Mencari tempat menarik di Perak? Nah anda berada pada artikel yang betul. Jom lihat senarai ini.
Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.
Namun, ada banyak lagi tempat menarik di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah lokasi tempat meanrik di Perak yang terpilih:
Ini antara tempat best di Perak yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.
Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),
Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.
Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.
Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).
Alamat: 31600 Gopeng, Perak
Mandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.
Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.
Sebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.
Ia merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.
Alamat: Larut, Matang, Perak.
Taman Tema Animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ia dibina dengan kos RM520 juta! Oleh itu, tidak mustahil di dalamnya penuh dengan keseronokan kepada kanak-kanak.
Ia mempunyai 40 tarikan dengan 6 zon tema seperti Boboiboy, the Smurf, Megamind dan banyak lagi. Ada banyak permainan, persembahan, dan kedai yang menjual pelbagai barangan menarik.
Harga Tiket: RM190 (dewasa), RM150 (Kanak-kanak),
*Lihat promosi mereka untuk mendapat harga yang lebih murah
Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-10pm (Sabtu-Ahad)
Pulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.
Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),
RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.
Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari
Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.
Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.
Lupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.
Ini merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.
Berhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.
Alamat: Kuala Gula, 34350 Perak
Di tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.
Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.
Waktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)
Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini. Merupakan tempat menarik di Perak patut dalam senarai.
Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.
Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),
Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari
Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.
Gunung Lang ialah salah satu daripada banyak gunung batu kapur yang terletak di Lembah Kinta, Perak. Kawasan batu kapur ini diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong timah Melayu.
Gunung Lang berukuran 111.93 hektar. 30.35 hektar dibuka pada tahun 2000 menjadi kawasan rekreasi. 14.16 hektar adalah tasik. Taman rekreasi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Landskap taman ini sangat cantik, ditambah pula dengan kecantikan gunung batu kapur semulajadinya yang menjadi latarnya.
Ia mempunyai air terjun buatan, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas.
Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8am – 12pm / 130pm – 7pm), Jumaat (8am – 12pm / 245pm – 4pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am – 630pm)
Harga Tiket Menaiki Bot: RM3 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak 3 – 12 tahun, warga emas di atas 55 tahun)
Pulau Pangkor adalah pulau percutian terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga luar negara.
Walaupun di pulau ini terdapat banyak hotel, chalet, dan resort, namun ia sering dipenuhi pengunjung terutama semasa cuti umum. Jika tidak menempah lebih awal, kemungkinan besar anda tidak dapat bercuti di sini.
Sekitar tahun 60an sehingga 70an, Pulau Pangkor dikenali sebagai pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka sambil mengekalkan apa yang mereka miliki sejak awal.
Jemput datang ke sini kerana pulaunya mempunyai pantai yang cukup indah. Jika tidak, mana mungkin ia terkenal seperti sekarang.
Taman rekreasi berukuran 26 ekar ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. Menurut mereka, tanaman dan ternakan di sini mendapat sumber air daripada sistem paip air yan dipasang dari hulu air terjun.
Konsep Refarm ialah ‘kitar semula dan tiada pembaziran’. Mereka tidak membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia dijadikan makanan haiwan.
Hasil berkualiti dijadikan lauk-pauk lazat untuk pelanggan yang datang sama ada untuk beriadah atau menginap di sini. Refarm juga menghasilkan baja organik yang amat bagus untuk tanaman yang subur selain merupakan bahan yang mesra alam.
Antara aktiviti untuk pengunjung adalah mandi di kolam, berbasikal, memancing, menanam sayuran dan memberi makan kepada ternakan, serta jungle trekking.
Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9am – 6pm), ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti umum atau cuti sekolah.
No. telefon: 012 – 5026115
Air terjun di sini terletak di antara Tapah dan Cameron Highlands, jadi ia sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya semasa hujung minggu.
Air terjunnya memang cantik dan jernih. Bukan sahaja boleh berkelah dan bermandi-manda di sini, anda juga boleh merehatkan minda sambil menghirup udara segar.
Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak
Apabila bercakap tentang anggur, kita akan membayangkan yang buah-buahan ini hanya ditanam di luar negara sebelum dieksport ke Malaysia.
Namun, sebaliknya apabila anda mengunjungi Ladang Anggur Saloma yang sudah tentu menanam anggur di tanah Malaysia yang beriklim Khatulistiwa.
