Anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands? Sedang mencari tempat penginapan di sana? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 homestay di Cameron Highlands yang bersih dan selesa dengan harga yang berpatutan.

homestay di cameron

Sumber Gambar: Thetalesofatraveler

1. The Woodz X Bola-bola

Bagi anda yang makan bola, tidur bola dan hidup bola, mai menginap di The Woodz x Bola Bola. Jangan main bola di dalamnya sudahlah ya? Jika kempunan untuk bermain bola, anda boleh berlawan sesama sendiri menggunakan football table yang disediakan.

Tema bola yang diketengahkan di dalam rekaan dalaman homestay ini pasti dapat menaikkan mood cuti-cuti anda sekeluarga. Tak kisahlah sama ada anda peminat Liverpool atau Manchester United, di dalam rumah ini, semua peminat bola bersatu dengan penuh santai.

Selain itu, anda juga boleh merancang untuk berbbq kerana di halamannya tersedia dengan kemudahan ini. Kemudahan lain yang boleh dinikmati di homestay ini pula adalah dapur yang lengkap perkakasannya dan akses wifi yang tip-top!

Harga: Dari RM568+ Semalaman

Alamat: Jalan Golden Hills 6 4, 39000 Brinchang, Malaysia

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

2. Holiday Heritage Hill

Holiday Heritage Hill adalah sebuah apartment yang dihias dengan minimal menjadikan ruang dalamannya kelihatan cukup luas. Menyediakan beberapa penginapan iaitu Studio Apartment, Family Room, Standard Apartment dan Superior Family Room yang sesuai untuk penginapan dari 2 ke 6 orang.

Pemandangan yang dapat dinikmati dari apartment adalah keindahan bukit-bukau di sekitar Cameron Highlands yang penuh dengan kehijauan.

Mengenai lokasinya pula, terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang yang turut menjadi daya penarik bagi anda yang ingin meneroka keindahan alam sekitar Cameron tanpa perlu bergerak jauh.

Ingin lebih sebab untuk memilih penginapan ini? Sekiranya anda menginap di sini, anda tidak perlu risau tentang hal keselamatan kerana selepas pukul 10 malam, akses kad perlu digunakan untuk memasuki ruang apartment. Dari RM110 untuk semua keselesaan ini? Tunggu apa lagi? Jom booking.

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Alamat: SII-G-3A Somersquare Golden, Jalan Golden Hill 9 Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands Pahang, 39000 Tanah Rata

 

homestay di cameron

Sumber Gambar: Heritage

3. 335 @ Cameron Fair

Apartment dengan 2 buah bilik di 335 @ Cameron Fair ini mampu memberikan keselesaan penginapan kepada 5 orang penginap dewasa. Ia juga lengkap dengan ruang balkoni yang luas untuk anda menikmati minum petang sambil menghirup udara yang menyegarkan badan.

Konsep yang diketengahkan dalam dekorasi dalamannya pula adalah minimal dan moden yang turut melahirkan suasana yang santai.

Harga: Dari RM380+ Semalaman

Alamat: Cameron Fair Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata

homestay di cameron

Sumber Gambar: Visitmode

4. Themework Homestay

Themework Homestay@Cameron Highlands adalah sebuah penginapan yang terletak di tengah-tengah pekan, memudahkan anda untuk mencari restoran yang menyediakan hidangan yang menyelerakan.

Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Cactus Valley, Mrs Robertson’s Rose Garden, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula hanyalah 0.6 km dari homestay.

Mengenai penginapan ini sendiri pula, cukup luas dan selesa. Diberikan sentuhan moden yang turut memiliki aura eksklusif.

Penginapan yang strategik, lengkap dan selesa dari RM240 adalah sememangnya satu tawaran yang tidak patut dilepaskan.

Harga: Dari RM240+ Semalaman

Alamat: Cameron Fair @ Tanah Rata 39000 Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata

homestay di cameron

Sumber Gambar: Getaroom

5. Cameron Muslim Apartment by Nurul

Apartment yang dihias dengan minimal dan moden, Cameron Muslim Apartment by Nurul adalah sebuah penginapan yang disediakan khas untuk penginap beragama Islam. Tak perlu risau tentang kebersihannya yang berada di tahap yang sempurna.

Bukan sahaja memberikan ketenangan kepada para penginap muslim dari segi kebersihannya, ia juga cukup strategik dengan tarikan-tarikan hebat yang banyak terletak tidak jauh dari homestay.

Di samping itu, pada waktu-waktu lapang anda di sini, jangan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang terbentang dari ruang balkoni apartment yang sungguh menyejukkan mata.

Anda juga boleh merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar ataupun membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan.

Harga: Dari RM255+ Semalaman

Alamat: Perumahan Makmur Cameron Jaya Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

6. Cameron Highlands Homestay (Villa Dahlia) 101

Cameron Highlands Homestay (Villa Dahlia) 101 adalah sebuah apartment 3 bilik yang dapat menampung 12 orang penginap. Dari RM250 untuk penginapan seramai ini, sudah semestinya sangat berbaloi. Bukan itu sahaja, ia juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Di samping itu, pemandangan yang dihidangkan dari homestay ini cukup menyejukkan mata, yang mana anda dapat menikmati pemandangan padang golf yang terbentang luas.

