Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Tengah cari tempat untuk berbulan madu? Jom kami kongsikan 25 tempat paling menarik di Malaysia untuk honeymoon.

Cameron Highlands

Cuacanya yang sejuk membuatkan Cameron Highlands menjadi antara destinasi utama pilihan pasangan pengantin baru untuk berbulan madu. Selain cuaca yang sejuk dan persekitaran yang segar, Cameron Highlands dimininati kerana banyak aktiviti menarik yang ada di sana.

Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah memetik strawberi, melawat taman rama-rama dan taman lebah, jalan-jalan berpegangan tangan di kebun teh dan kemudian bersantai sambil minum teh panas bersama scones yang enak. Pasar malamnya juga sangat menarik. Ada pelbagai barang jualan dari masakan panas sehinggalah sayur-sayuran segar, coklat, baju, cenderamata dan buah-buahan.

Jangan lupa singgah ke Taman Sedia. Kalau teringin nak tengok sayur-sayuran yang besar anda boleh jejakkan kaki ke Mardi.

Ada banyak hotel dan homestay di Cameron Highlands. Pilih sahaja nama yang sesuai dengan bajet anda. Bab makanan? Tak perlu risau. Ada banyak kedai makan di sana. Sebelum pulang jangan lupa untuk shopping sayur-sayuran dan buah-buahan di Kea Farm.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: 1dasia

Kundasang

Kundasang juga tak kurang menariknya, terutama bagi pengantin baru dari semenanjung. Tempat pertama yang wajib anda pergi ialah Desa Cattle Dairy Farm yang juga dikenali sebagai ” Little New Zealand “. Bila bergambar, ala-ala kat New Zealand gitu. Aiskrim kat sini juga sangat sedap.

Kemudian jangan lupa pergi ke Kinabalu Park. Kinabalu Park ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Tarikan utama di Taman ini adalah tidak lain tidak bukan daripada kemegahan Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketiggian 4095,2 meter.

Tempat menarik yang lain ialah Kundasang War Memorial, Mini Strawberry Farm, Vegetable Market Farm, Poring Hotspring, Sabah Tea, Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti, Tugu Replika Kobis, Mount Kinabalu Heritage & Spa, Taman Arnab, dan banyak lagi. Serius, Kundasang memang best.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumbr Gambar: Jomjalan

Frasers Hill

Kalau anda nakkan tempat honeymoon yang super duper sejuk dan tak terlalu crowded, Frasers Hill adalah pilihan terbaik untuk anda. Ada banyak hotel di sini, pilih yang mana sesuai dengan bajet anda. Apa aktiviti yang ada? Mula-mula sampai anda wajib bergambar di Menara Jam.

Kemudian anda boleh ke The Paddock untuk naik kuda dan memanah. Nak romantik sikit, boleh bersampan sambil bagi makan ikan di Allen’s Water. Air Terjun Jeriau juga sangat menarik. Kalau anda sukakan jungle terkking, jangan lepaskan peluang untuk melalui trek yang disediakan.

Untuk yang sukakan golf, wajib cuba main golf di sini. Pencinta burung, aktiviti bird watching di sini adalah sangat menarik.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Kualalumpur

Genting Highlands

Genting Highlands juga dikenali sebagai kota keriangan. Cuacanya sejuk dan berkabus. Umpama masuk ke alam mimpi. Kalau selepas hujan, lagi tebal kabusnya. Jangan lupa untuk bawa sweater, kalau tak menggigil dibuatnya. Apa yang menarik di sini?

Tarikan terbaru ialah Genting Premium Outlet. Syurga membeli-belah. Pengantin perempuan pasti senyum hingga ke telinga bila sampai di sini. Butik Coach, Michael Korrs, Louis Vuitton, Victoria Secret, Guess menanti anda. Barangan lelaki juga ada, jangan risau. Ada butik Adidas, Puma, dan sebagainya.

