Anda merancang untuk ke Terengganu sempena cuti sekolah tak lama lagi? Kalau anda sedang mencari tempat penginapan, kami sedia membantu. Jom kami kongsikan 11 homestay di Terengganu yang bersih dengan harga berpatutan.

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Remax

1. AmniDina Apartment

Menawarkan penginapan yang luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga, AmniDina Apartment sebenarnya adalah sebuah homestay jenis rumah banglo yang menawarkan penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 6 orang dan penginapan dengan 3 buah bilik untuk 8 orang. Homestay ini cukup selesa, dilengkapi dengan ruang dapur yang lengkap dengan segala kemudahan penting.

Lokasinya yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai, menjadikan suasana sekitar homestay terasa cukup nyaman dengan udara yang sentiasa bertiup lembut.  Tidak jauh dari homestay ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan yang terkenal, apa lagi? Dah lebih dari cukup rasanya sebab untuk anda memilih AmniDina Apartment ini. Tarikan lain pula seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah dalam sekitar 7 km dari homestay.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat:  Lot 31558 Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

2. Jen Homestay

Bagi anda yang ingin menginap di kawasan yang meriah dengan warna-warna cerah, Jen Homestay adalah lokasi yang tepat. Berdekatan dengan Chinatown yang hanyalah 1 minit berjalan kaki dari homestay, kawasan di sekitarnya juga menjadikan ia selamat sebagai pilihan penginapan bersama keluarga. Setiap bilik yang ditawarkan homestay ini turut dilengkapi dengan aircond yang menyegarkan badan setelah kepanasan berjalan di sekitar Terengganu.

Kemudahan mesin basuh turut disediakan, tak perlulah bersusah payah mencari dobi. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi untuk hiburan sewaktu masa lapang sambil bersantai di ruang balkoni yang menyajikan pemandangan indah dan penuh dengan kemeriahan.

Lokasinya, cukup strategik bagi anda yang ingin meneroka lebih jauh sekitar negeri ‘kepok leko’ ini kerana terletak tidak jauh dari stesen bas dan juga jeti untuk ke pulau.

Harga: Dari RM105+ Semalaman

Alamat: Kompleks Kampung Tiong, Jalan Kampung Tiong, 20100 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Getaroom

3. Sumai Hotel Apartment

Yang mana yang menjadi pilihan anda? Bilik hotel ataupun apartment? Di Sumai Hotel Apartment ini anda boleh memilih jenis penginapan yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang bercuti bersama.

Sekiranya anda bercuti beramai-ramai, Deluxe Apartment hotel ini mampu memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap dengan 3 buah bilik tidurnya. Apartment lain adalah jenis Superior yang boleh menampung 7 orang penginap dalam 4 buah biliknya.

Kesemua penginapan yang ditawarkan Sumai Hotel Apartment dihias dengan ringkas dan moden. Ianya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kolam renang yang juga sesuai untuk kanak-kanak dan akses wifi yang cukup pantas.

Mengenai lokasinya, kedudukannya yang jauh dari kesibukan jalan raya menjadikan suasana sekitar hotel sungguh mendamaikan. Namun begitu, ia tetap stategik dengan destinasi-destinasi menarik seperti Pantai Batu Buruk yang hanya 5 minit pemanduan dari hotel dan Masjd Kristal yang hanyalah 20 minit dari hotel.

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: Jalan Persinggahan Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

4. Homestay d’Sofia

Ingin menikmati percutian di kawasan yang kampung penuh ketenangan sewaktu di Terengganu? Apa kata jika anda menginap di Homestay d’Sofia. Homestay yang dikelilingi dengan kehijauan ini adalah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang datang bersama keluarga. Suasana yang mendamaikan dapat dinikmati di kawasan taman homestay sambil menggunakan kemudahan wifi  yang disediakan.

Menyediakan dua jenis penginapan iaitu Holiday Home dengan 2 buah katil single dan sebuah katil double yang boleh  memuatkan 4 orang, seterusnya adalah rumah dengan 2 bilik yang boleh memberikan keselesaan kepada 5 orang penginap. Bilik-biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Lokasinya pula, berdekatan dengan pulau yang boleh diakses melalui Jambatan Sultan Mahmud. Dari pulau ini, anda sekeluarga dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang cukup memukau jiwa.

Harga: Dari RM115+ Semalaman

Alamat: Lot 51, Jalan Tengku Mizan, Kampung Pulau Duyong Besar, 21300 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Yourterengganuhomestay

5. Come Inn Greenvilla

Homestay yang terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu ini, Come Inn Greenvilla, menawarkan penginapan yang luas yang terdiri daripada bilik-bilik untuk solo traveler hinggalah kepada yang datang bersama keluarga yang ramai dalam sekitar 5 orang. Bilik-bilik ini cukup selesa dengan kemudahan penyejuk udara yang menyegarkan serta akses wifi yang memuaskan sebagai hiburan.

Keselamatan di sekitar homestay ini juga terjaga terutama sekali di ruang parking yang diletakkan kamera pengawasan. Bolehlah anda tidur dengan lena tanpa memikirkan keselamatan kereta sewaktu menginap di hotel bajet ini.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk dan kawasan bandar. Kawasan di sekitar juga terdapat banyak kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam. Homestay yang strategik, murah dan selesa. Apa lagi yang difikirkan?

