Mencari taman tema air di Malaysia? Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian yang mempunyai pelbagai tarikan. Antara tarikan tersebut ialah taman tema air yang selamat dan menyeronokkan.

Masih tercari-cari taman tema air untuk anda tuju sempena percutian? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 15 taman tema air di Malaysia. Teruskan membaca!

#1 Sunway Lagoon

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 6 pm

Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang Sunway Lagoon? Ianya merupakan taman tema air yang popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara! Taman tema air berkeluasan 88 ekar ini juga mempunyai lebih daripada 80 tarikan.

sunway lagoon - taman tema air di malaysia
Imej via Sunway Lagoon

Antara tarikan istimewa di sini ialah Vuvuzuela, luncur air yang terbesar di dunia. Berkepanjangan 152 meter, luncur air ini boleh dinaiki oleh pengunjung berketinggian 110 cm sahaja.

Tarikan lain seperti Little Zimbabwe dan Surf Beach pula sesuai dan slamat untuk kanak-kanak. Harga tiket di sini ialah RM 133 untuk dewasa (13 tahun ke atas) dan RM 108 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan RM 108 untuk warga emas (60 tahun ke atas).

#2 Bangi Wonderland

Alamat: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Bagi pengunjung yang berada sekitar Bangi atau Kajang, antara taman tema air terdekat yang boleh anda singgah ialah Bangi Wonderland. Ada banyak tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa di sini.

Antara tarikannya ialah Water Cannon. Untuk tarikan ini, anda akan duduk di atas ‘meriam’ dan kemudian anda akan ditolak seolah-olah ditembak dan meluncur ke dalam kolam. Kedengaran menarik, bukan?

bangi wonderland
Imej via Foursquare

Tarikan lain pula termasuklah Wonder Loop, Magic Funnel, Meander River dan banyak lagi. Harga tiketnya ialah RM 45 untuk kanak-kanak dan RM 55 untuk dewasa.

#3 Taman Tema Air Gold Coast Morib

Alamat:  PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT Mukim, 42700 Banting, Selangor

Alang-alang berada sekitar Banting, singgah sahaja bermalam di Gold Coast Morib Resort. Di resort ini, terdapat taman tema air yang menarik iaitu Taman Tema Air Gold Coast Morib.

gold coast morib water park taman tema air di malaysia
Imej via Foursquare

Ianya bukan sahaja dibuka untuk penginap resort ini, malah orang awam juga boleh singgah bermandi-manda di sini. Harga tiketnya ialah RM 25 untuk dewasa (12 tahun dan ke atas) dan RM 12 untuk kanak-kanak (2 – 11 tahun).

#4 Taman Tema Air Wet World Shah Alam

Alamat:  No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad, 10 am – 6 pm

Di Shah Alam, taman tema air ini boleh dikatakan merupakan antara tarikan utama di sini. Tiba sahaja hujung minggu, pasti taman tema air ini akan dipenuhi oleh ramai pengunjung, memang meriah.

wet world water park shah alam
Imej via Wet World Water Park

Hal ini disebabkan oleh tarikan di taman tema air ini yang cukup berbagai. Tarikan paling popular ialah Super Hurricane, gelongsor terbaru di taman tema air ini yang selamat dan menyeronokkan untuk anda cuba.

Selain itu, anda juga boleh mencuba tarikan lain. Antaranya ialah Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean River dan Whirlwind Escape. Rata-ratanya juga sesuai dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa.

Harga tiket di sini ialah RM 37 untuk dewasa berketinggian 130 cm dan ke atas, RM 30 untuk kanak-kanak berketinggian 90 – 120 cm. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm pula mendapat kemasukan percuma.

#5 Gambang Water Park

Alamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin – Khamis 11 am – 6 pm, Jumaat – Ahad 10 am – 6 pm

Terletak di Gambang, Gambang Water Park ini merupakan antara taman tema air di Malaysia yang cukup terkenal. Tarikan utama di sini ialah gelongsor air yang berkelajuan tinggi yang sangat menyeronokkan.

gambang water park
Imej via Gambang Water Park

6 Lane Racer adalah antara tarikan yang mencuri perhatian ramai. Ianya adalah gelongsor air yang boleh dinaiki 6 orang serentak di lorong gelongsor yang berbeza.

