Tahukah anda bahawa menara Kuantan 188 merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di pantai timur dengan ketinggian 180 meter. Menara ini terletak di tebing Sungai Kuantan, Pahang.

Dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kolaborasi bersama kerajaan negeri Pahang, menara ini telah siap dibina pada September 2019 dan telah dirasmikan pada Februari 2022.

Pada asalnya menara ini dinamakan sebagai Menara Teruntum namun telah ditukar ke Kuantan 118 dan yang pasti lebih banyak tarikan menarik buat pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Hanya dalam satu tempat, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan bersama keluarga seperti skywalk, menaiki lift kaca dengan ketinggian 104 meter serta melihat pemandangan 360 darjah sekitar Bandar Kuantan serta Laut China Selatan yang memukau.

Kuantan 188 International Extreme Challege

Berita menarik buat bakal pengunjung Kuantan 188 dan penduduk sekitar Pahang, Kuantan 188 akan menganjurkan Kuantan 188 International Extreme Challege bermula 27 Ogos 2022 hingga 4 September 2022.

Festival ini diadakan sempena melancarkan aktiviti mencabar terbaru di menara ini iaitu aktiviti ‘base jump’ yang melibatkan pengunjung dari pelbagai latar dan segenap lapisan umur.

Sepanjang festival yang berlangsung selama 9 hari ini, banyak aktiviti menarik dan mencabar diadakan mengikut jadual. Nak tahu aktiviti apa? Layari laman web Kuantan 188 atau Facebook Kuantan 188!

Lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan untuk semua peringkat umur termasuklah paintball, aerobik, zipline dan hammock zone. Buat anda yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar, ini peluang untuk anda menonjolkan bakat anda!

Selain aktiviti lasak, anda juga boleh menonton pertunjukan base jump dan membeli-belah di kawasan Merdeka bazaar.

Banyak kemudahan disediakan termasuklah tandas, surau, restoran dan parkir. Jadi mudah untuk anda meluangkan banyak masa anda di sini!

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri aktiviti kemuncak iaitu Pesta Kuantan 188 pada 3 September 2022 bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam. Anda akan dihiburkan dengan persembahan gempak dari barisan artis terkenal Malaysia seperti Aina Abdul, Raihan, Joe Flizzow, Man Bai dan ramai lagi!

Untuk Pesta Kuantan 188, tiket yang dikenakan serendah RM 58 sahaja! Dapatkan segera kerana tiket adalah terhad. Cara untuk mendapatkan tiket senang sahaja, hubungi nombor +609 513 5821 atau +609 531 5921.

Tunggu apa lagi? Jom rancang perjalanan anda ke sini dan uji keberanian anda dengan pelbagai aktiviti mencabar. Jangan lupa ajak pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk turut merasai kemeriahan Kuantan 188 International Extreme Challenge!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.