Mencari tempat menarik di Putrajaya? Putrajaya kini menjadi lambang kemegahan negara Malaysia. Dengan berpindahnya pusat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya, secara tidak langsung kawasan sekitarnya turut pesat membangun dan menjadi tumpuan warga kota.

Pelbagai pusat rekreasi yang terdapat di sini mampu menjadi tempat tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Putrajaya. Malah, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk menjadikan Putrajaya sebagai salah satu lokasi yang wajib dikunjungi jika melawat ke Malaysia.

Mari kita lihat senarai 20 tempat yang paling MENARIK di Putrajaya yang mesti dilawati oleh anda semua bersama keluarga tersayang.

Astaka Morocco

http://illashanahila.blogspot.com

Anda mencari spot pengambaran yang menarik? Sinilah tempatnya. Bangunan yng bercirikan senibina replika Istana Morrocan di Morocco. Terdapat kolam air di tengahnya yang diinspirasikan daripada istana Al-Hambra yang berada di Sepanyol.

Dibahagikan kepada beberapa bilik yang dipenuhi dengan perkakasan dan perabot yang cantik dan mewah. Memang lokasi terbaik untuk mengabdikan gambar anda kerana pasti akan rasa seolah-olah berada di Morocco.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya.

Dataran Putra

Imej via [ Smart Putrajaya ]

Rugi kalau ke Putrajaya tapi tak singgah Dataran Putra, dekat sahaja dengan tempat menarik yang lain seperti Masjid Putra, Perdana Putra dan Jambatan Putra. Bukan sekadar dataran biasa namun sangat luas dengan 300 meter serta mempunyai rekabentuk dan hiasan eksklusif.

Dataran ini mempunyai 11 bucu bentuk bintang di penjuru dataran, manakala dalamnya masing-masing terdapat 13 dan 14 bucu yang mewakili jumlah negeri dalam Malaysia. Ditengah-tengah susun atur bintang pula terdapat sebuah bulatan yang memberi makna hala tuju untuk kesepaduan masyarakat.

Ramai pengunjung yang berhenti di sini untuk bersantai dan ada juga yang ingin merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan. Banyak sudut menarik boleh dirakam seperti berlatarkan Masjid Putra.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya.

Tangga Putrajaya

Imej via [ Harian Metro ]

Merupakan mercu tanda dan tarikan terbaru yang mula dibuka pada 2021, Tangga Putrajaya juga mempunyai landskap yang menarik dipenuhi tumbuhan menghijau dan bunga sesuai dengan konsep Putrajaya iaitu bandar dalam taman.

Tangga ini adalah penghubung laluan pengunjung dari Dataran Putra, Laman Perdana untuk ke mercu tanda yang berada di Taman Perdana Putra. Ketinggiannya adalah 300 meter dan jarak mendaki adalah 200 meter dengan 250 buah anak tangga.

Di puncak tangga anda boleh melihat pemandangan kawasan sekitar yang cantik dan menenangkan.

Monumen Millenium

Imej via [ Wikipidea ]

Turut dikenali sebagai monumen alaf baru atau tugu millenium, ia berketinggian 68 meter. Empat pecahan pelanjar tinjau yang merupakan laluan naiknya melambangkan era perkembangan Malaysia iaitu pra kemerdekaan, pasca kemerdekaan, Malaysia kini dan akan datang.

Jika anda ke pelantar tertinggi anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Jambatan Seri Wawasan. Nak permandangan lagi menarik dan eksklusif, datang pada waktu malam kerana menara ini akan memancarkan cahaya yang terang seperti rumah api.

Alamat: Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

District 21

Imej via [ District 21 ]

Mencari aktiviti lasak di Putrajaya? District 21 pasti tidak akan menghampakan anda. Berkonsepkan taman tema dalaman, terdapat 10 zon pengembaraan disediakan khas untuk anda melompat, memanjat, gelongsor dan terbang!

Antara tarikan dan aktiviti yang anda perlu cuba adalah Launch-Pad, Go Pedal, Sky Trail, Roller Glider dan banyak lagi! Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa namun setiap permainan mempunyai had untuk berat dan ketinggian pengunjung demi keselamatan masing-masing.