Selain itu, anda juga boleh bersantai di Coco Beach, menaiki pelampung dan menuruni gelongsor di Family Raft Ride dan banyak lagi. Harga tiket ialah RM 28 untuk dewasa (13-59 tahun), RM 18 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).

#6 Taman Tema Kubang Gajah

Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 7.30 pm

Di Termeloh, antara tarikan pelancongannya ialah Taman Tema Kubang Gajah. taman tema air ini sesuai dikunjungi oleh keluarga disebabkan oleh persekitarannya yang santai.

kubang gajah waterpark
Imej via Foursquare

Airnya yang tidak terlalu dalam serta tarikan seperti gelongsor air serta taman permainan merupakan antara punca taman tema air ini sentiasa menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Harga tiket untuk dewasa ialah RM 12 manakala untuk kanak-kanak ialah RM 10. Gelongsor air di sini juga selamat digunakan untuk kanak-kanak dan berketinggian sederhana, jadi anda tidak perlu risau soal keselamatan.

#7 Jengka Wonderland

Alamat:  PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm

Satu lagi taman tema air di Pahang yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan ialah Jengka Wonderland. Terletak di Bandar Tun Razak, ia merupakan taman tema air pertama yang dibina di kawasan Felda.

jengka wonderland
Imej via Facebook

Tarikan-tarikan di sini ialah kolam pantai, kolam sungai dan kolam gelongsor. Anda boleh menaiki perahu dayung di kolam pantai. Gelongsor di sini juga berbagai, ada yang boleh digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak.

Harga tiketnya ialah RM 12 untuk dewasa, RM 10 untuk kanak-kanak dan RM 8 untuk warga emas. Perahu dayung juga boleh disewa oleh pengunjung secara percuma.

#8 Taman Tema ESCAPE

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Tertanya-tanya gelongsor air terpanjang di dunia terletak di mana? Bukan di luar negara, tetapi di dalam negara kita. Ianya terletak di Taman Tema ESCAPE, taman tema di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

escape penang
Imej via Foursquare

Ada lebih 40 tarikan di sini. Semestinya gelongsor air berkepanjangan 1111 meter ini menjadi tumpuan. Ianya boleh dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa dengan syarat umur minimum 4 tahun. Selamat dan semestinya menyeronokkan!

Harga kemasukan ialah RM 48.50 untuk kanak-kanak dan RM 73.50 untuk dewasa. Seandainya ada harga promosi, anda boleh mendapatkan harga tiket yang jauh lebih murah, memang berbaloi.

#9 Taman Tema Air Adventure Desaru Coast

Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Taman Tema Air Adventure Desaru Coast adalah salah satu taman air terbesar di dunia. Salah satu kolam pantainya iaitu Tidal Wave Beach juga merupakan antara kolam terbesar di dunia.

desaru coast
Imej via Foursquare

Antara tarikan di sini ialah Riptide, Kids Ahoy, Beachside Cabanas, Surfwall dan Kraken’s Revenge. Setiap tarikan ini menjanjikan keseronokan yang tidak terkira untuk rakan-rakan dan keluarga.

Harga tiket kemasukan ke taman tema air ini ialah RM 56 untuk kanak-kanak dan warga emas dan RM 76 untuk dewasa. Sangat berbaloi dengan tarikannya yang bertaraf dunia!

#10 Austin Heights Water & Adventure Park

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Rata-rata taman tema air mempunyai tarikan yang hampir sama seperti gelongsor air. Namun, berlainan pula dengan taman tema Austin Heights Water & Adventure Park.

austin waterpark jb
Imej via Foursquare

Terletak di Johor Bahru, taman tema yang luas ini mempunyai tarikan-tarikan menarik. Antaranya ialah sprinklers, baldi gergasi, senapang air dan gelongsor air yang berbagai ketinggian.

Bagi yang berketinggian 120 cm ke atas, harga tiket ialah RM 80 manakala yang berketinggian 120 cm ke bawah, harga tiket ialah RM 70. Untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, harga tiket ialah RM 70.