Pemilik ladangnya iaitu Siti Saloma Saad mahu berkongsi pengalaman indah berada di bawah kira-kira 2000 pokok anggur bersama-sama dengan para pengunjung. Pengunjung diberi peluang untuk memetik, menimbang dan membayar anggur di sini.
Alamat: Batu 6, Lekir, Sitiawan, Perak
Cuaca panas terik di negara kita merupakan satu kelebihan buat gerai-gerai cendol. Ansari Famous Cendol merupakan antara yang gerai cendol yang sangat popular di Taiping.
Ianya kaya dengan rasa gula melaa yang manis dan aroma bau pandan yang harum. Harganya pula cuma RM 1.60 semangkuk, sangat murah!
Ada beberapa menu lain disediakan seperti pasembor. Boleh juga dinikmati bersama cendolnya untuk minum petang.
Alamat: 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6:30 pm
Mata air panas denan kos pembinaan RM6 juta ini dikatakan yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusannya.
Suasananya yang dikelilingi pepohon hijau, bukit, dan sungai amat memukau perhatian. Ramai percaya bahawa mata air panas mempunyai keupayaan mengubati masalah kesihatan seperti kulit dan otot.
Jadi, mata air panas di Malaysia memang sering dikunjungi ramai, termasuklah yang terdapat di Sungai Klah ini. Antara aktiviti di sini ialah mandi di jakuzi, merebus telur, refleksologi air, dan berjalan di atas papan laluan mata air panas.
Malah, bagi yang berminat, 5 buah villa disediakan untuk tempahan bermalam di sini.
Alamat: 36000 Sungkai, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 10pm)
Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM8 (kanak-kanak)
Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekrasi dalam kawasan Tasik Chenderoh di Kuala Kangsar. Ianya mempunyai air terjun yang jernih dan cantik.
Aktiviti perkelahan, riadah, perkhemahan dan penginapan boleh dilakukan di sini. Untuk aktiviti penginapan, ada chalet yang boleh anda jadikan tempat penginapan.
Alamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak
Pokok gaharu telah disenaraikan sebagai pokok yang hampir pupus. Kewujudan Gaharu Tea Valley yang menanam pokok ini dalam kawasan seluas 300 hektar telah sedikit-sebanyak membantu mengelakkan kepupusannya.
Gaharu mempunyai kebaikan dalam perubatan di China, Timur Tengah dan Ayurveda. Gaharu Tea Valley menghasilkan pelbagai produk makanan dan kecantikan. Produk makanan yang dihasilkan termasuk teh, mee, dan sup.
Manakala produk kecantikan pula termasuk sabun, losyen, dan gel mandian. Mereka turut menghasilkan minyak gaharu bagi tujuan terapi aroma.
Alamat: Lot 9840, Mukim Teja, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Jika anda mencari lokasi untuk beriadah atau bersantai, cuba singgah di Taman Awam Lumut Waterfront ini. Ia seluas 7.4 ekar dengan panorama indah menghala ke Kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
Dikatakan bahawa konsep pembangunannya diilhamkan daripada pergerakan laut. Maka, taman ini seperti menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak yang juga merujuk kepada pergerakan pengunjung taman dengan aktiviti riadah yang disediakan di sini.
Terdapat banyak kemudahan disediakan di sini seperti tempat meletak kereta, tandas, taman permainan kanak-kanak dan kedai makan.
Alamat: Persisiran muara Sungai Dinding dan bersebelahan dengan Lumut Yacht Club.
Waktu Operasi: 9am – 11pm
Perjalanan hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipamerkan di galeri yang amat indah senibinanya ini. Ini kerana ia merupakan binaan semula Istana Ulu atau turut dikenali sebagai Istana Kota.
Rekabentuknya adalah idea Kapten Maurice Alexander Cameron iaitu Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-Negeri Selat ketika itu iaitu sekitar tahun 1800.
Pengukirnya pula ialah Raja Harun Al-Rashid yang merupakan pengukir terkenal pada masa itu. Senibinanya adalah gabungan beberapa pengaruh seperti India dan Acheh.
Alamat: Kuala Kangsar, Perak
Ia asalnya menyimpan specimen-spesimen rujukan hasil kajian geologi oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi.
Muzium ini khusus buat mereka yang ingin mengetahui sejarah lanjut dan perkembangan mengenai khazanah geologi bumi di Malaysia.
Ia terdiri daripada tujuh zon pameran yang merangkumi ilmu geologi bermula dari peringkat awal, struktur batuan, dinasour, dan fosil sehinggalah kepada bagaimana galian bumi ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.
