Negeri Mangga Harumanis ini merupakan negeri yang terletak nun di hujung utara Malaysia. Ia merupakan negeri terkecil di Tanah Air kita. Tetapi, walaupun keluasannya kecil, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini.

Hutan Lipur Bukit Ayer

Imej via wikipedia

Hutan Lipur ini terletak 12km dari Bandar Kangar. Di sini terdapat air sungai yang sesuai untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Ia dilengkapi dengan kolam mandi dan gelongsor. Bukan kanak-kanak saja yang seronok mandi, pasti orang dewasa juga tidak akan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di sini.

Banyak kemudahan yang terseida di sini, antaranya tandas, surau, kawasan parkir, taman permainan serta tapak perkhemahan. Malah, terdapat juga chalet sekiranya anda ingin bermalam di sini. Boleh la set bbq pada malam hari sambal menikmati kesegaran dan keindahan alam semula jadi.

Waktu Operasi: 7.00pagi – 6.00petang

Bayaran: Percuma

Lokasi: Hutan Lipur Bukit Ayer, 01000 Kangar

Taman Rekreasi Tasik Melati

Imej via sheilainspire

Taman Rekreasi ini terletak 10km dari Bandar Kangar. Tempat ini sangat sesuai anda lawati di waktu petang untuk menikmati keindahan tasik yang mendamaikan anda sekeluarga. Tasik ini memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir. Terdapat jambatan untuk anda merentasi tasik ini, sambil menikmati pemandangan tasik yang indah berlatar belakangkan kehijauan gunung-ganang.

Lokasi: Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar

Bukit Keteri

Bukit Keteri merupakan bukit batu kapur yang terkenal di Perlis. Ia juga merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Sebaik sahaja anda sampai di puncak, anda akan dapat melihat panorama yang menghijau. Redup mata memandang, membuatkan anda lupa sekejap penat lelah anda memanjat bukit.

Lokasi: Bukit Keteri, 02450 Kangar

Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh merupakan empangan saliran terbesar di Perlis yang juga menjadi pusat percutian yang ideal buat anda yang cintakan alam semulajadi. Tasik ini pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Kemudiannya kawasan ini dijadikan empangan bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian serta pengairan untuk penanaman sawah padi di sekitar Perlis.

Selain pemandangan tasik yang menarik, tarikan lain yang terdapat di sini adalah dusun buah-buahan yang boleh dinikmati secara percuma semasa musimnya kepada penginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

Buat anda yang sukakan seni fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang (star scaping) untuk dapatkan gambar Bima Sakti. Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan tasik ini merupakan salah satu lokasi strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar Bima Sakti yang terbaik.

Alamat: Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar

Masjid Alwi

Imej via itc

Masjid Alwi telah diisytiharkan sebagai Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Masjid ini siap dibina pada tahun 1933 dengan kos hanya RM64,484 pada zaman tersebut. Masjid putih berkubah hitam ini dibina dengan konsep rekaan Mughal klasik terutamanya pada kubah masjid ini. Nama masjid ini diberi sempena nama Raja Muda Perlis pada ketika itu, Raja Syed Alwi.

Lokasi: Masjid Alwi, Kangar

Taman Ular & Reptilia Perlis

Terdapat lebih 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies di Taman Ular & Reptilia Perlis. Di sini, anda akan dapat peluang untuk menyentuh ular-ular tersebut, Jangan risau, ular-ular di sini boleh didekati kerana telah dijinakkan.

Selain daripada ular, terdapat juga haiwan reptilia lain di galeri haiwan. Antaranya burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi. Bayaran masuk ke taman ini tersangatlah murah. Sangat rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang ini. Maklumlah, binatang seperti ini bukan selalu boleh dilihat dan didekati.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Kamera RM1 | Video Kamera RM2

Lokasi: Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar

Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen

Imej via tripadvisor

Di taman ini, selain daripada anda dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis bunga kertas, anda juga boleh bergambar di kawasan ini. Latar belakang gambar anda pasti cantik dengan kemeriahan warna-warni bunga kertas.

Taman ini dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri. Nama taman ini diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Bayaran: Percuma

Lokasi: Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis

Rimba Herba Perlis

Rimba Herba Perlis terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular & Reptilia. Nama asalnya adalah Taman Herba Perlis. Namun sejak 2006, ia ditukar kepada Rimba Herba Perlis bersesuaian dengan persekitaran ekologinya yang mengekalkan hutan semula jadi.