#11 Taman Tema Air LEGOLAND

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Nusajaya, Johor

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad, 10 am – 5 pm

Bagi yang menetap di Johor, pasti nama taman tema air ini sudah tidak asing lagi buat anda, bukan? Taman tema air bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia ini juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di Johor.

legoland johor bahru taman tema air malaysia
Imej via Foursquare

Terdapat lebih 20 gelongsor dan permainan air yang ada di sini. Gelongsor airnya juga selamat untuk dinaiki, jadi anda tak perlu risau. Gelongsor Splash N Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di sini adalah tarikan yang paling istimewa.

Harga tiketnya ialah RM 104 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak. Sangat berbaloi dengan tarikan-tarikan menarik yang ditawarkan di sini.

#12 Taman Tema Air Lost World of Tambun

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Lost World of Tambun adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia. Lokasinya juga cukup strategik kerana ianya terletak berhampiran dengan bandar Ipoh.

lost world tambun
Imej via Lost Word of Tambun

Taman tema ini juga dilengkapi oleh taman tema air. Antara tarikan di sini termasuklah Sandy Bay, Tube Rider, Cliff Racer dan Adventure River. Kolam di sini juga luas, memang sesuai untuk tujuan bersantai. Untuk kanak-kanak, mereka boleh bermandi-manda di Kids Exploraby.

Harga tiket untuk dewasa ialah RM 56, untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan berketinggian lebih 90 cm  ialah RM 49 dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm.

#13 Taman Tema Melaka Wonderland

Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Jumaat 11 am – 7 pm manakala Sabtu – Ahad 10 am – 7 pm

Sambil bercuti di Melaka, singgah sahaja bermandi-manda di taman tema air yang cukup tersohor namanya di Melaka – Taman Tema Melaka Wonderland. Taman tema air ini mula beroperasi sejak tahun 2010 lagi.

melaka wonderland
Imej via Foursquare

Terdapat 11 tarikan di taman tema air ini. Antara yang popular ialah Tornado Chaser, gelongsor air yang berpusing dan Kamikaze Racer, gelongsor air 6 lorong yang membolehkan pengunjung berlumba untuk menuruninya.

Untuk hari minggu, harga tiket ialah RM 36 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak. Untuk hujung minggu, harga tiket ialah RM 40.50 untuk dewasa dan RM 34 untuk kanak-kanak.

#14 Taman Tema Air A’Famosa

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Di Alor Gajah pula, Taman Tema Air A’Famosa merupakan taman tema air yang sentiasa dikunjungi penduduk dan pengunjung di sini. Ianya juga merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia, sangat mengagumkan!

a famosa water world taman tema air di malaysia
Imej via Foursquare

Nama pun taman tema air terbesar, semestinya tarikan di sini berbagai. Antara yang menarik ialah Ice Cream, gelongsor air berbentuk aiskrim yang terpanjang di Asia Tenggara. Tarikan lain seperti Hula Hula, Wave Pool dan Family Raft juga turut menjadi kegemaran ramai.

Untuk harga tiket, harga tiket bagi dewasa ialah RM 45 manakala untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan berketinggian 90 cm ke atas ialah RM 36. Sangat berbaloi dengan tarikannya yang bervariasi.

#15 The Carnivall Waterpark

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 7 pm

Terletak di Resort Cinta Sayang di Sungai Petani, The Carnivall Waterpark ini adalah antara taman tema air di Kedah yang sering diserbu ramai. Taman tema air yang luas ini memang sesuai disinggah oleh keluarga untuk meluangkan masa.

the carnivall
Imej via Foursquare

Tarikan-tarikan menarik di sini ialah Twister, Splash Mansion, Tornado Twist, Mushroom Fall dan Boomerang Fall. Rata-ratanya ialah gelongsor air yang memang menyeronokkan, jadi jangan lupa untuk menaiki kesemuanya.

Untuk hari minggu, harga tiketnya ialah RM 24 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak-kanak. Pada hujung minggu, harga tiketnya ialah RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak.

Artikel Menarik Lain

Anda pasti teruja setelah membaca senarai taman tema air di Malaysia ini, bukan? Semuanya mempunyai tarikan tersendiri, jadi singgah sahaja mana-mana yang berdekatan dengan anda.

Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.

Penulis: hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.