Peralatan-peralatan kajian geologi dan geosains yang wujud sejak sekiatr 60an sehingga kini juga turut dipamerkan kepada orang ramai.
Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9am – 430pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Kompleks ini diwujudkan bagi memperingati sejarah di Pasir Salak dan rakyat negeri Perak yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia mendapatkan kemerdekaan.
Ia adalah untuk menghargai perwira-perwira yang berani menentang penjajah bagi kepentingan negara.
Pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W Birch menjadi pemula kepada peperangan di antara British dan orang Melayu yang membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.
Alamat: Bukit Chandan, 86400 Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (930am – 5pm), Jumaat (930am – 1215pm, 225pm – 5pm)
Harga Tiket: RM4 (dewasa)
Jika anda pernah ternampak air terjun sewaktu melalui kawasan Tapah semasa menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, inilah air terjun tersebut.
Ia merupakan di antara air terjun yang tertinggi di Malaysia. Maka, apa yang anda lihat dari lebuhraya itu hanyalah bahagian tengahnya sahaja! Menuju ke sini tidaklah begitu mudah tetapi amat berbaloi dengan hasil yang diperolehi di penghujungnya.
Pelbagai kemudahan termasuk tandas dan surau disediakan untuk orang awam. Kemudahan tapak perkhemahan juga ada bagi mereka yang mahu bermalam.
Alamat: Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, 35000 Tapah, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)
Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah 18 tahun), RM5 (pelancong asing), PERCUMA untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah.
Restoran Doli terletak di deoan Hospital Taiping. Dikatakan ia telah wujud sejak bertahun lamanya dan kini mempunyai penampilan baru dengan tempat duduk yang lebih banyak. Namun begitu, rasanya masih dikekalkan.
Menu utama di sini ialah kuey teow yang datang dalam 3 pilihan saiz. Jumlah udang yang banyak serta saiz hidangan yang besar merupakan antara tarikan istimewa menu ini.
Selain char kuey teow, anda juga boleh menikmati nasi ayam yang tak kurang hebatnya. Mengenyangkan dan menyelerakan juga!
Alamat: Jalan Tupai, 34000, Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11:30pm
Kawasan galeri ini seluas kira-kira 8.16 ekar dengan 2 ekar dibangunkan dengan binaan 2 blok bangunan yang merangkumi Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat, dan Bilik Penyelidikan.
Lembah Lenggong yang menjadi lokasi tapak galeri ini merupakan daerah yang banyak menyumbang data mengenai pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Antara yang menarik boleh ditemui di muzium ini ialah alat-alat batu zaman Paleolitik, rangka Perak Man yang berusia 10,000 sehingga 11,000 tahun, lukisan di gua-gua dan alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti tembikar, alat batu dan kapak gangsa.
Alamat: Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 5pm),Jumaat (9am – 12pm, 3pm – 5pm)
Ia disebut-sebut sebagai antara masjid terindah di Malaysia. Kubahnya yang berwarna emas dengan mudah menangkap mata mereka yang lalu-lalang. Lebih-lebih lagi ia dibina di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Kisah di sebalik mengapa ia dibina juga menarik. Masjid Ubudiah dibina sebagai tanda kesyukuran Sultan Idris Murshidul Adzam Shah kepada Allah SWT selepas baginda sembuh dari penyakit.
Batu asas untuk masjid ini diletakkan pada September 1913. Senibinanya adalah dari pengaruh Indo-Saracen dengan bentuk octagon dengan diameter 30 kaki.
Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Menara Condong Teluk Intan yang dibina pada tahun 1892 ini umpama lambang bagi Teluk Intan. Fungsi asalnya adalah sebagai tangki simpanan air untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar selain turut berfungsi sebagai jam.
Walaupun ia tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air, tapi jamnya masih berfungsi dengan baik sehingga kini. Ia menjadi condong kerana struktur tanah yang lembut dan kesan daripada bebanan tangki yang menakung air.
Menara yang direka En Leong Choon Cheong ini telah menerima penambahbaikan di sekitarnya dengan penurapan menggunakan bata. Pada masa kini, Menara Condong Teluk Intan menjadi lokasi penduduk tempatan melakukan aktiviti sama ada rasmi atau tidak rasmi.
Alamat: Di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar, Jalan Ah Cheong, Jalan Selat dan Jalan Bandar.
Aktiviti keluarga pasti menyeronokkan di sini. Pengeluar minuman dalam botol terbesar di Malaysia ini telah menggabungkan keseronokan, pendidikan dan warisan dalam satu tempat.