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (12.00 tengahhari – 8.00 malam)
  • Hujung minggu, cuti sekolah & cuti umum ( 10.00 pagi – 8.00 malam)

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

My Balloon Adventure

Imej via [ My Balloon Adventure ]

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, bawa yang tersayang menaiki belon panas pasti meninggalkan memori manis dan sukar dilupakan. Lagi menarik jika anda bawa mereka naik untuk meraikan sambutan hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Pakej sangat berbaloi kerana anda akan disajikan makanan sebelum dan selepas menaiki belon panas. Mungkin ada yang merasa gayat untuk menaikinya, namun apabila sudah berada di awangan pasti terpukau dengan pemandangan sekeliling.

Harga tiket: RM 2750 – RM3750 (mengikut pakej)

Alamat: B1-7 Dataran Niaga Sg Besi, Midfields Square West, Jalan 11/108C, Off Lebuhraya Sg.Besi, 57100, Kuala Lumpur.

Icescape Ice Rink

Imej via [ IOI City Mall ]

Nak luangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti unik? Apa kata anda ke Icescape Ice Rink yang berada di IOI City Mall Putrajaya dan rasai pengalaman meluncur seperti di luar negara. Paling menarik, keluasan tempat meluncur ini adalah sama dengan keluasan meluncur seperti Olimpik.

Bawa stoking dan sarung tangan sendiri untuk menjimatkan kos. Walaubagaimanapun tiket masuk tidak terlalu mahal. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum, anda perlu bermain mengikut sesi dan setiap sesi selama dua jam. Jika anda datang pada hari biasa, tiada had masa yang ditetapkan untuk anda meluncur.

Harga Tiket:

  • Isnin – Jumaat ( RM 28)
  • Hujung minggu,cuti sekolah dan cuti umum (RM 33)

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya.

Flyboard

Imej via [ Tripadvisor ]

Di Putrajaya pun ada Flyboard, khas untuk anda yang suka akan cabaran dan aktiviti lasak. Bukan dewasa sahaja yang boleh merasai keriangan terapung di atas air, namun kanak-kanak juga berpeluang merasai aktiviti yang sama.

Terdapat empat aktiviti air lain selain flyboard iaitu Jetpack, Stand Up Paddling, Stand Up Paddling Yoga dan Flyboard Kids Tandem. Setiap aktiviti akan disertakan penerangan, jaket keselamatan dan sebagainya. Buat tempahan atau temujanji terlebih dahulu sebelum anda ke sini.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 7.00 petang)

Alamat: Marina Putrajaya Sdn. Bhd., 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Chocolate Souq

Imej via [ Chocolate Souq Putrajaya ]

Tak perlu ke Langkawi untuk mendapatkan coklat yang murah kerana di Putrajaya anda boleh borong pelbagai jenis coklat dengan harga berbaloi. Lebih 500 pilihan atau jenis coklat yang anda boleh dapatkan seperti Toblerone, Pepero, Nutella, Ferrero dan sebagainya.

Merupakan kedai coklat terbesar di lembah Klang, pasti anda sukar untuk membuat pilihan coklat yang sedap. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di replika gergasi Reese’s dan Hershey yang pertama di Malaysia.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-9.00 malam)

Alamat: Souq Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya (Di bawah Masjid Putra).

Alamanda Shopping Centre

Imej via [ Place and Foods.com ]

Merupakan pusat membeli-belah terkenal di Putrajaya, pasti memuaskan setiap pengunjung yang kaki shopping. Dalam satu mall, anda boleh dapatkan keperluan harian, barang eksklusif dan ada juga tempat untuk bersantai seperti pawagam dan bowling.

Sudah puas membeli-belah anda boleh mengisi perut di medan selera yang disediakan. Apa yang menarik di Alamanda adalah rekabentuk dalaman dan luaran menarik dan mengagumkan. Nak permandangan lebih menarik, datang pada waktu malam kerana dihiasi lampu berwarna-warni.

Alamat: Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tasik Putrajaya

Imej via [ Pinterest ]

Tasik buatan manusia seluas 650 hektar ini berada di tengah-tengah bandar Putrajaya. Ia direka untuk bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi untuk bandar selain bertujuan untuk aktiviti rekreasi, memancing, sukan air dan pengangkutan air.

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti berkayak, berbasikal, mengayuh sampan dan sebagainya. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti restoran, kolam renang, gymnasium dan sebagainya. Kesemua fasiliti ini disediakan oleh Kelab Tasik Putrajaya.

Alamat: Putrajaya.

Skyrides Festival Park

Wahhhh!memang teruja jika pertama kali ke sini. Macam-macam ada. Terletak di Presint 2 berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan disekitarnya. Apa yang ada di sini?