Lokasinya? Terletak berdekatan dengan pasar malam dimana anda boleh membeli makanan segar untuk dinikmati sebelum meneroka sekitar tanah tinggi ini.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: no 101 villa dahlia, 39100 Brinchang, Malaysia

homestay di cameron

Sumber Gambar: Dahlia

7. Kea Garden

Indah, unik dan mendamaikan, anda dapat menikmati definisi sebenar percutian di Cameron Highlands dengan memilih untuk menginap di Kea Garden.

Keindahan lanskap tamannya cukup menarik hati, yang mana anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman tanpa mengira siang atau malam untuk menikmati kesegaran udara sambil berkongsi cerita dengan yang tersayang.

Sudah puas bersantai, anda boleh merancang untuk melawat pelbagai tarikan yang terletak berdekatan seperti ladang strawberi, ladang teh, rama-rama dan banyak lagi. Pastikan semuanya habis dilawati ya? Jangan terlalu asyik menikmati keselesaan penginapan pula.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

8. Syaziha Apartment

Terletak di Jalan Royal Lily, Syaziha Apartment merupakan sebuah penginapan yang dihias ringkas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan moden. Memiliki 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang luas, Syaziha Apartment dapat menampung sekitar 12 orang penginap, menjadikan ia penginapan yang tepat bagi anda yang bercuti beramai-ramai.

Sekiranya anda memilih untuk menginap di sini, anda boleh merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar dengan menyewa basikal yang disediakan di apartment ini.

Lokasinya juga sangat strategik terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan seperti  Cameron Highlands Butterfly Farm, Cactus Valley, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang kesemuanya terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula kurang 1 km dari penginapan.

Harga: Dari RM300+ Semalaman

Alamat: Unit 1-6, Suriana D’royal Lily, Jalan Royal Lily 2, 39000 Tanah Rata

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

9. Peony Apartment @ Tea Garden

Rasanya, sekiranya anda menginap di Peony Apartment @ Tea Garden, anda mungkin tidak akan terasa untuk keluar dari bilik. Bukan sahaja memiliki dekorasi dalaman yang menarik, pemandangan yang dapat dilihat dari penginapan ini juga dapat membuatkan anda jatuh cinta.

Apartment yang ditawarkan adalah 3 Bedroom Apartment with Farm View, 3 Bedroom Apartment with Tea Plantation View dan Duplex Apartment yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 ke 10 orang penginap.

Kesemua penginapan yang ditawarkan cukup luas  dengan kebersihan yang mantap. Suasana di sekitar juga penuh dengan ketenangan. Sememangnya tiada apa yang boleh dikomenkan, inginkan penginapan yang sempurna? Inilah salah satu pilihan yang terbaik.

Harga: Dari RM290+ Semalaman

Alamat: Peony Square Kuala Terla Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, 39000 Brinchang

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

10. Desa Anthurium

Desa Anthurium adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun penuh dengan keselesaan. Memiliki 3 buah bilik tidur, apartment ini dapat menampung 8 orang penginap. Ruangan lain seperti dapurnya pula lengkap dengan segala kemudahan penting untuk membolehkan anda memasak seperti di rumah.

Di samping selesa dan lengkap, nilai bonus bagi anda yang memilih untuk menginap di sini adalah pemandangan yang disajikannya, indahnya tak terkata.

Mengenai lokasinya, terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang menjadikan ia strategik bagi anda yang datang bercuti.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Desa Anthurium Block G, 39000 Cameron Highlands

homestay di cameron

Sumber Gambar: Booking.com

11. Cameronian Inn

Cameronian Inn adalah sebuah penginapan yang terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut. Bayangkanlah kesegaran udara dan kedinginan yang dapat dinikmati dari homestay ini.

Homestay comel ini  memiliki lanskap taman yang sungguh indah untuk dijadikan tempat anda sekeluarga bersantai. Anda juga boleh berehat di perpustakaan mini yang disediakan bagi mengisi waktu senggang.

Penginapannya pula, dihias dengan ringkas namun cukup lengkap dan bersih untuk keselesaan anda. Bukan itu sahaja, walaupun terlihat simple di mata, keselesaan yang disediakannya cukup memuaskan hati terutama sekali katil empuknya yang mampu membuatkan anda tidur nyenyak.

Lokasinya juga begitu strategik kerana terletak hanyalah dalam 3 minit berjalan kaki untuk ke jalan utama Tanah Rata. Selain itu, tempat menjamu selera juga tidak sukar untuk dicari.

Harga: Dari RM70+ Semalaman

Alamat: 16, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata

homestay di cameron

Sumber Gambar: Cameronianinn

Itulah dia 11 homestay di Cameron Highlands yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Dah dapat homestay pilihan hati? Selamat melancong!

Sumber: Booking.com

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.