Terdapat Mini Golf Course dengan jumlah 18 lubang kesemuanya untuk si kecil menunjukkan bakatnya dalam permainan tersebut. Bawa mereka meneroka alam dengan menelusuri Tree Tag Walkabout dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.
Anda juga boleh melihat proses membotolkan air mineral jenama Spritzer. Mereka turut menyediakan kedai cenderamata agar anda dapat membeli barangan kenangan dan kedai kopi untuk merehatkan diri seketika.
Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11am & 3pm), Sabtu (11am), ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
Harga Tiket: PERCUMA
Percutian anda akan menjadi berbeza jika anda memilih untuk ke sini. Lawatan ke kilang arang yang terletak berdekatan dengan hutan paya bakau akan menjadi pengalaman baru kepada anda.
Ia merupakan perusahaan keluarga yang telah wujud sejak 1930-an. Apa yang menarik adalah arang yang dihasilkan di sini masih menggunakan kaedah yang sama sebagaimana telah dilakukan sejak hampir 80 tahun dahulu iaitu semasa ketiadaan mesin moden.
Inilah yang anda akan saksikan dan pelajari.
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)
Ini adalah kawasan riadah yang paling popular sekitar Taiping. Sambil melancong, boleh juga anda singgah di sini dan beriadah bersama keluarga tersayang.
Tasik yang cantik merupakan tarikan utama di Taman Tasik Taiping ini. Memang sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti, termasuklah untuk merehatkan minda.
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak
Dibuka sejak tahun 2011, Gopeng Heritage House merupakan antara tumpuan pelancongan di Gopeng, Perak. Bagi yang sukakan tempat bersejarah, ini adalah salah satu tempat yang wajib anda lawati.
Ianya menyimpan barangan bersejarah sejak tahun 1960-an lagi. Dekorasi rumah ini sendiri menggunakan konsep dekor klasik, memang cantik dan menarik!
Alamat: Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Negeri Perak
Perak mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik. Salah satunya ialah Teluk Batik yang terletak di Lumut.
Ianya terkenal dengan pantai yang cantik yang sesuai untuk aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah. Bukan itu sahaja, ada beberapa tempat penginapan di sini iaitu Teluk Batik Resort.
Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak
Lumut mempunyai beberapa tarikan pelancongan, dan Marina Island ialah salah satunya. Bagi yang ingin berkelah di tepi pantai, ini salah satu port yang wajib anda singgah.
Marina Island ini merupakan pulau persendirian, jadi ada beberapa resort dan hotel yang boleh didapati di sini. Bolehlah anda menginap terus di hotel-hotel eksklusif di Marina Island!
Alamat: Marina Island, 32200, Perak
Cuaca yang panas terik pasti membuatkan tekak kering. Segarkan tekak anda dengan mencuba minuman tersedap di Wan’s Coconut Shake ini!
Wan’s Coconut Shake memang terkenal dengan Coconut Shake. Ianya manis dan menyegarkan tekak pada masa yang sama. Minuman yang disajikan juga banyak kuantitinya, sangat berbaloi!
Alamat: Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 10 pm
Mungkin ada beberapa penduduk di sini yang tidak pernah singgah di Roti Canai Pak Tam Kg. Sitiawan dek kerana lokasinya yang agak susah untuk dicari.
Namun, tidak mustahil. Percayalah, pencarian anda memang akan berbaloi kerana roti canai di Roti Canai Pak Tam Kg. Sitiawan ini memang sangat sedap. Dicicah pula dengan kuahnya yang pekat, memang padu!
Alamat: Kampung Sitiawan, 32200 Sitiawan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 am – 12 pm
Pada hujung minggu, Taman Paya Bakau Lumut yang terletak di Desa Manjung Raya ini akan sentiasa dipenuhi pengunjung, jelas menunjukkan yang ianya merupakan salah satu tumpuan pelancongan di sini.
Taman Paya Bakau Lumut ini diakui cantik orang ramai pengunjung. Sesuai juga untuk anda bawa anak-anak atau keluarga ke sini. Boleh melihat pokok paya bakau yang cantik sambil menghirup udara segar!
Alamat: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak
Restoran ini bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat tempatan, tetapi turut menerima pujian daripada pelancong luar. Restoran, D’ Warisan menyediakan kira-kira 30 jenis lauk-pauk masakan Melayu yang lazat pada harga murah. Minuman pula boleh ditambah secara percuma.
Selain itu, ruang dalam restoran serta ruang parkir yang luas turut membuatkan pelanggan berasa selesa untuk singgah makan di sini. Restorannya juga bersih, memang terbaik!