Rimba Herba Perlis memiliki lebih 1,000 koleksi tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan ubatan. Ia diperolehi secara semula jadi di hutan ini dan dari tempat lain. Selain tumbuhan herba, kawasan ini turut dilengkapi laman orkid, wakaf rehat dan bangku bersesuaian dengan aktiviti pengunjung yang kepenatan selepas seharian mengelilingi rimba berkenaan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Dewasa RM1 | Kanak-kanak & Pelajar RM0.50

Lokasi: Rimba Herba Perlis, Kangar, Perlis

Taman Anggur Perlis

Imej via perlisnews

Taman Anggur ini terletak berdekatan dengan Rimba Herba dan Taman Ular & Reptilia. Taman ini sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar atau dikunjungi bersama ahli keluarga. Taman anggur ini sangat menarik dengan landskapnya. Di sini terdapat tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil serta tumbuhan seperti palma di atasnya. Suasana ini mampu memberi ketenangan kepada pengunjungnya.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM3.00 | Kanak-kanak RM1.00

Lokasi: Taman Anggur Perlis, Pertanian Bukit Temiang, Kangar

Denai Larian Pengkalan Asam

Imej via duniacik

Denai larian ini terkenal dengan trek joggingnya yang terletak di sekitar Sungai Perlis. Selain daripada kemudahan untuk berjogging, Denai Larian Pengkalan Asam juga dihiasi dengan landskap yang menarik.

Kawasan ini bukan sahaja menyediakan pelbagai kemudahan trek jogging, tetapi juga terdapat titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, wakaf, outdoor gym, chalet, surau, tandas awam dan sebagainya. Jumlah Chalet yang ada bagi sesiapa yang ingin menginap adalah 3 unit (1 unit banglo & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan.

Lokasi: Taman Rekreasi Pengkalan Asam, Kangar

Masjid Terapung Al-Hussain

Imej via mpkangar

Masjid Terapung Al-Hussain merupakan salah satu ikon bagi negeri Perlis. Masjid ini diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Sasjid ini menggunakan bahan seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja dalam pembinaannya. Senibina masjid ini sangat cantik dan unik. Anda pasti akan teruja melihat keindahan masjid ini.

Lokasi: Masjid Terapung Al-Hussain, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis

Ladang Nipah Kipli

Imej via saifudin-mtb

Ladang Nipah Kipli merupakan lading nipah persendirian yang diusahakan oleh En. Kipli. Permulaannya, ladang ini ditanam dengan 1,000 anak pokok nipah yang disemainya sendiri di kawasan berpaya kira-kira 1.6 hektar di pinggir laut di Kuala Sanglang.

Gerai makan yang terletak di dalam ladang nipah ini menjadi tarikan unik pengunjung dalam dan luar negeri Perlis. Menu menarik di sini pastinya jus nira yang diperolehi daripada Ladang Nipah Kipli. Keenakan air nira di Ladang Nipah Kipli mempunyai rasanya yang tersendiri berbanding nira nipah di tempat lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan air nira di Ladang Nipah Kipli. Pasti anda akan terkenang-kenang kesedapannya nanti.

Lokasi: Ladang Nipah Kipli, Kampong Tanah Timbul, Sanglang, Kuala Perlis

Muzium Kota Kayang

Imej via jmm

Muzium Kota Kayang merupakan muzium yang menyimpan artifak sejarah Negeri Perlis. Tanah tapak muzium ini pernah menempatkan kediaman ketua menteri Raja pada abad ke-19. Pada awal abad ke-20 pula, ia menjadi kediaman rasmi penasihat British. Namun, ketika Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Tentera Jepun sehinggalah 1943. Kemudian,Tentera Thai pula mendudukinya.

Selepas Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan ini didiami oleh Ketua Menteri Perlis. Namun pada tahun 1991, bangunan kediaman yang antik itu dirobohkan, kemudiannya tapak tersebut digunakan untuk membina Muzium Kota Kayang.

Sekiranya anda ingin mengenali dan mengetahui sejarah Negeri Perlis, bolehlah melawat ke muzium ini kerana terdapat banyak tinggalan sejarah dan juga penerangan tentang sejarah Negeri Perlis.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

Lokasi: Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis

Hutan Lipur Bukit Kubu

Imej via perlis

Hutan Lipur Bukit Kubu adalah pilihan yang sesuai buat mereka yang suka aktiviti outdoor dan sukakan alam semulajadi. Di hutan lipur ini, anda dapat berekreasi dan menjalankan aktiviti menjelajah gua kerana terdapat 2 buah gua di sini iaitu Gua Ikan dan Gua Harimau.

Suasana di sini sangat nyaman dan segar. Tumbuhan di sini adalah jenis hutan separa daun luruh serta dikelilingi sawah padi. Di bahagian belakang Hutan Lipur Bukit Kubu ini juga terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Putri Kayang.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

Lokasi: Hutan Lipur Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Gua Kelam

Imej via perlis

Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah sempena kegelapan gua ini. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua.