Harga: Dari RM55+ Semalaman

Alamat: 1526-E, Jalan Ibrahim Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

6. Uncle Guesthouse

Tiada tempat membeli-belah tradisional yang lagi best daripada di Pasar Payang kalau di Terengganu ini, sebab itulah kalau sudah sekali-sekala datang ke Terengganu, carilah penginapan yang dekat dengan Pasar Payang. Salah satunya adalah Uncle Guesthouse yang terletak hanyalah 1 km dari pasar yang tak lokek dengan pilihan barangannya ini.

Uncle Guesthouse adalah sebuah penginapan yang terletak di deretan rumah kedai di Jalan Tok Lam. Lokasinya memang stategik kerana berada di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan stesen bas. Perut menggerodak? Restoran dan gerai tinggal untuk dipilih sahaja kerana segalanya ada di depan mata.

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 77-A Mezzanine Floor Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

7. Bougainvillea Guest House

Berkonsep elegan, homestay Bougainvillea Guest House adalah sebuah penginapan dengan dekorasi dalaman yang selesa dipandang mata. Menggabungkan warna-warna lembut dan natural, dipercantikkan lagi dengan cahaya lampu chandelier yang indah, membuatkan penginapan anda di sini terasa eksklusif.

Bougainvillea Guest House menyediakan 3 buah bilik yang mampu memuatkan 7 orang penginap, dapurnya pula lengkap dengan perkakasan penting. Oleh itu, jika ingin berjimat, jangan lupa untuk membawa bahan mentah untuk dimasak ya? Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah TV bersiaran Astro.

Mengenai lokasinya pula, cukup strategik kerana berdekatan dengan tarikan-tarikan seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu dan Pantai Batu Buruk yang kurang 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat:  Jalan Tok Adis Lot 1904 Taman Adis Indah Fasa 2, 20400 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

8. Dania Homestay Kuala Terengganu

Dari RM190 untuk penginapan yang luas dan lengkap dengan kawasan halaman, menginap di Dania Homestay Kuala Terengganu adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang bercuti beramai-ramai di Terengganu.

Homestay dengan 4 buah bilik ini mampu memuatkan 8 orang penginap. Penuh dengan keselesaan kerana di setiap biliknya dan termasuklah ruang tamu, tersedia penyaman udara yang menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.

Kawasan sekitar homestay ini juga sungguh tenang, menjadikan tidur malam anda sekeluarga nyenyak tambahan lagi dengan katil-katil empuk yang disediakannya.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Budaya Kraf Terengganu yang kurang 6 km dari Homestay.

Harga: Dari RM190+ Semalaman

Alamat: PT1252, Kubang Rengas, Gelugur Kedai, 20050 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

9. Seaview Holiday Apartment 2

Sebuah homestay yang cukup sejuk dipandang mata, dengan dekorasi dalaman yang berkonsep ‘kelautan,’ sebaik melangkah masuk ke dalam apartment ini, mata anda akan disapa dengan warna biru langit pada dinding ruang tamu dan lukisan pesisir pantai yang cukup indah. Menginap di Seaview Holiday Apartment 2 dapat menaikkan mood untuk anda melawat pantai mendamaikan yang wujud di Terengganu.

Pantai yang terdekat, Pantai Batu Buruk terletak hanya 10 minit perjalanan kaki dari homestay. Tarikan lain seperti Chinatown pula hanyalah 1.7 km dari homestay. Muzium Negeri Terengganu pula hanyalah 5 km.

Harga: Dari RM219+ Semalaman

Alamat: Tingkat 21-15, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

10. Villa D’Doa Maju

Villa D’Doa Maju yang terletak di Kampung Losong Haji Su ini sememangnya akan menceriakan selera keropok lekor anda. Siapa tak kenal Kampung Losong yang terkenal dengan gerai-gerai jualan keropok lekornya ini. Enak-enak belaka pilihan yang ada di sekitar penginapan.

Bukan itu sahaja, setelah memuaskan tekak dengan makanan hasil laut ini, anda boleh maintainkan bentuk badan ideal di gym yang terletak tidak jauh dari villa. Selain itu, ia juga terletak dekat dengan tarikan lain di sekitar Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Chinatown, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi yang kesemuanya kurang 5 km dari penginapan. Lokasi yang memang terbaik!

Mengenai penginapan ini pula, semua bilik lengkap dengan segala fasiliti penting termasuklah sejadah dan kemudahan menyeterika. Harga yang murah, strategik dan fasiliti yang lengkap, apa lagi yang dicari?

Harga: Dari RM59+ Semalaman

Alamat: LOT1735,Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Booking.com

11. JS&K Homestay

]JS&K Homestay menyediakan banyak jenis penginapan yang selesa untuk diinapi dari 2 orang ke 4 orang penginap. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Deluxe Family Suite menyediakan bilik dengan 2 katil single dan 1 katil double yang cukup selesa, ditambah pula dengan ruang bilik yang luas. Berapa lama pun anda menginap di sini, jangan risau, anda tidak akan terasa lemas.

Bukan itu sahaja, tahap kebersihan homestay ini juga cukup memuaskan. Untuk pengetahuan anda, suasana homestay ini juga tenang tanpa sebarang gangguan bunyi untuk tidur yang lena.

Di samping itu, JS&K Homestay turut menyediakan minuman air panas seperti kopi dan milo secara percuma untuk diminum pada bila-bila masa. Anda boleh menikmati minum petang di sini sambil menghiburkan diri menggunakan wifi pantas yang disediakan.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari jeti untuk meneroka lebih jauh ke pulau indah di Terengganu.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 1167, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

homestay di terengganu

Sumber Gambar: Hikersbay

Itulah dia 11 homestay di Terengganu yang menarik dan harga berpatutan. Semoga bermanfaat!

Sumber : Maisinggah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.