Alamat: 4240, 32200 Lumut
Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 1am)
Agak-agaknya muzium apa yang pertama dan tertua di Malaysia? Inilah dia muziumnya – Muzium Perak! Muzium Perak adalah muzium awam yang terletak di persimpangan Jalan Muzium dan Jalan Taming Sari di Taiping, Perak.
Ianya didirikan pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan bersejerah di Malaysia. Selain itu, rangka binatang juga boleh didapati di sini. Rugi jika anda tak singgah!
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm
Bila tengok gambar di atas, pasti anda merasakan yang Disney Avenue ini terletak di luar negara. Macam bandar di Australia pun ada.
Namun, Disney Avenue ini merupakan bandar yang baru dibina di Kampar. Bangunan yang berwarna-warni ini memang sesuai dijadikan port bergambar.
Alamat: Bandar Agacia 31910 Kampar, Perak
Nak mandi air terjun? Ada banyak air terjun di Perak, khususnya di Kuala Kangsar. Hutan Lipur Ulu Kenas merupakan antara yang wajib anda singgah untuk tujuan itu.
Terletak sekitar 15 km dari Bandar Kuala Kangsar, ianya sesuai untuk disinggah oleh pengunjung yang ingin berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga di air terjun yang jernih.
Alamat: Kuala Kangsar, Perak
Harga kemasukan: RM 2 Dewasa | RM 1 Kanak-kanak
Waktu operasi: 6 am – 7 pm
Ini pula air terjun yang terletak di daerah Chemor di Perak. Juga merupakan antara air terjun yang menjadi tumpuan ramai pelancong.
Ianya kerap disinggah oleh ramai pengunjung pada hujung minggu. Anda dapat lihat ramai dari kalangan keluarga yang datang berkelah di sini.
Alamat: Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
Waktu operasi: Setiap hari: 8 am – 6 pm
Warung ini mempunyai meja di ruang terbuka di bawah pokok-pokok getah. Jadi suasananya betul-betul nyaman dan santai untuk anda singgah.
Minuman seperti cendol dan jagung leleh yang diletakkan aiskrim pada atasnya betul-betul membuatkan kita ingin cepat-cepat membasahkan tekak. Roti kahwin di sini juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba!
Alamat: Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat, bermula dari jam 7 pagi hingga 5:45 petang
Pertanian mula mengambil tempat sebagai satu tarikan pelancongan. Itulah yang cuba dilakukan oleh PATRO iaitu menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan.
Sambil melihat tanaman buah-buahan dan ulam-ulaman serta herba, perusahaan madu kelulut dan pemprosesan telur masin dalam kawasan seluas 670 ekar, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti ATV.
Terdapat juga sukan air iaitu kanu dan bot kayuh serta menunggang kuda. Masakan di resort pula 95% adalah masakan asli Perak. PATRO turut menyediakan chalet bagi pengunjung yang mahu merasai tinggal dalam kedamaian alam semulajadi.
Alamat: A15, 31800 Tanjung Tualang (kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Ipoh)
Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM7 (kanak-kanak)
Harga Penginapan: RM350 – RM1,200
Pantai yang cantik ini selalu dijadikan tempat perkelahan penduduk sekitarnya. Suasananya amat mendamaikan dengan pasir halus dan keadaan air yang sesuai untuk tujuan bermandi-manda. Aktiviti lain seperti memancing, banana boat, dan sukan pantai juga turut disediakan.
Tambahan pula, anda dapat melihat Pulau Pangkor dari pantai ini. Ada resort, chalet dan homestay buat pengunjung yang mahu menginap di Teluk Senangin. Gerai makan, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk anda menjamu selera.
Alamat: Seri Manjung, Manjung, Perak (32km dari bandar Sitiawan)
Hutan Lipur Ulu Kernas terletak di Hutan Simpan Bubu. Ramai yang memuji keindahan hutan ini terutama air terjunnya. Ia merupakan hutan dipterokarpa yang dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan.
Tempat ini amat sesuai untuk anda beriadah bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh mandi di sungai, berkelah, berkhemah, dan jungle trekking. Chalet juga disediakan dengan bayaran bermula RM50 sehingga RM150 sehari.
Manakala RM10 dikenakan kepada mereka yang mahu menggunakan tapak perkhemahan. Bagi yang menyukai cabaran, cubalah mendaki Gunung Bubu yang tingginya 1568 meter.
Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (6am – 7pm)
Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)
Ramai yang berkongsi tentang keindahan Tasik Banding dan keseronokan yang boleh diperolehi di sini. Lebih cantik jika anda datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Pengalaman yang suka dicuba ramai orang di sini adalah bermalam di rumah bot di tengah tasik. Jauh dari pencemaran bunyi dan udara di bandar, anda memperoleh udara segar dengan suara unggas sebagai ganti di sini.
Maka, tentulah tidak lengkap jika tidak bermandi-manda di dalam tasik yang airnya amat bersih dan mencuba nasib dengan memancing. Namun, sila jaga keselamatan diri ketika mandi kerana airnya yang dalam.
Gunakan juga peluang ini untuk meneroka pulau sekitarnya dan menikmati air terjun Sungai Kooi di hutan.
Alamat: Pulau Banding, 33300, Perak
Harga bot: RM1800 – RM2500
Ingin melakukan aktiviti mencabar berkaitan dengan alam semulajadi? Di Gopeng, Riverside Camp ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti sebegitu.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki rakit dan menjelajah gua. Ada pelatih yang akan mengawasi anda, jadi aspek keselamatan memang dititikberatkan.
Alamat: Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Nama restoran ini sentiasa menjadi sebutan ramai. Terkenal dengan menu Nasi Bamboo, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran ini merupakan antara restoran yang paling popular sekitar Sungkai.
Menggunakan resepi asli Nasi Bamboo yang merupakan makanan tradisional Melayu Perak, Nasi Bamboo yang lembut dan lebih beraroma berbanding nasi biasa ini menjadi punca utama ianya disukai ramai pelanggan di sini.
Nasi Bamboo ini cukup enak apabila dikenakan bersama lauk-pauk seperti gulai kawah, ayam kampung goreng, daging masak hitam dan ulaman-ulaman yang berbagai jenisnya, pasti bertambah sedap!
Alamat: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali jumaat bermula dari jam 10:30 pagi hingga 6 petang
Antara tempat penginapan yang paling popular di Lumut ialah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, yang merupakan hotel 4 bintang.
Ada banyak kemudahan yang boleh dinikmati jika anda menginap di sini. Ini termasuklah outdoor swimming pool, golf beserta bilik yang selesa. Ianya juga terletak bersebelahan dengan pantai yang cantik.
Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Negeri Perak
Kubu Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak. Runtuhan itu adalah sisa-sisa peninggalan usaha Belanda untuk mengawal perdagangan di semenanjung Melayu.
Jika anda penggemar sejarah, ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Perak. Sambil bersiar, boleh juga anda belajar.
Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Ada beberapa kawasan kolam air panas yang menarik di Perak. Selain di Felda Sungai Klah, anda juga boleh mengunjungi Trong Hot Spring yang terletak di Changkat Jering.
Yang menarik tentang kolam air panas di sini ialah sebaik sahaja pengunjung membuat tempahan, ianya akan dibersihkan terlebih dahulu.
Di samping itu, ianya mempunyai telaga air panas yang berusia 100 tahun dan dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit berjangkit. Terdapat juga tiga kolam yang berbeza suhunya, sangat menarik!
Alamat: 34800 Changkat Jering, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 12am–12pm, 4pm–12am
Tempahan: 05-855 3990
Pusat konservasi penyu yang terkenal di Perak ialah Segari Turtle Sanctuary yang terletak di Lumut, Perak. Jadi, tak perlu jauh-jauh kerana di Lumut pun ada.
Ada beberapa infografik tentang baka penyu yang boleh didapati sekitar sini. Mereka juga membahagikan kolam penyu mengikut umur. Jadi, lekaslah singgah dan lihat sendiri penyu-penyu di sini jika berpeluang!
Alamat: 34900 Lumut, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 1 pm, 2 – 5 pm
Gunung Kenderong ini berketinggian 1223 meter bersamaan dengan 4011 kaki. Ianya merupakan salah satu gunung di negeri Perak.
Aktiviti mendaki merupakan aktiviti utama untuk pengunjung di gunung ini. Gunung ini terletak berhampiran dengan Gunung Kerunai, jadi mereka digelar puncak kembar Perak ( K2 ).
Alamat: Gerik, Perak
Bunga raflesia bukan sahaja boleh didapati di Sabah, malah di Perak juga anda boleh menemuinya. Taman Rafflesia merupakan tempat yang boleh anda lawati untuk melihat spesis bunga terbesar di dunia itu.