Ada juga taman rama-rama dan taman lebah untuk anda kunjungi. Kalau teringin nak petik strawberi, boleh singgah di Little Cameron Highlands. Bila anda sampai ke puncak, anda boleh berseronok di taman tema indoor dan taman tema outdoor.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Discoverymalaysia

Pulau Langkawi

Pulau Langkawi yang juga dikenali sebagai Pulau Lagenda memang tak asing lagi buat penduduk Malaysia. Anda boleh datang ke sini melalui kapal terbang atau feri. Boleh juga bawa kereta sendiri dengan menaiki Ro-ro. Pilih yang mana sesuai untuk anda.

Tentang penginapan? Anda tak perlu risau. Ada banyak hotel, resort dan homestay yang boleh anda pilih. Tempat menarik? Senarainya sangat panjang. Di antara yang wajib anda kunjungi ialah Dataran Lang untuk bergambar dengan helang besar mercu tanda Langkawi. Kemudian anda boleh pergi shopping coklat dan pinggan-mangkuk di Haji Ismail Group.

Kemudian boleh naik kereta kabel dan  melawat Telaga Tujuh. Jangan lupa untuk ke Makam Mahsuri dan Pantai Cenang. Aktiviti island hopping juga sangat best. Bila sampai di Tasik Dayang Bunting, anda boleh minum sedikit air tasik yang katanya boleh menyuburkan.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Freemalaysiatoday

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kalau anda sukakan night life dan tempat yang happening, anda boleh pilih Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan ketenangan dan mahu snorkeling sepanjang hari, anda boleh pergi ke Pulau Perhentian Besar.

Aktiviti di sini ialah snorkeling, scuba divingmelawat Kincir Angin D’Lagoon,melihat habitat penyu, dan banyak lagi.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Kalerful

Pulau Redang

Pulau Redang juga tak kurang menariknya. Anda boleh bersantai di tepi pantai, scuba diving, snorkeling, melihat penyu, bermain bola tampar pantai, dan menunggu matahari terbenam. Lokasi yang wajib anda kunjungi ialah Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pasir Mak Simpan dan Pasir Mak Kepit.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: 1dasia

Pulau Lang Tengah

Walau pun kurang popular berbanding pulau lain di Malaysia, Pulau Lang Tengah adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Apa yang menarik, tak ramai orang di sini. Jadi suasananya lebih tenang. Aktiviti snorkeling pun tak sesak. Anda yang sukakan ketenangan wajib honeymoon di sini.

Snorkeling di sini adalah antara pengalaman paling menarik yang pernah kami alami. Hidupan lautnya sanat cantik dan air sangat jernih.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Beautifulterengganu

Pulau Sibu

Namanya Pulau Sibu tapi letaknya di Johor. Pulaunya kecil tapi sangat indah. Terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari tanah besar, Pulau Sibu dipenuhi dengan hutan hujan yang subur menghijau serta rentangan pantai dengan pasir memutih dan kebiruan air Laut China Selatan yang jernih.

Terumbu karang di sini adalah antara yang tercantik di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dan scuba diving di sini.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Youvivu

Pulau Pinang

Pulau Pinang dengan ikon Jambatan Pulau Pinang juga adalah destinasi berbulan madu yang popular di Malaysia. Tempat pertama yang wajib anda pergi ialah Bukit Bendera. Kemudian anda boleh pergi ke Upside Down Muzium. Ghost Muzium, Fort Cornwallis, Pantai Batu Feringgi.

