di sini. Rata-ratanya juga mendapat ulasan yang positif, memang terbaik!

Kuala Terengganu Waterfront

Alamat: Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Juga dikenali dengan nama KT Waterfront, lokasi ini juga adalah antara tempat menarik di Terengganu yang wajib anda lawati.

Ianya merupakan taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang awam dan sesuai dijadikan tempat berehat.

kt waterfront
Imej via Foursquare

Salah satu tarikan di sini ialah medan selera dan kedai makan yang sedap- sedap. Semestinya hidangan lauk goreng tepung ada disajikan, jadi anda wajib cuba!

Tasik Pepsi Blue

Alamat: Jalan Medan Jaya, Kampung Rusila, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Kami yakin anda pasti terbiasa melihat gambar tasik biru yang viral di media sosial, bukan? Salah satunya terletak di Kuala Terengganu.

pepsi blue rusila
Imej via Foursquare

Bertempat di Rusila, tasik ini asalnya merupakan tapak aktiviti perlombongan, namun aktiviti tersebut sudah dihentikan.

Airnya yang berwarna biru kehijauan ini berjaya menarik perhatian ramai warga tempatan dan luar.

Kota Lama Duyung

Alamat: Unnamed Rd,, Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am – 5 pm

Kota Lama Duyung atau Duyung Old Fort adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di Pulau Duyung.

kota lama duyong
Imej via Foursquare

Ianya siap dibina pada tahun 1920, dan ini bermaksud bahawa rumah ini sudah berusia lebih 100 tahun. Memang klasik!

Reka bentuk rumah yang tradisional dan suasana kampung yang aman membuatkan ramai pelancong senang hati semasa melawat rumah ini.

Masjid Terapung

Alamat: 1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 am – 10 pm

Tidak dinafikan, masjid-masjid di Terengganu memang cantik-cantik belaka. Salah satu masjid yang popular di sini ialah Masjid Terapung.

masjid terapung kuala terengganu
Imej via Foursquare

Terletak di Kuala Ibai, masjid yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai ini dibina pada tahun 1994.

Ianya yang juga dikenali dengan nama Masjid Tengku Tengah Zaharah mampu memuatkan dalam 1000 jemaah sekaligus.

Noor Arfa Craft Complex

Alamat: NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 5.30 pm manakala Jumaat 9 am – 1 pm, 2 – 5.30 pm

Satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang menjual barangan kraf Terengganu ialah Noor Arfa Craft Complex.

noor arfa craft complex - tempat menarik kuala terengganu
Imej via Foursquare

Ianya menjual batik Terengganu yang bikin ramai rambang mata. Jumlah jenama batik yang ada di sini juga lebih 70, sangat menarik!

Batik di sini juga menggunakan kaedah tradisional atau mencanting, jadi kualitinya memang tinggi.

Taman Tamadun Islam

Alamat: Pulau Wan Man Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 7 pm

Taman Tamadun Islam atau Taman Tamadun Islam adalah taman outdoor yang memaparkan kegemilangan tamadun Islam sebagai temanya.

taman tamadun islam terengganu
Imej via Foursquare

Ianya juga merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia, jelas membuktinya yang ianya adalah tarikan utama di sini.

Dibuka sejak 2008, ada banyak replika masjid di seluruh dunia yang ada di sini. Masjid Al-Nabawi, Masjidil Haram dan Kalyan Minaret merupakan antaranya.

Pulau Bidong

Alamat: Pulau Bidung Laut, Kuala Terengganu, Terengganu

Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai bandar Terengganu.

pulau bidong
Imej via Foursquare

Menurut sejarah, pulau ini pernah menempatkan pelarian Vietnam sekitar tahun 1978 hingga 1991.

Kini, pulau ini menjadi tarikan pelancongan di KT. Airnya yang jernih dan pasir yang memutih ini berjaya mencuri hati ramai pengunjungnya.

Istana Syarqiyyah

Alamat: 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecualu Selasa dan Jumaat, 9 am – 5 pm

Istana Syarqiyyah adalah istana yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.

istana syarqiyyah
Imej via Foursquare

Istana ini adalah istana utama Sultan Terengganu dan semua upacara rasmi akan berlangsung di sini.

Ianya juga kerap dipenuhi dengan pengunjung yang bergambar di luar kawasannya.

Kampung Bukit Tok Beng

Imej Via [ Kampung Bukit Tok Beng]

Alamat: 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

Tak sahlah jika singgah di Kuala Terengganu namun tidak memborong keropok lekornya.

Kampung Bukit Tok Beng adalah kawasan perkampungan yang sangat dikenali sebagai tempat popular yang menjual keropok lekor.

Semestinya kualiti keropok lekor di sini terbaik dan ianya juga asli. Jangan lupa beli borong untuk mengubati rindu terhadap KT nanti.

Turtle Alley

Alamat: 219, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Ini merupakan salah satu tarikan di Chinatown – Turtle Alley. Ia merupakan kawasan dinding yang dihiasi dihiasi dengan mosaik penyu.

iMEJ VIA fOURSQUARE

Disebabkan kecantikan mozaik penyu di sini, ianya juga sesuai dijadikan tempat bergambar untuk para pengunjung.

Selain itu, gerai-gerai makan yang menyajikan hidangan enak-enak juga boleh didapati sekitar sini.

Jeti Bot Penambang Seberang Takir

Alamat: 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Bagi yang tertanya-tanya, bot penambang adalah pengangkutan tradisi masyarakat Terengganu.

jeti bot penambang seberang takir
Imej via Instagram

Anda juga boleh merasai pengalaman menaikinya, singgah sahaja di Jeti Bot Penambang Seberang Takir ini.

Ada banyak bot penambang yang disediakan dan harga yang ditawarkan oleh pengusahanya juga sangat berpatutan!

Bukit Panorama

Alamat: Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 7 pm, 8 – 11 pm

Ada yang menggemari aktiviti mendaki bukit di sini? Jika anda menggemarinya, singgah sahaja di Bukit Panorama untuk tujuan itu.

bukit panorama
Imej via Foursquare

Bukit Panorama ini merupakan antara tempat mendaki bukit yang menjadi tarikan para pengunjung.

Dari puncak, anda boleh melihat pemandangan Kuala Terengganu yang cantik. Paling menarik, ada gerai makan di puncak bukit ini!

Pusat Budaya Kraf Terengganu

Imej Via[ Pusat Budaya Kraf Terengganu]

Alamat: Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Pusat Budaya Kraf Terengganu ialah antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang patut anda singgah.

Ianya menempatkan hasil kraftangan seperti batik, songket, barangan tembaga yang cukup klasik.

Anda juga boleh melihat sendiri proses menenun songket dan melukis batik yang ditunjukkan oleh para pekerja di sini.

Pantai Seberang Takir

Imej Via[ Pantai Seberang Takir]

Akhir sekali, tempat menarik di Kuala Terengganu ialah Pantai seberang takir. Pantai ini merupakan salah satu tempat popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pantai ini mempunyai keindahan yang tersendiri iaitu seperti berada di luar negara. Bagi mereka yang mencari tempat untuk mengambil gambar, boleh datang ke sini bersama kawan kawan dan keluarga. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Teruja untuk mengunjungi tempat menarik di Kuala Terengganu yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja untuk melancong di sini.

Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.

Penulis: nadiah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.