Terletak di Gerik, ada pelbagai jenis spesis Raflesia yang boleh ditemui di sini. Yang menarik, salah satu spesisnya iaitu refflesia azlanii dinamakan sempena Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.
Alamat: Kampung Padang Kunyit, 33300 Gerik, Perak
Selain daripada terkenal sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar juga terkenal dengan labu sayong. Alang-alang singgah ke sini, bolehlah anda membeli labu sayong yang dijual penduduk tempatan.
Bukan senang untuk anda dapat labu sayong yang cantik dan berkualiti. Ada banyak pengusahaan labu sayong di sini, dan Win Kraf Labu Sayong merupakan antara kedai yang boleh anda kunjungi.
Alamat: 11, Jalan Kampung, Kampung Sayong Lembah, 33040 Kuala Kangsar, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm
Ingin melancong sambil menimba ilmu tentang penternakan? Jika anda berada sekitar Chemor, lawatilah Farm Infoternak Sungai Siput ini.
Antara haiwan ternakan di sini ialah rusa, burung unta, ayam, kambing, lembu tenusu dan banyak lagi. Tempat penginapan juga boleh didapati.
Alamat: Jalan Ipoh, 31100 Chemor, Negeri Perak
Waktu operasi: Hari minggu, 8 am – 5 pm
Batu bersurat bukan sahaja terdapat di Terengganu, malah di Perak juga ada. Ianya boleh didapati di Pulau Pangkor.
Batu Bersurat di sini ditulis dengan graffiti yang dibuat oleh tentera Belanda pada tahun 1700an. Tentera-tentera ini berpangkalan di Fort Dutch.
Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak
Muzium Beruas ini juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Perak. Ada banyak barang bersejarah yang boleh anda temui di sini.
Antaranya termasuklah artifak-artifak sejarah yang terlah dibuat kajian. Pada asalnya ianya disimpan di Muzium Negara, namun ianya dipindahkan ke muzium ini.
Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5 pm
Mahu menikmati masakan kampung dan ikan bakar yang sedap dan segar? Di Lenggong, Restoran Tasik Raban ini ialah restoran yang terkenal dengan hidangan sebegitu.
Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Perak, jelas menunjukkan popularitinya. Ikan di sini didatangkan dengan beberapa pilihan seperti tilapia, siakap, kaloi, patin, dan sebarau. Ikan bakar disajikan dengan sambal asam sebagai pencicah, dijamin sedap!
Alamat: 33400 Lenggong, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 4.30 pm manakala Ahad 11 am – 12 am
Satu lagi gunung di Gerik yang boleh anda lawati ialah Gunung Pulut. Gunung ini mempunyai ketinggian 651 meter. Bagi yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung, ini adalah salah satu gunung yang wajib anda daki.
Hal ini kerana ramai pendaki memuji kecantikan pemandangan setelah tiba di puncak gunung. Kami yakin anda juga akan terpesona dengan kecantikan pokok-pokok serta awan di situ.
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Kalau di Selangor kita ada keli-kelip di Kampung Kuantan, di Perak pula kita ada kelip kelip di Kampung Dew.
Anda boleh menyaksikan sejumlah kelip-kelip yang banyak pada waktu malam di Kampugn Dew. Semestinya anda akan terpesona dengan keindahan cahaya kelip-kelip, jadi jangan lepaskan peluang ini ya!
Alamat: Kampung Dew, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang uamat bersesuaian untuk dikunjungi oleh pencinta alam. Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.
Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan ialah merentas hutan, menaiki bot di kawasan tasik, memancing ikan air tawar, beriadah dan banyak lagi.
Alamat: Bukit Tali Kail, 33300, Perak
Satu lagi tarikan pelancongan di Gerik ialah Batu Hampar. Terdapat lata di sini, jadi anda boleh singgah jika berpeluang.
Ada banyak aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan. Ini termasuklah berkelah dan berkhemah. Akviti berkayak juga boleh dilakukan dek kerana keadaan geografinya yang sesuai untuk akviti tersebut.
Alamat: Pantai Remis, Perak
Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum ialah muzium timah yang cukup popular sekitar Kampar. Kampar merupakan kawasan perlombongan biji timah sejak awal 1800-an lagi.
Jadi, anda akan menimba ilmu pengetahuan tentang cara pengeluaran batu kelikir. Peralatan untuk pengeluaran batu kelikir juga turut dipamerkan, sangat menarik!
Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5 pm
Asyik ke muzium dan air terjun sahaja, teringin juga untuk melakukan aktiviti lain. Tidak mengapa, setelah singgah di muzium dan mandi di air terjun, singgahlah di Taiping Equine Park.