  • Skyrides Balloon
https://www.malaysia-traveller.com

Ingin melihat pemandangan sekitar Putrajaya dari atas? Skyrides Balloon dapat merealisasikan hasrat anda itu. Kini, rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman menaiki belon panas, anda hanya perlu ke Putajaya sahaja untuk mencubanya.

Belon panas ini boleh naik sehingga ke ketinggian 500 kaki, pengalaman yang mengujakan ini pasti akan meninggalkan kenangan yang manis buat anda seisi keluarga. Anda akan mampu melihat keseluruhan Putrajaya menerusi pemandangan dari atas. Bertapa indahnya!

  • Sky Cruise
http://thingsasian.com

Anda boleh memilih untuk mengambil angin di sekitar Putrajaya sama ada menaiki bot berhawa dingin atau menaiki perahu buatan tangan orang Terengganu ini. Memang sangat cantik dan mengekalkan seni tradisi yang halus.

Pakej menaiki perahu adalah yang paling murah dan berdurasi selama 20 minit. Manakala, pakej bot berhawa dingin sambil pengunjung menikmati hidangan makan malam pula berdurasi sekitar 1 hingga 2 jam perjalanan.

https://www.google.com/
  • Sky Warrior
https://www.letsgoholiday.my

Cabar diri anda menjadi SkyWarrior di Putrajaya! Beberapa laluan berhalangan direka khas untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti Langkawi Walk, Ulu Sepat Leap dan Marudi Crossing.

Setiap laluan dapat menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Jika anda sukakan aktiviti lasak ala-ala NinjaWarrior Malaysia ini boleh datang ke sini untuk mencubanya.

  • SkyKids Warrior
http://www.mytravellicious.com

Ninja warrior versi kanak-kanak. Sangat menarik! Laluan berhalangan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Terdapat pelbagai stesen yang menyediakan halangan pelbagai tahap kesukaran, namun masih ditahap sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Kawasan yang luas dan dijaga rapi pasti memberikan kepuasan kepada mereka untuk berlari, melompat dan memanjat sepuasnya.

Sekali datang, pasti anak-anak akan mengajak ibu bapa mereka datang lagi ke sini. Percayalah! Konsep yang ditengahkan memang terbaik dan sangat membantu dalam perkembangan motor kasar mereka.

  • SkyKids
https://www.letsgoholiday.my

Berkonsepkan indoor playground yang terletak di dalam kaunter informasi utama. Kanak-kanak boleh meluangkan masa bermain seketika disini sementara untuk menunggu giliran menaiki SkyRide Balloon yang selalunya padat dengan pengunjung.

Di sini juga disediakan pelbagai jenis basikal untuk pengunjung yang ingin berbasikal bersama keluarga menyelusuri Tasik Putrajaya. Antara kemudahan lain yang terdapat di SkyRides Festival Park ialah Sky Stage, Sky Demo, Sky Taste dan Sky Beca.

Taman Cabaran

https://www.freemalaysiatoday.com

Taman Cabaran yang terletak di Presint 5 pastinya tidak asing lagi bagi pengemar sukan lasak terutamanya aktiviti rock wall climbing.

Bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, malah dewan wall climbing untuk kanak-kanak juga turut disediakan berasingan sesuai bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

Antara fasiliti lain yang disediakan di sini ialah Skate Park & Thrill Park. Taman ini boleh dijadikan lokasi latihan untuk bermain roller blade, skateboard dan berbasikal. Bayaran masuk adalah PERCUMA!

Taman Botani

Taman buatan manusia yang paling besar di Malaysia. Menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang jarang ditemui. Kemudahan tram juga disediakan kepada pengunjung bagi melawat keseluruhan kawasan taman yang mengambil masa sekitar 45 minit.

Pengunjung juga boleh menyewa basikal dengan harga sewaan yang berpatutan jika inginkan penjelajahan yang lebih fleksibel. Bayaran masuk adalah PERCUMA juga.

Taman Rekreasi Wetland

Lokasinya terletak di Presint 1, Putrajaya. Antara tempat rekreasi yang menjadi tumpuan bukan sahaja warga Putrajaya malah pengunjung dari luar. Putrajaya memang terkenal dengan taman-tamannya yang indah dan luas. Memang puas kalau berbasikal di sini. Pasti berpeluh-peluh!

Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, menaiki bot, memancing dan berkenu. Terdapat pakej yang menarik disediakan oleh pihak pentadbiran bagi yang berminat untuk mencuba sukan air ini.

