25 Tempat Menarik di Shah Alam Yang Wajib Anda Kunjungi
Mencari tempat menarik di Shah Alam? Shah Alam adalah antara bandar di Selangor yang membangun dengan pesat. Tarikan di sini juga ada banyak. Tempat makan…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Mencari tempat menarik di Shah Alam? Shah Alam adalah antara bandar di Selangor yang membangun dengan pesat.
Tarikan di sini juga ada banyak. Tempat makan yang sedap-sedap merupakan antara punca ianya kerap dibanjiri dengan pengunjung.
Tempat yang menarik untuk dilawati juga tidak terkecuali. Untuk itu, berikut kami senaraikan 25 tempat menarik di Shah Alam untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Taman Botani Shah Alam
Alamat: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Taman Botani Negara Shah Alam adalah tempat rekreasi yang merupakan habitat flora dan fauna di Shah Alam.

Imej via Foursquare
Juga merupakan habitat flora dan fauna, taman botani ini ditubuhkan pada tahun 1986 dan merupakan taman botani terbesar di dunia.
Untuk masuk ke sini, harga tiket untuk kanak-kanak dan warga emas cuma RM 1 manakala dewasa ialah RM 3.
#2 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Alamat: Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Kami yakin anda pasti biasa terlihat masjid ini di kaca TV, bukan? Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Imej via Foursquare
Ditubuhkan pada tahun 1988, masjid ini adalah masjid terbesar di Malaysia dan juga masjid ketujuh terbesar di Asia Tenggara
Masjid ini boleh memuatkan sekitar 24,000 jemaah. Kubah biru dan perak yang besar merupakan antara tarikan istimewanya, sangat cantik!
#3 Taman Tema Air Wet World
Alamat: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Mencari taman tema air di Shah Alam? Singgah sahaja di taman Tema Air Wet World untuk bermandi-manda.

Imej via Foursquare
Gelongsor air dan jambatan gantung merupakan antara tarikan yang popular di sini. Airnya juga tidak terlalu dalam, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
Harga tiket untuk warga tempatan juga bergantung, tetapi selalunya ianya tidak melebihi RM 40 untuk kanak-kanak dan dewasa. Sangat berbaloi!
#4 Taman Tema i-City
Alamat: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama taman tema ini? Kami yakin anda pasti menyenaraikannya dalam bucket list anda.

Imej via Foursquare
Pokok pain tiruan berwarna-warna merupakan antara lokasi tercantik di sini. Sesuai juga dijadikan tempat bergambar!
Ada juga tarikan-tarikan lain di taman teman ini. Teruskan membaca senarai ini untuk mengetahui apa yang best di Taman Tema i-City.
#5 Laman Seni
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Satu lagi tempat menarik di Shah Alam yang menarik ialah Laman Seni yang terletak di Seksyen 7.

Imej via Foursquare
Laman Seni ini merupakan inisiatif MBSA untuk menjadikan bahagian belakang kedai-kedai di sini sebagai ruang mural dan seni.
Selain sesuai disinggah oleh peminat seni jalanan, anda yang suka bergambar juga wajib lawati Laman Seni. Memang menarik!
#6 Snowalk by i-City
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Khamis - Isnin, 3 - 11 pm
Inilah salah satu tarikan istimewa di i-City yang kami senaraikan tadi - Snowalk by i-City.

Imej via Foursquare
Ianya adalah lokasi dengan suhu di bawah 5°C dan 100 mm (3.9 in) salji di tanah. Tak perlu ke luar negara, i-City pun ada salji!
Harga tiket masuk untuk kanak-kanak ialah sekitar RM 55 dan dewasa pula sekitar RM 65. Jika ada promosi, boleh masuk pada harga yang lebih murah.
#7 Taman Tasik Shah Alam
Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Ingin berekreasi di taman tasik? Anda boleh ke Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Seksyen 14 untuk tujuan itu.

Imej via Foursquare
Taman rekreasi ini mempunyai trek joging, tasik yang juga sesuai untuk berkayak, serta taman permainan.
#8 Muzium Sultan Alam Shah
Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Ditubuhkan pada tahun 1989, Muzium Sultan Alam Shah ini merupakan antara muzium yang bukan sahaja terkenal di Shah Alam, malah di Malaysia.