Di sini, anda dan ahli keluarga akan menunggang kuda. Ada beberapa kuda yang boleh ditunggang, dan ianya juga selamat.
Alamat: Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Negeri Perak
Ada banyak masjid yang cantik di Perak, salah satunya terletak di Universiti Teknologi PETRONAS. Masjid tersebut ialah Masjid An Nur.
Bukan sahaja merupakan tempat ibadah yang luas, selesa dan bersih, ianya juga cantik. Sesuai untuk anda singgah sambil anda melancong.
Alamat: 31750 Bota, Perak
Jika anda inginkan sesuatu yang luar biasa, singgahlah makan di Castella Café yang terletak di Gerik. Meja makan yang disediakan terletak di atas rakit buluh dalam air sungai yang mengalir.
Hidangan di Castella Café kebanyakannya menggunakan ikan sungai yang segar seperti ikan sebarau, tilapia, kelaba, dan tenggalan. Ada yang dibuat gulai, goreng dan masak lemak. Dijamin sedap!
Alamat: Sungai Beruk, Kampung Padang Stang, Mukim, 33310 Gerik, Perak
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Selasa, 12.00 pm – 5.00 pm
Bila anda singgah di Lost World of Tambun, anda boleh mengunjungi zoo yang terletak di sini. Zoo tersebut ialah Lost World Petting Zoo.
Ada sekitar 55 spesis haiwan yang boleh anda temui. Sambil anda melancong, bolehlah anda menambah ilmu pengetahuan tentang spesis haiwan yang berbeza.
Alamat: Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak
Bukan di Gerik dan Kuala Kangsar sahaja, di Tapah pun anda boleh jumpa air terjun yang cantik. Salah satunya ialah di Hutan Lipur Kuala Woh.
Airnya yang bersih dan jernih membuatkan para pencinta alam berasa selesa untuk melakukan aktiviti rekreasi di sini. Kemudahan awam seperti gazebo, chalet, tandas awam dan surau juga turut disediakan.
Alamat: Pejabat Daerah & Tanah, 35000 Tapah, Negeri Perak
Waktu oeprasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm
Ingin melihat lebih 150 spesis burung air? Lekaslah berkunjung di Taman Alam Kinta yang terletak di Batu Gajah ini. Kawasan yang merupakan bekas lombong timah ini mempunyai keluasan 900 ekar.
Bagi anda yang merupakan pencinta alam, taman burung ini pasti sesuai untuk anda lawati. Antara sepsis burung air yang menjadi tarikan pelancong adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air dan banyak lagi.
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
Negeri Perak bukan sahaja kaya dengan air terjun, malah pantai di sini juga ada banyak. Pantai Ban Pecah ialah salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancongan di Perak.
Yang menarik tentang pantai ini ialah pada asalnya, Pantai Ban Pecah merupakan sawah yang seterusnya ditukar menjadi pantai. Terdapat bongkah batu yang disusun berhampirannya bagi mengelakkan hakisan ombak.
Alamat: 34350 Kuala Kurau, Perak
Pantai Pasir Panjang merupakan pantai terpanjang di Daerah Manjung. Ianya mempunyai kepanjang 6 km dan merupakan antara tarikan pelancongan di sini.
Pasir pantai yang halus, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan semulajadi menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk spesis penyu Agar dan penyu Lipas bertelur.
Peminat laksa boleh mencuba sesuatu yang baru di sini. Dimasak dengan dapur kayu, bukan sahaja ia menjadikan restoran ini unik, malah membangkitkan rasa dan aroma laksa yang turut dipanggil sebagai laksa basah ini.
Ramai pelanggan bersetuju yang ia adalah laksa terbaik di Kuala Kangsar. Ditambah pula dengan cendol sebagai penyegar tekak selepas makan laksa, ia betul-betul gandingan mantap.
Alamat: KPW, Kubang Panjang, Kampung Paya Lubuk Merbau
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam
Bukit berketinggian 1087 kaki ini dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang membantu Sultan Perak untuk membasmi kumpulan lanun.
Ianya sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti merentas hutan. Pihak MPM ada enyediakan trek untuk pengunjung. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan Bandar Lumut yang cantik.
Alamat: Lumut, Perak
Anda suka tempat menarik di Perak yang dikongsikan oleh kami? Jangan lupa untuk share dan like untuk panduan anda di amsa hadapan. Manalah tahu anda akan ke sana.
Selain tempat best di Perak, baca juga artikel menarik kami yang lain.