Jangan risau jika anda masih tidak mahir dalam sukan air yang disediakan kerana terdapat pelatih yang akan memberi tunjuk ajar. Dan pasti, harga setiap pakej memang murah dan berbaloi!

Taman Penghayatan Alam

https://www.mdfaiez84.com

Antara lokasi yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak berkunjung terutamanya di hujung minggu. Sebuah pusat yang sangat berinformasi. Menyediakan pelbagai maklumat terutamanya tentang paya bakau.

Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk adalah percuma. Setiap pengunjung hanya dikehendaki untuk menulis maklumat diri di dalam buku rekod yang disediakan.

Tarikan seperti corridor walk yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai imej 3D hidupan air sepanjang laluan di tingkat LG memang sangat menarik terutamanya bagi kanak-kanak. Antara kemudahan lain ialah Panggung Cineplex yang membolehkan pengunjung melihat tayangan seawal 10 pagi lagi.

The Pullman Lakeside

https://famecherry.com

Mencari pasir pantai di tengah kota? Haaaa…sinilah tempatnya. Tasik buatan seolah-olah anda berada di pantai di kelilingi pokok-pokok kelapa menambah seri suasana pantai buatan ini.

Ini antara tempat menarik di Putrajaya. Anak-anak boleh bermain pasir pantai sambil bermandi-manda. Namun, perlu berhati-hati kerana ada tempat yang tidak dibenarkan pengunjung untuk mandi kerana tidak selamat.

Bukan hanya boleh berkelah dan bermain pasir pantai malah ada juga pengunjung yang mengadakan sukaneka di sini seperti pertandingan tarik tali, lari dalam guni dan berjalan menggunakan terompah. Walaupun kawasannya agak terhad, namun pelbagai aktiviti tetap boleh dilakukan. Pasti hujung minggu anda terisi di sini bersama keluarga.

Taman Saujana Hijau

https://relaxpenang.com

Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Permandangan persis berada di luar negara! Dikeliling pokok-pokok yang merimbun dan pelbagai bungaan yang berwarna-warni dan pasti menggamit mata yang memandang.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, berjogging, berbasikal atau hanya berjalan-jalan menghirup udara segar. Ramai juga yang berkunjung ke sini untuk merakam detik-detik bersejarah dalam kehidupan mereka seperti sesi fotografi perkahwinan, graduasi dan sambutan hari lahir.

Masjid Putrajaya dan Masjid Besi

Dua buah masjid yang menjadi lambang mercu keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Masjid yang luas, senibina yang indah memang menjadi tumpuan apabila melawat Putrajaya terutama para pelancong asing dari luar negara.

https://astonishedxpression.wordpress.com

Masjid Putra terletak bersebelahan dengan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Masjid yang menelan belanja kos pembinaan hampir RM250 juta ini boleh memuatkan hampir 15 ribu jemaah dalam satu masa.

Manakala, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi pula terletak di Presint 3, Putrajaya. Senibinanya sangat indah terutamanya di bahagian mihrabnya. Panel kaca yang dipasang akan mencipta ilusi kreatif seolah-olah ayat-ayat suci Al quran yang diukir di dinding mihrab masjid seakan-akan terapung di atas permukaan air. 

https://kontraktorkubahmasjid.com

[email protected]

http://halalishnoms.blogspot.com

Suasana malam pasti tidak sunyi jika anda singgah di sini. Memang meriah dengan deretan pelbagai kedai makan yang menjadi tumpuan warga Putrajaya.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mengisi masa lapang bersama keluarga dengan berbasikal, menaiki beca berlampu dan bersiar-siar menghirup udara malam. 

Kanak-kanak pasti seronok bermain bubbles di kawasan lapang yang disediakan. Perkhidmatan permainan bubbles, kereta mainan eletronik dan sewaan basikal atau beca boleh didapati di Kedai Bubbles & Beans yang terletak di tingkat bawah berhadapan dengan Tasik Putrajaya.

https://www.facebook.com/bubblenbeans/

Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Putrajaya, nadi utama pusat pemerintahan negara persekutuan. Sudah pasti, landskapnya memang sangat cantik, pemandangan luas dan kemudahan yang serba moden setanding dengan negara luar. Jom singgah!

Semoga anda menyukai artikel tempat menarik di Putrajaya ini. Jemput juga baca artikel tempat menarik lain seperti :

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.