Merancang untuk ke Pulau Langkawi untuk berehat sambil shopping coklat murah? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 homestay di Pulau Langkawi yang bersih dengan harga berpatutan.

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Cuti.my

1. Malay Wooden Cottage

Ingin kembali ke era 1960-an? Kehidupan dalam suasana klasik ini dapat anda nikmati di Malay Wooden Cottage. Menawarkan sebuah bilik tidur untuk 2 orang penginap, penginapan jenis chalet ini walaupun kelihatan sungguh antik, cukup selesa untuk diinapi kerana ia juga lengkap dengan kemudahan moden, penyaman udara yang menyegarkan.

Turut memiliki ruang anjung kecil untuk anda mengambil angin petang sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan kawasan sekitar sambil mendengar kicipan burung. Setelah itu, anda boleh berjalan kaki menuju ke kawasan pantai yang terletak sangat dekat dengan rumah kampung ini untuk berkelah.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Pasir Hitam

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Mtc

2. Shell Out Chalet Langkawi

Chalet yang indah di dalam persekitaran yang nyaman, Shell Out Chalet adalah penginapan yang sempurna untuk anda yang bercuti dalam bajet namun tidak mahu mengorbankan keselesaan. Kebersihan yang memuaskan, suasana yang tenang dari sebarang gangguan, serta fasiliti yang lengkap, semuanya dapat dinikmati dari hanya RM100 semalaman.

Antara kemudahan yang disediakan adalah mesin basuh, perkakasan memasak yang lengkap di dapur kongsi, dan akses wifi. Anda juga boleh menggunakan basikal-basikal yang disediakan secara percuma untuk makan angin di kawasan sekitar homestay.

Mengenai bilik yang ditawarkannya pula, cukup selesa dan luas.  Keempukan katilnya pula berada ditahap ekstra, jangan tidak terjaga pula sudahlah ya?

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Kampung Padang Puteh jalan pantai tengah Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Getaroom

3. Sunset Bay Cottage

Sunset Bay Cottage adalah sebuah penginapan yang terletak di Tanjung Rhu. Cottage ini terletak beberapa tapak sahaja dari pantai untuk anda menikmati bayu laut dan pemandangan penuh kebiruan yang menyejukkan mata. Anda juga boleh berbaring pada hammock yang disediakan untuk melelapkan mata sambil berangan atau membaca majalah.

Di dalam kawasan cottage ini sendiri, anda boleh bersantai di ruang tamannya untuk menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak. Lokasinya, terletak dekat dengan restoran masakan tempatan yang dibuka sehingga lewat malam.

Harga: Dari RM185+ Semalaman

Alamat: 88B Jalan Tanjung Rhu Kg Padang Lalang, 07000 Tanjung Rhu

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Booking.com

4. The Daun Resort Langkawi

The Daun Resort Langkawi adalah sebuah penginapan luas dengan reka bentuk tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, lanskap penuh kehijauan di kawasan sekitarnya turut menyempurnakan lagi atmosfera tradisional homestay indah ini.

Berhadapan dengan sungai kecil yang mengalir tenang dan pemandangan gunung-ganang, menjadikan lokasi ini sempurna sebagai penginapan untuk anda yang sudah puas bersekang mata dengan pemandangan bangunan konkrit di kota.

The Daun Resort Langkawi – Room Image

Dari The Daun Resort Langkawi untuk ke kawasan kota mengambil masa dalam sekitar 20 minit berjalan kaki. Tarikan lain seperti The Rice Museum hanyalah dalam 800 meter dari resort. Manakala, Underwater World Langkawi, Telaga Harbour, Summer Palace Langkawi dan banyak lagi terletak kurang 10 km dari resort.

Harga: Dari RM265+ Semalaman

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Booked.net

5. Kapal Terbang Guest House Langkawi

Jika anda inginkan penginapan yang tidak membuatkan anda kelam-kabut untuk ke airport, jom menginap di Kapal Terbang Guest House Langkawi di mana airport hanyalah 10 minit pemanduan dari guesthouse ini.

Penginapan yang dikelilingi dengan taman tropika ini menawarkan 3 jenis penginapan luas dan selesa iaitu Holiday Home satu bilik tidur untuk 2 orang dewasa, Holiday Home satu bilik tidur untuk 4 orang dewasa, dan akhir sekali adalah Villa dengan 3 buah bilik tidur untuk 6 ke 8 orang penginap. Yang mana yang sesuai dengan kumpulan percutian anda?

Antara kemudahan yang disediakan adalah peralatan memasak yang lengkap di ruang dapur, mesin basuh  dan banyak lagi peralatan moden yang lain. Lokasinya, terletak kurang 4 km dari Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Manakala Telaga Harbour, Underwater World Langkawi dan The Rice Museum pula terletak kurang 7 km dari penginapan.