Imej via Foursquare
Paparan galeri di sini merangkumi pelbagai topik seperti geografi, sejarah, budaya dan sejarah negeri Selangor.
Muzium ini bertempat di sebuah bangunan moden dengan ciri-ciri Minangkabau dalam reka bentuk luarannya. Cantik dan klasik!
#9 Perpustakaan Raja Tun Uda
Alamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tertanya-tanya apakah perpustakaan awam pertama di Malaysia? Ianya merupakan Perpustakaan Tun Uda yang terletak di Seksyen 13.

Imej via Foursquare
Ditubuhkan pada tahun 1986, perpustakaan ini juga merupakan perpustakaan terbesar di Asia Tenggara.
Anda bukan sahaja boleh mendapati buku, malah perkhidmatan berteknologi tinggi seperti Virtual Reality dan 3D Teater juga ada di sini.
#10 WaterWorld by i-City
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Satu lagi taman tema air yang terkenal di Shah Alam ialah WaterWorld by i-City yang terletak di Taman Tema i-City.
Tamn tema air ini sangat popular dengan Ultimate Tornado, gelongsor spiral pertama di Asia Tenggara.

Imej via Foursquare
Gelongsor ini sesuai untuk remaja dan dewasa sahaja. Gelongsor kanak-kanak juga ada banyak di sini, jadi jangan risau.
#11 Galeri Shah Alam
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am - 6 pm
Sambil bersiar-siar di Tasik di Seksyen 14, apa kata anda singgah di galeri seni ini - Galeri Shah Alam?

Imej via Foursquare
Seni visual merupakan antara seni yang popular di sini. Seniukir kayu bercirikan reka bentuk Melayu Tradisional juga cukup cantik dan klasik.
Paling menarik, tiada cas dikenakan untuk melawatinya. Memang rugi jika anda tak singgah di sini!
#12 Uptown Shah Alam
Alamat: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm - 12 am
Pusat membeli-belah di Shah Alam memang ada banyak. Antara yang paling banyak pengunjungnya ialah Uptown Shah Alam.

Imej via Foursquare
Terletak di Seksyen 24, pusat membeli-belah ini ada menjual pelbagai jenis barangan. Baik digital dan barang keperluan, semuanya ada.
Antaranya ialah aksesori telefon bimbit, baju dan barang keperluan lain. Makanan di sini juga sedap-sedap belaka.
#13 City Karting
Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Selasa - Jumaat 10 am - 10 pm, Isnin 10 am - 7 pm, Sabtu - Ahad 10 am - 10 pm
Ingin memandu Go Kart? Singgah sahaja di litar go-kart yang terletak di Seksyen 13 ini.

Imej via Foursquare
Ianya merupakan litar go-kart outdoor yang pertama di Malaysia. Litar ini juga sangat terkenal di kalangan pencinta go-kart kerana kerap mengadakan perlumbaan.
#14 Trick Art Museum @ i-City
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Nama pun trick art, semestinya seni di sini akan memukau para pengunjungnya. Muzium ini terletak di i-City.
Karya seni di sini semuanya 2-D, namun disebabkan teknik muslihatnya, ianya seolah-olah seperti karya seni 3-D, memang best!
#15 Royal Theatre Shah Alam
Alamat: Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Ada yang suka menonton pertunjukan teater atau persembahan di sini? Alang-alang berada di Shah Alam, tonton sahaja di Royal Theatre Shah Alam.

Imej via Foursquare
Dewan ini siap dibina pada tahun 2008 dan sejak itu, kebanyakan persembahan tempatan kerap diadakan di sini.
Ruang yang luas, audio yang bagus dan keselesaan yang terjamin merupakan antara keistimewaan dewan teater ini.
#16 Setia Alam Community Trail
Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Bagi yang menggemari aktiviti mendaki bukit, ini adalah lokasi yang sesuai untuk anda - Setia Alam Community Trail.

