Bila sebut Padang, Indonesia pasti terus terbayang budaya minangkabau dan gunung berapinya. Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Padang. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang wajib anda lawati.
Jam Gadang merupakan menara jam yang terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi. Ala-ala Big Ben di London. Kalau anda sampai di Bukit Tinggi, Padang, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil gambar sebagai kenangan. Jam gadang ialah simbol Bukit Tinggi.
Selain itu, anda juga boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Bukit Tinggi.
Istana asalnya telah terbakar akibat litar pintas lalu dibina semula. Senibinanya sangat cantik dengan ukiran yang halus. Dari sinilah asalnya datang rekaan bumbung minangkabau yang banyak terdapat di Negeri Sembilan. Memasuki Istana Pagar Ruyung seperti kembali semula ke zaman silam.
Istana ini setinggi 3 tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik puteri-puteri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan kanan istana ada tempat menyimpan beras.
Di sini anda boleh menyewa pakaian minang untuk bergambar. Harganya cuma RM35,000 sahaja. Murah.
Pernah dengar kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya? Malin Kundang ialah versi Padang. Di sini terdapat batuan yang berbentuk seperti tong kayu, sauh, kapal, dan Malim Kundang yang sedang melutut memohon ampun daripada ibunya.
Siapa tak kenal penulis hebat Hamka? Penulis yang terkenal dengan karya Tenggelamnya Kapal Van Der Jick berasal dari Padang. Rumah ini terletak di penghujung Kelok 44. Suasanya sangat sejuk dan nyaman. Di sini anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulis hebat ini.
Kelok 44 umpama Cameron Highlands. Cuacanya sejuk dan nyaman. Anda akan dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang hijau dengan pemandangan sawah padi dan gunung berapi yang masih aktif. Di sini juga ada banyak pokok kulit kayu manis. Unik kan?
Di sini anda boleh berisitirehat melihat pemandangan sambil membeli-belah cenderamat berasaskan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Terowong ini dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dengan dengan kepanjangan 6 kilometer dan kedalaman 64 meter. Terdapat banyak jalan masuk ke terowong ini dan di dalamnya terdapat banyak bilik untuk menyimpan makanan, senjata dan pejabat.
Buruh binaan yang dikerah untuk membina terowong ini diambil dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.
Tahukah anda, para peniaga di Bandung ambil stok barang jualan dari sini. Maksudnya harga barang di sini jauh lebih murah daripada di Bandung. Semuanya ada. Blouse, tudung, jubah, shawl, kain sulam, perhiasan rumah, dan sebagainya. Tapi beringat semasa shopping, jangan sampai terlebih muatan. Nanti mahal nak kena bayar kepada syarikat penerbangan.
Air terjun ini terletak betul-betul di tepi jalan. Tak perlu masuk jauh ke dalam. Ini adalah antara destinasi wajib bagi pelancong yang datang ke Padang. Orang tempatan juga suka datang ke sini. Air terjunnya sangat tinggi dan cantik. Bayaran masuk ialah RP2000. Kalau duit kita cuma enam puluh sen seorang.
Tasik yang terbentuk akibat letusan gunung berapi ini sangat indah. Saujana mata memandang. Sambil menikmati keindahan alam anda boleh minum kopi bersama apam labu yang menjadi ikon di sini. Apam labunya sangat sedap. Rugi kalau tak rasa.
Padang merupakan tempat asal budaya minangkabau, maka tak lengkap percutian anda kalau tak melawat ke Minangkabau Village. Di sini terdapat rumah-rumah berbentuk minangkabau yang berusia ratusan tahun. Semuanya dijaga dengan baik dan rapi. Anda juga boleh menyewa pakaian minangkabau untuk bergambar. Harganya sangat murah, cuma RM35,000 Rupiah.
Pernah dengar nasi padang? Nak makan yang original, sila makan di sini. Bila anda duduk je di meja, pekerja kedai akan keluarkan lauk dan letak atas meja. Penuh meja dengan lauk. Jangan pelik, anda tak perlu bayar untuk semua lauk yang dihidang kat atas meja.
Anda cuma bayar untuk lauk yang dimakan, walau pun sesudu. Senang cerita, asal sentuh je kena bayar. Nasi padang di sini memang sedap sangat. Kami dah pernah rasa. Kalau anda sampai ke Padang, Indonesi, jangan lupa untuk makan nasi padang di Kedai Makan Lamun Ombak.
Sanjai berlado adalah di antara makanan terkenal di Padang. Apa benda sanjai ni? Ia adalah kerepek ubi bersira. Rasanya lain sikit daripada yang ada di Malaysia. Bolehlah beli lebih sikit untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada orang tersayang yang ditinggalkan di Malaysia.
Selain membeli kain sulaman, anda juga boleh melihat proses sulaman dibuat. Itulah menariknya Rumah Sulam Hajah Rosma. Bila dah melawat ke sini, barulah tahu rupa-rupanya satu kain sulam mengambil masa 2 hingga 4 bulan untuk siap. Patutnya harganya mahal.
Sepanjang anda di Padang, anda akan perasan yang orang di sana suka minum kopi. Kilang kopi Kiniko adalah antara kilang kopi yang popular dan menjadi tempat lawatan pelancong dari Malaysia. Kopinya pahit, betul-betul original. Ada juga kopi najis kelawar. Tapi, rasanya tak tertelan di tekak sebab dah tau dari mana datangnya.
Tasik di sini sangat cantik. Kalau anda datang pada musim durian, boleh makan durian sepuas-puasnya. Harga duriannya pun murah.
Itulah dia 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang ingin kami kongsikan untuk anda pada hari ini. Teringin nak bercuti ke sana? Jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat menarik yang kami senaraikan di atas.
Kami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Padang, tidak kisalah sama ada pantai di Padang ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Padang, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.