Jangan lepaskan peluang untuk makan nasi kandar sepuas-puasnya. Makanan kat Padang Kota Lama juga sangat sedap. Sebelum balik, jangan lupa untuk shopping jeruk madu Pak Ali.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Beritadaily

Kuching

Berbulan madu di Kuching pastinya akan menjadi memori paling indah dalam hidup anda. Anda boleh melawat Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Jambatan Darul Hana, Taman Negara Bako, Fort Margherita, Muzium Negeri, Muzium Kucing, dan banyak lagi tempat menarik. Makanannya pun sedap-sedap belaka.

tempat menarik untuk honeymoon
Sumber Gambar: Tempatmenarikkuching

Pulau Pangkor, Perak

Pulau Pangkor

Tersenarai antara Pulau tercantik di Malaysia, Pulau Pangkor merupakan destinasi percutian yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Apa yang membuat pulau ini unik adalah kerana kecantikan batu karangnya dan ikan-ikan yang berwarna-warni.

Kepada pasangan dua sejoli yang dua-dua gemarkan sukan air, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

Anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada burung hornbill di sekitar pulau dan untuk lebih romantik boleh juga bersia-siar sekitar pulau bersama pasangan dengan menaiki motosikal di tempat honeymoon di Malaysia ini.

Pulau Mabul, Sabah

Pulau mabul

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi terbaik untuk menyelam di dunia dek kerana kejernihan airnya. Pulau Mabul ini sangat sesuai dijadikan destinasi bulan madu buat pasangan yang menggemari aktiviti snorkelling dan menyelam.

Terdapat resort yang dinamakan Mabul Water Bungalows yang terapung di atas air sebagai daya tarikan pelancongan di sini untuk dijadikan tempat penginapan. Selain ia unik sebagai tempat honeymoon di Malaysia, anda jua boleh melihat panorama ketika matahari terbenam selain turut menyediakan rawatan spa untuk merehatkan diri anda.

Kinabatangan, Sabah

Kinabatangan

Untuk menikmati keindahan alam yang sedikit berbeza bersama pasangan, anda mungkin boleh melawat ke River Safari di Kinabatangan yang merupakan tempat honeymoon di Malaysia yang menarik. Bagi pencinta alam, aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama.

Menyusuri tasik Kinabatangan ini dengan menaiki bot pasti memberikan satu pengalaman yang menakjubkan kerana anda dapat melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

Haiwan unik yang boleh dijumpai di sepanjang sungai ini termasuklah Orang Utan, Red Leaf Monkey dan Badak Sumbu Sumatra.

Casabrina Vacation Villas, Raub, Pahang

Casabrina

Jika anda tercari-cari tempat yang suasananya agak mewah tetapi mempunyai keindahan alam semulajadi, Casabrina Vacation Villas adalah tempat honeymoon di Malaysia yang tepat.  Lokasinya kira-kira sejam dari kesibukan kota, anda akan dapat menemukan sebuah resort yang tersergam indah dan mewah di tengah-tengah kehijauan hutan Pahang yang indah. Resort ini sangat sesuai untuk pasangan yang inginkan lebih privasi sambil menikmati percutian bulan madu.

 Colmar Tropical, Berjaya Hills, Pahang

Berjaya Hills

Sesuai dengan namanya yang indah, Colmar Tropical merupakan antara tempat honeymoon di Malaysia yang wajib anda pilih. Panaroma dan suasananya akan buat anda terasa seolah-olah berada di Jepun. Di sini ada perkhidmatan sewa kimono maka ada bolehlah bergambar puas-puas dan terasa seperti berada di Jepun. Sushi dan gaya urut jepun iaitu di Tatami Spa juga boleh didapati di sini.

Masbro Village, Paya Rumput, Melaka

Melaka

Reka bentuk homestay tempat honeymoon di Malaysia yang berwarna-warni dan unik ini akan membuatkan anda terasa seperti di Australia. Masbro Paya Rumput ini boleh muat sehingga 6 orang tetapi untuk anda yang datang untuk berbulan madu pasti ianya terasa lebih luas apabila hanya perlu berkongsi berdua sahaja.

Homestay ini dibina dalam kawasan berpagar dilengkapi microwave, aircond dan peti sejuk. Jika nak mandi pun ada swimming pool tidak jauh dari homestay anda.

Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang

Japamala pulau tioman

Ramai isteri yang teringin ke Maldives namun belum tentu si suami mampu membawa mereka ke Maldives. Jangan risau kerana di Malaysia juga terdapat pulau yang mirip dengan yang ada di Maldives cumanya lebih jimat dan lebih dekat.

Nah! Buat sang suami bawalah isteri anda ke Japamala Resort Pulau Tioman untuk si isteri merasai sendiri pengalaman seolah-olah seperti berada di Maldives. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak dasar laut.

Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Eagle Ranch

Jika inginkan kelainan dan cabaran, anda boleh ke resort ini. Anda dan pasangan akan tidur di dalam teepees dan akan terasa seperti di Amerika.  Ianya seperti zaman koboi atau red Indian.

Rekabentuk resort ini sangat unik dan menarik yang pasti memberikan pengalaman yang sedikit berbeza buat pasangan pengantin. Di sini anda juga berpeluang untuk menunggang kuda.   

Bandar Melaka

Bandar Melaka

Bandar yang kaya dengan sejarah ini sangat sesuai sebagai destinasi bulan madu buat pasangan yang gemar mendalami budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Tarikan utama di sini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar Bandar dengan menaiki beca yang berwarna-warni dan dihias cantik. Banyak hasil kraftangan penduduk tempatan yang anda boleh bawa pulang sebagai cenderamata atau kenangan.

Bidaisari Resort, Janda Baik

Bidaisari resort

Tidak perlu ke lokasi jauh, Janda Baik sudah memadai. Ia cuma mengambil masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jadi anda tidak perlu memperuntukkan kos yang banyak untuk minyak kereta. Tempat yang amat sesuai pasangan suami isteri berhoneymoon dengan dikelilingi pemandangan yang cantik sekali.

Boulder Valley Glamping & Event Place, Penang

Boulder valley penang

Tempat honeymoon murah yang seterusnya adalah di  Boulder Valley Glamping & Event Place. Ramai yang tidak tahu akan keindahan penginapan ini. Menggabungkan konsep perkhemahan, alam sekitar, dan sentuhan moden.

Boulder Valley dibina pada kedudukan yang agak tinggi. Ini merupakan cara untuk tidak menebang pokok yang banyak untuk menjaga alam sekitar.

Coral View Island Resort, Pulau Perhentian

Coral view island

Siapa tidak suka bercuti di pulau bukan?  Pulau Perhentian adalah  tempat menarik untuk honeymoon . Keindahan pulau ini bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja indah bahkan terdapat pelbagai aktiviti menarik buat pelancong.

Coral View Island Resort menawarkan segala yang anda inginkan untuk percutian pulau. Chalet ditepi pantai, selesa, berlandskap indah, dan hadir dengan kolam renang.

Resort ini turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk island hopping, membawa anda ke tempat snorkeling dan scuba diving.

A Rock Resort, Langkawi

A rock resort

Sebagai salah satu tempat menarik di Malaysia, Langkawi hadir dengaan pelbagai jenis tarikan pelancongan termasuklah penginapan unik. Ciri menarik yang ada pada resort ini adalah beberapa buah unit bilik mengelilingi kolam renang. Cukup indah tidak kira siang mahupun malam.

Grand Orient Hotel, Penang

Grand hotel penang

Akhir sekali , Tempat honeymoon menarik dan murah yang seterusnya adalah di Grand Orient Hotel. Tarikan utama hotel ini adalah mereka memiliki taman tema air yang menarik.

Taman tema airnya luas, berlandskap indah bak Hawaii. Terdapat pelbagai jenis gelongsor yang berpusing dan terus membawa anda ke dalam kolam yang berair dingin. Dari segi kemudahan dan keselesaan hotel memang terbaik. Semuanya cukup lengkap

Itulah dia 25 tempat menarik untuk honeymoon yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Selamat berbulan madu.

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik untuk honeymoon yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.