Imej via Foursquare
Ada dua jenis jalan yang anda boleh pilih - A dan B. Kedua-duanya ada kesukaran yang tersendiri, namun jarak maksimumnya tetap sama.
Setelah tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan tasik yang cantik dan menyenangkan. Kepenatan mendaki pasti lebih berbaloi!
#17 Shah Alam Extreme Park
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Suka melalukan aktiviti skateboarding? Shah Alam Extreme Park adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Imej via Foursquare
SAEP ini juga dilengkapi dengan gelanggang futsal, arena paintball dan wall climbing. Memang menarik, rugi jika tak singgah!
#18 Dataran Bunga Raya Shah Alam
Alamat: Persiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Dataran Bunga Raya yang terletak di Seksyen 14 ini adalah salah satu lokasi untuk bersantai dan bergambar yang popular di Shah Alam.
pengunjung dapat dilihat berjalan-jalan santai di taman di sini. Bunga raya yang cantik membuatkan pengunjung berasa tenang.
Pasangan dan pengantin baru juga dilihat sering mengambil gambar perkahwinan mereka di sini.
#19 Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am - 5.30 pm
Satu lagi tempat menarik di Shah Alam ialah Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Imej via Foursquare
Ianya merupakan galeri & pusat kebudayaan yang mempamerkan seni Islam kontemporari dan naskah al-Quran.
Yang menarik tentang kompleks sini ini ialah naskah a-Quran tersebut berharga sekitar 20 juta dan ianya merupakan manuskrip Quran yang asal.
#20 Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam
Alamat: Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
Mencari tempat yang menenangkan untuk anda bersantai atau beriadah? Di Seksyen 5, lokasi terbaik untuk beriadah ialah Taman Lembah Bukit.
Tumbuhan menghijau serta tasik yang cantik merupakan antara tarikan istimewa di taman tasik ini. Sesuai bagi mereka yang ingin menenangkan jiwa!

Imej via Foursquare
Tugu Negeri juga ada terdapat di sini. Merupakan tugu peringatan negeri Selangor, ianya sering djadikan tempat bergambar oleh pengunjung di sini.
#21 Laman Budaya
Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Alang-alang berada di Taman Tasik Shah Alam, singgahlah di Laman Budaya yang juga terletak di situ.
Laman Budaya ada mengadakan aktiviti kebudayaan seperti persembahan tradisional yang berkaitan dengan budaya dan seni di negara kita.
Kadangkala, jualan barangan kraftangan turut diadakan di sini. Rugi jika anda tak singgah, bukan senang nak jumpa!
#22 Mudtrekkerz Paintball Park
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin. Selasa - Jumaat 10 am - 5 pm, Sabtu - Ahad 9 am - 5 pm
Ingin berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan? Inilah tempat rekreasi yang wajib anda singgah - Mudtrekkerz Paintball Park.

Imej via Foursquare
Aktviti rekreasi utama di sini ialah paintball. Ianya sesuai untuk jumlah pemain yang ramai, jadi ajaklah rakan-rakan dan keluarga anda.
#23 Pusat Akuatik Darul Ehsan
Alamat: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Selain daripada taman tema air, anda masih mencari tempat bermandi-manda di Shah Alam? Pusat Akuatik Darul Ehsan adalah salah satunya.

Imej via Foursquare
Saiz kolam renang di sini juga ada pelbagai. Selain itu, kolam renang untuk kanak-kanak juga selamat dan tidak dalam.
#24 Denai Alam Recreational and Riding Club
Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, Denai Alam, 40160, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 am - 11 pm
Bagi yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, ini adalah tempat menarik di Shah Alam yang wajib anda kunjungi.

Imej via Foursquare
Terletak di Seksyen 16, DARC mempunyai harga untuk setiap sesi yang ditawarkan. Harganya juga berpatutan, jadi jangan lupa untuk cuba!
Kuda-kuda di sini juga datang dari pelbagai negara seperti New Zealand, Australia, German dan Argentina.
#25 Kilang Roti Gardenia
Alamat: Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
Jenama roti Gardenia pasti sudah tidak asing lagi buat orang kita. Anda pasti tertanya-tanya tentang proses pembuatan rotinya, bukan?

Imej via Facebook
Untuk itu, anda boleh membuat lawatan di Kilang Roti Gardenia yang terletak di Seksyen 26. Ianya percuma, jadi jangan risau.
Anda akan didedahkan dengan asal-usul gandum yang digunakan serta tips kelembutan roti mereka, sangat menarik!
Artikel Menarik Lain
Teruja untuk mengunjungi tempat menarik di Shah Alam yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja, bukan?
Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.