Gua Kelam menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah, dan laluan anak sungai. Anda berpeluang melihat landasan troli bijih timah yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan fenomena semula jadi iaitu sungai bawah tanah yang mengalir di dalam gua ini. Air sungai tersebut mengalir menuju ke Sungai Perlis.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM1 | Kanak-kanak RM0.50

Lokasi: Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis

Hutan Lipur Bukit Ayer

Imej via orangperlis

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan rekreasi yang sangat cantik buat anda sekeluarga. Air sungainya yang dingin, pemandangan yang cantik dan damai, ditambah dengan panorama hutan tropika serta air terjun yang mengalir ke dalam kolam menjadikannya satu lokasi yang ideal untuk berkelah dan berehat.

Di hutan lipur ini juga terdapat tapak perkhemahan. Jangan risau tentang kemudahan asas sekiranya anda ingin berkhemah di sini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di hutan lipur ini seperti taman permainan kanak-kanak, surau, gerai makanan, pondok santai dan tandas.

Lokasi: Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis

FRIM Canopy Walk

Imej via ras

FRIM Canopy Walk terletak Hutan Simpan Mata Ayer, Kaki Bukit, Perlis. Laluan kanopi berkepanjangan 100 meter dengan ketinggian 17 meter disesetengah tempat. Titian ini dibina untuk dijadikan kawasan penyelidikan flora dan fauna terutama sekali tentang pokok jati, namun dalam masa yang sama ia dibuka untuk untuk kunjungan awam agar masyarakat dapat melihat khazanah alam yang terdapat di negara kita.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.00petang)

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Lokasi: FRIM Mata Ayer, Perlis

Menara Pandang Wang Kelian

Imej via alongwk

Dari menara pandang ini, anda dapat melihat pemandangan menghijau negeri Perlis yang kaya dengan alam semula jadi. Malah, anda juga dapat melihat kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Waktu terbaik anda ke sini adalah pada waktu pagi. Ini kerana awan yang tebal memutih mengelilingi bukit-bukau seolah-seolah negeri Perlis berada di atas kayangan. Manakala, pada waktu senja pula, anda akan dapat lihat mahatari terbenam.

Lokasi: Menara Pandang Wang Kelian, Perlis

Taman Negeri Perlis

Imej via holidaygogogo

Taman Negeri Perlis ini berkeluasan 36 km sepanjang sempadan Thailand. Di sinilah terletaknya beberapa buah gua yang merupakan tempat pembentukan batu kapur berusia 500 tahun iaitu Gua Wang Burma dan Gua Kelam.

Bagi anda yang sukakan akiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking disamping meneroka gua batu kapur yang terdapat di sini. Setelah penat meneroka alam, bolehlah singgah bermandi-manda di Air Terjun Lata Kasih yang terdapat di Taman Negara Perlis.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM2 |Kanak-kanak RM1

Lokasi: Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis

Padang Besar

Imej via fadhilk

Pasti tidak lengkap percutian anda tanpa aktiviti membeli-belah. Padang Besar sememangnya syurga membeli-belah terutama buat kaum wanita kerana harganya yang murah. Ini kerana lokasinya di kawasan bebas cukai di tengah-tengah sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Pelbagai barangan terdapat di sini, antaranya periuk belanga, produk kraftangan, bunga-bungaan yang diimport dari Thailand, buah-buahan, pakaian dan barangan perkahwinan. Malah, pelbagai menu makanan Thailand juga dijual di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari (10pagi – 6 petang)

Lokasi:  Padang Besar, Perlis

Pintu Wang Gunung

Imej Via[ Pintu Wang Gunung]

Tempat menarik yang seterusnya di perlis ialah Pintu Wang Gunung. Tempat ini merupakan satu tempat yang sering mendapat kunjungi ramai oleh masyarakat dengan melakukan aktiviti seperti mendaki gunung pada hujung minggu bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Waktu Operasi: tiada masa dikhususkan

Lokasi : R117, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

Kolam Memancing A.B.E

Imej Via [ Kolam Memancing A.B.E]

Akhir sekali, tempat menarik di Perlis ialah Kolam memancing A.B.E. Bagi mereka yang merupakan kaki pancing anda pasti seronok dan teruja apabila sampai ke sini. Hal ini kerana satu tempat kegemaran mereka untuk menghilangkan segala tekanan di tempat kerja selain daripada dijadikan satu aktiviti mengisi masa lapang bersama kawan mahupun keluarga.

Waktu operasi:

Selasa-Ahad
8.00 pagi – 12.00 malam
Isnin
Tutup

Lokasi:K1253 KAMPUNG SYED OMAR,BINTONG, Kangar.

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Perlis yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.