Harga: Dari RM158+ Semalaman

Alamat: No.53A,Lot 1721,Kg.Perana,Mk.Kedawang,Langkawi, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Expedia

6. Bohok Guesthouse

Penginapan yang ringkas dan berpatutan, Bohok Guesthouse menyediakan keselesaan yang ternyata lebih daripada bayaran yang anda keluarkan. Katil yang empuk, bilik yang luas dengan kebersihan yang memuaskan, ditambah lagi dengan kemudahan wifi percuma yang berkelajuan pantas. Dari RM160 semalaman, pasti membuat anda ingin datang kembali.

Bukan itu sahaja, lokasinya juga hebat dengan tarikan Pantai Cenang dan restoran yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari guest house. Dalam 5 minit berjalan kaki pula anda boleh sampai ke sebuah kafe yang cukup menarik untuk dicuba. Sekiranya anda berkesempatan, pada setiap malam Khamis, terdapat pasar malam betul-betul di hadapan penginapan ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: No.17, Jalan Bohor Tempoyak, Mukim Kedawang, Langkawi, 07100 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Hotels.com

7. Soluna Guest House

Homey dan tenang, atmosfera di Soluna Guest House adalah sesuatu yang pasti akan anda ingati walaupun setelah lama pulang dari percutian. Vibe rumah percutian ini cukup menyenangkan. Taman yang indah dengan gantungan-gantungan hammocknya  mewujudkan suasana yang santai.

Walaupun dekorasi dalamannya cukup ringkas, namun padat dengan keselesaan yang diharapkan dari sebuah penginapan. Kemudahan moden seperti penyaman udara dan wifi yang superb sememangnya penting bagi warga kota bukan?

Semua ini tersedia di guest house ini. Walaupun boleh dikatakan dalam harga bajet, keselesaan anda juga sangat diberikan kepentingan dengan katil yang empuk untuk tidur yang lena.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari guest house. Tempat-tempat menjamu selera juga mudah didapati di sekitar.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: Lot 1560 Kg Bohor Tempoyak Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Facebook

8. My Rainforest Chalet at Langkawi

My Rainforest Chalet at Langkawi menawarkan penginapan yang luas dan bersih dengan bilik-bilik yang selesa untuk 3 hingga 8 orang penginap. Sambil berehat-rehat di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan kemudahan wifi pantas yang disediakan. Untuk aktiviti, anda boleh mendapatkan pakej snorkeling dan island hopping dari kaunter chalet ini.

Mengenai lokasinya pula, My Rainforest Chalet at Langkawi cukup strategik, dekat dengan tarikan seperti Underwater World dan pantai yang dapat diakses dengan hanya 10 minit berjalan kaki dari chalet. Kedai bebas cukai dan restoran juga mudah didapati di kawasan berdekatan.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Hotelscombined

9. Pak Raja Villas

Cukup comel dan menyejukkan mata, Pak Raja Villas adalah penginapan yang dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas. Menawarkan villa yang luas untuk keselesaan penginapan seramai 6 orang, penginapan ini cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti ke Langkawi bersama keluarga.

Di sini anda boleh berseronok di dalam kolam renang ang disediakan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga kolam renang kanak-kanak. Sudah puas bermandi-manda, anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan villa ini dan melihat kerenah ikan koi di dalam kolam yang terdapat di tengah-tengah tapak villa.

Kemudahan bbq turut disediakan sekiranya anda ingin meluangkan masa berkualiti besama keluarga sambil menikmati makanan panas dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: Lot 690, Paya Keli, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Qantas

10. Niyaz Inn

Terletak di dalam kawasan kejiranan di Pantai Cenang, menjadikan lokasi Niyaz Inn cukup selesa dengan fasiliti lengkap mudah untuk ditemui di kawasan sekitar seperti pasar mini, restoran-restoran dengan harga murah dan juga dobi.

Mengenai penginapannya pula, walaupun bermula dari bawah RM100, cukup selesa dengan katil yang empuk dan kebersihan yang memuaskan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan sewaktu bersantai di sekitar hotel.

Harga: Dari RM89+ Semalaman

Alamat: Jalan Kedawang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Booking.com

11. Eagleye Villa

Penginapan yang indah dan luas, Eagleye Villa menyediakan 3 buah bilik tidur yang selesa dan 2 buah ruang tamu yang luas untuk 10 orang penginap. Anda boleh meluangkan waktu petang di villa ini untuk menikmati pemandangan lautan membiru daripada ruang balkoni.

Anda juga boleh beristirahat di bawah pokok besar yang terdapat di taman sekitar villa ini untuk mendapatkan angin segar. Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke pantai. Pantai Tanjung Rhu juga terletak tidak jauh dari villa ini. Bab makanan pun jangan risau, macam-macam gerai makanan boleh didapati di sekitarnya.

Harga: Dari RM800+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Tanjung Rhu

homestay di langkawi

Sumber Gambar: Booking.com

Itulah dia 11 homestay di Pulau Langkawi yang bersih dengan harga berpatutan. Selamat bercuti!

Sumber: Maisinggah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.